Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Saturday, June 26, 2010

Dr Asri - Bukti bukan senang Perjuangan PAS..



Sampai sekarang bekas mufti ini masih libang-libu nak join parti mana..
kenyataan beliau dibawah sangat jelas yang dia tidak tahu dan tidak mahu menyertai mana-mana parti politik walaupun dia tahu Rasulullah SAW pun berpolitik!

Teman ada sedikit rasa hormat jugak kat beliau sebab sangat tegas bersuara..
dan teman bukanlah orang yang layak nak komen pasal beliau kerana ilmu agama teman dengan beliau macam langit dan bumi!

teman ni Surah Sajjadah pun tak hafal-hafal!! aduyai!

Yang teman jelas, bukan senang sesorang ulama' itu mahu menyertai perjuangan politik Islam PAS. Ulama' sehebat Dr Asri ini sendiri pun masih gagal menguatkan hatinya untuk menyertai PAS. Teman sangat yakin, pasti ada pernah terlintas dihatinya untuk menyertai PAS tetapi dalam masa yang sama, hubungan rapatnya dengan Pemimpin UMNO pastinya akan membuat 'roadblock' dalam perjalanan hatinya untuk 'declare' dengan PAS.

Terfikir jugak macam mana kalau Dr Asri ni join UMNO? huhhhhh...

sunsnake 26062010

Dr Asri tak cadang sertai parti politik
Jun 26, 10 12:53pm

Bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin menegaskan hari ini yang beliau sehingga kini tidak menyertai mana-mana parti politik dan tidak bercadang untuk berbuat demikian.

“Sokongan saya adalah kepada kebenaran dan fakta, tanpa mengira batasan parti, kaum atau agama. Itulah prinsip Islam yang adil untuk semua,” katanya dalam satu kenyataan menerusi sms ringkas kepada Malaysiakini hari ini.

Asri berkata pada masa yang sama, beliau menghormati mana-mana pihak untuk melakukan dakwah dalam mana-mana parti.

“Saya tidak mahu membuat kenyataan banyak dalam hal ini, demi menjaga perasaan sahabat-sahabat dan pihak-pihak yang lain. Apa yang penting, saya tidak menyertai mana-mana parti, dan tidak bercadang untuk memilih jalan itu setakat ini,” katanya.

Berita Penuh

1 comments:

anti ulama hipokrit said...

kalau benar sokongannya kepada kebenaran dan fakta, maka sewajarnyalah beliau memlih PAS sebagai wadah perjuangannya tanpa alasan! Ingatlah pesan rasulullah s.a.w. tentang kambing yg terkeluar dari gerombolannya nescaya akan dilahap oleh sang serigala yang kelaparan!