Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Sunday, April 25, 2010

PRK Hulu Selangor (125) Tahniah MIC!!! Tahniah Pakatan Rakyat!


Teman dari blog Aku Budak Balun mengucapkan Tahniah buat MIC dan Barisan Nasional diatas 'kemenangan' dalam Pilihanraya Kecil P094 Parlimen Hulu Selangor hari ini.

Buat semua pendokong dan penyokong Pakatan Rakyat terutamanya buat PKR, Hanya ini sahaja yang mampu teman ungkapkan buat kalian..

"Kebatilan yang Berperancangan telah berjaya mengalahkan Kebenaran yang tidak berperancangan!"

Buat semua bloggers yang sudi hadir menyampaikan berita dan pandangan 'berani mati', meninggalkan anak bini mahupun awek, syabas dan tahniah diatas segalanya! Buat Dugong Darat, Ali Bagan Utama, "Abang Long" Mat Saman Kati dan pastinya 'Ayahanda" Wak AlBanjari.. Sesungguhnya PRK ini mempertemukan jasad dan diri kita.. InsyaAllah... pertemuan ini akan dipanjangkan buat selama-lamanya..

kepada semua pendokong dan penyokong parti-parti dibawah naungan Pakatan Rakyat, terimlah kekalahan ini dengan hati yang terbuka, jiwa yang besar dan muafakat yang jitu!
Adakan selepas ni 'post mortem' yang merangkumi ketiga-tiga parti utama ini, bukan hanya sekadar dalam parti-parti kerana rosak satu parti maka rosaklah keseluruhan gabungan kesayangan dan harapan rakyat Malaysia ini..

Sekian, Wasssalam

sunsnake 25042010


p/s: dengan ini juga teman menutup posting dibawah tajuk "PRK Hulu Selangor" dan ianya berakhir dengan angka 125.

PRK Hulu Selangor (124) Sah BN menang! Menteri2 on the way ke Dewan KKB

Confirm! UMNO-Barisan Nasional menang!

Sebentar tadi dihadapan rumah teman, segerombolan kenderaan menteri-menteri bergegas ke arah Kuala Kubu Bahru dengan diiringi 2-3 bijik polis trafik bermotor dan berbelas-belas biji kereta pengiring!

Jelas, ini petanda kemenangan mereka telah terhidu!

Tahniah melayu UMNO Felda.. jangan lupa bakar mayat melayu UMNO Felda nanti ye!
Ikut kepercayaan Kamalanathan!

sunsnake 25042010

PRK Hulu Selangor (123) Tidak rasmi: PKR 9,133 BN 7,261 pada 7.12 malam

Diingattkan lagi sekali.. peti2 undi Felda2 Hulu Bernam tak sampai lagi...
jangan yakin langsung!!!

Felda?? hampeh! Melayu paling mudah diperbodohkan oleh UMNO!

Teman cabar anak-anak muda Felda betulkan balik keadaan ini!!!

sunsnake 25042010

PRK Hulu Selangor (122) 7.00pm Tak Rasmi PR leading!

Tidak rasmi: PKR 7,770 BN 6,504 pada 7 malam

masalahnya... peti2 undi dari felda2 belum sampai lagiiii!!
maklumat awal kita aklah teruk di semua UPU Felda...

"Lepas ni kalau ada melayu UMNO di Felda-felda Hulu Selangor ni mati.. sila panggil Kamalanathan datang jadi imam sembahyang jenazah!
Ataupun minta Kamalanathan bakarkan terus mayat melayu UMNO kat situ!"

luah seorang bekas ahli UMNO kat teman di telefon tadi! heheheh.. sib baik bekas...

sunsnake 25042010

PRK Hulu Selangor (121) Saluran 3 masih jadi wira Pakatan Rakyat!

Teman tak berniat nak melemahkan semangat semua kawan-kawan didalam Pakatan Rakyat..
Tapi teman juga tak mahu kita dilambung keyakinan yang melampau.. Melalui pembacaan didalam media baru ini, boleh dikatakan semua memperkatan perkara yang 'sedap-sedap' belaka..

Hakikatnya... kita sangat-sangat mengharapkan suatu keajaiban berlaku beberapa ketika lagi..

Maklumat-maklumat yang masuk ke inbox handset teman amat-amat menakutkan! Untuk peti-peti undi di Felda.. Calon BN iaitu Kamalanathan benar-benar akan dipanggil menyembahyangkan jenazah orang melayu Islam UMNO bila mati lepas ni kelak! Moga cepat melayu UMNO ini merasai 'kenikmatan' itu..

Cuma yang melegakan hanyalah sms-sms info Counting Agent PR di UPU Batang Kali, Kuala Kubu dan Bukit Beruntung/Bukit Sentosa.. Saluran 3 kebanyakkan UPU dimenangi oleh PKR!

Sama-sama kita nantikan keputusa selanjutnya...

PRK Hulu Selangor (120) Tahniah SPR dengan kemenangan BN ini!

Tiga pengundi tidak dapat mengundi kerana didapati 'sudah mengundi'

Sunday, April 25, 2010

Tiga pengundi membuat laporan polis apabila mereka dikatakan mendapati nama mereka ditanda Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai sudah mengundi sedangkan mereka belum berbuat demikian.



Mereka secara berasingan dikatakan menyedari masalah berkenaan ketika mahu membuang undi pusat pengundian undi di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Serendah.

Sebaliknya, ketiga-tiga pengundi berkenaan mendakwa seseorang sudah 'mengundi' bagi pihak mereka, tanpa pengetahuan mereka.

Mereka yang berusia antara 40 hingga lebih 50 tahun itu kemudian membuat laporan polis di balai polis Serendah, kira-kira jam 3.15 petang.

Selain mereka, empat lagi pengundi yang dikatakan mengalami nasih sama dijangka membuat laporan dalam tempoh terdekat..

"Ini cubaan untuk menafikan hak kami sebagai pengundi. Ini tidak wajar berlaku," kata seorang daripada mereka, Mokhtar Razak Badri kepada TV Selangor. -TVS

PRK Hulu Selangor (119) Berharap suatu 'keajaiban'...

Alhamdulillah.. Selesai sudah tugas teman sebagai PACA di SMK Bukit Sentosa.. Tugas yang hanya 2 jam tetapi penuh bermakna! Penuh pengertian dan keinsafan!

Dari pemerhatian teman..
Yang totok UMNO akan tetap undi UMNO..
Yang totok PKR akan tetap undi PKR..
Yang totok PAS akan tetap undi PKR...
Yang totok BN tidak akan undi PKR!

Itu pengamatan dan jangkaan teman..
Tidak mustahil jugak berlaku keajaiban di peti-peti undi hari ini..
Allah SWT Maha Berkuasa menentukannya!

Janji kita dah buat kerja.. terpulang kepada Tuan Empunya Alam...

Wallahua'lam..

sunsnake 25042010

PRK Hulu Selangor (118) Zaid baru tahu UMNO-BN zalim!

Sekian lama PAS selaku parti pembangkang paling berpengalaman Parlimen Malaysia menceritakan.. mengadu... membuat laporan polis.. membuat laporan akhbar.. malahan hinggakan membuat demonstrasi rakyat! Akhirnya bekas pemimpin UMNO Datuk Zaid Ibrahim mengakui betapa zalimnya kerajaan Malaysia yang ada ini.

Semoga lebih ramai lagi pemimpin UMNO yang insaf dan kembali ke pangkal jalan...

sunsnake 25042010

Zaid claims not getting a fair fight

UPDATED
By Syed Jaymal Zahiid

KUALA KUBU BARU, April 25 — Pakatan Rakyat candidate Datuk Zaid Ibrahim laments fraud may narrow his chances of winning the Hulu Selangor by-election today.

The former law minister cited the recent relocation of 13,000 voters by the Election Commission (EC) as an example of how lopsided the contest for the parliamentary seat is.

“It is difficult,” a tired-looking Zaid told reporters while having a short lunch break after visiting several polling stations here.

“Casting a vote is fundamental but if you have the Orang Asli Affairs Department, the police and all this government agencies working for those in power… these are the difficulties,” said the former Umno man.

berita penuh

PRK Hulu Selangor (117) Pengundi hantu dikesan? (Bergambar)

Di Peti Undi SMK Bukit Sentosa.. suatu adegan mencurigakan sempat teman snap..

Brother ni memang bukan muka orang sini.. sedang dia terpekik terlolong dengan group budak2 melayu penyokong MIC..
tiba2 ada lelaki muka serius UMNO cuit dia dan dengan segera dia berlari ke rumah lot belakang kumpulan budak2 tadi!

Terus tukar baju biasa beb!

teman dok snap je mana yang dapat..

lepas dia tukar baju dia mendapatkan mamat UMNO tadi dan diberikan sesuatu lalu dimasukkan ke dalam wallet!

dengan gaya menerima arahan sambil mengangguk2 kepala terhadap mamat UMNO tadi, dia terus perlahan-lahan berjalan kaki menuju ke tempat mengundi.. siap sempat lagi seorang bro UMNO berlari dan membisikkan sesuatu padanya..

Muka mamat tu memang teman tak cam! dan memang jelas dia gabra! takut2 berani...

Wallahua'lam!

sunsnake
lagi gambo2 hari mengundi PRK P94 di http://budakbalun.blogspot.com








PRK Hulu Selangor (116) Kecoh di SMK Bukit Sentosa






Pengundi hantu tukar baju?

selepas mendengar bisikan arahan... terus jalan kaki muka slumber. ke tempat mengundi!


Sempat dikejar macai UMNO sorang lagi.. macai ni berbisik sesuatu...
























PRK Hulu Selangor (115) Gegak Gempita Hulu Selangor!


Huarghh!! Teman langsung tak tido sepanjang malam! Joint skuad keselamatan memantau..
Lepas Solat Subuh baru tido!

Last-last dikejutkan dengan gema suara orang menjerit-jerit.. Oh! dah bermula!

dapat mms dari sahabat yang bertugas di Sek Keb Bukit Beruntung..
Budak BN bawah umur sibuk mengilai-ngilai... biasalaaaa.. itu je yang boleh diharap!

Jap lagi nak gerak ke semua UPU kat Bukit Sentosa/ Bukit Beruntung nih!

tungguuuu report teman!!
sunsnake 250420101

PRK Hulu Selangor (114) Pengundi Hantu sudah lama tiba!



Tuduhan teman... modus operandinya..

1. Angkut hantu-hantu ni awal-awal gunakan bas.. secara pukal... simpan di IKBN @ tempat-tempat sewaktu dengannya..

2. Angkut pulak secara runcit.. bawak la 2-3 orang sekali.. guna estima lagi ramai leh bawak! Hangkut ke rumah-rumah UMNO atau rumah-rumah orang UMNO mahupun sewaan UMNO..

3. Di hari mengundi nah! inilah hantu-hantu yang akan bergerak seolah-olah orang tempatan!

Nama dah ada dalam daftar pemilih! Silap2 hanya daftar di pondok PR sahaja yang tiada! Pernah jugak berlaku daftar pemilih milik BN sama dengan SPR, tapi berbeza sungguh dengan yang PR dapat! aduhhh!!! Refreenya punnnn... hampeh!

sunsnake 25042010

IKBN Pertak Sorok Pengundi Hantu?

KUALA KUBU BAHARU 25 Apr - Petugas KEADILAN berjaya menahan beberapa buah bas di IKBN Pertak, Kuala Kubu Baharu awal pagi ini yang dipercayai digunakan untuk mengangkut pengundi hantu ke pusat-pusat mengundi di Hulu Selangor.

Timbalan Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Fariz Musa yang mengetuai operasi 'menangkap' penghuni hantu yang di bawa oleh Umno-Barisan Nasional bagi memastikan kemenangan mereka pada pilihan raya kecil hari ini berkata, sebanyak kima buah bas kilang didapati diparkir di luar IKBN Pertak sejak pukul 3 pagi tadi."Apabila kami sampai sebanyak 15 buah kereta keluar dari IKBN dan kesemua kereta mempunyai antara 5 hingga 6 orang.

"Kita tidak tahu sejak pukul berapa mereka melakukan operasi memnbawa pengundi hantu tetapi kami percaya ramai yang telah di bawa keluar," kata Fariz.Fariz berkata pihaknya telah memaklumkan kepada pihak polis untuk mengambil tindakan tetapi sehingga kini tidak ada respons.Petugas KEADILAN kini sedang mengawal laluan agar pengundi hantu tidak keluar daripada IKBN sementara menunggu ketibaan polis.

sumber - Suara-Keadilan

PRK Hulu Selangor (113) Imbas balik - XTVT Pemuda PAS di Hulu Bernam

Banner Gergasi menyambut tetamu dan lalu lalang dihadapan Markaz Besar Pemuda


Bertempat di Felda/Kg Gesir Dun Hulu Bernam, Pemuda PAS Pusat yang diketuai oleh Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor telah diamanahkan untuk menguruskan UPU di lokaliti berkenaan. Dengan diketuai oleh Pengarah Jentera PRK P094 Dewan Pemuda iaitu Sdr Sany Hamzan, pemuda telah melaksanakan tugasan sejak sebelum hari penamaan bermula lagi!

Pelbagai aktiviti telah berjaya dilaksanakan seperti culaan, ziarah, sukan, sumbangan barangan dapur dan pelbagai lagi. Sedikit rakaman peristiwa yang sempat lensa kamera teman rakamkan...

Majlis BBQ Rakyat di Dataran Gesir Tengah! 23/4/2010 9.00mlm


Abis Solat Maghrib je terus on api!!! buat bara!

Sesambil tu takkan duduk saja?? lintangkan poster la syeikh!

BBQ bermula! Serbuuu!!

Dimalam tersebut, Konsert Kesenian Islam juga turut diadakan anjuran Pemuda Pusat.

Kumpulan Pujangga sedang tuning...

Mawi di kem Pemuda PAS???

Penyair Amdijagat sedang mendeklamasikan sajak 'Siapa Lebih Firaun"

Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Johor memberikan ucapan!


Pujangga beraksi! Siapa kata PAS tiada hiburan untuk remaja? Terkawal la skittt!!!

sunsnake 25042010