Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Thursday, August 26, 2010

Jamil Khir Sindir Rosmah?




Berdosa aibkan negara!
Itulah bunyi 'fatwa' Orang kuat UMNO Kedah ni.. (jadi orang kuat UMNO Kedah secara tiba-tiba!)

Begitu pantas Ulama' cari makan ni bagi fatwa bila kena kat PR..
Ntah mana Hadis.. Ntah mana Dalil dia guna tak tau la!

Errr.. yang si Rosmah tak tutup aurat tu tak berani pulak kamu kata berdosa ye Dato' Seri?
Opsss!! Mungkin title Dato' Seri tu berjaya menghalalkan dedah aurat kot?
opsss.. tak baik tuduh-tuduh tau! ke Rosmah tu maksum pada pendapat Menteri terkejut ni?

Wallahua'lam...
sunsnake 26082010

Jamil Khir anggap Nurul Izzah berdosa burukkan negara


KUALA LUMPUR, 26 Ogos — Mereka yang memburukkan negara sendiri dengan niat menimbulkan kekacauan disanggap berdosa, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

“Kita kena sayangkan dan cintakan negara kita dan perlu bersedia dalam mempertahankan negara kerana ia merupakan satu jihad dan sudah pasti ganjarannya untuk orang yang berjihad ini juga besar.

“Maka, kalau besar ganjarannya, besarlah juga kesalahannya apabila seseorang itu memburukkan negaranya sendiri, maruah negara, di tempat orang dengan harapan negara akan jadi huru hara,” katanya kepada pemberita pada majlis penyampaian sumbangan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) kepada pesakit di hospital-hospital di Wilayah Persekutuan hari ini.

Beliau diminta mengulas laporan bahawa Anggota Parlimen Lembah Pantai daripada Parti Keadilan Rakyat, Nurul Izzah Anwar, yang didakwa mengeluarkan kenyataan yang menjejaskan imej dan maruah negara dalam satu temubual dengan sebuah akhbar Indonesia baru-baru ini.

Berita Penuh

5 comments:

Anonymous said...

agama untuk cari makan dan kuasa..be.itu kita boleh pakai tafsiran kepentingan...itulah yang memalukan kita semua..

king said...

Salam...

Nak sgt2 tanya apa kata Si Jamil Khir ni berkenaan seorang hamba Allah yg melarikan diri nye keluar negara...........berpakat dgn org luar dan membentuk kekuatan ketenteraan.

Maka apabila telah cukup kekuatan ia memimpin para pengikut nye menyerang dan menakluk negara nye sendiri.

Adakah org ini penderhaka ..........??
Bagaimana plak rakyat negar nye itu yg terkorban semasa mempertahan kan negara nye dari serangan hamba Allah itu....???

Kalau ikut kenyataan Jamil Khir di atas tu....mereka yg terkorban tu mati shahid ler gamak nye..........manakal yg menyerang negara nye sendiri tentu lah penderhaka dan bughah.

Saja2 imbas kembali kisah Rasul saw berhujrah meninggalkan negara nye..........kemudian kembali semula utk menakluki negara nye sendiri Makkah.

sunsnake@budakbalun said...

king.. betul jugak tuh!!!

masshah said...

Ulamak akhir zaman.....terpaksa walau terseksa..berkepentingan..!

Anonymous said...

Pehhh konfirm lemas Chong wei dalam dakapan Bik Mama tu.