Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Thursday, December 10, 2009

Orang Perak wajib beli wehh!!!


hehehhe..
teman tengok cover depan pun dah gelak!!
Lom baca lagi!!

Apa-apa pun teman bangga sungguh dengan yeob zunar nih!
Idea dan sindirannya dia memang lain dari yang lain..

Pendek kata,
kalau penulisan memang Hishamuddin Rais@Tukar Tiub champion!
tapi kalau kartun, yeob zunar memang terbaeeekkk!!

teringat pertama kali bersua dengan yeob zunar di UPSI Tg Malim, 19 tahun lalu!!!
Siap dapat otograf wehh!! tapi hilang kemana ntah buku yang yeob zunar otograf tuh!

Keep it up bro!
sunsnake 10.12.2009

Zunar kartunkan krisis politik Perak
Abdul Rahim Sabri
Dis 9, 09
12:47pm
kemaskini 4.24pm Kartunis kontroversi, pemimpin majalah Gedung Kartun yang diharamkan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN), melancarkan karya terbarunya, satira politik semasa Perak Darul Kartun.

Zulkiflee Anwar Haque, atau lebih popular dikenali Zunar, berkata karya terbaru ini diterbitkan dalam bentuk buku yang tidak memerlukan permit penerbitan daripada KDN.

"Penyambungan penerbitan ini dalam bentuk buku membuktikan pihak kami tidak berhasrat untuk berkonfrontasi dengan KDN kerana itu bukanlah matlamat kami.

"Matlamat kami adalah menghasilkan karya-karya alternatif dalam konteks Malaysia dengan isu-isu dan pendekatan yang selama ini gagal diketengahkan oleh karyawan negara ini termasuk kartunis," katanya ketika mengumumkan karya itu di pejabatnya hari ini.

Buku setebal 80 muka surat itu hasil usaha enam kartunis – Ronasina (atau, Mohd Affandi Ramli), Jonos (Nor Azlin Ngah), Art (Azhar Saad), Orangorang (Azlan Isa) dan Naza (Nazruddin Abu Bakar) – yang diketuai kartunis popular dan berpengalaman luas itu.

Karya itu mensatirakan krisis politik di Perak sejak rampasan kuasa kerajaan Pakatan Rakyat oleh BN awal Februari lalu sebagai fokus utamanya, selain sumbangan beberapa penulis seperti Sasterawan Negera Datuk A Samad Said, penganalisis politik Dr Farish A Noor dan juga penulis kolum Malaysiakini Hishamuddin Rais.

Perak Darul Kartun memuatkan gelagat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang mundar-mandir dalam kegelisahan sambil menyebut perkataan "bala, bala" apabila menyedari penyiasat persendirian P Balasubramaniam membuat dakwaan baru terhadap adiknya Datuk Mohamed Nazim dan isterinya Rosmah Mansor.

Balasubramaniam, mencipta kontroversi awal Julai tahun lalu, apabila menarik balik dalam tempoh 24 jam tuduhan awalnya bahawa Najib berskandal dengan Altantuya Shaariibuu, wanita Mongolia yang mati dibunuh 2006.

Buku humor itu juga memaparkan karikatur pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) yang membuat serbuan untuk menahan penceramah agama – dipercayai mensatirakan kes penangkapan Dr Mohd Asri Zainul Abidin, awal November lalu.

Selain itu, ia turut menyindir bekas menteri besar Negeri Sembilan, Tan Sri Isa Samad, ADUN Bagan Pinang yang menang baru-baru ini dengan menggambarkan beliau sebagai "statue of liability" – satira 'statue of liberty' di New York – yang mejulang wang sambil memegang "kitab rasuah teknikal" Umno.

Selain itu, buku ini juga melanjutkan siri nostalgia era Gerakan Reformasi 1998 seperti yang dimuatkan dalam Gedung Kartun. Selain Datuk Seri Anwar Ibrahim, ahli-ahli politik lain yang disinggung termasuklah Tun Dr Mahathir Mohamad, Datuk Seri S Samy Vellu, Datuk Seri Ong Tee Keat, dan Tian Chua.

Pada 25 Ogos lalu, sekumpulan pegawai penguatkuasa KDN menyerbu pejabat majalah Gedung Kartun di Brickfields, Kuala Lumpur susulan penerbitan edisi sulungnya yang menyindir keras perdana menteri.

KDN beberapa hari kemudian turut menyerbu syarikat percetakannya di Seri Kembangan, Serdang susulan penerbitannya yang, antaranya, memaparkan gelagat Najib yang tersilap mengibarkan bendera Mongolia bersempena sambutan hari kemerdekaan negara.

Dalam sidang media di pejabat itu juga, Zunar berkata 10,000 naskhah buku ini sudah diedarkan sejak kelmarin dengan harga RM10 seunit dan merancang menerbitkan siri buku humor tersebut setiap bulan dengan fokus dan nama berbeza.

Tambahnya, ia juga boleh dibeli melalui laman web cartoonkafe.com yang diuruskan oleh syarikatnya.

Ditanya mengenai hasil penjualan Gedung Kartun, Zunar berkata sambutan terhadap majalah tersebut "sangat memuaskan".

Zunar berkata, pihaknya terpaksa mencetak 5,000 naskhah lagi selepas 10,000 naskhah awal habis dijual.

Diminta mengulas sama ada beliau masih ingin memohon permit KDN, beliau berkata, pihaknya akan terus berbuat demikian dan "terpulanglah kepada KDN untuk memberi atau tidak."

"Isu sekarang, bukan (kami) tidak minta, tetapi kita minta, tapi tidak diberi. Kalau tidak minta (permit) langsung, memang betul (tidak akan diberi).

"Saya rasa cara meminta permit, sudah lapuk. Ia dijadikan hak prerogatif oleh KDN, iaitu terpulang kepada KDN hendak beri atau tidak. Alasan tidak pula diberitahu," katanya lagi.

Zunar baru-baru ini mengeluarkan 1Funny Malaysia, himpunan karikaturnya yang disiarkan di laman web Malaysiakini. Ia dijual dengan harga RM20 di pejabat akhbar web itu di Bangsar Utama, Kuala Lumpur.

sumber - malaysiakini

Poligami? Setuju!! err...


Rasa macam nak setuju dengan Rufaqa nie..
Tapi ada gak rasa macam tak setuju..

Tapi bila sembang-sembang dengan orang rumah..
Tiba-tiba teman jadi pembangkang yang 'ampuh' xtvt nie..

Tapi bila sembang dengan kawan-kawan pejabat..
Teman jadi 'penyetuju' yang 'ampuh' gak!

hmmm.. kacau.. kacau..
sunsnake 10.12.2009

Pengikut Ashaari disekat promosi poligami
Salhan K Ahmad
Dis 9, 09
2:08pm
kemaskini 6.58pm Bekas pengikut Al-Arqam – yang diisytiharkan haram sejak 1994 – terus dibayangi pelbagai halangan pihak berwajib sama ada dalam bidang perniagaan atau kegiatan kemasyarakatan.

Tidak cukup gangguan terhadap Rufaqa Corporation Sdn Bhd dan komuniti pengikut-pengikut pengasasnya Ashaari Muhammad (foto kiri) di Rawang pada 2006, kegiatan terbaru sekumpulan bekas ahli Arqam untuk mempromosikan poligami juga menemui jalan sukar.

Syarikat terbaru kumpulan itu Global Ikhwan Sdn Bhd, yang ditubuhkan hampir setahun lalu, dikesan mulai dikekang oleh pihak berkuasa apabila ia bertindak mendaftar ahli-ahlinya.

Sekatan itu gara-gara pihak berwajib dipercayai khuatir ia akan digunakan untuk menghidupkan semula gerakan dakwah itu yang telah difatwakan sesat.

Pengarah Global Ikhwan, Hatijah Aam berkata usaha itu muncul apabila Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) enggan mendaftarkan sebuah kelab yang dianjurkan oleh syarikat itu.

Hatijah, seorang daripada empat isteri Ashaari, menjelaskan usaha untuk mendaftarkan Kelab Poligami Ikhwan itu dihalang selepas kelab tersebut dilancarkan Ogos lalu dalam satu majlis di Bandar Country Homes, Rawang – lokasi kegiatan bekas pengikut Arqam selepas Sungai Penchala.

"Pada bulan Ogos itu kami lancarkan untuk tengok sambutan. Alhamdulillah, sambutannya baik apabila dilaporkan dalam media. Tetapi ada menteri yang tidak setuju dengan kelab ini, jadi usaha untuk daftar pun tidak berjaya," katanya lagi.

Hatijah berkata demikian sebagai merujuk kenyataan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang dilaporkan menyebut penubuhan kelab sedemikian "tidak berfaedah" dan "tidak mempunyai hala tuju positif."

Reaksi lain termasuklah kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom yang dilaporkan menyebut, individu yang mengamalkan poligami tidak seharusnya berbangga sehingga menubuhkan kelab.

Jamil Khir juga dilaporkan berkata, kepentingan harus diletakkan kepada pelaksanaan poligami itu supaya mengikut lunas Islam, dan bukannya terhadap penubuhan kelab atau persatuan.

Bercakap kepada Malaysiakini, Hatijah berkata, polis Bukit Aman juga telah menasihati beliau supaya kelab tersebut tidak ditubuhkan kerana bimbang akan "menimbulkan salah faham" di kalangan masyarakat.

"(Bukit Aman) tidak mahu timbul masalah kerana sejarahnya sebelum ini Rufaqa pun telah diharamkan kerana mengamalkan ajaran sesat. Jadi kami dinasihatkan untuk daftar syarikat lain," katanya.

Jelasnya, kebimbangan berhubung kelab tersebut dipercayai wujud kerana ia dikhuatiri menjadi medan baru untuk menghidupkan semula ajaran-ajaran Ashaari.

"Mereka bimbang platform motivasi kepada ahli kelab (secara tertutup) ini kami gunakan untuk mencari pengaruh dan sejarah mungkin berulang. Jadi Kelab Poligami Ikhwan kita hentikan dulu.

"Sekarang kami tumpukan kepada aktiviti-aktiviti perniagaan sebab masyarakat lebih yang suka kepada aktiviti-aktiviti ekonomi kami," kata Hatijah ketika dihubungi.

berita penuh

Melayu UMNO pun suka buat kecoh gak!!!

artis 'favourite' teman!


Ntahlah..
Pada teman.. kaum India ni suka dengan 'aksi' atau 'action' bak kata orang putih..
Dan sebenarnya.. kaum lain pun sama..

Di Bagan Pinang contohnya.. elok je orang India joint ceramah PAS..
Orang melayu pulak sibuk buat kecoh-kecoh macam geng-geng Pemuda BN..
Pukul sana.. pukul sini...
Bakar bendera PAS kat sana..
Bakar Bendera PAS kat sini..

Tetak orang PAS kat sana..
Tetak orang PAS kat sini..

Sama jee..
Bukan orang India je... Melayu UMNO pun sama!!!

Di Hulu Selangor baru-baru nie..
Sebelum Ceramah MB DS Nizar..
Dekat 25 helai bendera PAS kena koyak dan dirosakkan!!
hmm.. siapa punya angkara agaknye ye?
sunsnake 10.12.2009

Artikel 'India suka kecoh' diadu kepada polis
Abdul Rahim Sabri
Dis 10, 09
11:55am
kemaskini 2.52pm Pemuda MIC menyeret seorang pengarang kanan Utusan Malaysia yang melabelkan India sebagai kaum yang suka buat kecoh dalam satu artikelnya semalam kepada polis hari ini.

Biro integrasi kaum pergerakan itu MT Padmanathan membuat aduan polis terhadap Zaini Hassan berhubung artikelnya 'Alkisah India di India dan India di Malaysia' di ibu pejabat polis daerah Sentul, Kuala Lumpur pagi ini.

Artikel tersebut menceritakan betapa kelam-kabutnya kehidupan di India yang dianggap telah mendarah daging dalam kaum tersebut, termasuk India di negara ini.

"India tetap India. Orang India ialah masyarakat yang begitu unik. Jika kita sering tengok wayang Tamil atau Hindi, itulah budaya mereka. Kecoh, kecoh dan kecoh.

"Namun, kita di Malaysia pun ada orang India. Kecohnya pun lebih kurang sama. Mereka ini rata-ratanya terdiri daripada ahli-ahli profesional, peguam dan kini menjadi ahli politik.

"Di Malaysia hanya orang India yang pandai-pandai sahaja yang sering buat bising," artikel tersebut dipetik.

Penulis menceritakan pengalamannya berada di Hyderabad baru-baru ini sebelum mengecam tindakan pemimpin DAP dan juga ahli parlimen Ipoh Barat, N Kulasegaran, yang didakwanya mempertikaikan hak-hak Melayu.

Zaini kini berdepan tindakan saman oleh exco kerajaan Selangor, Teresa Kok berhubung artikelnya 'Azan, Jawi, Jais, UiTM dan ba-alif-ba-ya' yang mengulas isu azan - kontroversi yang menyeret ahli parlimen DAP itu dalam tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), September tahun lalu.

Seorang aktivis Angkatan Muda PKR cabang Batu, V Ravindran, turut membuat aduan berhubung isu tersebut di balai berkenaan bersama Padmanathan dan empat lagi rakannya kira-kira jam 11.10 pagi ini.

Ahli parlimen DAP bagi Teluk Intan, M Manogaran (di tengah-tengah) juga hadir memberikan sokongan.

Beliau tiba di balai itu di situ 15 minit selepas enam lelaki itu masuk ke balai dan menunggu sehingga selesai aduan dibuat, kira-kira sejam jam 12.15 pagi.

Dalam aduannya, Padmanathan (tiga dari kiri) mendakwa artikel itu "mengandungi unsur-unsur cemuhan terhadap masyarakat India dan memburuk-burukkan sikap mereka".

"Akhbar Utusan Malaysia telah melampaui batasan yang telah ditetapkan bagi kebebasan media. Pernyataan yang melulu ini boleh mencetuskan perbalahan etnik dan mampu menjejaskan reputasi kaum India.

"Pernyataan-pernyataan tersebut menimbulkan kemarahan dan rasa tidak puas hati di kalangan warganegara Malaysia yang terdiri daripada kaum India," laporan polis itu dipetik.

Ravindran (dua dari kanan), dalam aduannya pula, mendakwa "artikel tersebut mengandungi komen-komen yang berbau perkauman serta memburuk-burukkan kaum India di negara ini" dan bercanggahan dengan slogan 1Malaysia yang dipromosikan oleh perdana menteri.

Dalam sidang media selepas itu, Padmantahan mendesak Zaini memohon maaf kepada masyarakat India.

sumber - malaysiakini

Aduhh!! Seksanya PC rosak!!


Salam,
Kepada semua maafkan teman tak dapat nak update blog kesayangan ni semenjak dua menjak nih!

Kesibukan urusan donia yang tak habis-habis disamping masalah utama teman...

Masalah utama itu ialah PC teman rosak!!
disamping masalah-masalah lain...

Ada peluang time2 rehat kat kilang teman akan cuba menyelit-nyelit untuk turut sama melontarkan komen dan ulasan dari kacamata sendiri..

Wallahua'lam..
sunsnake 10.12.2009