Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Thursday, December 24, 2009

rindunye kat Kampung Balun!


"aduhhh.. kena potong la pulak line streamyx aku nih!"
ngomel teman bila lampu kat modem billion teman tak henti-henti menyala..
sms member sebelah rumah nanya line streamyx dier..
'OK je.." ringkas reply mamat tu..
chait!! memang la ok sebab ko bayor bil!!
hahaha..

Tetiba teringat pertanyaan sahabat PAS Bukit Sentosa 2 pasal isu masjid di Slim River & Tanjong Malim tu..
sorrylah.. teman dah lama sungguh tak balik Balun yeop!
Kalau balik mau kena pukul kat simpang kampung sebab samseng2 kampung dah lupe muke teman nih!! hahahaha..

InsyaAllah lee..
Sabtu ni teman balik Balun sebab ada kenduri kawin..
Ayahcik teman tipon hari tu ajak main kompang..
takde 'penganak' katenye..
wokeh! InsyaAllah teman balik! dah lama tak mem'balun' kompang nih! ntah ingat ntah idak lagi care memukulnye..

Teringat zaman ayah teman duk jadi imam kat masjid Kg Balun tu..
payah jugak dia sebab waktu tu Perak masih diperintah BN lagi..
(bukan sekarang pun sama ke?)..
jenuh orang tua tu menahan asakan pencacai-pencacai UMNO kampung tu..

Kg Balun ni memang sejak dulu lagi 'totok' dengan UMNO..
hebat UMNO Kg Balun ni..
Teman masih ingat waktu kecik2 dulu..
Boleh kata kesemua rumah kat Kg Balun ni ada bendera UMNO yang dibuat daripada papan plywood sebesar A3 size.. Pehhh!! hebat syeikh!
Alhamdulillah.. rumah Atuk teman je takde sebab tak sempat pencacai UMNO nak pasang arwah dah keluar golok siap2!! haahahaha..

Disebabkan kehebatan UMNO, maka sudah pastilah kemerosotan sahsiah pun berlaku..
makin hebat dengornya budak-budak kampung sekarang ni.. makin 'sosial' beb!
ntahlah.. nanti le teman balik usha2..

sunsnake 24.12.2009

Enjin Jet oh! Enjin Jet!


Dalam zaman kecanggihan teknologi dan Kementerian Pertahanan selaku antara entiti yang paling penting dan penuh dengan 'kerahsiaan' boleh bocor apabila kehilangan enjin jet yang pastinya bukan disimpan oleh Mat Bangla cleaner di Mindef!

Apa sudahnya nasib rakyat Malaysia jika Kementerian Pertahanan sendiri sudah dicemar oleh anasir-anasir yang biasanya berlaku di PBT-PBT atau bank-bank iaitu Pecah Amanah?
Apa sudahnya nasib rakyat Malaysia apabila Menteri Pertahanan di waktu itu kini adalah Perdana Menteri Malaysia?

Sebagai seorang yang bertugas di dalam bidang logistik, penulis amat memahami dan berpengalaman berhadapan dengan kes-kes atau situasi kecurian, penyeludupan dan kehilangan yang berlaku didalam gudang tetapi apabila mengetahui kes yang sama berlaku di Kementerian yang sangat-sangat penting iaitu Kementerian Pertahanan, penulis betul-betul terkejut dan terkesima! Adakah sistem keselamatan di Kementerian Pertahanan amat lemah? Dan ada 1001 natijah akan berlaku daripada kelemahan itu kerana ia adalah Kementerian Pertahanan Malaysia!

Enjin jet bukanlah 'pin size' yang boleh dilipat dan dimasukkan ke dalam sampul surat! Dan ianya bukanlah berstatus seperti botol air mineral yang bebas keluar masuk pintu pagar Kementerian Pertahanan! Jika enjin jet ini mudah dikeluarkan apalah maknanya bagi benda-benda lain yang ada didalam kementerian tersebut?

Amat malang rakyat Malaysia kini, sepatutnya taraf kes ini sama macam ibarat Pentagon di masuki pencuri!! Dan jika ianya berlaku di Pentagon, tak pasti betapa sibuknya rakyat Amerika berdemonstrasi minta Obama letak jawatan!

Menteri Pertahanan diwaktu itu amat beruntung kerana dia berjawatan di Negara Malaysia, negara yang amat dikenali dengan rakyat yang sangat ber'sopan-santun' dan berperibadi mulia! Rakyatnya mungkin tetapi bukan pemimpin-pemimpin Malaysia! Integriti mereka yang sememangnya dijadikan lawak oleh negara luar kini semakin diyakini kemunduran integritinya.

Penulis merayu kepada semua pimpinan baik dari Barisan Nasional mahupun Pakatan Rakyat agar bersungguh-sungguh membawa isu ini sehingga 'pencuri' atau pun kumpulan 'pencuri' tersebut berjaya dihadapkan ke muka pengadilan!

Moga Allah SWT membantu rakyat Malaysia!

sunsnake