kalau benar ini datangnya dari lubuk hati yang paling dalam.. (macam lirik lagu Awie pulak)
dari hati nurani Che Det..
Teman sokong 120%..
Patutnya penggunaan tenaga nuklear ni adalah cara penghabisan..
Dah takde langsung sumber-sumber lain barulah guna..
Apa-apa pun.. teman bukanlah mereka yang layak sembang pasal nuklear ni..
Sebab nama penuh DNA pun teman tak hafal-hafal sampai sekarang!!
lain la makcik-makcik UMNO..
Deme pakar bab DNA ni..
Tu yang slumber badak je berdemo pasal DNA tuh!
Perkara yang tak tahu menahu...
main deeemooo je!
kalau ikut kata KJ,
beruk-beruk jalanan...
beruk jalanan pasal anti ISA, pasal kembalikan air hak rakyat, kembalikan bahasa melayu..
lagi bermaruah rasanya..
berbanding beruk jalanan minta DNA!
wakakakakkaa!
adehhh!!!
sunsnake 17032011
Mahathir: Lebih baik tidak bina loji kuasa nuclear
CYBERJAYA, 16 Mac – Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengulangi pendiriannya bahawa Malaysia tidak perlu memiliki sebuah loji tenaga nuklear.
“Anda tahu pandangan saya tentang hal ini. Kita tidak begitu arif mengenai reaksi bahan ini,” katanya kepada pemberita bila ditanya tentang pandangannya berhubung loji seumpama itu.
Dr Mahathir berkata radiasi yang bocor dari loji tenaga nuklear Jepun yang terjejas akibat tsunami setelah gempa dengan kekuatan magnitud 9.0, menyokong pandangannya itu.
“Sebaik saja dihidupkan, ia menjadi radioaktif. Orang tidak tahu bagaimana untuk mengendali bahan buangannya,” katanya.
Dr Mahathir menarik perhatian ketika beliau menjadi perdana menteri, kerajaan telah memutuskan empat strategi bahan bakar iaitu minyak, gas, arang batu, hidro, dan “tidak termasuk nuklear”.