Monday, December 13, 2010
Che Det Nafi "Kes Anwar Liwat' Konspirasi? Adehhh!!
Berita Tv3 tadi Che Det nafi yang konspirasi zaman dia dulu adalah arahannya..
"Kalau saya nak buat konspirasi, saya kena minta tolong banyak pihak, daripada pihak polis, pihak mahkamah dan mungkin lebih 150 orang saya nak kena minta tolong, ini susah.."
lebih kurang itu lah kata dia...
wakakakaka!!
Kalau Che Det kata dia kena guna 1500 orang pun teman percaya dia boleh buat!
Kalau kita nak namakan nama-nama pelakon utama dalam siri Liwat 1 dan liwat 2 ini pun dah beratus orang dahh!!! Lom campur kroni-kroni menteri-menteri yang terlibat lagi!
Sudah-sudahlah tu Che Det oiiii...
Baik Liwat 1 mahupun Liwat 2.. dari awal lagi skrip dah longgar!
Pelakon dah terkantoi!
Bukti dah tak jelas dan meragukan!
Hakim dan pendakwaraya jangan cerita laa..
Lebih baik percaya kat Ah Long Bukit Bintang! wakakaka!
sunsnake 13122010
UMNO Anggap Wikileaks lagi betul dari Quran ke?
Bukan main bertempik sorak pimpinan UMNO mengulas dakwaan Wikileaks nie..
Bukan main kecoh sampai muka depan Utusan hari nih ada gambo Anwar dan Kak Wan..
Isu apa? maklumat daripada Wikileaks!
Seolah-olah apa yang Wikileaks tulis tu dah kompom betul!
Seolah-olah susuk tubuh Anwar ni dah tak payah teruskan trial kat court dah..
Dah kompom salah! terus humban ke Penjara Sungai Buluh je terusss!!
Kalau boleh gantung mandatori terusss!! Abeh cerita!
UMNO lupa ka pada Hukum Al-Quran..
Apa hukum fitnah?
Apa hukum hakim yang zalim..
Apa hukum saksi yang dusta..
Apa hukum menyalahkan seseorang sebelumianya didapati bersalah?
Bukan maksud teman si Saiful tu menipu..
Tapi sejak awal lagi segala-gala tentang kes ini sangat meragukan!
Lebih-lebih lagi dalam urusan pendakwaan dan mahkamah!
Sangat pelik lagi memelikkan!
so, apa lagi yang nak dipercaya dengan Wikileaks nih?
errr.. isu Najib-Altantuya pun dengornya ada gak dalam Wikileaks nie..
Awat tak letak muka depan Utusan sekali wehhhh???
sunsnake 13122010
WikiLeaks: Dr M yakin Kuan Yew tahu tentang kegiatan Anwar
Berita Penuh
Bukti Gempar! PAS Lacurkan Islam Pada DAP!
Cheisss!!!
Tak guna punya PAS!
Melacurkan Islam pada DAP!
PAS tak tahu ke DAP ni Kafir Harbi?
PAS tak tahu ke DAP ni serpihan PAP Singapura!
PAP yang UMNO Bagi Singapura secara percuma tu..
Siap ada free gift perjanjian air yang bangang tu..
Hidup Ketuanan melayu la katakan!!
Tergamak PAS membacakan Doa di dalam Konvensyen DAP!
Doa ni untuk orang melayu je!
Doa ni milik mutlak orang melayu!!
Sungguh benarlah PAS ni pengkhianat dan derhaka kepada Agama, Bangsa dan Negara!!!
Islam ni milik orang melayu je..
Quran ni hanya untuk dibaca oleh orang melayu je..
Masjid hanya boleh dimasuki oleh orang melayu je!!
Paling baru...
Pusat Serenti pun hanya milik ketuanan melayu!!!
Jangan ada kaum bukan melayu masuk Pusat Serenti..
Kelak ada demo la dari Pemuda UMNO, PERKASA dan PEKIDA!
wakakaka!!
Patutlah setelah lebih 53 tahun UMNO berkawan dengan MCA...
MCA makin keliru dengan Islam!
MIC makin tak faham Islam...
Bangang punya melayu!
err.. Agak-agaknya boleh kedengaran tak Doa cara Islam dibacakan di Konvensyen MCA dan MIC??
Cehh!! langkah mayat Soi Lek dan Palanivel dululaaa!!!
Wakakakaka!
sunsnake 13122010
Pertama kali doa dibaca di konvensyen DAP
Konvensyen DAP Pulau Pinang 2010 yang berakhir semalam menempa sejarah tersendiri apabila bacaan doa berkumandang buat pertama kalinya dalam sebuah persidangan parti yang berusia 44 tahun itu di Pulau Pinang, yang selama ini diuar-uarkan sebagai parti cauvinis perkauman.
Bacaan doa selama lebih kurang empat minit itu dipimpinkan oleh Yang Dipertua PAS Tanjung, Yaacob Omar yang turut menegaskan bahawa Islam adalah untuk semua umat manusia tanpa mengira kaum, fahaman politik mahupun darjat.
Dalam ucapan ringkasnya sebelum membaca doa tersebut, Yaacob berkata, tidak menjadi satu kesalahan untuk mana-mana pihak untuk membaca doa dalam majlis yang kebanyakannya dihadiri oleh bukan Islam kerana ajaran Islam itu membawa kebaikan kepada semua yang mengamalkannya.
Berita Penuh
Si Cerdik Pasti Nakkan Si Bodoh!
Lee Kuan Yew ni seorang Lagenda dalam politik..
Di peringkat Asia mahupun Dunia, susuk tubuh inilah yang berjaya mendapat Singapura tanpa setitik pun pertumpahan darah!
Malahan kehebatannya dalam ilmu perundingan sangat hebat hinggakan berjaya mengikat perjanjian air dengan Malaysia suatu ketika dahulu..
1000 gelen=3 sen....
Itu dalam isu air.. belum isu Jambatan bengkok dan sebagainya...
Isu tanah jangan cerita laaa...
So, kesimpulannya..
Takkan Lee Kuan Yew nak orang cerdik yang tadbir Malaysia?
Sebaik-baiknya biarlah puak yang pernah di'pusing' dek Kuan Yew ni meneruskan pemerintahan agar Singapura dapat 'faedah'nya secara berterusan!
wakakakaka!
sunsnake 13122010
Azmin: Kuan Yuew tidak terima kepimpinan pembangkang
KUALA LUMPUR 12 Dis. - Pimpinan Singapura termasuk Menteri Mentornya, Lee Kuan Yew didakwa tidak dapat menerima kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan tidak mahu melihat pakatan pembangkang menguasai Putrajaya kerana ia akan menjejaskan kedudukan mereka di rantau ini.
Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali berkata, pimpinan Singapura termasuk Kuan Yew lebih rela UMNO dan Barisan Nasional (BN) memerintah negara kerana beliau mendakwa parti itu begitu mudah melutut kepada segala tuntutan Singapura.
"Mereka (Singapura) lebih rela pimpinan UMNO-BN memerintah negara kerana pimpinan korup ini dengan mudah melutut kepada segala tuntutan Singapura. Fitnah tidak akan bertukar menjadi kebenaran walau diulang hatta dalam media cetak atau elektronik," katanya dalam entri terbaru blognya bertajuk Fitnah Jelek SB Malaysia dan Agensi Perisikan Singapura di http://azminali.com.
Zahid 'Sound' Siapa nih? Aduhh!!
Laaa..
Yang dok menjerit-jerit Hidup Melayu! Jangan Khianat Melayu! Hidup Ketuanan Melayu! Jaga Kedaulatan Melayu! bukan UMNO ke?
Yang dok ugut kaum bukan melayu selama ni bukan UMNO ke?
Walhal bukan UMNO serius pun nak jaga melayu!
Dalam hal-hal yang masyukkk.. Hak melayulah yang paling banyak kena gadai!
Buktinya?
Sejak merdeka.. hakmilik orang melayu pada tanah makin kurang ke bertambah?
Kucing kurap tepi pasar borong Selayang pun boleh jawab soalan nih!
Berkurang!!! Malahan dengan drastik!
Mana bukti? carilah sendiri!
Jangan lembab sangat! Jangan malas berfikir sangat!
Jangan hanya harap tertulis dalam Utusan je!
Alamatnya jadi macam Ketua Cawangan UMNO lah!!
lembab berfikir!
sunsnake 13122010
Jangan politik isu perkauman – Zahid
KUALA LUMPUR 12 Dis. – Isu perkauman tidak harus dipolitik dan dibincangkan secara terbuka kerana ia boleh mencetuskan ketegangan dalam masyarakat pelbagai kaum di negara ini.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, isu perkauman seperti bahasa, kebudayaan, pendidikan, agama, kerakyatan dan ekonomi tidak akan menyumbang ke arah masyarakat bersatu padu sekiranya dipergunakan untuk tujuan politik.
“Kesannya mengakibatkan semua kaum akan saling berusaha untuk mengekalkan identiti kaumnya sendiri, tidak kira daripada aspek bahasa dan budaya mereka akan cuba untuk mempertahankan agar mereka juga mendapatkan hak yang sama rata.
“Dalam sebuah negara majmuk, isu perkauman juga tidak harus dibincangkan secara terbuka kerana semakin banyak perbincangan, semakin jauh jurang pemisah dan sukar untuk mempereratkan perpaduan kaum di negara ini,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Ummi Hafilda dah Pokai ke?
Hok aloh minah ni..
Dulu bukan main hebat lagi..
Masa zaman Che Det hentam Anwar..
Memang Famous giler muka sembab minah nih!
Keluar masuk Mahkamah diiringi oleh Azwan Ali..
Tak lupa Khairuddin yang la ni dah jadi suami Ummi Aida..
Sekian lama tak dengar cite..
La ni tup-tup muncul kembali!
Dalam Utusan pulak tuh!
Ingatkan dah bertaubat.. dah insaf..
rupanya idakk!! Malah makin gedik dengan tuduhan-tuduhannya!
Aduyaiii..
Kalau dah Bapak sendiri tak ngaku anak sampai ke akhir hayat bapaknya..
Kalau dah bapak sendiri tak percaya..
Takkan minah ni ingat rakyat Malaysia nak percaya kot?
Tergamak minah ni fikir macam tu sekali!!!
Wakakakak!
Ke upah konspirasi 1 dulu dah habis?
Ni usaha nak cari makan balik la ni ye?
aduhhhh!!
Hinanya diri!!
Nallakarupan? wakakaka!
Teman ingatkan mamat ni dah mendiang!
sunsnake 13122010
'Ummi Hafilda berkata benar'
metra.mohamed@utusan.com.my
KUALA LUMPUR 12 Dis. - "Semua itu benar." Demikian tegas bekas rakan karib Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk S. Nallakarupan yang mengakui kebenaran kenyataan Ummi Hafilda Ali berhubung apa yang dilaluinya pada 1997 dan 1998 yang membawa kepada pemecatan Anwar selaku Timbalan Perdana Menteri.
Menurut beliau, kenyataan Ummi Hafilda sememangnya tidak boleh disangkal kerana segala fakta yang diberikan bukannya suatu pembohongan atau konspirasi.
"Bagi saya, apa yang Ummi Hafilda katakan itu betul. Tidak boleh dinafikan lagi. Dia tahu segalanya termasuk abangnya, Azmin Ali yang kini Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR).
"Justeru, saya cabar 3A iaitu Anwar, Azizah (Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail) dan Azmin supaya menjawab kenyataan itu.
"Jangan jadi pengecut. Rakyat perlu tahu. Jangan berlakon lagi,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, hari ini.
Beliau mengulas temu bual eksklusif Mingguan Malaysia berhubung rayuan Ummi Hafilda terhadap Azmin termasuk Anwar dan Wan Azizah agar bertaubat dan kembali ke pangkal jalan.
Laporan itu antara lain mengimbas kembali apa yang dilaluinya sepanjang 1997 dan 1998. Antaranya, tindakan beliau menulis surat mengenai salah laku Anwar kepada Perdana Menteri pada masa itu, Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Kemunculan semula Ummi Hafilda adalah atas rasa terpanggil untuk menentang mereka yang sengaja mempertikaikan ketuanan Melayu.
Mengulas lanjut, Nallakarupan berkata, Azmin seharusnya malu dengan apa yang diluahkan oleh Ummi Hafilda dan mengakui kebenaran kenyataan adik bongsunya itu.
Berita PenuhIsmail Sabri Buat Lawak King! Wakakaka!
Teman tak tau pulak yang menteri-menteri UMNO ni ada dikalangan mereka pandai buat lawak!
Memang kalau masuk Raja Lawak, Zaibo pun takleh nak komen apa woo!!
Sebab lawak sungguh!
Kalau zaman Sinaran Pasport Kegemilangan dulu..
Kompom dapat 5 bintang woo!! Dah RM1000 tuh!
Hok aloh...
Punya la besar title menteri tu..
Punya la susah rakyat nak bagi kepercayaan untuk mereka duduk di kerusi mewah tu..
Punya la meghoyan begitu ramai ahli politik Malaysia nak dapat kerusi tuh!
Akhirnya..
mereka yang duduk kat situ hanya boleh bagi rakyat cadangan jenis macam ni?
Apa? menteri ni ingat semua rakyat duduk rumah tanah lot macam depa ka?
Semua rakyat duduk lot banglo yang ada 1/2 ekar sorang area rumah ka?
Yang duduk flat di Bukit Beruntung ni macam mana?
Yang duduk apartment kat Lembah Pantai macam mana?
Kot ye pun tanam sendiri..
Boleh tampur keperluan seharian sayur untuk dimakan ke>
Keperluan seminggu? sebulan? setahun? sampai mati?
Nak tak nak kena beli jugakk!!
Nak tak nak kena ke pasar jugakkk!!
Aduhhhh!!!
minta komen sahabat semua!
teman dah senak perut gelak ramai-ramai kat opis tadi!
wakakakakaka!
Bangang!
sunsnake 13122010
Tanam sendiri sayur kekang kenaikan harga pasaran - Ismail
BERA 12 Dis. - Rakyat diminta menanam sendiri sayur-sayuran sebagai cara menjimatkan perbelanjaan dapur sekali gus mengurangkan kesan kenaikan harga barangan itu di pasaran.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, selain menjimatkan perbelanjaan dapur, ia secara tidak langsung dapat menurunkan harga barangan tersebut di pasaran apabila permintaan terhadapnya berkurangan.
''Melalui Kempen Tanam Sendiri Jimat Belanja yang dianjurkan oleh Gabungan Persatuan-Persatuan Penguna Malaysia (FOMCA) yang dijalankan sejak tiga tahun lalu dapat membantu rakyat menjimatkan perbelanjaan harian.
''Jika semua rakyat menyahut kempen FOMCA itu ia bukan sahaja menjimat perbelanjaan harian tetapi boleh membantu kerajaan mengurangkan import sayur-sayuran yang mencecah bilion ringgit," katanya kepada pemberita selepas merasmi kempen tersebut di Kompleks Rakan Muda Bera, di sini hari ini.