Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Thursday, January 20, 2011

UMNO..Politik Diutamakan, Jenazah Ahli Dibiarkan!


Tak patut sangat la DS Najib buat macam ni..
Dan lagi tak patut tukang kipas dan tukang bodek kelilingnya tak peringatkan!
Takkan tak teringat langsung!

Puluhan tahun hidup dan ber'juang' dengan Allahyarham dalam UMNO kampung tu..
Takkan disebabkan Presiden UMNO buat pertama kalinya jejak kaki disitu,
terus lupa yang sahabat karib sekampung mati?
Setiausaha UMNO cawangan pulak tuh!
Setahu teman kalau dah jawatannya Setiausaha, kompom ramai orang kenal!
Jawatan setiausaha ni mewajibkan dia kenal ramai orang!
Dan ramai orang mesti kenal dia! Especially ahli UMNO!

Macam mana pulak boleh jadi macam ni?

Hilang tanggungjawab masing-masing bila DS Najib jejak kaki ke kampung mereka?

Teman tak nak ulas bagaimana sekumpulan sukarelawan PAS dari Pahang yang kebetulan ada disitu menguruskan jenazah..
Teman tak nak ulas bagaimana Calon PAS, Cikgu Normala pulak yang sempat hadir melawat dan mendoakan jenazah..
Karang ada pulak pencacai yang mengungkit kata teman riak!

Hmmm... Kalaulah ada yang tak nampak realitinya mentaliti pemimpin-pemimpin UMNO ni..
teman tak tau nak kata apa.... Moga Allah SWT berikan hidayah pada mereka!

Al-Fatihah buat Allahyarham Abdul Subhi..
Susah payah Allahyarham membuat persiapan menyambut DS Najib hinggakan nyawanya tergadai! Senang-senang je jenazahnya langsung tidak dijenguk oleh pemimpin yang disanjungnya hingga saat nyawa habis dibadan!
sunsnake 20012011

PM lupa ziarah jenazah Setiausaha Umno Cawangan Tenang

LABIS, 19 Jan: Para petugas PAS dari Pahang terpaksa mengurus dan mengimamkan solat jenazah Setiausaha Umno Cawangan Felda Tenang yang meninggal dunia semalam apabila imam yang bertugas terpaksa meraikan kedatangan
Perdana Menteri ke tanah rancangan Felda itu.

(Gambar: Cikgu Normala Sudirman mengucapkan takziah kepada balu Allahyarham ketika menziarahi jenazah Setiausaha Umno cawangan Felda Tenang, Abdul Latif Subhi, di masjid Felda Tenang tengahari semalam.)

Abdul Latif Subhi bin Mohd Din, 61, meninggal dunia selepas diserang sakit jantung dan darah tinggi yang melampau selepas menguruskan kedatangan PM ke Felda itu.

Namun, sehingga jenazah beliau selamat dikebumikan, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak sempat menjenguk jenazah beliau walaupun masjid yang menempatkan jenazah itu hanya 50 meter dari padang tempat acara untuk Perdana Menteri diadakan.

"Jenazah itu berada di masjid sejak jam 10 pagi. Ia tidak diziarahi apatah lagi disembahyangkan oleh Presiden Umno yang datang ke situ,"kata seorang saksi kejadian itu pagi semalam.


Berita Penuh

4 comments:

blogenstarz said...

YEOP ! maaf dulu yeop.

Teman cuma nak khabor kan yang benda ni tak berlaku yeop.
Teman ada source yang amanah diTenang.

Terpulang pada koma le !

budakbalun said...

blogenz..
Pulak? sumber yang amanah mike tu kena terangkan balik le..

Jangan duk diam2.. kita sama2 tengok macam mana...

mahaza said...

Betul tu... kalau tak betul harus diperbetulkan supaya tidak menjadi fitnah. Kalau dah dikatakan IMAM bertugas tak ada sebab ada ngan Najib rasa agak melampau dan pelik sebab tak mungkin sangat IMAM tidak tahu hal ahli qariah dia. Sehingga sekarang belum ada berita/lapuran menyangkal dakwaan ini yang saya rasa macam ada yang tak kena (dan amat berharap ianya tidak benar - kalau fardhu kifayah terabai, tak tahulah apa bala besar Allah akan turunkan)
Amat berbesar hati jika terdapat maklumat seperti dari ahli keluarga Allahyarham sendiri menafikan (jika tidak benar) dan juga bukan yang diada-adakan. Jika kesah ini palsu harap dapat juga didedahkan nama blogger/pemfitnah yang membawa cerita asal - tak kira sokong PR ke BN ke... Fitnah tetap fitnah tiada beza antara PR mahupun BN

budakbalun said...

mahaza,
itulah maksud teman..

kalau benar2 salah info..
sama2 kita betulkan..

bukan sokong semberono..
bukan bangkang semberono!