Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Tuesday, November 30, 2010

Kompom Urat Malu Si Zahrain Dah Putus!

Aikk?? bebas?? bukan dulu bertanding guna lgo PKR ke?

Wakakakak!
Teman rasa spesis macam sang Zahrain ni urat malu dah putus laa..
Lebih kurang macam Zul Nordin gak la kot?

Beria-ria suruh Anwar pulangkan pingat dan pangkat..
Wakakakaka!!

Kamu tu pulangkan balik kerusi Parlimen tu dulu!!

Kalau kamu kata Anwar tak kenang jasa Raja-raja melayu..
Kamu tu terlebih dahulu tak kenang jasa rakyat pengundi Parlimen Bayan Baru!

Anwar tak kenang jasa Sultan.. Sultan tu sorang je pun..
Kamu khianat undi rakyat berpuluh ribu pengundi Parlimen Bayan Baru wehhh!!

Ceh! kompom laa.. Urat malu putus!
sunsnake 30112010

Zahrain cabar Anwar serah ‘Datuk Seri’ jika terus persoal Ketuanan Melayu


November 30, 2010

KUALA LUMPUR, 30 Nov – Ahli Parlimen Bayan Baru Datuk Seri Mohamed Zahrain Hashim mencabar bekas ketuanya Datuk Seri Anwar Ibrahim agar menyerahkan gelaran “Datuk Seri” jika terus-menerus menolak konsep “Ketuanan Melayu”.

Bekas pemimpin PKR itu membuat cabaran atas alasan tindakan Anwar menolak konsep itu bersamaan dengan langkah mempertikaikan Raja-raja Melayu, yang kedaulatannya termaktub di bawah Perlembagaan Persekutuan.

Zahrain (gambar), wakil rakyat Bebas berkata jika Anwar dan orang-orangnya di PKR masih “tebal muka” untuk kekal dengan gelaran masing-masing, beliau akan memohon agar Raja-raja Melayu yang menganugerahkan gelaran dan darjah agar melucutkan.

Berita Penuh

Warga Kampung & Felda Wajib Selamatkan Warga kota!

Puduraya... teman pernah nyaris tido di tangganya!

Kadang-kadang fikir...
Kesian jugak kat Warga Kota ni...
Apa-apa kesan ekonomi kat negara ni..
Warga Kota la yang paling awal dan paling last kena bahananya!

Kalau baik urusan ekonominya..
Warga kota jugaklah yang mula-mula dan terakhir rasa nikmatnya!

Dalam PRU12 dulu..
Warga kota Kuala Lumpur ni benar-benar telah membuat perubahan..
Benar-benar tekad dan bulat untuk menukar pemerintahan Malaysia!
Bayangkanlah.. UMNO-BN hanya menang satu sahaja kerusi Parlimen di Lembah Kelang nih!!
Lain semua diserahkan oleh warga kota kepada Pakatan Rakyat!
Kalaulah Wilayah Persekutuan ni ada Dun.. Dah lama diperintah oleh Pakatan Rakyat!

Malangnya...
Hakikatnya.. Warga kota hanya akan selamat daripada UMNO-BN sekiranya UMNO-BN kalah di peringkat Persekutuan..
Jadinya... Mereka tetap dibelenggu sepenuhnya oleh Kerajaan Pusat UMNO-BN..
Maka seperti biasa.. dimana ada UMNO-BN disitu ada kezaliman!

Moga warga-warga Felda dan kampung diluar bandar dapat membantu warga kota dengan memastikan Kerajaan Persekutuan diberikan kepada Pakatan Rakyat..
Warga Kota sangat perlu dibantu!
Macam mana teman dapat rasa perasaan warga kota?
Kerana teman ni anak kelahiran KL beb!
Tapi tetap budakbalun!

sunsnake 30112010

Lo'Lo': Habislah orang Kampung Baru kena pindah

Ahli parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali berkata pindaan terbaru Draf Rancangan Pembangunan Kuala Lumpur 2020 yang menyaksikan Kampung Baru ditandakan sebagai kawasan komersial sepenuhnya, perlu dipersoal,.

Katanya, pindaan itu juga memberi maksud bahawa penduduk Kampung Baru tidak boleh lagi menetap di Kampung Baru dan perlu berpindah. "Habislah orang Kampung Baru. Pindaan terkini Deraf KL 2020 menandakan Kampung Baru sebagai kawasan komersial seratus peratus. "Bermakna tiada residential area. Orang Kampung Baru tak boleh tinggal dah di Kampung Baru, semua kena pindah terus," katanya yang juga AJK PAS Pusat kepada Harakahdaily.

Berita Penuh

Bukti Mahathir Pengkhianat Melayu!!!

Pulak??

Haaaa!!
Ini baeekkkk punya isu!!

Armand PERKASA sila jalankan tanggungjawab menyalak!
Pergilah menyalak-nyalak didepan pagar rumah Che Det nih!
Pergilah memekik-mekik didepan pagar rumah Che Det nih!
Pergilang meraung-raung didepan pagar rumah Che Det nih!
Sebijik macam kamu buat di Tropikana dulu!

Mana la tau.. Akak 'wanita besi' PKR tu kebetulan lalu depan rumah Che Det..
Mau kena maki kamu balik macam hari tu!
Wakakaka!

Che Det kata melayu kena lupakan keturunan sendiri kalau nak jadi betul-betul 1Malaysia!

Kalau Nizar yang cakap ni.. kompom kurang 24 jam..
Geng PEKIDA dah penuh depan rumah Nizar!
Kalau Haji Hadi yang cakap macam ni... kompom kurang 1 hari..
Geng Pemuda UMNO dah demo depan Masjid Rusila!
Kalau Bro Anwar yang cakap macam ni.. hah! Kompom!
Muka depan Utusan esok.. "Anwar, Sah! Pengkhianat Melayu!"

Tapi sebab yang cakap tu Che Det...
Kompom ibarat biduk lalu kiambang bertaut laaa..
eh? betul ke peribasaha teman nehh??

Wakakaka!
sunsnake 30112010

Dr M: Lupakan keturunan jika ingin 1Malaysia berjaya

Konsep 1Malaysia yang dipelopori oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak hanya akan berjaya jika rakyat membelakangkan bangsa dan keturunan masing-masing dan mengasimilasikan diri menjadi satu, kata mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini. Katanya, konsep Najib hampir sama dengan prinsip Wawasan 2020 yang diterajuinya dalam percubaan mewujudkan bangsa Malaysia bagi mencapai perpaduan kebangsaan. "Apabila kita berbicara mengenai perpaduan kebangsaan kita mesti lupakan sejarah kita, keturunan dan menganggap diri kita sebagai rakyat Malaysia. Kita bercakap dalam satu bahasa dan tidak minta keistimewaan hanya kerana kita bumiputerab ataupun bukan bumiputera,” kata Dr Mahathir.
Berita Penuh

NIk Aziz Buat Hal Laaagii!!


Wakakakaka!
Teman mungkin hanyalah salah seorang insan kerdil daripada jutaan yang mengkagumi ketokohan Tuan Guru Mursyidul Am PAS ini..
Kata-katanya sangat tajam, tetapi penuh dengan maksud yang kena faham betul-betul..
Namun kadang-kala ada jugak statement beliau yang simple tapi 'pedas'!

Contohnya kenyataan beliau "perokok ni macam binatang"..
aduihhhh!!! memang tepat ke jiwa seorang perokok!

Kali ni Tok Guru 'smash' UMNO tepat tang dahi!
Kompom! Bloggers UMNO makin bersemangat membelasah kenyataan beliau ni!
"Pengkhianat melayu" kompom la antara ayat-ayat standard UMNO!
Macam la depa tu perjuang melayu sangattttt!!

sunsnake 30112010

Nik Aziz: Umno punca masalah di Malaysia

Permuafakatan yang ikhlas dan saling hormat menghormati serta toleransi dalam agama yang diperjuangkan oleh negeri-negeri Pakatan Rakyat menyebabkan Umno berasa iri hati dan sedia melakukan apa saja untuk merobohkan ikatan teguh antara PKR, PAS dan DAP, lapor TVSelangor.

Justeru, kata Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat, Umno cuba melaga-lagakan parti-parti dalam Pakatan Rakyat dengan mendakwa PAS sebagai alat DAP. "Saya nak tanya.... adakah Umno alat MCA? PAS mendekati DAP berlandaskan Islam dan membawa Islam ke dalam DAP dan pendekatan ini diterima baik oleh DAP.

Berita Penuh

Tn Guru Haji Hadi - Perghh!!


Serious teman rasa jealous ya amat tengok gambo-gambo dalam facebook bro nih!
Maunye tak jealous!
Teman dapat duk depan Hj Hadi masa Ijtima' Pemuda hari tu pun rasa best!
Tapi pak syeikh ni dapat joint Tuan Guru gi mancing kat Tasik kenyir lagikkk!!
Cheiss!! Jealous ya amat neh!

Apa-apa pun.. kagum dengan kesederhaan Tuan Guru..
Tengok la pakaian dia.. simple gilerr!
Rasanya.. smart pakaian teman lagi kalau teman yang gi tempat tuh!
Dengan kopiah yang cocok dengan dressing dia..
hehehehe.. Steadylah Tok Guru!

Allahuakbar!
sunsnake 301112010

sumber - facebook bro nih! via blog Tinta Hijau

Ye Ke Ni Che Det?


Hehehehe..
Tersenyum gak teman bila membaca jenaka Che Det dalam ucapannya ni..
Dan banyak betulnya apa yang beliau ucapkan..
Cumanya.. ye ke?

Mungkin ada kebenarannya..
Menara Warisan 100 tingkat ni percubaan Najib untuk menyaingi kehebatan Bangunan Menara Petronas Che Det tuh! wakakaka!

Apa pun tujuan kedua-dua PM nie..
Yang jadi mangsa pastinya rakyat Malaysia!
chaitt!
sunsnake 30112010

Dr M: Malaysia tak perlu menara 100 tingkat

Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini memberi amaran bahawa rancangan kerajaan bagi membina bangunan 100 tingkat Warisan Merdeka akan menyaksikan lebihan hartanah dan ruang npejabat yang kini sudahpun melanda Lembah Klang. “Jika anda bertanya saya, kita belum memerlukan menara 100 tingkat itu,” kata Mahathir ketika menjawap soalan daripada hadirin pada persidangan "Revisiting Vision 2020" anjuran Institut Pemasaran Malaysia di Kuala Lumpur hari ini.
Berita Penuh