Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Tuesday, January 4, 2011

Sebab-sebab Hati Tidak Bahagia....


SEBAB-SEBAB HATI TIDAK BAHAGIA IALAH KERANA ADANYA MAZMUMMAH DI DALAM HATI.

Antara mazmummah utama yang menghilangkan bahagia di
hati ialah :

1. Pemarah
Paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak
di dalam diri manusia.Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati
tentunya tidak terang.(sape nak dekat kalau asyik nak marah ajer..
bawak2lah senyum.. tentu org tak takut nak dekat punyer..)

2. Pendendam
Tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam
dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam
hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau
tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena
sakit jantung. (Ini kes dendam kesumat lahh nie..)

3. Hasad dengki
Amalannya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia
memiliki sifat ketuhanan. (tak elok dengki mendengki nih..)

4. Bakhil
Sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta,
kesenangan, pangkat dll.dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih
mengatakan ia tiada duit.(rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi
bersama..-derma)

** Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi
pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq,
pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala
rezeki itu Allah beri melalui makhluk.

5. Tamak
Orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya
tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air
laut… walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis jugak! lagipun org tamak
selalu rugi..

** Ingat! Yang dikatakan harta atau rezeki kita
bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu
disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain
di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat
dimanfaatkan.

6. Tidak sabar
Andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar
apatah lagi hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyak2kanlah bersabar
bila hadapi dugaan..cthnyer time keja banyak.. tetap maintain vogue
walau keja bertimbun atas meja..heh..heh..)

7. Ego
Ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang
paling tidak tenang.Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari
sudut zahir mahupun batin. (yg nie no komen).. pasal semua org ader
egonya sendiri.. cuma tinggi/rendah tahap keegoan tersebut.

8. Riak
Terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari
peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. Jika ia
dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan
amalnya. Allah marah kalau kita riak..takabbur dgn aper yg kita ada.

9. Cinta dunia
Tidak dapat menderita, dapat pun menderita kerana
bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan
diletakkan pada harta itu. biler mati cuma bawa amalan dan doa anak yg
soleh/solehah

**Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu "panas" akibat
ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di
hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan
akhirat dibawa mati.

Kesimpulan
Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara TOTALnya
disebabkan kemiskinan, musibah, kesibukan dllnya. tetapi ialah MAZMUMMAH.

****Makin tinggi mazmummah seseorang, makin ia tidak BAHAGIA.****
Samada bermujahadah atau biarkan saja mazmummah itu,kedua-duanya tetap
menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan
bahagia jua akhirnya. So..sama-samalah kite sentiasa ingat mengingati
antara satu sama lain.

Kasim Patalon UMNO Dah Bersuara!!!

25 percenttt!!!

Hah!
Dah terang lagi bersuluh dahhh...
Antara pemain utama dalam rampasan kudeta Perak dah bersuara!
So, Kerajaan PR Selangor... Standby..

Kasim Patalon UMNO ni dah keluar ayat suruh gi Mahkamah tuh!
So, kalau dah sampai ke Mahkamah.. faham-faham laaaa..
Serupa macam bagi free je la apa yang ada!!

wakakakaka!

sunsnake 04012010

Pinda P'lembagaan S'ngor: ADUN PR Kurang 1 -Hafarizam


KL 3 Jan 10: USAHA meminda perlembagaan negeri memerlukan sokongan majoriti dua pertiga dalam mesyuarat DUN Selangor. Demikian dibangkitkan oleh Penasihat undang-undang Umno-BN Datuk Hafarizam Harun.

Pada sidang media petang tadi, Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, kerajaan negeri Selangor bercadang mengadakan sidang tergempar Dewan Undangan Negeri bagi meminda Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor. Pindaan itu bagi mengembalikan kuasa melantik tiga pegawai eksekutif iaitu Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan Negeri dan Penasihat Undang-undang Negeri kepada Sultan Selangor dan Menteri Besar.

Berita Penuh

Khairul Fahmi Bakal Ganti Van Der Sar di United?


Perghh!!
Terkejut gak teman baca story ni di blog Brader Wak Albanjari tadi!
Gila nko! Ferguson berminat nak try Khairul Fahmi untuk ganti Van Der Sar!
1st goalkeeper!! For Man Utd! at Old Trafford??
Theatre Of Dream!!!

Perghhhh!!! Mau time tu gak si Khairul Fahmi ni dapat title Dato!
wakakakak!!

Tapi setahu teman..
Nak jadi player profesional di England kena ada work permit..
Nak ada work permit negara kena ana nombor yang baik dalam ranking FIFA..
So Malaysia no berapa dalam rank FIFA?
Ada chance ke?

hmmm.. macam ada tak logik je cerita nie??
Kalau betul... superbbbb!!!

sunsnake 03012011

Gantung UMNO Dulu beb!!!





UMNO Lagi Dulu Derhaka Pada Sultan!

Aduyaii..
Balik-balik puak-puak GAPS a.k.a UMNO Selangor ni buat onar..
Depa tau depa tak glamour..
So, dok hari-hari tunggu apa isu yang boleh depa tumpang semangkuk!
Buat siri ceramah selamatkan selangor..
Takde orang datang kecuali yang datang bertanya "ada makan-makan ke?"
wakakakak!

Bro.. meh sini teman nak bagitau..
UMNO derhaka pada Institusi Raja-raja lagi lama dah!
Tak percaya cuba google kat internet..
jangan malas sangat..
Jangan belum apa-apa dah meluru ke balai!
Meluru nak panggil reporter..
konon bior Noh Omar tahu yang korang buat keje la?
Bila Noh Omar tahu yang korang buat keje, baru dapat payment!
wakakakak!!

Kalau ikut hukum puak-puak UMNO Selangor ni..
Mahathir lagi lama dah kena gantung!!
Sebab Mahathir bukan takat hina Sultan dan raja melayu..
siap dengan tindakan lagi!

Jangan kata teman fitnah pulak!!
Kang dengan teman-teman kena dituntut gantung dek barua-barua neh!
Sultan Selangor sendiri mengadu kat MB Khalid laaa...
hmmm..
kesian dengan pencacai-pencacai UMNO ni..
Dulu..Kini.. Selamanya kena tipu hidup-hidup!
wakakakaka!

sunsnake 03012011

DUN tergempar bagi kembalikan kuasa Sultan

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim akan mengadakan sidang dewan undangan negeri tergempar bagi meminda perlembagaan negeri bagi membolehkan mereka melantik setiausaha kerajaan negeri, penasihat kewangan dan penasihat undang-undang. Keputusan itu diambil setelah perjumpaan Khalid dengan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Mestika, Shah Alam, hari ini di mana baginda bertitah beliau tidak mempunyai kuasa untuk menerima ataupun menolak perlantikkan yang dibuat oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. “Ini kerana kuasa itu telah ditarik balik pada 1993 iaitu selepas krisis perlembagaan berlaku yang mana Undang-undang Tubuh Negeri Selangor turut dipinda bagi memusatkan kuasa persekutuan, kata Khalid pada sidang media yang penuh sesak dengan kehadiran wartawan.
Berita Penuh

NGO mahu hukuman gantung ke atas ADUN PKR

Dua pertubuhan bukaan kerajaan - Gerakan Anti Penyelewengan Selangor (Gaps) dan Pertubuahn Pribumi Perkasa malaysia (PERKASA) mahu ADUN Seri Muda dari PKR,Shuhaimi Shafiei dihukum gantung kerana cuba mencetuskan “peperangan ke atas Raja-raja Melayu”. "Kenyataannya adalah biadap dan tidak beradab. Ia mengandungi fitnah dan perbuatan khianat terhadap institusi raja di Selangor. Saya percaya kenyataannya itu juga berbaur hasutan,” kata pengerusi Gaps, Hamidzun Harun kepada wartawan selepas membuat laporan di ibu pejabat polis di Shah Alam.
Berita Penuh