Wakakakaka!
Kalau ada sorang pimpinan PAS yang paling layak bercakap pasal Polis ni..
Pastilah pada teman ianya Abang Mat!
Siapa ahli PAS yang tidak kenal susuk tubuh ini..
Dulu,berada di barisan hadapan setiap kali ada demo..
Sekarang, kalau dia ada didalam sesuatu demo,
pastinya dia akan dikelilingi oleh anak-anak muda yang sebulat suara
menjadikan beliau sebagai ikon demonstrasi!
Walaupun tidak mempunya sebarang jawatan didalam parti mahupun jawatan wakil rakyat,
dia tetap bekerja untuk perjuangan Islam..
sangat mahir dan berpengalaman luas berhubung dengan dunia Islam..
Allahuakbar!
sunsnake 26082010
Khutbah: Polis lunak, hanya Umno serang hebat
|
KUALA LUMPUR, 26 Ogos: Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Mohamad Sabu menyifatkan kenyataan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Wira Ayub Yaakob berhubung isu khutbah di negeri itu sebagai pelik. "Seingat saya, polis hampir tidak pernah gagal bersikap keras kepada pembangkang. "Tetapi apabila Ayub bersikap begitu lunak, adakah ia bermakna tidak ada kesalahan yang dilakukan oleh Ustaz Zakaria Ahmad (khatib) yang diserang hebat oleh Umno itu?" kata beliau. Polis Pulau Pinang, kata Mohamad, telah menubuhkan satu pasukan khas bagi menyiasat "jerit-pekik" Umno kononnya Zakaria menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin kepada nama Ketua Menteri, Lim Guan Eng dalam doa khutbah kedua solat Jumaat. "Ketika kita pun ingin tahu apakah kesalahan yang kononnya dilakukan, tiba-tiba Ayub menasihatkan kerajaan negeri Pulau Pinang dan Umno menggunakan semangat Ramadan untuk mengetepikan perselisihan masing-masing berhubung isu khutbah itu. "Kenapa polis lunak sangat? Polis tidak takutkah Umno akan histeria lagi dengan sikap lunaknya itu. Mustahil polis tidak takut kepada Umno," kata Mohamad. |