Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Sunday, November 15, 2009

Nik Aziz patut undur? sunsnake setuju!!!


Betul!!! Kalau itulah yang dimaksudkan oleh Ketua Pemuda UMNO Kelantan!
Tapi sebelum tu! kenalah adil sama bro!
Kalau Nik Aziz kena resign sebab ada unsur-unsur rasuah dalam isu tajaan haji ni..
Teman pun selaku ahli PAS ada hak untuk minta pimpinan UMNO-BN pun turut resign sama!

Minta Najib Tun Razak resign atas isu-isu rasuah kapal selam yang seantero dunia dah tahu!
dan tak pernah dinafi atau disaman dek najib keatas paper yang tulis berita nih!
Minta Muhyiddin resign atas kes-kes lama masa dia jadi MB Johor Darul UMNO dulu..
Minta Isa Samad resign atas kes rasuah politik dia..
Minta KJ resign, atas sebab kes ECM-Libra dia tuh!
Minta Samy Vellu resign, atas isu-isu Maika dan pelbagai nya..
Minta Azalina resign, atas isu kewangan kementeria pelancongannya..
Minta Nazri Aziz resign.. banyak sangat dah kes atas batu jemala dia nih!
Minta Adnan Yaakob resign.. err.. bukan dah kena hukum ke Kerajaan Pahang kat Mahkamah?
Minta Khir Toyo resign, kes Istana dia dan Disneyland tak abih lagi!
Minta Zahid Hamidi resign.. kes rasuah dan pukul orang dia semua tahu!

errr.. apa yang tinggal dalam UMNO? hehehehe
amacam ? ada bran??

sudah la tu UMNO oi!..
Tak abis-abis puak toghut ni nak menangguk di ayor yang keroh!

sunsnake@budakbalun 15.11.2009

Nik Aziz under pressure to resign

By Adib Zalkapli

KOTA BAHRU, Nov 15 – Kelantan Umno Youth today urged Datuk Nik Abdul Nik Aziz Nik Mat to vacate the mentri besar post, saying that the PAS spiritual leader’s decision to cancel his plan to perform the Haj in Mecca does not prove his innocence.

The state Umno Youth chief Anuar Safian also asked Nik Aziz’s son-in-law, Ariffahmi Abdul Rahman to resign as the Kelantan Mentri Besar Corporation (PMBK) CEO for alleged abuse of power.

“While the case is under investigation, Nik Aziz, along with Ariffahmi, should resign to save the state from embarrassment,” Anuar told reporters here.

He was speaking outside the Kelantan federal building after submitting a memorandum to the Malaysian Anti Corruption Commission (MACC) urging the body to hasten the investigation.

berita penuh disini

Berita sedih buat Arsenal's fans!

Van Persie facing months out - soccernet

Arsenal have been dealt a huge injury blow with the news that star striker Robin van Persie could face several months on the sidelines after damaging his ankle ligaments on international duty.

Robin van Persie, The Netherlands, Italy

Robin van Persie musters a shot before coming off injured.

The Dutchman was withdrawn after just 15 minutes of the Netherlands 0-0 draw with reigning world champions Italy, after being brought down by Juventus defender Giorgio Chiellini while chasing a through ball.

Van Persie looked in some discomfort and a stretcher was required as he clutched his right ankle.

Coach Bert van Marwijk said after the game: "The first diagnosis is a bad ankle injury. We are waiting for X-rays in hospital. It's terrible for Robin and is not good for Holland or his club."

If the news is confirmed the injury could keep the striker sidelined for up to three months, and is a huge blow to the Gunners' title dreams. Van Persie, who has netted seven league goals so far this season, is certain to miss next weekend's crunch Premier League clash with leaders Chelsea.

Macam ni punya kes pun ada?? isk..isk..isk..

Lelaki mati ditembak - Melayau

ANGGOTA polis dari Unit Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis
memeriksa tempat kejadian lelaki mengamuk ditembak polis di Kampung Guar Sanji, Arau, semalam. - BERNAMA

KANGAR 14 Nov. - Mungkin disebabkan terlalu marah kerana masalah tidak selesai dan terpaksa pula berjalan kaki sejauh lebih 60 kilometer dari Alor Setar, Kedah untuk pulang ke rumah di Guar Sanji, Arau selepas ditinggalkan rakan-rakan, seorang pemuda terdorong mahu membelasah dan membunuh semua rakannya itu.

Tetapi malang kemarahan Mohd. Taufiq Norzan, 21, membawa padah apabila dia akhirnya ditembak oleh anggota polis yang gagal untuk memujuk dan mengawalnya supaya bertenang.

Kisahnya bermula apabila rakan- rakannya itu menjemput Mohd. Taufik di rumahnya pada kira-kira pukul 10 malam dipercayai untuk berhibur di Alor Setar dengan menaiki kereta sebelum kemudiannya dia ditinggalkan di bandar itu.

Dia terpaksa pulang berjalan kaki kerana tiada pengangkutan awam selepas pukul 12 tengah malam.

Setibanya di Arau kira-kira pukul 5 pagi, Mohd. Taufiq terus mencari rakan-rakan itu dengan mangsa pertama, seorang kontraktor berusia 23 tahun.

Dia dipercayai dibelasah oleh Mohd. Taufiq dengan besi dan kayu kira- kira pukul 5.30 pagi sehingga cedera di badan, muka dan tangan.

Mangsa menerima beberapa jahitan akibat luka dan dirawat sebagai pesakit luar.

Selepas itu, Mohd. Taufik terus ke Balai Polis Arau mengadu dianiayai rakan-rakannya dan mahu membalas dendam.

Setelah gagal dipujuk bertenang oleh polis, dia pulang ke rumah manakala polis menghubungi bapanya, Norzan Abdul Rahim, 47, kira-kira pukul 6.30 pagi supaya mententeramkan Mohd. Taufiq.

Setibanya di rumah, Mohd. Taufiq mengambil sebilah pisau pemotong sayur dan daging milik ibunya, Salmiah Ismail, 45, dan terus keluar menuju ke rumah rakannya.

Ketika berjalan kaki ke rumah rakannya, Mohd. Taufiq sekali lagi dipujuk oleh bapanya dan sepasukan anggota polis, tetapi gagal sebelum dia ditembak mati kira-kira pukul 8.15 pagi di kawasan tapak Pasar Sehari Guar Sanji.

Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Perlis, Datuk Jamshah Mustapa dalam sidang akhbarnya di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis berkata, pihaknya terpaksa menembak Mohd. Taufik demi ketenteraman awam.

"Kira-kira pukul 5.30 pagi pemuda itu mencederakan rakannya, seorang kontraktor berusia 23 tahun. Selepas dicederakan, mangsa membuat aduan di Balai Polis Arau menyatakan dia diancam bunuh oleh penyerang terbabit.

"Pemuda yang menyerang itu juga ke Balai Polis Arau menyatakan dia mahu membunuh seseorang. Pemuda yang mengamuk tadi kemudian pulang ke rumah. Polis mengekorinya sambil memujuk, tetapi tidak diendahkan," ujarnya.

Kata Jamshah lagi, kira-kira pukul 8 pagi, Mohd. Taufik bertindak semakin liar sambil menjerit-jerit, melompat dan mengancam keselamatan penduduk tempatan.

"Setelah keadaan semakin tidak stabil polis melepaskan tembakan amaran ke udara. Namun demikian, pemuda itu didapati semakin hilang kawalan hingga mahu menyerang anggota polis yang memujuknya.

"Ketika pemuda yang bersenjatakan pisau pemotong daging bertindak di luar kewarasan untuk menyerang seorang anggota polis, anggota polis itu terpaksa melepaskan tembakan.

"Selepas ditembak, pemuda itu bertindak lebih agresif. Bagi memudahkan kami mengawalnya, polis terus menggarinya. Setelah dia semakin tenang, pemeriksaan mendapati tembakan yang dituju ke kakinya telah terkena badan," ujarnya.

Mohamad Taufik, seorang peniaga makanan di Arau disahkan meninggal dunia selepas dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini.

Sementara itu, Norzan berkata, dia akan mengambil tindakan undang- undang terhadap polis yang disifatkan bertindak tidak profesional.

Dia yang berada tidak jauh dari tempat kejadian mendakwa mendengar tiga das tembakan.

"Selepas mendengar tembakan, saya berlari ke arah tempat itu dan mendapati Mohd. Taufiq terbaring akibat tembakan di dada," katanya.

Norzan berkata, isterinya pengsan setelah mengetahui anaknya mati ditembak oleh polis.

Menyerang adalah Pertahanan terbaik? UMNO-BN = Brazil?


Ingat lagi Team bolasepak Brazil?
Juara Piala Dunia banyak kali dah..?
Apa rahsia kehebatan pasukan mereka?
Kalau nak kata Pertahanan mereka terbaik,
Hebat lagi pertahanan Itali.. dengan Nesta, Cannavaro, Zambrotta.
Defend Brazil habis-habis hebat pun Roberto Carlos dengan Alex..
Nak kata Goalkeeper Brazil superb.. idak gak!
Super lagi Buffon Itali.. atau Cassilas Sepanyol..

Serangan? haaaaa.. inilah dia rahsia mereka..
Dek kerana jentera serangan Brazil ni terlalu hebat,
maka inilah dia pertahanan terbaik mereka!
Pasukan lawan terlalu sibuk nak menahan asakan jentera serangan Brazil,
hinggakan takde banyak peluang nak buat serangan!!
So, biarpun pertahanan Brazil tak la sekuat mana,
maka jumlah bolos mereka pun boleh jadi kurang disebabkan kehebatan serangan!

Itulah sebenarnya yang berlaku dalam politik Malaysia hari ini..
UMNO-BN sedar.. yang pertahanan mereka idak la sekuat mana..
Central Defender dia sorang nama si MCA.. dah patah dua-dua belah kaki!!
Yang sorang lagi nama MIC.. dah hilang fokus.. dah macam buta..
Defender nama dia PPP.. memang dah lama berebut nak masuk padang,
last-last dua-dua kena kad merah!! tak tau mana player??
Harap UMNO je la sebagai goalkeeper.. nak menahan rembatan PAS,PKR dan DAP nih!!

Apa pilihan yang ada?
Haaa!!
inilah masanya jentera tengah mereka berfungsi menyelamatkan pasukan@regim UMNO-BN!
Idak kalu apa guna ada ahli/kroni UMNO-BN dalam Polis,SPR,SPRM,JAIS,JAKIM,YADIM,Mahkamah,SUK negeri2,
dan segala mak nenek jentera kerajaan yang mereka ada!!
Inilah dia pemain midfield mereka!!
Yang selama ini bersarang dan berlubuk di dalam aktiviti kejahatan UMNO-BN menzalimi rakyat!!

Tapi manakan mungkin kemenangan boleh diisytihar tanpa gol??
Dimana kah penyerang@striker mereka?
Siapakah 'goal machine' UMNO-BN??

Haaaa..
itulah dia yang bernama Utusan Malaysia(Melayau), Berita Harian(Hairan),
Sinar Harian, Metro,Kosmo!
dan segala nama suratkhabar yang dimiliki oleh UMNO-BN lah!
Tak lupa jugak striker paling ampuh mereka yang mampu menembusi setiap ceruk isi rumah di seluruh negara dalam sekelip mata!!
Itulah gandingan striker RTM-TV3!!!
Yang setakat ini tidak pernah menghampakan mereka!

Inilah sebenarnya pemain-pemain sebenarnya yang berseteru dengan Pakatan Rakyat!
Buat semua pendokong dan penyokong perjuangan rakyat,
Ini bukan masa untuk bertelagah sesama sendiri!!
Bukan juga nak melayan 'terjahan-terjahan' keras daripada pemain lawan!

Teman harap, segala perbalahan dan salah faham didalam pasukan PR dapat dihentikan!
Kita telah pun mendahului di separuh masa yang pertama..
Takkan nak kena potong diseparuh masa yang kedua?
Pemenang hanya ditentukan selepas tiupan wisel penamat yang kedua...
Setakat 'leading' 1st half tiada maknanya syeikh!

Kita sebenarnya wajib teruskan serangan kita terhadap gol UMNO-BN nie..
Kita dah tahu benteng pertahanan dia memang dah tempang!
Defend kiri-kanan dah macam takde!
Kita cuma perlu melepasi jentera serangan dan tengah sahaja,
tunggu apa lagi??
Inilah dia barisan bloggers Pakatan Rakyat yang seharusnya membuka seluas-luas jalan buat pemain tengah kita merancang!
Sebelum rakyat sendiri selaku striker Pakatan Rakyat akan dengan penuh bergaya menjaringkan gol-gol kemenangandi PRU ke 13 nanti!!
Dan dikala wisel penamat dibunyikan menandakan kemenangan kita,
seruan-seruan ini akan kembali bergema di Dewan Rakyat Parlimen dan diseluruh Dewan Undangan Negeri seluruh Malaysia!

Hidup! Hidup! Hidup Rakyat!
Tumbang! Tumbang! Tumbang BN!
Hancur! Hancur! Hancur Rasuah!
Tegak! Tegak! Tegak Rakyat!
Musnah! Musnah! Musnah Kezaliman!

sila rujuk isu-isu 'sampah' ini..

-Azmin nafi miliki saham RM9 juta
-Blog siar rakaman bai'ah

jangan layan la isu-isu sampah nie..
buat buang masa je YB oi!!
banyak lagi laaaa!! sendiri faham laaa syeikh!!

sunsnake@budakbalun 15.11.2009