Dalam zaman kecanggihan teknologi dan Kementerian Pertahanan selaku antara entiti yang paling penting dan penuh dengan 'kerahsiaan' boleh bocor apabila kehilangan enjin jet yang pastinya bukan disimpan oleh Mat Bangla cleaner di Mindef!
Apa sudahnya nasib rakyat Malaysia jika Kementerian Pertahanan sendiri sudah dicemar oleh anasir-anasir yang biasanya berlaku di PBT-PBT atau bank-bank iaitu Pecah Amanah?
Apa sudahnya nasib rakyat Malaysia apabila Menteri Pertahanan di waktu itu kini adalah Perdana Menteri Malaysia?
Sebagai seorang yang bertugas di dalam bidang logistik, penulis amat memahami dan berpengalaman berhadapan dengan kes-kes atau situasi kecurian, penyeludupan dan kehilangan yang berlaku didalam gudang tetapi apabila mengetahui kes yang sama berlaku di Kementerian yang sangat-sangat penting iaitu Kementerian Pertahanan, penulis betul-betul terkejut dan terkesima! Adakah sistem keselamatan di Kementerian Pertahanan amat lemah? Dan ada 1001 natijah akan berlaku daripada kelemahan itu kerana ia adalah Kementerian Pertahanan Malaysia!
Enjin jet bukanlah 'pin size' yang boleh dilipat dan dimasukkan ke dalam sampul surat! Dan ianya bukanlah berstatus seperti botol air mineral yang bebas keluar masuk pintu pagar Kementerian Pertahanan! Jika enjin jet ini mudah dikeluarkan apalah maknanya bagi benda-benda lain yang ada didalam kementerian tersebut?
Amat malang rakyat Malaysia kini, sepatutnya taraf kes ini sama macam ibarat Pentagon di masuki pencuri!! Dan jika ianya berlaku di Pentagon, tak pasti betapa sibuknya rakyat Amerika berdemonstrasi minta Obama letak jawatan!
Menteri Pertahanan diwaktu itu amat beruntung kerana dia berjawatan di Negara Malaysia, negara yang amat dikenali dengan rakyat yang sangat ber'sopan-santun' dan berperibadi mulia! Rakyatnya mungkin tetapi bukan pemimpin-pemimpin Malaysia! Integriti mereka yang sememangnya dijadikan lawak oleh negara luar kini semakin diyakini kemunduran integritinya.
Penulis merayu kepada semua pimpinan baik dari Barisan Nasional mahupun Pakatan Rakyat agar bersungguh-sungguh membawa isu ini sehingga 'pencuri' atau pun kumpulan 'pencuri' tersebut berjaya dihadapkan ke muka pengadilan!
Moga Allah SWT membantu rakyat Malaysia!
sunsnake
1 comments:
Kita semua sudah dimaklumkan bahawa 4 orang telah dikenalpasti dengan salah seorangnya adalah anggota tentera. Biarlah badan yang menjalankan siasatan itu melaksanakan kerjanya tanpa gangguan.
Jangan pula mereka pun kita nak hina kerana kita belum tahu kecekapan mereka dan keikhlasan mereka. Biarlah mereka mengumpul maklumat sehingga bila didakwa walau pun Karpal Sing sekalipun menjadi peguambela yang bersalah itu tidak boleh lepas.
Satu persoalannya untuk seorang anggota tentera yang dikenalpasti itu adakah kita mahu dia didakwa bersama yang lain dimahkamah civil atau didakwa mengikut undang undang tentera dibawah kes khianat dimana jika sabit kesalahan tanpa ragu dia boleh dihukum tembak sampai mati.
Agak agaknya itukah yang nak kita sarankan. Apakah hukum mati itu tidak akan dipolitikkan sehingga musnahnya menjadi lebih buruk.
Post a Comment