Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Thursday, January 20, 2011

Syabas Warga Kerja Hospital Slim River & Hospital Ipoh!



Alhamdulillah..
Anak teman telah selamat kembali ke rumah kami..
Sihat wal'afiat juga mamanya yang terpaksa di'bedah' untuk melahirkan sikecil ketiga kami itu.
Anak lelaki pertama tu wehh!!
Sebelum ni semuanya Yong! Yang ni baru dapat yeob!

Hospital Slim River (12/1/2011, 1am hingga 13/1/2011 4 pm)

Teman ingin mengucapkan ribuan terima kasih buat seluruh staff Hospital Slim River terutamanya petugas di Wad bersalinnya. Sangat baik dan bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas mereka! Dalam memberikan pilihan kepada teman dan isteri sama ada mahu meneruskan dengan kelahiran normal atau pembedahan, sangat memberi keyakinan dan menenangkan kami! Jazakallah! Didalam urusan penghantaran baby kami ke Hospital Ipoh juga sangat cekap dan sangat bertanggungjawab!

Hospital Permaisuri Bainun, Ipoh (12/1/2011, 7pm hingga 17/1/2011 pm)

Juga ucapan ribuan terima kasih teman buat kakitangan Hospital Permaisuri Bainun, Ipoh terutamanya petugas-petugas di Wad 6D PICU (Pediatrik ICU) dan Wad 6C SCN (Special care Nursery). Penerangan oleh doktor-doktor pakar, doktor-doktor, jururawat-jururawat dan juga pengawal keselamatan yang pada teman sangat baik dan bertanggungjawab. Layanan terhadap teman dan isteri, rawatan dan usaha bersungguh-sungguh terhadap baby teman sangat profesional. Syabas!

Semoga Allah SWT membalas segala jasa baik anda semua dengan perkara-perkara yang menggembirakan dan ganjaran pahala yang sangat tidak ternilai!

Alhamdulillah.. Syabas dan Tahniah!

sunsnake@budakbalun

3 comments:

blogenstarz said...

Anak teman no 1 & no 2 di hospt Ipoh.
No 3 & 4 di T/Intan...

Masa tu Hospt.S/River tak ada lagi !


Memang dia orang bertugas tanpa mengira siapa kita !

Syabasssss....

Budak Perak said...

Syabass bro...
Pengalaman teman anak ke 2&3 pun kat situ Hospt. S/River memang teratur dan bersystem ...

budakbalun said...

blogenz..
wuihhh.. ramei anak kamu tu yob blogenz..

budak perak
anak 1st dan 2nd teman HKL..
kali ni try di Slim pulak.. Alhamdulillah.. tak jauh beza..
Lebih selesa di Slim..
Waktu melawat pun lama!