Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Tuesday, October 18, 2011

Siapa Seks Pada UMNO?


Ibarat aur dan tebing..
Ibarat dadah dengan Mat Gian..
Ibarat lagu dan irama..

Itulah dia UMNO dan seks..

Tak boleh langsung berpisah hatta sesaat!
Tak boleh langsung berjauhan walau seminit!
Apatahlagi dijarakkan dalam sejam!

Sikit-sikit isu seks..
sikit-sikit isu liwat!
Sikit-sikit isu oral?

Ajak berhujah belanjawan... mengarut..
Ajak berhujah prinsip.. mengarut..
Ajak berhujah ekonomi.. mengarut

Ajak berhujah hudud? laaaagi mengarut-ngarut!

Inilah dia UMNO..
Parti yang mengaku memperjuangan Agama, Bangsa dan Negara!

woi! woi!
Agama mana yang UMNO perjuangkan?
Agama Islam? Islam suruh tutup aib manusia...

Bangsa mana yang UMNO perjuangkan??
Bangsa Melayu? tak jugak!
koi lama koi kurang hakmilik tanah oleh melayu terutama rezab melayu!

Negara mana yang UMNO perjuangkan?
Negara Malaysia?
Hutang negara Malaysia dah sampai setiap rakyat tanggung hutang RM15,000 sorang!!

hmmm.. mampus lah kalau UMNO memerintah lepas PRU 13 nih!

budakbalun 18102011

Guan Eng berang anaknya dijadikan mangsa politik

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berang dengan tindakan penulis blog pro-Umno yang cuba menamatkan kerjaya politiknya dengan mengheret kehidupan anak remajanya dengan segala pembohongan yang “keji serta tidak bertamadun”.

Dalam satu kenyataan media, Lim menuntut bahawa Umno bertindak ke atas mereka yang bertanggungjawap melakukan perbuatan itu bagi membuktikan bahawa parti itu tidak menggunakan taktik "terdesak, berbahaya dan kotor" untuk terus berpaut pada kuasa.

NONEBeliau mengutuk tindakan beberapa pemimpin Umno yang memuat-naikkan artikeji yang keji itu di blog mereka. Antara yang dinamakan adalah naib ketua Umno bahagian Bukit Gelugor Dr Novandri Hasan Basri dan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaludin.

Khairy yang juga ahli parlimen Rembau, sebelum itu telas menulis di tweeter @ PapaGomo Mungkin dia roboh Kampung Buah Pala sebab nak ganti dengan Kampung Buah Dada.” - Mkini

Inilah Dia Berani-Berani Katak!


Haaa..
Ni nama dia berani-berani katak..
Bukan main ong-ong dari jauh!
Depan kawan-kawan dalam paya bukan main kerek..
sekali anak haruan lalu..
senyap sunyi!

Woi! woi!
Kalau dah suruh Aziz Bari minta maaf kat Sultan baik tak payah debat!
Itulah pointnya..

Yang nak didebatkan isu maaf tu laaa..
Apa perlunya minta maaf...
Apa undang-undang mau pakai??

Aduhhhh!.. tadi dah sengkek..
Ni dah takut pulakkkkk!
Hinanya diri berhambakan duit!
budakbalun 18102011

Zulkifli Noordin sahut cabaran Aziz Bari

KUALA LUMPUR 17 Okt. - Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin hari ini menyahut cabaran Prof. Dr. Abdul Aziz Bari untuk berdebat secara terbuka dalam isu Perlembagaan selepas pensyarah kontroversi itu mempertikai titah peringatan Sultan Selangor, Sultan Shafaruddin Idris Shah baru-baru ini.

Menurut Zulkifli, dia bersedia untuk berdebat di mana-mana sahaja yang boleh mendatangkan keselesaan kepada Abdul Aziz, sama ada di hadapan pelajarnya di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) atau di hadapan ribuan penyokong pembangkang.

Bagaimanapun beliau menegaskan, debat itu hanya akan menjadi kenyataan jika pensyarah undang-undang tersebut memohon maaf secara terbuka kepada Sultan Selangor terlebih dahulu kerana mengeluarkan kenyataan bersifat biadab dan kurang ajar.

“Saya sedia sahut cabaran dia untuk berdebat di mana sahaja dia hendak. Cuma satu sahaja yang perlu beliau lakukan, minta maaf dengan Sultan Selangor dahulu sebab majoriti berpendapat kenyataan beliau mempertikai titah tuanku sebagai kurang ajar dan biadab. - melayau

YB lompat dah Sengkek? Aduiiii!


Hadui..
Dah banyak kali dah MP-MP PR bagitau..
Tak setuju naikkan elaun sebab tak sesuai dengan suasana ekonomi semasa Malaysia!
Yang pergi mengarut sampai ke DUN Selangor apahal?
Ekonomi Selangor makin baik!
Bukan macam ekonomi Malaysia!

Buktinya?
Rezab tunai Selangor meningkat!
Malaysia menurun!

Woi! Woi!
Ingat ni zaman Selangor bawah UMNO ke?
Selangor bawah UMNO dulu bolehlah suka-suka hati Kerajaan Pusat rembat duit!
Wakakaka!

Nak sangat ke naik elaun Zul oiii!!
Hahahahah!
Muka tak malu! Nak naik gaji!

Tak cukup ke wang 'perpindahan' hari tu?
Wakakakaka!
budakbalun 18102011

Elaun: Sikap pembangkang dipertikai

KUALA LUMPUR 13 Okt. - Sesi perbahasan Dewan Rakyat petang ini 'panas' apabila seorang wakil rakyat Bebas menyifatkan keputusan pembangkang menolak cadangan kenaikan elaun ahli Parlimen sebagai hipokrit.

Datuk Zulkifli Noordin (Bebas-Kulim Bandar Baharu) ketika memperkatakan tentang perkara itu merujuk kepada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor pada Mac lalu yang meluluskan kenaikan elaun semua wakil rakyat di negeri itu.

"Ini yang kita pertikaikan. DUN Selangor telah menaikkan elaun peruntukan untuk semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), tetapi apabila dicadang untuk menaikkan kadar elaun ahli Parlimen, ada pula wakil rakyat pembangkang menentang.

"Saya tahu sebenarnya golongan hipokrit ini bukan semua wakil rakyat pembangkang tetapi ketua pembangkang dan juak-juaknya. Ada di kalangan mereka yang bersetuju dengan cadangan ini," katanya. - Melayau

Apabila 'Kang Kong' Bersuara! Wakakaka!


Hok aloh...

meh layan statement pensyarah kang kong nie..

"penghapusan cukai pintu dan penyelesaian isu tanah merupakan pengulangan janji oleh Pas selepas mereka diberi mandat memerintah Terengganu pada Pilihan Raya Umum Ke-11 pada tahun 1999.

Katanya, Pas bagaimanapun menghadapi masalah kewangan kerana mereka hanya mengharapkan wang royalti minyak daripada Kerajaan Persekutuan.

''Sekiranya janji yang sama dibuat oleh Pas, saya mengandaikan mereka akan menghadapi masalah kewangan yang sama.

''Penghapusan cukai bukan tindakan bijak kerana ia merupakan sumber utama kerajaan negeri. Banyak lagi cara lain yang boleh meringankan beban rakyat,'' katanya"

woi..woi!
Royalti petroleum yang Terengganu patut dapat memang la wajib menjadi modal untuk meringankan beban rakyat!
Hapus cukai pintu adalah salah satu cara yang boleh meringankan beban rakyat la sengal!

Aduyaiii..
Jauh lebih elok bilamana Mahathir masa tu tukar Royalti kepada Ehsan!
Woi! woi! 1Malaysia tahu akhirnya Wang Ehsan tu disalurkan pada Pemimpin-pemimpin UMNO Terengganu!!
Ibarat meminta Rahim tamby Chik tolong jaga anak dara la jawabnya!!

wakakakkaa!!

budakbalun 18102011

Rakyat Terengganu 'derita' jika pilih Pas memerintah

KUALA LUMPUR 17 Okt. - Rakyat Terengganu bakal 'menderita' sekali lagi jika mereka memilih Pas sebagai parti pemerintah negeri tersebut.

Pensyarah Kanan Bahagian Politik Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM), Dr. Azeem Fazwan pula berkata, penghapusan cukai pintu dan penyelesaian isu tanah merupakan pengulangan janji oleh Pas selepas mereka diberi mandat memerintah Terengganu pada Pilihan Raya Umum Ke-11 pada tahun 1999.

Katanya, Pas bagaimanapun menghadapi masalah kewangan kerana mereka hanya mengharapkan wang royalti minyak daripada Kerajaan Persekutuan.

''Sekiranya janji yang sama dibuat oleh Pas, saya mengandaikan mereka akan menghadapi masalah kewangan yang sama.

''Penghapusan cukai bukan tindakan bijak kerana ia merupakan sumber utama kerajaan negeri. Banyak lagi cara lain yang boleh meringankan beban rakyat,'' katanya. - Melayau