Tak patut sangat la DS Najib buat macam ni..
Dan lagi tak patut tukang kipas dan tukang bodek kelilingnya tak peringatkan!
Takkan tak teringat langsung!
Puluhan tahun hidup dan ber'juang' dengan Allahyarham dalam UMNO kampung tu..
Takkan disebabkan Presiden UMNO buat pertama kalinya jejak kaki disitu,
terus lupa yang sahabat karib sekampung mati?
Setiausaha UMNO cawangan pulak tuh!
Setahu teman kalau dah jawatannya Setiausaha, kompom ramai orang kenal!
Jawatan setiausaha ni mewajibkan dia kenal ramai orang!
Dan ramai orang mesti kenal dia! Especially ahli UMNO!
Macam mana pulak boleh jadi macam ni?
Hilang tanggungjawab masing-masing bila DS Najib jejak kaki ke kampung mereka?
Teman tak nak ulas bagaimana sekumpulan sukarelawan PAS dari Pahang yang kebetulan ada disitu menguruskan jenazah..
Teman tak nak ulas bagaimana Calon PAS, Cikgu Normala pulak yang sempat hadir melawat dan mendoakan jenazah..
Karang ada pulak pencacai yang mengungkit kata teman riak!
Hmmm... Kalaulah ada yang tak nampak realitinya mentaliti pemimpin-pemimpin UMNO ni..
teman tak tau nak kata apa.... Moga Allah SWT berikan hidayah pada mereka!
Al-Fatihah buat Allahyarham Abdul Subhi..
Susah payah Allahyarham membuat persiapan menyambut DS Najib hinggakan nyawanya tergadai! Senang-senang je jenazahnya langsung tidak dijenguk oleh pemimpin yang disanjungnya hingga saat nyawa habis dibadan!
sunsnake 20012011
PM lupa ziarah jenazah Setiausaha Umno Cawangan Tenang
|
LABIS, 19 Jan: Para petugas PAS dari Pahang terpaksa mengurus dan mengimamkan solat jenazah Setiausaha Umno Cawangan Felda Tenang yang meninggal dunia semalam apabila imam yang bertugas terpaksa meraikan kedatangan (Gambar: Cikgu Normala Sudirman mengucapkan takziah kepada balu Allahyarham ketika menziarahi jenazah Setiausaha Umno cawangan Felda Tenang, Abdul Latif Subhi, di masjid Felda Tenang tengahari semalam.) Abdul Latif Subhi bin Mohd Din, 61, meninggal dunia selepas diserang sakit jantung dan darah tinggi yang melampau selepas menguruskan kedatangan PM ke Felda itu. |
Berita Penuh