Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Saturday, June 26, 2010

Khalid vs Azmin - Jangan macam-macam!


Aduyaii..
Inilah sikap 'Manchester United' yang teman paling menyampah!

Liga EPL season lepas.. MU follow rapat giler Chelsea..
Tetapi malangnya... setiap kali Chelsea Kalah atau seri, MU pun ikut sama kalah atau seri!

Abis tu macam mana nak potong Chelsea?
Sepatutnya MU ambik peluang masa Chelsea kalah.. untuk dapatkan kemenangan..
baru lah boleh potong! ini idak.. follow betul-betul apa yang Chelsea kena! aduyaii!

Macam tu jugaklah Pakatan Rakyat.. baik PKR,DAP mahupun PAS!

Time UMNO dah nak mati ni.. time tu jugaklah sibuk nak bangkitkan masalah..
time rakyat dah mula meluat dan menyampah dengan UMNO..
time tu jugaklah sibuk nak tunjuk tak puas hati sesama sendiri!

Kalau betullah Azmin ada masalah dengan Khalid memang 'bullsh*t" laaa..
kamu tu hari-hari boleh jumpa MB Khalid.. kamu boleh ketuk pintu opis dia kalau kamu nak..
kamu boleh singgah rumah dia kalau kamu mahu..
kamu boleh call dia hatta malam jumaat sekalipun!
Apa ada hal! Mb Khalid bukan macam MB Pahang! kaki mencarut!

Apa pun ketidak puasan hati..
kenang-kenang sekali jerih-perih rakyat yang mengangkat kamu sebagai pemimpin..
Kenang-kenang sekali perjuangan rakyat yang kamu pimpin..
kenang-kenang sekali darah dan airmata yang rakyat tumpahkan untuk kamu membuat pembaharuan di Selangor dan malaysia ni..
Bukan sebab kamu Selangor kini dibawah PR..
tetapi atas keringat dan darah pendokong dan penyokong inilah..
Kamu sekarang berada di atas.. diamanahkan untuk memimpin perubahan..
Jangan kelak, rakyat yang sama menghumban kamu jauh-jauh!

pesanan teman..
Jangan buat perangai macam ni.. besok-besok usahkan atas pagar..
budakbalun ni pun naik menyampah dengan perangai pimpinan PR!

Ingat! Suara Rakyat Suara Keramat!

sunsnake 26062010

Pemimpin PKR S'gor ikrar sokong Khalid
Jun 26, 10 10:02am

Pemimpin PKR Selangor, malam semalam berikrar akan berdiri teguh menyokong kepimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai menteri besar besar yang dipercayai akan menghadai pemberontakan oleh sesetengan ahli parlimen parti itu. Tujuh belas daripada 22 pemimpin bahagian PKR Selangor hadir pada mesyuarat tergempar bagi menyatakan sokongan mereka ke atas Khalid. Khalid mengambil keputusan untuk tidak bersama pada mesyuarat dua jam yang diadakan di kediaman menteri besar itu. Hanya lima pemimpin bahagian, termasuk Azmin Ali yang mengetuai bahagian Gombak tidak hadir. Dua daripada ketua bahagian itu memberitahu mereka tidak dapat hadir kerana masalah kesihatan dan juga mempunyai tugasan lain tetapi berikrar menyokong Khalid. Hanya dua yang tidak memberikan sebarang alasan dan mereka itu dipercayai penyokong Azmin.

Berita Penuh

3 comments:

shameel Iskandar said...

Harap-harap ini smeua sekadar mainan media. Sekarang BN tengah nazak. MCA dan MIC terutamanya. tapi kalau PR buat hal, maka rakyat akan hilang kepercayaan.

satu lagi isu trkini yg dianggap mengancam PR, iaitu kemasukkan 40 org ulama muda ke dlm umno. snbnrnye ia bukanlah ancaman krn Pas ada ribuan ulama tua dan muda.

Kita tunggu dan lihat, berjaya merekai ni mengislamkan UMNO.

al-Buduwi said...

Salam, budak balun, saya setuju dengan anda. Mereka ini macam tak reti politik la. Rakyat marhean lebih tau berpolitik. Pada saya mereka ini GILE KEDUDUKAN=GILE DUIT. Macam yb & orang ameno jugak.

sunsnake@budakbalun said...

shameel - memang ada permainan media dalam hal nie.. teman yakin isu sebenar tak la besor sangat..
cuma kesal skit.. Azmin hanya mendiamkan diri.. dan meneruskan tindak-tanduk macam 'ada apa-apa' antara mereka!

al-buduwi - takdelah sampai tahap tak reti politik.. dan bukanlah sampai tahap gile duit dan kedudukan.. cuma ada kelemahan dari segi pertahanan politik skit.. membiarkan isu-isu sebegini terjelas dimata rakyat! dan tidak ada usaha nyata daripada pimpinan tertinggi termasuk DSAI!