Brother Lim Jooi Soon .. Antara Pendakwah terbaekk pernah teman jumpa! |
Syabas Polis Diraja Malaysia!!
Beribu missionery Kristian di Sabah yang berkeliaran memurtadkan Umat Islam disana!
Berhempas pulas para dai'e menyaingi missionery laknat itu!
last2 Pendakwah Islam pulak yang ditangkap?
errr.. pernah dengar missionery kristian ditangkap?
Apa nak jadi Malaysia nih?
Aduhhh!!
budakbalun 17112011
10 AKTIVIS PAS SABAH DI TAHAN DI BAWAH ISA Oleh : MOHD AMINUDDIN ALING MASYARAKAT seluruh Tawau tergempar dengan berita penangkapan 10 pendakwah dan aktivis Islam di Tawau pada hari Isnin 14 November 2011. PAS Sabah mohon supaya pihak polis mengeluarkan kenyataan bagi menjelaskan kedudukan sebenar supaya berita ini tidak disalah tafsir dan akan menimbulkan pelbagai sangkaan buruk terhadap setiap orang yang ditangkap. Tangkapan pendakwah dan aktivis Islam dengan perbagai profesion tersebut dilakukan oleh pegawai-pegawai polis dari Jabatan Pasukan Petugas Khas (Operasi Counter Terorism) Bukit Aman diketuai oleh DSP Azman bin Omar. Keluarga/Waris orang yang ditangkap dimaklumkan sehari kemudian yang mereka ditangkap di bawah Seksyen 73 (1) AKDN 1960 (ISA). Penangkapan tanpa waran, tanpa notis atau dimaklumkan dilakukan di hadapan isteri dan anak-anak terlalu tragis. Situasi ini dilakukan oleh pihak polis yang lengkap bersenjata dengan cara yang kasar bagai satu rompakan dan dirampas beberapa komputer riba (laptop) dan sejumlah wang tunai.