Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Sunday, March 14, 2010

Kesian kat Ketua Cawangan UMNO nie...

Ketua Bahagian veteran sabotaj MB, penting diri sendiri

IPOH – Masalah dalaman UMNO Perak cukup parah jika mahu dibandingkan dengan krisis Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang menjadi bualan hangat pemimpin politik hari ini khususnya dari UMNO.

Ketua UMNO Cawangan Pekan Batu Lima Bahagian Parit Buntar, Sulaiman Mohd Zaini berkata, hanya orang dalam sahaja yang tahu apa sebenarnya berlaku dalam UMNO Perak.

Menurutnya, sikap Ketua Bahagian yang hanya mementingkan diri merumitkan lagi keadaan sehinggakan sanggup menganjurkan pelbagai gerakan berbentuk sabotaj terhadap pentadbiran Kerajaan Negeri.

“Sikap Ketua Bahagian yang angkuh dan sombong serta langsung tidak memberi peluang kepada golongan muda untuk memimpin memburukkan lagi keadaan.

“Mereka ini dilihat hanya mahu mengaut keuntungan atau mengambil kesempatan terhadap Kerajaan Negeri yang diterajui Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir demi kepentingan diri sendiri,.

“Ada juga sanggup membuat aduan palsu kepada kepimpinan UMNO Pusat dengan menyatakan Menteri Besar tidak membantu ketua-ketua bahagian di negeri ini,” katanya ketika ditemui di pejabat Sinar Harian, Greentown di sini, semalam.

Sulaiman berkata, Ketua Bahagian yang rata-ratanya sudah menjangkaui umur veteran dan sudah tidak relevan lagi untuk memimpin seharusnya sedar diri serta memberi peluang pula kepada golongan muda bekerja dengan rakyat.

Katanya, pemikiran golongan veteran ini terlalu konvensional dan sering kali melihat pembangkang sebagai musuh, walhal dalam kalangan golongan muda, persepsi berkenaan dilenyapkan sebaliknya kita boleh bergaul dengan semua parti, semuanya sebagai sahabat.

“Kita sebagai pemimpin parti jangan meletakkan perbezaan ideologi politik sebagai teras perjuangan sebaliknya letakkan rakyat pada kedudukan utama barulah dinamakan pemimpin.

“Banyak berlaku kesilapan dalam UMNO Perak, seharusnya perlu diubah dari sekarang, terutama golongan pemimpin veteran yang menerajui bahagian masing-masing perlu berundur secara terhormat dan bagi peluang kepada para pelapis untuk menerajuinya pula.

“Golongan veteran ini suka membodek pihak atasan serta mengugut Menteri Besar supaya memberikan projek untuk mereka dan kroni-kroni semata-mata mahu memuaskan kepentingan peribadi,” katanya.

Beliau berkata, keadaan itu berlaku (mensabotaj Menteri Besar), pihak berkenaan membuat laporan palsu kepada kepimpinan Pusat dengan tujuan menjatuhkan Dr Zambry.

“Tindakan mereka ini tidak wajar, sepatutnya sebagai Ketua Bahagian, mereka memberi sokongan kepada kepimpinan Dr Zambry bukan mengkhianatinya, sebab itulah saya gesa Menteri Besar mengambil tindakan terhadap mereka bagi menghadapi perubahan kepada UMNO Perak.

“Selagi golongan ini menganggotai dan mengepalai bahagian, UMNO Perak akan menuju kepada kehancuran serta tidak mustahil juga pilihan raya umum akan datang, UMNO bukan lagi pilihan rakyat.

“Sebenarnya musuh sebenar bukan pembangkang tapi dalam kalangan UMNO sendiri yang perlu dihapuskan dan boleh juga dilabel sebagai firaun kecil sebagaimana gambaran kepada PKR,” katanya.

Pemuda UMNO Dijemput joint!


Haaa.. !
kalau pemuda-pemuda UMNO teringin nak tau apa dia 'demo' yang sebenar..
meh joint..

Tapi joint kerana Allah SWT!
Bukan kerana nak duit!
Bukan kerana melayu!

Sebab melayu langsung takde nilai tanpa Islam!
sunsnake 14032010

Bantah hina Nabi di Kedutaan Sweden 19 Mac
Hazayani Zakaria

KUALA LUMPUR, 13 Mac: Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) mengajak seluruh rakyat untuk menyertai Himpunan Sejuta Ummah di hadapan Kedutaan Sweden pada Jumaat, 19 Mac ini.

Himpunan itu dirancang sebagai menunjukkan bantahan terhadap tindakan terbaru beberapa akhbar di Sweden yang menyiarkan lakaran menghina Nabi Muhammad s.a.w.

Bercakap dalam satu sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Pemuda PAS Pusat di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut tengah hari ini, ketuanya, Nasrudin Hassan berkata, pada tarikh itu, pihaknya akan menyerahkan satu memorandum bantahan berhubung perkara itu kepada pihak Kedutaan Sweden.

Mereka akan menunaikan solat Jumaat di Masjid Tabung Haji, Jalan Tun Razak dan kemudiannya berarak ke Kedutaan Sweden.

"Pemuda akan turun beramai-ramai di Kedutaan Sweden 19 Mac ini bagi menunjukkan bantahan kita terhadap pelukis dan akhbar mereka yang telah menghina Rasulullah s.a.w.

"Saya menyeru dan mengajak seluruh umat Islam yang prihatin agar turun bersama-sama kami bagi menzahirkan bantahan kita terhadap penghinaan yang dilakukan terhadap Rasul kita," katanya.

Pelukis Sweden, Lars Vilks melukis kartun menghina Nabi Muhammad s.a.w. dengan membuat membuat lakaran tubuh Rasulullah s.a.w. seperti anjing dan disiarkan oleh akhbar Dagens Nyheter, Expressen serta Sydsvenska Dagbladet.


sumber - harakahdaily

Berita buruk buat penyokong 'poser' Liverpool!



hehehehehehe..
hahahahahahaha...
hihihihihihihi...

glory2 Man Utd!

sunsnake 14032010


Torres future hinges on Anfiled recruitment

Fernando Torres could quit Liverpool in the summer if the Premier League club do not recruit enough top-quality players to turn them into genuine title contenders.

Talking about his future at Anfield Torres, who has scored 13 league goals in 18 appearances so far this term, told Spanish newspaper AS: "It's too soon to talk, I honestly think that we're going to be fourth, but for me Champions League qualification isn't so important.

full article

Jangan ganggu 'talian hayat' kami! - Maslan



Tolonglah..
La ni kami dah tak boleh nak cari makan di bandar-bandar!
Di sub-bandar pun dah tak boleh nak makan besar dah!
makin lama makin kurang...
Di kampung-kampung cina kami dihalau! tambahan di Perak!
Di kampung-kampung melayu pulak ikut jiwa penduduk kampung..
Kalau majoriti penduduk kampung tu lagha, takde masalah!
tapi kalau majoriti penduduk kampung tu kuat ibadah..
memang kompom kami kalah UPU kampung tu!

Di estet-estet pulak.. kami kena keluar modal besar!
Di Bagan Pinang, kami kena hantar setiap satu rumah sebiji dapur masak + periuk elektrik!
baru leh dapat undi India Estet.. Itupun cuak jugak kami!

Tolonglah..
Hanya Feldalah talian hayat kami..
Sebab itulah kami tak kisah belia-belia Felda makin hancur sahsiahnya!
Lagi hancur mereka.. lagi senang kami nak pergunakan!
Lagi rosak amalan mereka.. lagi senang kami nak upah..

Hanya Feldalah talian hayat kami..
Merekalah segala-galanya bagi kami di Semenanjung..
Sabah & Sarawak kami ada PATI Filipina dan Indon yang kami bagi IC sementara..
Kompom mereka undi kami tak lama lagi!

Hanya Feldalah talian hayat kami..
Sebab orang-orang tua Felda banyak yang sokong kami lagi..
Kalau yang kaki masjid.. kaki surau..
haa tu kami kena double check dulu..
sebab susah laaa.. kalau mereka yang kaki masjid ni..
Pimpinan kami leceh la kalau nak berceramah di Masjid..
takut kena soal dengan soalan agama!
Longgar lutut pimpinan kami nanti!

Tolonglah..
Jangan ganggu talian hayat kami..

"mungkin inilah rayuan sebenar brader bawah ni!

sunsnake 14032010

'Hentikan pecah belah Felda'

PUTRAJAYA 13 Mac - Pihak yang cuba memecahbelahkan perpaduan dan keharmonian peneroka Felda digesa menghentikan segera perbuatan itu demi memastikan masa depan dan daya saing anak-anak peneroka terus terbela.

Mengingatkan perkara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan mengakui Felda kini 'diasak' dengan sentimen politik oleh pihak berkepentingan yang cuba memanipulasikan generasi keduanya.



Beliau menarik perhatian antara isu yang cuba diketengahkan kumpulan terbabit adalah mahu supaya semua rumah dan kebun dalam Felda Plantation diserahkan kepada generasi kedua.

''Kalau dibuat begitu, bagaimana kita hendak bantu anak-anak peneroka.

''Ini kerana keuntungan hasil Felda Plantation ini dinikmati oleh anak peneroka termasuk perkara-perkara seperti bonus tahunan, penyediaan program ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), universiti serta skim tuisyen.

''Jika segalanya diserah kepada generasi kedua, apa lagi yang tinggal," katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia hari ini.



berita penuh

'Pembersihan' sedang berlangsung!


Walaupun teman menganggap aktiviti keluarnya ADUN dan MP PKR dari parti mereka itu sebagai suatu 'pembersihan' namun jauh di sudut hati teman..
Amat berharap agar Pimpinan tertinggi PKR membuat sesuatu..

Apa yang perlu mereka buat?
Terserahlah.. Ini kerana bukanlah hanya menjadi isu kepada PKR tetapi melibatkan PR seluruhnya!

Tahniah dan Syabas buat ADUN & MP PAS yang sehingga kini terbukti Istiqamah dalam perjuangan..
Nah! terbukti bukan bahawa Prinsip Islam adalah segala-galanya!

Buat semua penyokong dan pendokong Pakatan Rakyat, benarlah kata-kata TG Nik Aziz bahawa ini adalah 'pembersihan'..
Banyak dan jauh lagi perjalanan kita dan Pakatan Rakyat demi masa depan Malaysia..
Yang pasti demi kebahagiaan dunia dan akhirat

sunsnake 14032010

Ramai Lagi Pemimpin PKR Akan Keluar Parti

KULIM, 14 Mac (Bernama) -- Sekurang-kurangnya 10 lagi Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kedah dan lain-lain negeri didakwa akan keluar parti itu dalam tempoh terdekat ini.

ADUN Lunas (Bebas) Mohd Radzhi Salleh berkata beliau begitu optimistik dengan perkembangan itu memandangkan apa yang berlaku dengan PKR kebelakangan ini.

Beliau berkata pucuk pimpinan parti itu kini semakin jelas menampakkan tembelang mereka yang lebih mementingkan diri sendiri daripada anggota, penyokong parti dan orang ramai.

Bercakap kepada pemberita selepas berceramah di majlis penerangan isu-isu semasa bersama lebih 300 Pengerusi dan Setiausaha Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP)Parlimen Kulim/Bandar Baharu, di sini, pada Ahad, katanya beliau sendiri akan menyertai Umno dalam tempoh terdekat ini.

berita penuh

Komunis pun boleh.. Inikan pula Islam!


Alangkah indahnya jika dapat dijalankan Undang-undang Islam di Malaysia ini..
PASTInya keadilan akan tertegak sesuai dengan Islam itu sendiri agama keadilan..

Jika China yang diperintah oleh Kerajaan Komunis..
Yang melaksanakan undang-undang Komunis pun boleh maju..
Alangkan Islam?
Pastinya kemajuan yang dijana dengan Undang-Undang dan pemerintahan Islam lebih maju malah mendapat keberkatan daripada makhluk-makhluk di langit!

Sempatkah aku melihat Islam didaulatkan di bumi ini?
sunsnake 14032010

China Catat Kejayaan Berkembar Dalam Pembangunan Kreta Api Laju

Oleh Vincent Low

BEIJING, 14 Mac (Bernama)-- China mencatatkan kejayaan di dalam pembangunan kereta api laju dan jarak keseluruhan landasan kereta api laju yang disiapkan serta pada segi operasi bagi kereta laju berkenaan, kata Timbalan Menteri Kereta Api Wang Zhiguo Sabtu.

Menurut Wang, kereta api laju China bergerak pada kelajuan 350 km sejam dan melakukan satu perjalanan di dalam tempoh setiap 3.0 minit dengan membawa lebih 1,000 penumpang.

"Jarak keseluruhan landasan kereta yang beroparasi mencecah 6,552 km, di mana daripada jumlah itu landasan kereta api bagi kelajuan 200-250 km sejam mencecah 2,876 km dan laluan kereta api bagi kelajuan 250-350 km sejam mencecah 3,676 km."

Wang berkata demikian mengenai pembangunan kereta api China di luar Kongres Rakyat Nasional.

berita penuh

Percayakah Anda? Percayalaaaa...(2)

Mata dah ngantuk nih!
Nak solat jap pastu nak tido!
Pagi esok nak kena gi keje.. OT daa...
Nak cari modal repair kete!

Sebelum teman tido..
kome semua layan la ye?
Gambo-gambo yang sempat teman snap sepanjang teman berulang-alik gi keje selama ni..!!!

Percayalah! macam kome percaye Najib tak kenal Altantuya!

hehehehe.. jangan mare aaa..
sunsnake 14032010