Dok melolong-lolong perjuangan bangsa melayu..
Apa yang nak diperjuangkannya?
Apa yang berat sangat?
Yang paling heran,
perjuangan melayu apanya?
Perdana Menteri Malaysia sejak merdeka tak pernah pun dari kalangan bukan melayu..
Tak pernah pun dari kalangan bukan UMNO..
dan tak pernah pun dari kalangan ahli PAS!
Apa yang mereka slogankan?
Hidup Melayu?
Tak jugak melayu terbela!
Dok canang Hidup Melayu... Singapore bagi free kat lee Kuan Yew!
Dok canang Hidup Melayu... Penang yang majoriti UMNO menang kerusi DUN pun bagi jawatan Ketua menteri kat Gerakan??
Abis?? siapa yang sebenarnya selama ini menghalang UMNO nak memartabatkan melayu?
Contoh di Bandar Rawang ni...
53 tahun UMNO menerajui negara..
Boleh kira sebelah tangan pemilik bangunan rumah kedai orang melayu!
Mamak lagi ramai pemilik bangunan kedai daripada melayu!
Malangnya di Rawang ni.. tiada Arked Mara..
Kalau ada barulah ada pemilik premis kedai melayu...
Salah siapa semua tu?
Salah PAS?
Salah DAP?
Salah PKR?
Salah melayu?
Salah Cina?
Salah India?
Aduyaiii!!!
Siap menyanyi lagu Warisan lagi tuhh!!
Wakakakkaak!
bab melalak karaoke memang UMNOlah juaranya bro!!!
sunsnake 21102010
Lagu Warisan cetus semangat perjuangan
KUALA LUMPUR 20 Okt. – Persidangan Perwakilan Puteri UMNO yang menutup tirai petang ini mencetuskan kelainan apabila Ketuanya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin menggunakan pendekatan unik bagi mencetus semangat perjuangan di kalangan ahli-ahli Puteri.
Rosnah di akhir ucapan penggulungan perbahasan mengajak para perwakilan menghayati lagu Warisan nyanyian Allahyarham Datuk Sudirman Arshad untuk menyemarakkan perjuangan memperkasakan parti demi bangsa, agama dan negara.
Dalam nada sebak, beliau mahu ahli Puteri selepas menghayati lagu tersebut yang dikumandangkan di Dewan Tun Dr. Ismail, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), pulang membawa bersama semangat juang yang tinggi bagi memastikan UMNO terus relevan dan diterima rakyat.
Berita Penuh