Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Thursday, May 20, 2010

Buat Mugilan 'Sivaji'! Mari Joint kami!


Kamu Wahai Mugilan,
terbukti anak muda yang berani!
Terbukti mampu menjadi "Sivaji da' Boss"!!!
Terbukti berani berkata benar kepada ketua kamu yang Zalim dan Tak sedar diri!

Disaat berjuta pemuda dan 'petua' orang India Malaysia tidak berani melawan Samy Vellu..
Kamu bangun menentang dan bersuara!

Betapa ramai anak-anak muda MIC yang berbakat di humban ke dasar oleh Samy ini..
Dan kamu dengan yakin cuba mengulanginya!!
Mesej kamu jelas sebenarnua duhai anak muda..

Wah! Sungguh luar biasa keberanian kamu!
Ini bukan ciri-ciri Barisan Nasional!

Ini ciri-ciri Pakatan Rakyat!

Lihat apa yang YB Ahli Parlimen Kapar buat?
Berani menyuarakan ketidak puasan hatinya kepada MB Selangor!
Inilah keberanian yang bertempat!

Jangan ikut resmi BN, siapa berani bersuara menongkah arus,
Siapp!
Tak kena pecat, kena sebat! Tak kena sebat dituduh liwat!

Ayuh Mugilan! Apa tunggu lagi? sudah betul budayamu..
Pilih sahaja mana satu.. PKR ataupun DAP!
Atau Ahad ini bersama PAS di Klang!

sunsnake 20052010


Timbalan ketua pemuda MIC dipecat


Timbalan ketua pemuda MIC, V Mugilan hari ini dipecat daripada parti itu.
Menurut ketua pemuda MIC, T Mohan, pemecatan Mugilan dibuat oleh presiden parti, Datuk Seri S Samy Vellu setelah berunding dengan timbalannya, Datuk G Palanivel.

Ketua jawatankuasa disiplin parti, Tan Sri KS Nijhar ketika dihubungi Malaysiakini memberitahu dia dimaklumkan berhubung pemecatan itu. Bagaimanapun, katanya, pemecatan itu tidak dilakukan oleh jawatankuasa yang diketuainya.

Menurut perlembagaan MIC, keahlian anggota parti itu boleh ditamatkan oleh jawatankuasa disipilin dan juga melalui kuasa presiden setelah berunding dengan timbalannya. Menurut Mohan, pemecatan Mugilan bukan sesuatu yang mengejutkan kerana beliau sering kali membuat kenyataan yang membidas pemimpin MIC, khususnya Samy Vellu.

Berita Penuh

Bukti teruknya Kerajaan PAS Kelantan!


Ceh!
Setakat nak bagi kakitangan kerajaan negeri yang bergelar ibu cuti bersalin 90 hari,
Adnan Yaakob Pahang pun buleh bagi!!
Ali Rostam Melaka pun tara hal..
Mohamad Negeri Sembilan pun boleh luluskan..
Ghani Othman Johor pun tiada masalah..
Mat Said Ganu pun boleh roger!
Isa Sabu Perlis pun bila-bila masa leh approve!!
Zambry Kader Perak pun ikut suka dia jeeeeee

hmmm..
Kalau orang UMNO Kelantan tak nampak lagi tak tau laaa...

Orang-orang UMNO negeri lain.. ntah laaa..

sunsnake 20052010

Kelantan laksanakan cuti kakitangan wanita bersalin 90 hari


2010/05/19

KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan akan melaksanakan peraturan cuti bersalin bagi kakitangan wanita selama 90 hari, mulai tahun depan berbanding dua bulan yang dikuatkuasakan sekarang.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan Negeri, Wan Ubaidah Wan Omar, berkata peraturan baru itu bagi membolehkan kakitangan wanita mengambil masa lebih panjang menjaga anak dan keluarga dalam tempoh pantang bersalin itu.
"Kertas cadangan itu telah diperincikan di peringkat jawatankuasa portfolio saya dan akan diangkat ke mesyuarat Exco minggu depan sebelum diluluskan," katanya selepas mesyuarat Mingguan Exco, di Kota Darulnaim, di sini, hari ini.

Berita Penuh

Naik Gaji - Moga bukan omong kosong


Teman harap betul-betul jadi laaa..
Memang seharusnya gaji penjawat awam ini dinaikkan..
seiring dengan kos hidup yang semakin meningkat..
malahan melampau-lampau!

Cuma, jangan ini petanda Kerajaan Malaysia nak naikkan harga minyak sudahhh!!
sunsnake 20052010

Gaji 600,000 kakitangan awam disemak


2010/05/20

KUCHING: Kira-kira 600,000 kakitangan awam dalam Kumpulan Sokongan Satu dan Dua dijangka akan menerima durian runtuh apabila kerajaan difahamkan sedia menyemak tangga gaji mereka bagi membolehkan pendapatan melebihi RM40,000 setahun.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Omar Osman, berkata berdasarkan Model Baru Ekonomi (MEB), kerajaan menetapkan pendapatan rakyat di negara perlu melepasi AS$15,000 (RM48,000) dan sebagai permulaan semakan gaji kakitangan dilakukan.
Katanya, semakan ini membabitkan cadangan penghapusan kelayakan akademik Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau Sijil Rendah Pelajaran (SRP) berikutan ia dinaikkan kepada sekurang-kurangnya Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
“Ini bermakna kakitangan Kumpulan Sokongan Satu dan Dua seperti pemandu, pembantu tadbir rendah, tukang masak, atendan haiwan, penolong jururawat akan menikmati kenaikan gaji sekali ganda atau sekurang-kurangnya RM1,500.

“Mereka yang mahu menyertai perkhidmatan awam selepas ini perlu memastikan memiliki kelayakan sekurang-kurangnya SPM seperti diperkenalkan polis baru-baru ini melalui skim pengstrukturan mereka,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Najib - MEB Umat Islam... Halalkan Judi!!


Inilah akibatnya apabila orang yang bukan haknya bercakap macam yang hak!
Bagi cadangan bukan main meletup-letup! Berapi-api!
Macam takde orang lain yang lebih Islam selain Malaysia!!
Macam takde orang lain yang lebih Islam selain UMNO!
Macam takde orang lain yang lebih Islam selain dia!!

Tapi hakikatnya..
Judi yang Haram dikata halal..
janji masyukkk!!!

Hmm.. kompom kiamat dah hampir!
sunsnake 20052010

Najib saran wujud model ekonomi baru untuk umat Islam


2010/05/20

KUALA LUMPUR: Malaysia semalam mencadangkan semua negara Islam bekerjasama membangunkan model ekonomi baru bagi memenuhi keperluan ekonomi negara Islam di seluruh dunia.

Datuk Seri Najib Razak yang membuat cadangan itu berkata, model berkenaan harus diperkukuhkan dengan kerangka kerja yang bukan saja inklusif dan progresif, malah praktikal, membabitkan formula dasar dan pelaksanaannya.
“Sejajar dengan tema Forum Ekonomi Islam Dunia (WIEF) keenam ini, ‘Gearing for Economic Resurgence’, saya mencadangkan kita merancang satu ekosistem yang menyeluruh.
“Kita perlu memikirkan perkara baru dan keluar daripada kerangka kerja konvensional. Untuk mencapainya, kita memerlukan satu model ekonomi baru khusus bagi memenuhi keperluan negara Islam," kata Perdana Menteri pada ucaptama perasmian forum itu di Kuala Lumpur, semalam.

Berita Penuh

Bila arahan Allah SWT diletak no.2


aikk?? cepat betul Menteri 'Agama" UMNO ni??
Bukan main laju keluar arahan kat JAKIM siasat Al-Arqam!!

Tak cukup-cukup Mahathir henyak partubuhan ini dulu..
la ni siap nak siasat balik?? siasat lagi??

Yang Judi Bola ni apa cerita??
Apsal tak bagi komen langsung?? Arahan? Suara?
Atau dah jadi syaitan bisu??
Yang SAH HARAM dalam Al-Quran apsal sokong? Apsal senyap?
Yang belum tentu haram apsal tak cukup tanah keluar arahan?
mana lagi besar?
Muhyiddin ke Allah SWT?
Najib ke Allah SWT?
Rosmah ke Allah SWT?

teringat zaman Mejar ni jadi penceramah di Forum Perdana suatu ketika dulu..
sangat2 menarik dan tertarik dengan ceramah beliau..

Bila jadi maskot agama untuk UMNO ni.. hmmm hampeh terus!
sunsnake 20052010

Jakim diarahkan siasat kegiatan Al-Arqam


2010/05/20

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom mengarahkan Jakim menyiasat kegiatan Al Arqam seperti dilaporkan akhbar semalam.

Berita Harian

Muhyiddin - Terimalah hakikat judi halal

dedah aurat? Haram!!

Aduhhh!! Ini fatwa terbaru dari Muhyiddin..

Judi Dalam Quran sebut Haram.. UMNO Halalkan..
Al-Arqam UMNO yang kata haram! belum tentu lagi kalau nak diperdebatkan dengan lebih detail!!

So, mana yang lagi haram?

Judi ke Al-Arqam??

Wallahu'alam

sunsnake 20052010

Terima hakikat Abuya sudah mati: Muhyiddin


2010/05/20

PUTRAJAYA: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, hari ini meminta pengikut dan keluarga Ashaari Muhammad supaya menerima hakikat beliau sudah meninggal dunia dan mematuhi fatwa bahawa gerakan Al-Arqam adalah haram.

berita harian

SPR - letupkan orang pun PM berhak!!!


Makin kesian teman tengok bos-bos SPR nie..
Bukan depa tak tau akta Pilihanraya nie..
Silap-silap lagi depa hafal daripada ayat Quran!

Tapi malangnya tekanan politik daripada pemerintah Malaysia terlalu kuat dan agung!
Menyebabkan terpaksa la depa buat-buat bodoh dan dungu..

Kalau arahan speaker DUN Perak dan Kedah pun SPR boleh 'batal'kan,
apalah sangat hal-hal lain??

Hinggakan DS Najib terang-terang rasuah dalam dalam 2 PRK ni pun sanggup dia pusing tang lain!!
Pusing tang corner baring pulak tuh!!

Terang-terang depan batang hidung pun boleh kata tak nampak!!
Buta mata?? bukan... buta hati!!

Sebab itulah Anugerah Mati syahid dikurniakan Allah SWT buat mereka yang terkorban kerana menyatakan kebenaran dihadapan pemimpin yang zalim!

Bukan senang woooo!!!

Tak caya? bukak balik sejarah memali!

sunsnake 20052010

SPR: Kami tiada kuasa siasat, Najib berhak buat janji


KUALA LUMPUR, 20 Mei — Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tiada kuasa untuk menyiasat dakwaan DAP bahawa Datuk Seri Najib Razak telah menjanjikan peruntukan wang, yang disifatkan bertujuan mempengaruhi pengundi Sibu pada malam menjelang hari pengundian Ahad lalu.

Sebaliknya SPR berkata, dakwaan ke atas Najib itu, yang janji-janji pilihan raya kecil dibuat atas kapasiti sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, perlu dirujuk kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk tindakan.

Selain itu SPR berpendapat, di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya, yang secara umum menjurus kepada kesalahan dilakukan oleh calon atau ejen mereka, pihak-pihak lain yang membuat janji pilihan raya termasuk anggota Kabinet tidak boleh didakwa telah melakukan kesalahan menyogok atau melakukan rasuah pilihan raya.

“Kalau ada pihak hendak mengemukakan aduan kepada kami boleh, kami akan terima dan akan memanjangkan kepada pihak berkaitan iaitu dalam kes ini SPRM,” Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar.

“Kami tidak boleh melakukan siasatan sebagaimana perkara-perkara lain diperuntukkan dalam Akta Kesalahan Pilihan Raya... kami tiada kuasa (menyiasat).

berita penuh

Nasihat teman buat Bala P.I


"Pastikan tempat pertemuan tu hanyalah bangunan satu tingkat!"

itu sahaja pesanan ikhlas teman buat Bala bila nak bertemu dengan gerombolan SPRM nanti..
Bukan apa.. kang tiba-tiba dikata depa Bala ni terjun bunuh diri lak kalau terjumpa mayat Penyiasat ni tertumuih di lantai ground floor kalau bangunan tu tinggi!

Nasib kamu la Bala..... Sapa suruh nak jadi hero!!
Isu Altantuya pulak tuh!!

Apa-apa pun.. Salute pada Balasubramaniam yang berani!!!

sunsnake 20052010

Kes Altantuya: Bala sedia temu SPRM Julai ini


KUALA LUMPUR, 20 Mei — Penyiasat persendirian P. Balasubramaniam yang dianggap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai saksi utama dalam siasatan baru berkaitan pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu, menyatakan kesediaan untuk bertemu agensi itu di London Julai ini.

Meskipun SPRM dikatakan belum memberikan sebarang maklum balas selepas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz kira-kira sebulan lalu, penyiasat persendirian itu sedia menemui SPRM dalam dua bulan lagi.

Sebelum ini Balasubramaniam (gambar) menolak syarat SPRM agar keterangannya diambil di Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Singapura.

“Ingin dimaklumkan bahawa Bala mahu interviu (sesi ambil keterangan) dijalankan di London sekitar bulan Julai ini,” kata peguamnya Americk Sidhu dalam satu kenyataan media.

berita penuh

Najib - Utusan perlu lebih intelek? hahaha!


Nak tergelak pun ada.. nak menangis pun ada bila terbaca berita nih!!
Tak pasti pulak teman adakah ianya ikhlas dari hati nurani DS Najib yang paling dalam atau sekadar cakap-cakap kosong sahaja..

Bagaimana mampu Utusan hendak berubah jikalau berita-berita yang disiarkan terlalu bodoh dan membodohkan rakyat! berita-beritanya terlalu bias dan bersifat cuba memperbodohkan rakyat Malaysia yang kini rata-rata semakin cerdik maklumat dan mempunya media alternatif yang sangat luas seperti internet.

Mungkin bagi rakyat luar bandar yang sangat kurang ataupun tidak ada langsung kemudahan internet, Utusan dan media TV lain adalah antara sumber utama berita mereka tetapi lambat-laun pastinya kebenaran akan tiba jua kepada golongan ini!

Utusan sebaiknya mengambil contoh media-media cetak Amerika dan Eropah yang sangat telus dan berani berkata benar walaupun hakikatnya terpaksa menyiarkan berita-berita keburukan kerajaan yang memerintah.

Sudah tiba masanya pemilikan parti-parti politik terhadap akhbar yang diberikan lesen penjualan harian dihapuskan dan sewajarnya sejak dahulu ianya tidak berlaku! Sepatutnya akhbar-akhbar harian ini mempunyai hak dan dilindungi daripada sebarang tindakan daripada kerajaan yang memerintah kecuali jika ianya dibawa ke mahkamah sekiranya ada laporan salah lapor. Biar mahkamah yang menentukan..

Persoalannya? adakah mahkamah juga mampu menjadi bebas sebebas-bebasnya?
sunsnake 20052010

KUALA LUMPUR, 20 Mei — Utusan Malaysia, produk terbitan kumpulan media milik Umno, perlu melakukan perubahan jika mahu kekal relevan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini.

Sehubungan itu Najib yang juga Presiden Umno berkata, akhbar-akhbar terbitan kumpulan tidak seharusnya menjadi organ yang mencerminkan pendirian parti itu semata-mata.

“Saya faham berita-berita sensasi jual... khususnya yang berkaitan seorang individu itu,” kata beliau, dipercayai merujuk kepada serangan berterusan akhbar Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia terhadap Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga merupakan bekas timbalan presiden Umno dan timbalan perdana menteri.

“Tetapi anda juga mesti menjadi medium untuk membina budaya intelek, masyarakat yang kritikal,” kata Pengerusi Barisan Nasional (BN) ini.

berita penuh

Hebatnya melayu kini berzina!


Teman baru-baru ini dirapati oleh seorang anak buah di tempat kerja..
Dah banyak hari dia minta bertemu 4 mata dengan teman..
dek kerana kesibukan kerja dan perjuangan.. tertangguh-tangguh jee..

Hari tu dapat juga teman berbual dengannya.. itupun hamba Allah tu terpaksa tunggu teman di parking tempat keje..

Soalannya ialah:
Seorang kawan dia ni dah berzina dengan aweknye.. dan awek dia dah mengandung..
Bolehkah dia mengahwini aweknya tadi dan mem'bin/binti' kan anak tadi kepada nama dia?

Adusss!!! Inilah persoalan yang banyak ditanya sebenarnya dan selalunya untuk menutup malu, anak ini tadi akan dibinkan kepada bapa 'zina'nya tadi!!!

Disini teman sertakan persoalan dan jawapannya..
Moga jadi panduan buat semua.. inilah juga jawapan yang teman berikan kepada sahabat tadi..

sunsnake 20052010

MENGAHWINI WANITA HAMIL

Soalan: Apa hukum mengahwini wanita yang hamil kerana terlanjur berzina?

Jawapan;

Assalamu ‘Alaikum,
Al-Hamdulillah, Wassalatu ‘ala Rasulillah wa ala alihi wasahbihi,

Telah disepakati oleh para ulamak bahawa harus seorang lelaki mengahwini wanita yang dizinainya. Ibnu ‘Abbas r.a. pernah ditanya berkenaan seorang pemuda yang berzina, kemudian ia bertaubat dan ingin mengahwini wanita yang dizinainya sebagai jalan menutup keaiban wanita tersebut, maka beliau menjawab;

أَوَّلُهُ سِفَاحٌ، وَآخِرُهُ نِكَاحٌ، وَالْحَرَامُ لاَ يُحَرِّمُ الْحَلاَلَ
“Diawal adalah sifah (zina) dan diakhirnya adalah nikah. Yang haram tidak mengharamkan yang halal”.

Jika lahir anak selepas enam bulan dari tarikh berlakunya akad perkahwinan, maka nasab anak itu sabit kepadanya. Namun jika lahir kurang dari enam bulan, maka nasab tidak sabit kepadanya.

Namun jika wanita yang dizinai diketahui telah hamil, bagi masalah ini terdapat dua pandangan ulamak;

Pandangan pertama; iaitu pandangan Imam Syafi’ie dan juga Imam Abu Hanifah; wanita yang hamil kerana berzina harus dikahwini sama ada oleh lelaki yang berzina dengannya atau dengan lelaki lain, namun tidak harus mensetubuhinya hinggalah ia melahirkan anak yang dikandungnya mengikut pandangan Imam Abu Hanifah. Menurut Imam Syafi’ie; makruh mensetubuhinya dalam keadaan hamilnya itu. Bagi pandangan ini, tidak ada kehormatan bagi zina untuk mewajibkan iddah ke atas wanita yang berzina. Oleh demikian, harus ia dikahwini pada bila-bila masa sama ada oleh lelaki yang berzina dengannya atau lelaki lain sekalipun ia sedang hamil. Cuma jika ia sedang hamil diharamkan mensetubuhinya (mengikut mazhab hanafi) atau dimakruhkan (menurut mazhab Syafi’ie) sehinggalah ia melahirkan anak. Selain itu –menurut pandangan ini juga- jika wanita yang berzina itu mempunyai suami harus suaminya mensetubuhinya tanpa perlu menunggu tempoh iddah tertentu sebagaimana pandangan kedua nanti.

Pandangan kedua; wanita yang hamil kerana berzina tidak harus dinikahi sehinggalah ia melahirkan anaknya. Pandangan ini merupakan pendapat Imam Rabi’ah, as-Tsauri, al-Auza’ie dan Ishaq dan ia merupakan pegangan mazhab Imam Malik dan mazhab Imam Ahmad.[1] Ini kerana menurut mereka, wanita yang melakukan persetubuhan zina wajib ke atasnya beriddah selama tiga kali haid atau tiga bulan (mengikut pendapat Imam Malik) atau dengan melahirkan anak jika ia hamil. Jika wanita yang berzina itu mempunyai suami, haram ke atas suaminya mensetubuhinya hinggalah tamat iddahnya itu. Kesimpulannya; mengikut pandangan ini, wanita yang berzina tidak harus dikahwini kecuali setelah tamat iddahnya iaitu tiga kali suci atau tiga bulan. Jika ia hamil tidak harus dikahwini kecuali setelah melahirkan anak. Di samping itu mereka menambah satu lagi syarat iaitu hendaklah wanita itu telah bertaubat dari zina.

Wallahu A’lam.
[1] Pandangan ini juga dipilih oleh Imam Abu Yusuf dan Zufar dari mazhab Hanafi. Dalam masalah ini mereka berbeza pandangan dengan Imam mereka iaitu Imam Abu Hanifah yang akan kita huraikan nanti pandangannya. (Lihat; Ahkam al-Marah al-Hamil, Yahya Abd. Rahman al-Khatib, hlm. 75).

sumber - Ustaz Ahmad Adnan Fadzil

Perjudian Bolasepak Akan Di'Halalkan'?


Oleh

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net


Perjudian adalah satu jenis permainan pertaruhan yang mana pihak yang menang akan meraih wang pertaruhan mereka yang kalah. Tidak dinamakan perjudian jika kedua-dua pihak mencapai kemenangan. Itulah sifat perjudian yang diharamkan di dalam undang-undang Islam. Malah juga dilarang oleh semua agama lain.

Oleh itu, secara peribadi saya terperanjat (malah ramai yang lain juga) membaca kenyataan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussien yang menyatakan pertimbangan sedang dibuat untuk meluluskan lessen perjudian bolasepak sempena kejohanan Bola sepak Piala Dunia yang akan datang ini.

HUJJAH BELIAU

Beliau dirakamkan oleh akhabar tempatan berkata :

"Ada beberapa perkara penting untuk dikaji sama ada perkara ini (mengeluarkan lesen membenarkan pertaruhan) baik bagi kerajaan atau jika kerajaan boleh cuba mengawalnya untuk mengetahui berapa banyak (jumlah wang daripada pertaruhan haram)."

BANTAHAN & RASIONAL

Pegeluaran lesen atas alas an untuk mengawal dan mengethaui jumlah wang pertaruhan adalah tertolak di sisi Islam. Sesebuah kerajaan dan pemimpin mestilah lebih kreatif dan bertanggungjawab dalam mencari jalan mengawal perjudian gelap.

Kawalannya bukanlah dengan memberi lesen kerana itu hanya akan lebih memakmurkan gejala tersebut. Tetapi KAWALAN adalah dengan memperkenalkan teknik banteras, hukuman lebih keras dan tahap efisyen yang lebih kemas bagi memerangkap mereka yang terlibat.

Namun apabila lesen diberikan, ia jelas merupakan satu galakan kepada kaki judi dan seterusnya seolah-olah memberi mesej bahawa:

‘Kerajaan ingin tumpang sekaki dalam perjudian mereka"

"Kerajaan ingin turut merasa sedikit imbuhan hasil perjudian mereka yang berjudi, so jika lebih ramai berjudi, lebih baik kepada kerajaan akan mendapat sesuatu"

ANALOGI

Ia seolah-olah kerana kerajaan ingin menbenarkan benda yang tidak benar.

Bolehkah atas alasan mengetahui jumah sebenar & mengawal MAT REMPIT yang berempit di atas jalan raya secara haram, maka KERAJAAN MEMPERTIMBANGKAN PEMBERIAN LESEN MEREMPIT kepada mt rempit di atas JALAN RAYA AWAM. Semua mat rempit mestilah mendaftar dan membayar yuran untuk merempit di atas jalan raya. Bukan LESEN UNTUK merempit di trek lumba dan IA IBARAT memberi LESEN untuk terus merempit di JALAN RAYA.

Merempit di jalan raya awam banyak mudaratnya kepada mat rempit itu sendiri dan juga orang awam. Demikian juga kesnya membenarkan perjudian bola sepak ‘gelap' untuk dijadikan ‘terang' tetapi tetap di atas laluan yang memudaratkan orang awam.

JUSTERU

Kerajaan yang bertanggungjawab MESTILAH sentiasa mengurangkan aktiviti negatif di kalangan rakyat, bukannya meraikan dan meluluskannya.

Sedarilah, perjudian hanya akan menjerumuskan rakyat di dalam :-

a- Kancah hutang dan masalah kewangan lebih serius. Kita bimbang kecenderungan masyarakat Malaysia yang sukakan skim cepat kaya, yang sering diserbu, diharamkan DAN DISITA oleh kerajaan. Namun peliknya, kini kerajaan seolah ingin membenarkan skim tersebut, perjudian adalah salah satu jenis skim cepat kaya, yang sering membawa kayap.

b- Seterusnya membawa kepada masalah dan krisis rumahtangga. Pergaduahan suami isteri, anak mencuri duit ibu ayah untuk berjudi, suami curi duit isteri dan sebagainya,

c- Kita bimbang, hasil lesen yang diberi, kanak-kanak akan turut serta dalam perjudian khususnya secara online. Dan tiada sesiapa boleh menghalang kerana lesen telah diberi oleh kerajaan dan perbuatan itu tidak lagi dianggap satu kesalahan.

d- Masyarakat tidak progresif kerana menjadi lalai untuk meneka dan bertaruh serta menonton bolasepak secara berlebihan. Kalau dulu penonton hanya ‘exited' untuk melihat pasukan yang disokong, kini, bakal menjadi begitu obsess dan tertekan kerana keputusan perlawanan melibatkan wang yang ditaruh.

e- Mendorong rakyat memfokuskan kepada perolehan keuntungan secara cepat tanpa skill, namun akhirnya kerugian sahaja yang lebih kerap menjelma. Manakan tidak, dalam perjudian, peratusan pihak yang menang sentiasa lebih kecil berbanding yag kalah. Bermakna, jika seorang menang dan bergembira atas kemenangannya, yang kalah mungkin 1000 orang yang berduka cita. Dukacita tersebut mungkin tidak berhenti di situ malah berturutan kepada masalah lain, ibarat ‘domino effect'.

f- Kesan buruk kekalahan; kekalahan boleh yang menyebabkan kemarahan, memandu berbahaya di jalan raya, pergaduhan di dalam rumahtangga, kesan psikologi di tempat kerja menyebabkan kurang produktiviti, mungkin dikejar ‘ALONG' kerana berhutang dengan along untuk berjudi.

g- Pemberian lesen itu seolah menjolok sarang Syaitan, kerana kemungkinan ada indifidu yang tidak begitu terdorong untuk berjudi kerana merasa sukar dek kerana ia merupakan aktiviti gelap dan salah dis isi undang-iundang. Namun akibat lesen tersbeut, dorongannya semakin kuat dan dipermudah.

NASIHAT

Buat menteri dan pihak berkuasa yang beragama Islam khususnya, sedarilah tegahan Allah :

يَسْأَلُونَكَ عَنِ الْخَمْرِ وَالْمَيْسِرِ قُلْ فِيهِمَا إِثْمٌ كَبِيرٌ وَمَنَافِعُ لِلنَّاسِ وَإِثْمُهُمَآ أَكْبَرُ مِن نَّفْعِهِمَا

Ertinya : Mereka bertanya kepadamu tentang arak dan judi. Katakanlah: ""Pada keduanya itu terdapat dosa besar dan beberapa manfaat kecil bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar dari manfaatnya" ( Al-baqarah : 219)

Dan juga larangan selanjutnya

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ إِنَّمَا الْخَمْرُ وَالْمَيْسِرُ وَالأَنصَابُ وَالأَزْلاَمُ رِجْسٌ مِّنْ عَمَلِ الشَّيْطَانِ فَاجْتَنِبُوهُ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

Ertinya ; Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) arak, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah perbuatan keji termasuk perbuatan Syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan. ( Al-Maidah : 90)

Justeru itu, saya amat berharap agar Menteri Agama dapat segera memberi panduan dalam hal ini. Jika Menteri Agama sependapat dengan Timbalan Menteri Kewangan, kami sekalu ahli akademik sangat ingin mendengar dan membaca justifikasi dan dalil serta hujjah keharusan tersebut JIKA tiba-tiba Menteri Agama atau mana-mana Mufti bersetuju dengan tindakan itu.

Perlu difahami, hujjah maslahat TIDAK BOLEH digunakan sama sekali dalam hal yang JELAS BERTENTANGAN dengan teks Al-Quran dan Hadis. Tiada maslahat dan tidak termasuk di dalam Maqasid al-Shariah dalam mengharuskan perjudian untuk masyarakat.

Oleh kerana isu perjudian adalah isu ‘Qat'ie di dalam Islam, saya AMAT BERHARAP pihak Salafi, Wahabi, Ahbash, Tradisional Pondok, Tarekat Sufi, Syiah, ahli akademik universiti, tabligh dan semua pihak agar tampil menyatakan pandangan dan bantahan mereka. Paling minima di blog dan website rasmi mereka. Jangan hanya berselisih dan berdebat bertahun-tahun dengan begitu kreatif, tetapi SENYAP SUNYI tanpa kenyataan umum dalam hal sebegini.

Disebutkan di dalam kaedah Fiqhiyyah yang dicatatkan oleh Al-Imam As-Sayuti Al-Shafi'i:-

لا يُنْكَرُ المختلِفُ فيه وإنما يُنْكَرُ الْمُجْمَعُ عليهِ

Ertinya : Tidak diingkari dalam hal yang diperselisihkan (ijtihad ulama), namun sesungguhnya keingkaran (bantahan) adalah pada perkara yang disepakati (haramnya)( Al-Asbah wa Al-Nazair, kaedah no 35, hlm 292 )

Tanpa syak lagi, perjudian adalah tergolong di dalam perkara yang disepakati secara ijma' berkenaan pengharamannya. Justeru, bantahan kita dan para ulama terhadapnya adalah SANGAT PERLU.

Jangan biarkan hanya orang politik berkata, kerana apabila orang politik berhujah dan berkata-kata, mereka akan sering dilihat sebagai bermotif politik. Kita perlu mereka yang lain juga agar bersuara, supaya Allah meredhai usaha kita.


BAGI MEREKA YANG INGIN MEMBERIKAN KOMEN TERHADAP ARTIKEL INI, SAYA HARAP TIDAK PERLULAH BERPOLITIK KEPARTIAN DALAM KOMEN ANDA (KERANA IA HANYA AKAN MENGERUHKAN KEADAAN SECARA KURANG SIHAT DAN MENYERET KEPADA ISU LAIN), CUKUPLAH BAWAKAN TAMBAHAN RASIONAL DAN JUSTIFIKASI SECARA ILMU DAN BUKAN EMOSI.

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

08 Mei 2010

BACA PETIKAN BERITA BERKAITAN

KUALA LUMPUR 6 Mei - Kerajaan mempertimbangkan kemungkinan mengeluarkan lesen untuk membenarkan pertaruhan dilakukan semasa kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 berlangsung awal bulan depan bagi mengelak berleluasanya aktiviti perjudian dan pertaruhan haram di negara ini.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussein berkata, jika kerajaan tidak mengeluarkan lesen kepada pihak yang memohon, aktiviti perjudian dan pertaruhan haram tetap berlaku tanpa kawalan dan pemantauan pihak berkuasa.

"Ada beberapa perkara penting untuk dikaji sama ada perkara ini (mengeluarkan lesen membenarkan pertaruhan) baik bagi kerajaan atau jika kerajaan boleh cuba mengawalnya untuk mengetahui berapa banyak (jumlah wang daripada pertaruhan haram).

"Kerajaan sedang mengkaji perkara ini dan akan memutuskannya jika mahu membenarkan pertaruhan memandangkan kejohanan Piala Dunia ini semakin hampir," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.

Awang Adek berkata, jika lesen itu dikeluarkan, kerajaan dapat mengawal aktiviti perjudian, selain hasilnya boleh digunakan terutama untuk pembangunan bidang sukan di negara ini.

Awang Adek mengakui sudah ada pihak yang membuat permohonan untuk mendapatkan lesen itu, tetapi beliau enggan mendedahkan lebih lanjut maklumat itu sehingga kerajaan membuat keputusan mengenainya.

Lebai Google pun nak kena dakwa!


Hahahaha!! Macam ni punya kes pun ada!!
Kesian Lebai Google!!
sunsnake 20052010

Google Faces Hamburg Criminal Probe Over Data Gathered From Wi-Fi Networks

Google Inc., the owner of the world’s largest search engine, is facing a criminal probe by Hamburg prosecutors on data it said was erroneously gathered for its Street View mapping service.

The Hamburg Prosecutors’ Office is investigating people at the company on suspicion of criminal data capture, prosecutor spokesman Wilhelm Moellers said in an interview today. The office acted after receiving a complaint from a citizen, he said. No suspects have been named.

“We’re now reviewing the facts to see whether they warrant prosecution of a crime,” said Moellers. “We’re only at the beginning and need to sort all aspects of the issue.”

berita penuh

Inilah Rajnikanth Malaysia!!!

Good luck la teman ucapkan buat anak muda yang berani ini!
Sama ada dia terbayangkan dia sebagai Sivaji ataupun dia membayangkan Samy Vellu sebagai Sivaji da' Boss!

Dey Tambi! Awak ada banyakkkk berani la deyy!! Lawan sampai tumbang aaaa??
Suda tara guna mau selamat itu MIC la deyy.. Suma parti BN suda mau tombang sama rakyat!
Rakyat suda menyampah la deyy! sama itu MIC ka, MCA ka.. UMNO kaa..
Tarak percaya? tanya sama worang Sibu sana....

sunsnake 20052010

Timbalan Ketua Pemuda MIC mahu Samy lepaskan jawatan segera


PETALING JAYA, 19 Mei — Timbalan Ketua Pemuda MIC V. Mugilan hari ini mendesak Datuk Seri S. Samy Vellu melepaskan jawatan Presiden MIC serta-merta bagi menyelamatkan parti komponen Barisan Nasional (BN).

“Kalau boleh saya mahu beliau berhenti hari ini. Bagaimanapun jika beliau memerlukan masa, beliau boleh mengambil masa sedikit sehingga hujung tahun...tetapi tidak lebih daripada itu,” kata Mugilan pada sidang media di sini sebentar tadi.


Samy Vellu: Mugilan dihadap panel disiplin

KUALA LUMPUR, 19 Mei — Tidak sampai empat jam selepas V. Mugilan mendesak Datuk Seri S. Samy Vellu melepaskan jawatan presiden serta-merta, beliau menegaskan, Timbalan Ketua Pemuda MIC itu akan dihadapkan kepada jawatankuasa disiplin.

Mugilan akan dirujuk untuk diambil tindakan disiplin bukan kerana membuat gesaan itu, tetapi didakwa bertindak bertentangan dengan kepentingan parti.

Bagaimanapun beliau tidak menyebut bila Mugilan akan dihadapkan kepada jawatankuasa disiplin.

Beza demo Anti-Judi & Demo Baju Merah!


Teman jangka akan ada suara-suara sumbang yang akan menyamakan demo anti-judi pemuda PAs nanti dengan Demo Baju Merah di Bangkok! Kompom punyalah!

Maaf ye? terlalu jauh perbezaan demo kedua-dua ini. Demo pemuda PAS jauh lebih bernilai dan penting kerana ianya membabitkan akidah dan keutuhan institusi Islam yang semakin longgar di Malaysia ini! Malangnya ia bukan dilonggarkan oleh bukan Islam, tetapi orang melayu yang mengaku Islam sendiri iaitu UMNO!

Harap jangan ada suara-suara sumbang yang cuba membodohkan diri sendiri.. Sebagai seorang Islam, WAJIB bagi semua menyokong demo ini dan menentang judi yang di'halal'kan oleh UMNO!!!

sunsnake 20052010


Riots Erupt in Bangkok as Protest Leaders Surrender

Rioting erupted across Bangkok after Thai security forces backed by armored vehicles cleared an anti- government protest camp and forced its leaders to surrender.

“It’s going to be total lawlessness for another 48 hours,” Sanit Nakajitti, a director at PSA Asia, a Bangkok-based security and risk consulting firm, said by phone. “This is their retaliation. And gangsters, youngsters, drug dealers, anyone with a grievance will join them.”

berita penuh