Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Saturday, June 26, 2010

Polis vs Judi - Ini baru betul!


Inilah cara yang betul membanteras judi.. bukan bagi lesen!
Aduyaii!!

Inilah gunanya Polis.. bukan belasah orang dalam masjid dalam demo anti-judi!
Kalau dah polis sibuk nak kawal orang demo anti-judi..
bila masa Polis nak pergi banteras judi?

Aduhhh!!! benda kecik leh jadi pusing dek UMNO nih!
sunsnake 26062010

Polis mahu agresif tangani bookie Piala Dunia

June 26, 2010

KUALA LUMPUR, 26 Jun — Polis akan bertindak lebih agresif dalam membanteras kegiatan pertaruhan haram bola sepak Piala Dunia 2010 yang kini memasuki pusingan kedua, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Bakri Zinin.

Beliau berkata polis akan meningkatkan lagi pemantauan, risikan, tindakan dan serbuan di seluruh negara.

“Pemantauan secara agresif akan terus dijalankan bagi mematahkan banyak lagi kegiatan sindiket haram itu agar tidak terus-menerus meracuni fikiran orang ramai supaya bertaruh.

“Kalau tidak kerana kekurangan tenaga kerja, tentu pasti ramai lagi sindiket dapat dipatahkan dan bookie dapat ditahan,” katanya.

Perlawanan bola sepak Piala Dunia 2010 yang bermula sejak 11 Jun kini memasuki pusingan kalah mati yang melibatkan lapan perlawanan oleh 16 buah negara sebelum perlawanan peringkat suku akhir, separuh akhir, tempat ketiga dan perlawanan akhir pada 11 Julai depan.

Bakri berkata bookie pertaruhan haram bola sepak Piala Dunia kini berada dalam keadaan cacing kepanasan ekoran gerakan pantas dan bertalu-talu oleh pihak polis dalam usaha membanteras kegiatan itu.

Berita penuh

Zamihan vs Saifuddin - Kesiannnn!!!


Mengingatkan apa yang Ustaz Zamihan ni pernah buat dulu..
teman hanya teringat kepada suatu ayat dalam cerita Madu Tiga P.ramlee.

'kesiannnnnn...' kata assistant Encik Jamil, si Ropi!

wakakakakaka!
sunsnake 26062010

Saifuddin: ‘Zamihan boleh buat apa dia suka’

June 26, 2010

KUALA LUMPUR, 26 Jun — Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah menyifatkan Penolong Pengarah Pusat Al-Quran dan Ilmu Teras, Zamihan Mat Zin berhak membuat apa yang beliau suka termasuk membuat laporan polis.

“Dia (Zamihan) berhak buat apa sahaja yang dia suka terhadap saya.

“Saya sudah memberikan taklimat kepada Majlis Tertinggi (MT) mengenai perkara ini. Jadi saya tidak perlu cakap apa-apa lagi,” kata beliau kepada The Malaysian Insider.

Saifuddin yang juga Ahli Parlimen Temerloh berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan Zamihan yang membuat laporan polis berhubung “kebocoran” maklumat sulit mengenai keselamatan negara berhubung isu Jemaah Islamiah (JI) yang diadakan Isnin lalu.

Pegawai kanan Institut Latihan Islam Malaysia itu berkata, beliau membuat laporan agar polis melakukan siasatan terperinci bagaimana maklumat sulit boleh “dibocorkan” kepada pihak ketiga.

Berita Penuh

Tambak Johor - Ampun Tuanku!


Projek ni Mula zaman Mahathir..
Batal zaman PakLah..
La ni masuk zaman Najib.. dek sebab Sultan Johor dah sound..
Maka kena la Najib open issue ni balik..

err.. ni bukan isu Jambatan bengkok ke?
Kalau isu tu.. bukan Kerajaan dah bayar pampasan ratusan juta dulu ke?

adussshhh!!
sunsnake 26062010

Sultan Johor mahu kerajaan pusat kaji semula jambatan ganti

June 26, 2010

JOHOR BARU, 26 Jun — Sultan Johor Sultan Ibrahim Ismail mahu kerajaan pusat mempertimbangkan semula projek jambatan baru menggantikan Tambak Johor yang pembinaannya dibatalkan pada 2006. — Bernama

Kerajaan akan kaji semula jambatan ganti tambak Johor, kata PM

June 26, 2010

KUANTAN, 26 Jun — Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkata kerajaan akan mengkaji semula rancangan asal pembinaan jambatan bagi menggantikan Tambak Johor.

Bagaimanapun Perdana Menteri tidak mengulas lanjut berhubung perkara itu.

“Akan dikaji,” kata Najib kepada pemberita selepas merasmikan Program Mengukuh Wadah Memperkasa Ummah anjuran Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) di sini.

Ibrahim Ali - Saya macam lembu..


“Saya adalah seorang jaguh kampung macam lembu jantan berani berjuang... apa yang datang di depan saya, saya akan lawan habis,” kata Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas ini.

Lembu jantan selalunya berjuang untuk apa ye?
berjuang untuk memiliki kawasan rumput segar dan mengawani lembu-lembu betina di dalam kandangnya? wakakak!

Elok sangat la KJ bergaduh dengan Ibrahim PERKATAK ni.. dua-dua tolak Islam sebagai asas perjuangan dan dua-dua memperjuangkan asobiyah melayu..

Bila dah itu asas perjuangannya.. masing-masing jadikan kepala otak sendiri sebagai panduan hidup! mana mungkin otak yang Allah ciptakan mampu mengawal kehidupan tanpa menggunakan panduan Al-Quran?

Memanglah orang kampung ni mengharapkan MARA.. sebab dengan MARA lah kerajaan boleh tambat maruah orang-orang kampung!

hmmm.. melayu..melayu..
sunsnake 26062010

Ibrahim: Saya bangga dilabel KJ ‘jaguh kampung’

June 26, 2010

KUALA LUMPUR, 26 Jun — Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali sekali lagi mempertikaikan kepimpinan Khairy Jamaluddin dengan berkata, beliau sebenarnya “bangga dengan label jaguh politik kampung” yang diberikan oleh ketua Pemuda Umno itu berhubung isu membela ketua Pemuda MCA dalam isu biasiswa.

“Saya bangga kerana dipanggil jaguh kampung... sekurang-kurangnya saya dekat dengan rakyat, bermakna (saya) barang ‘asli’.

“Sebab itu, saya boleh menghayati perjuangan nenek-moyang dan kasih pada bangsa begitu tebal serta memahami sejarah,” kata Ibrahim dalam respons balas kepada kenyataan Khairy semalam, yang menyifatkannya sebagai jaguh kampung kerana mendesaknya meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Rembau.

“Saya adalah seorang jaguh kampung macam lembu jantan berani berjuang... apa yang datang di depan saya, saya akan lawan habis,” kata Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas ini.

Ibrahim mendakwa orang Melayu berharap hanya Mara yang dapat membantu mereka dalam meningkatkan taraf hidup mereka.

“Orang kampung hanya mengharapkan pada Mara... sebab itu saya bangga menjadi jaguh kampung,” kata beliau lagi.

Berita Penuh

Dr Asri - Bukti bukan senang Perjuangan PAS..



Sampai sekarang bekas mufti ini masih libang-libu nak join parti mana..
kenyataan beliau dibawah sangat jelas yang dia tidak tahu dan tidak mahu menyertai mana-mana parti politik walaupun dia tahu Rasulullah SAW pun berpolitik!

Teman ada sedikit rasa hormat jugak kat beliau sebab sangat tegas bersuara..
dan teman bukanlah orang yang layak nak komen pasal beliau kerana ilmu agama teman dengan beliau macam langit dan bumi!

teman ni Surah Sajjadah pun tak hafal-hafal!! aduyai!

Yang teman jelas, bukan senang sesorang ulama' itu mahu menyertai perjuangan politik Islam PAS. Ulama' sehebat Dr Asri ini sendiri pun masih gagal menguatkan hatinya untuk menyertai PAS. Teman sangat yakin, pasti ada pernah terlintas dihatinya untuk menyertai PAS tetapi dalam masa yang sama, hubungan rapatnya dengan Pemimpin UMNO pastinya akan membuat 'roadblock' dalam perjalanan hatinya untuk 'declare' dengan PAS.

Terfikir jugak macam mana kalau Dr Asri ni join UMNO? huhhhhh...

sunsnake 26062010

Dr Asri tak cadang sertai parti politik
Jun 26, 10 12:53pm

Bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin menegaskan hari ini yang beliau sehingga kini tidak menyertai mana-mana parti politik dan tidak bercadang untuk berbuat demikian.

“Sokongan saya adalah kepada kebenaran dan fakta, tanpa mengira batasan parti, kaum atau agama. Itulah prinsip Islam yang adil untuk semua,” katanya dalam satu kenyataan menerusi sms ringkas kepada Malaysiakini hari ini.

Asri berkata pada masa yang sama, beliau menghormati mana-mana pihak untuk melakukan dakwah dalam mana-mana parti.

“Saya tidak mahu membuat kenyataan banyak dalam hal ini, demi menjaga perasaan sahabat-sahabat dan pihak-pihak yang lain. Apa yang penting, saya tidak menyertai mana-mana parti, dan tidak bercadang untuk memilih jalan itu setakat ini,” katanya.

Berita Penuh

Khalid vs Azmin - Jangan macam-macam!


Aduyaii..
Inilah sikap 'Manchester United' yang teman paling menyampah!

Liga EPL season lepas.. MU follow rapat giler Chelsea..
Tetapi malangnya... setiap kali Chelsea Kalah atau seri, MU pun ikut sama kalah atau seri!

Abis tu macam mana nak potong Chelsea?
Sepatutnya MU ambik peluang masa Chelsea kalah.. untuk dapatkan kemenangan..
baru lah boleh potong! ini idak.. follow betul-betul apa yang Chelsea kena! aduyaii!

Macam tu jugaklah Pakatan Rakyat.. baik PKR,DAP mahupun PAS!

Time UMNO dah nak mati ni.. time tu jugaklah sibuk nak bangkitkan masalah..
time rakyat dah mula meluat dan menyampah dengan UMNO..
time tu jugaklah sibuk nak tunjuk tak puas hati sesama sendiri!

Kalau betullah Azmin ada masalah dengan Khalid memang 'bullsh*t" laaa..
kamu tu hari-hari boleh jumpa MB Khalid.. kamu boleh ketuk pintu opis dia kalau kamu nak..
kamu boleh singgah rumah dia kalau kamu mahu..
kamu boleh call dia hatta malam jumaat sekalipun!
Apa ada hal! Mb Khalid bukan macam MB Pahang! kaki mencarut!

Apa pun ketidak puasan hati..
kenang-kenang sekali jerih-perih rakyat yang mengangkat kamu sebagai pemimpin..
Kenang-kenang sekali perjuangan rakyat yang kamu pimpin..
kenang-kenang sekali darah dan airmata yang rakyat tumpahkan untuk kamu membuat pembaharuan di Selangor dan malaysia ni..
Bukan sebab kamu Selangor kini dibawah PR..
tetapi atas keringat dan darah pendokong dan penyokong inilah..
Kamu sekarang berada di atas.. diamanahkan untuk memimpin perubahan..
Jangan kelak, rakyat yang sama menghumban kamu jauh-jauh!

pesanan teman..
Jangan buat perangai macam ni.. besok-besok usahkan atas pagar..
budakbalun ni pun naik menyampah dengan perangai pimpinan PR!

Ingat! Suara Rakyat Suara Keramat!

sunsnake 26062010

Pemimpin PKR S'gor ikrar sokong Khalid
Jun 26, 10 10:02am

Pemimpin PKR Selangor, malam semalam berikrar akan berdiri teguh menyokong kepimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai menteri besar besar yang dipercayai akan menghadai pemberontakan oleh sesetengan ahli parlimen parti itu. Tujuh belas daripada 22 pemimpin bahagian PKR Selangor hadir pada mesyuarat tergempar bagi menyatakan sokongan mereka ke atas Khalid. Khalid mengambil keputusan untuk tidak bersama pada mesyuarat dua jam yang diadakan di kediaman menteri besar itu. Hanya lima pemimpin bahagian, termasuk Azmin Ali yang mengetuai bahagian Gombak tidak hadir. Dua daripada ketua bahagian itu memberitahu mereka tidak dapat hadir kerana masalah kesihatan dan juga mempunyai tugasan lain tetapi berikrar menyokong Khalid. Hanya dua yang tidak memberikan sebarang alasan dan mereka itu dipercayai penyokong Azmin.

Berita Penuh

Najib tolak judi sukan - Alhamdulillah..


Baguslah kalau macam tu.. seperti yang dipohon kepada Allah SWT..
Semoga ini akan jadi titik tolak dan pengajaran kepada UMNO agar menghormati suruhan Allah SWT didalam Al-Quran..

Ini juga menjadi bukti bahawa umat Islam mesti bersatu menentang segala bentuk kemungkaran dan maksiat. UMNO sepatutnya tidak terfikir langsung untuk meluluskan judi dalam apa bentuk sekalipun!

Sewajibnya UMNO mula berusaha untuk menghapuskan segala bentuk perjudian yang masih ada seperti Nombor ekor dan sebagainya. Inilah antara punca kehancuran rakyat Malaysia. Perjudian ini adalah penipuan yang sangat jelas dan kezaliman yang sangat kejam!

Faktor orang cina dan india suka berjudi adalah alasan yang sangat dangkal kerana melayu juga mempunyai ratusan ribu tahi judi tegar!

Diulangi, umat Islam sewajibnya bersatu atas dasar kefahaman dan kedaulatan Islam, bukan atas dasar perkauman yang sempit!

Tahniah dan syabas kepada semua terutama GMJ yang berusaha keras menentang isu ini sedari mula lagi! Kepada UMNO yang menyokong lesen judi bola ini pun Tahniah! kerana telah sedia menempah rumah di neraka kelak!

Apapun, imej UMNO telah tercalar teruk dengan isu judi ini. Sekelian banyak ahli-ahli UMNO yang telah menyumpah seranah Najib.. Walaupun lagi ramai yang membuta tuli menyokong kelulusan tersebut! Pastinya yang menyokong adalah mereka yang ada 'bau-bau' judi kot?

sunsnake 26062010

Umno tolak judi sukan, kelulusan ditarik balik

Jun 25, 10
11:30pm

Kerajaan tidak akan mengeluarkan lesen judi sukan atas pertimbangan agama dan juga kesan politik, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak malam ini.

Katanya, perkara itu dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Tertinggi Umno malam ini, dan keputusan tersebut disokong sebulat suara.

Menurut Najib, di peringkat awalnya, terdapat perbezaan pendapat mengenai perkara itu, tetapi selepas itu, semuanya akur dengan keputusan berkenaan.

Ditanya mengenai parti-parti komponen BN yang menyokong pemberian lesen judi sukan itu, Najib berkata:

"Saya percaya mereka terima kerana ini keputusan kerajaan. Kerajaan memikirkan sebaik-baiknya kepentingan masyarakat pada keseluruhannya." Menjawab soalan, perdana menteri berkata, Ascot Sports Sdn Bhd telah dimaklumkan mengenai keputusan tersebut.

Berita Penuh