Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Monday, March 15, 2010

Mohsin anggap pengundinya sbg Kafir Quraisy?


Hok aloh..
Apa niat sebenar YB ni mengaitkan petikan Surah Yaasin dalam hal dia menyembunyikan diri daripada rakyat Bagan Serai?

Teman rasa ayat yang dia maksudkan ialah
"Dan Kami adakan di hadapan mereka dinding dan di belakang mereka dinding (pula), dan Kami tutup (mata) mereka sehingga mereka tidak dapat melihat"
(Yaasin, Ayat 9)

Adakah dia masih lagi bermimpi?
Tergamak dia mengganggap ataupun cuba mengaitkan ayat ini dengan rakyat yang dikhianatinya?

Bukankah ayat ini yang dibacakan Rasulullah SAW bagi menghadapi kepungan kafir Quraisy ke atas Baginda?
Bukan kah Kafir Quraisy ini memperjuangkan bangsa?
Sama seperti UMNO sekarang ini?

Terlalu jahilkah dia ini?
(kopiah tu tolong tukar dengan songkok ya lepas nie!!)

Moga Allah SWT izinkan doa yang dimohon melalui Solat Hajat Ustaz Ahmad Awang dan rakyat Bagan Serai yang teraniaya!

sunsnake 15032010

Mohsin 'hilang' kerana bimbang keselamatannya


Ahli parlimen Bagan Serai Mohsin Fadzli Samsuri menjelaskan bahawa beliau tidak dapat dihubungi kira-kira seminggu selepas keluar PKR baru-baru ini kerana bimbangkan keselamatan dirinya.

Sehubungan itu, tambahnya beliau mengambil keputusan tidak turun ke kawasan parlimennya dan menutup pejabat wakil rakyatnya buat sementara waktu.

“Insya-Allah, tidak lama lagi (beroperasi kembali). Saya rasa sudah makin kendur (bantahan orang ramai),” katanya kepada Malaysiakini.

Beliau sebelum itu membacakan sepotong ayat daripada surah Yasin yang mengisahkan bagaimana Rasulullah dapat meloloskan diri daripada dibunuh kaum kafir Quraish pada zaman permulaan dakwah Islam walaupun rumah baginda telah dikepong.


Mohsin diminta mengulas tindakannya 'menghilangkan diri' selepas mengumumkan keluar PKR dan menjadi wakil bebas pada 3 Mac lalu atas alasan tidak bersetuju dengan pandangan parti berhubung isu penggunaan kalimah Allah.

Berita penuh

0 comments: