Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Friday, March 18, 2011

DAP Tak Gunaaaa!!!!!! Pengkhianatttt!!!

Siapa yang harbi? DAP ke UMNO? wakakakaka!


Adehhh!!

DAP buat hal lagi!
Macam mana DAP boleh setuju dengan PAS Kelantan neh?
Macam mana DAP boleh terima arahan PAS Kelantan neh??
Macam mana DAP yang UMNO gelar 'Chauvinist' ni boleh hormat PAS Kelantan neh!!

Walhal...
UMNO Terengganu tak berani nak sambung law anti judi PAS Terengganu..
UMNO Malaysia tak berani nak haramkan judi dan arak kerana takut hilang undi cina india!

Walhal...
Tak pulak PAS Kelantan hilang kerajaan kerana haramkan premis judi!
Tak pulak PAS Kelantan takut hilang kerajaan masa nak haramkan premis judi 20 tahun dulu!

Sudah-sudahlah UMNO..
Akui sahajalah UMNO ini semata-mata memandang keuntungan..
Syarikat-syarikat judi ini adalah antara penyumbang terbesar mereka!
1malaysia tahu..
UMNO ini tanpa duit akan jadi zombie.. akan jadi mak limah!

adehhh!!!

p/s: tajuk diatas dijerit oleh pencacai bloggers UMNO laaaa...

sunsnake 18032011

Orang Cina faham Kelantan haram premis judi

KOTA BHARU, 17 Mac: DAP hari ini menjelaskan aktiviti perjudian yang memerlukan premis seperti Magnun atau Nombor Ekor tidak lagi berbangkit sekarang kerana semua rakyat Kelantan sudah faham.

Ketua Pemuda DAP Kebangsaan, Anthony Loke Siew Fook berkata, semua bangsa di negeri ini telah menerima larangan kegiatan tersebut sudah melewati 20 tahun.

”Masyarakat Cina telah menerima pentadbiran PAS dalam tempoh 20 tahun. Dasar PAS sudah diketahui termasuk bukan Islam.


Berita penuh

Akibat Tak Sempat 'Guna' Kondom!

Patutlaa hilang! Dibuat hasil seni! adehhh!!

Adehhh!!
macam ni punya pencuri pun ada ka??
Tak strategi langsung!

Siap-siap la kompomkan buyer sebelum curi..
Bukan curi dulu baru cari buyer!!

Adehhh!! Pergi la bertanya dengan kontraktor-kontraktor UMNO..
Depa majoritinya ramai yang terrer benda-benda undertable neh!
wakakakaka!

Mungkin puak-puak pencuri kondom ni tak terfikir ada chance nak rembat menatang ni kot?
Unplanned orang jawa cakap...

syabas pihak berkuasa!
Inilah fungsi sebenar..
bukan buat kerja untuk umno!

sunsnake 18032011

Enam ditahan berhubung kes curi kondom RM850,000

Polis percaya telah menyelesaikan kes kehilangan kondom bernilai RM850,000 yang dilaporkan hilang pada 25 Januari lalu berikutan tertangkapnya enam lelaki dan penemuan semula barangan tersebut.

Ketua Polis Perak, Datuk Shukri Dahalan berkata enam lelaki yang ditahan itu berusia 23 hingga 46 tahun yang bekerja sebagai pemandu lori, buruh am dan kerja sambilan. Mereka ditahan pada 15 Februari lalu di Ipoh, Bidor, Batu Gajah serta di Puchong dan Klang, Selangor.

"Hasil daripada pemeriksaan polis kemudiannya menemui 258 kotak berisi kondom di sebuah rumah di Puchong dan sebuah gudang di Klang, Selangor yang dipercayai digunakan untuk menyimpan barangan tersebut sementara menunggu pembeli," kata Shukri pada sidang akhbar di sini hari ini.

Berita Penuh

Radiasi Di Kuantan! Cemas!

Ini bukan rare earth di Kuantan, Ini band rareearth!


Teman dok selak-selak wikipedia malam tadi..
Tetiba teringat dengan isu 'rare earth' yang UMNO plan nak buat di Gebeng Kuantan..

Nampaknya UMNO-BN masih tak insaf melihat apa yang berlaku di Jepun,
Bak kata tukartiub,
Malaysia kena perbetulkan tingkap proton sebelum terfikir nak buat loji nuklear!
adehhh!!

hmmmm.. kesian rakyat Kuantan..
Parlimen dah bagi kat PR..
Malangnya.. negeri masih lagi UMNO punya!
Dimana ada UMNO, disitu selalunya ada kezaliman wehhh!!

sunsnake 18032011

In early 2011, Australian mining company, Lynas, was reported to be "hurrying to finish" a US$230 million rare earth refinery on the northern outskirts of Malaysia’s industrial port of Kuantan. The plant would refine "slightly radioactive" ore from the Mount Weld mine in Australia. The ore would be trucked to Fremantle and transported by container ship to Kuantan. Within two years, Lynas was said to expect the refinery to be able to meet nearly a third of the world’s demand for rare earth materials, not counting China."[30] The Kuantan development brought renewed attention to the Malaysian town of Bukit Merah in Perak, where a rare-earth mine operated by a Mitsubishi Chemical subsidiary, Asian Rare Earth, closed in 1992 and left continuing environmental and health concerns.[31]

sumber - Wikipedia

Nasrudin: Jika selamat, mengapa tak bina di Perth?

Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hasan hari ini mempertikaikan kewajaran kerajaan membina pusat pemprosesan tanah jarang (rare earth) yang paling besar di dunia di Gebeng, Kuantan. Katanya, jika benar pusat bernilai RM700 juta yang dibina oleh sebuah syarikat Australia, Lynas Corp didakwa tidak akan memberi kesan kepada kesihatan penduduk, mengapa bahan sisa perlu diproses di negara ini. - Berita Penuh

Kebimbangan radiasi menular di Gebeng

Pekan industri Gebeng berhampiran Kuantan bakal menyaksikan pusat pemprosesan tanah jarang (rare earth) yang paling besar di dunia, menurut laporan akhbar harian Amerika, the New York Times (NYT). Menurut beberapa pakar yang dipetik dalam laporan itu, kebimbangan mula timbul berhubung sisa radioaktif yang bakal dihasilkan selepas projek itu beroperasi. - Berita Penuh

NGO: Demi untung, jangan korbankan nyawa rakyat!

Dua pertubuhan bukan kerajaan secara terbuka meluahkan bantahan mereka berhubung tindakan kerajaan meluluskan pusat pemprosesan tanah jarang (rare earth) yang paling besar di dunia, di Gebeng, Kuantan.

Sehubungan itu, Sahabat Alam Malaysia (SAM) dan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mendesak kerajaan supaya segera membatalkan projek berkenaan.

“... amat khuatir dengan keputusan kerajaan negeri Pahang untuk meneruskan dengan cadangan kilang nadir bumi di Gebeng di sebalik hakikat bahawa kilang ini hanya menanti bencana untuk berlaku. - Berita Penuh