Wednesday, May 19, 2010
Cukuplah Kematian sebagai peringatan...
Semalam teman ke Kalumpang, Hulu Bernam melawat bekas cikgu teman Cikgu Safuan yang kehilangan anak lelakinya. Arwah meninggal di tempat belajarnya di Kolej Darul 'ulum, Kedah.
Punca kematian masih misteri namun cukup memilukan melihat cikgu teman mengalirkan airmata sewaktu memberikan ucapan terakhir sebelum menghantar jenazah ke liang lahad malam itu juga.
Jenazah tiba dari Kedah kira-kira jam 9.30 malam, telah siap dimandi dan dikafankan disana lagi, hanya mengambil masa sebentar dirumah bagi ahli-keluarga memberikan penghormatan terakhir dan disolatkan kira-kira lebih 100 orang yang hadir pada malam itu.
Allahyarham dimaklumkan kepada teman seorang pelajar yang pintar dan akan melanjutkan pelajarannya ke timur tengah, dimasa ini seorang abangnya juga sedang belajar di Timur Tengah.
Beliau pengsan kira-kira jam 5 pagi dan lebih kurang jam 6 pagi, arwah disahkan meninggal dunia.
Semoga roh Allahyarham ditempatkan oleh Allah SWT dikalangan para solehin. Lagipun beliau sedang berjihad menuntut ilmu Islam pulak tu! Buat Cikgu Safuan dan keluarga, semoga tabah menghadapi dugaan terhebat ini..
Sesungguhnya, cukuplah mati itu sebagai peringatan buat kita semua..
Al-Fatihah!
p/s: Balik-balik rumah cikgu, teman demam menggigil-gigil.. Ni baru lega skit.. kena penangan ubat dari klinik tadi.. Alhamdulillah, dengan izin Allah.. lega skit.. lemahnya manusia ini..
sunsnake 20052010
Ada apa dengan parti demokratik?
SIBU 13 Mei - Parti Tindakan Demokratik (DAP) bukanlah parti yang demokratik seperti namanya kerana ia dikuasai oleh satu keluarga yang terdiri daripada bapa, anak dan menantu, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
Perdana Menteri berkata, walaupun mereka menuduh Barisan Nasional (BN) dengan pelbagai tuduhan tetapi dalam parti itu sendiri bapa pernah menjadi ketua pembangkang, anak menjadi setiausaha agung dan menantu menjadi pemimpin kanan.
"Mana ada parti macam ini.., BN tidak seperti itu. DAP walaupun belum berkuasa tetapi anak-beranak sudah menguasai parti dan kalau tidak menyokong bapa, anak atau menantu itu, mereka akan kena buang.
"Ini parti berkuku besi, parti BN lebih demokratik daripada DAP," kata Najib sambil menambah parti itu dengan gabungan rakan-rakan pembangkang akan terus melakukan pembohongan dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Sibu.
Najib berkata demikian semasa berucap ketika melawat Rumah Panjang Sebastian Onggoh di Jalan Teku, Pasai dekat sini hari ini.
Sejak penubuhan DAP pada 1966, struktur kepimpinan tertinggi DAP tidak berubah dengan diterajui Lim Kit Siang dan kemudian anaknya, Lim Guan Eng.
Ketika ini, Kit Siang merupakan Penasihat DAP dan Guan Eng pula Setiausaha Agung. Isteri Guan Eng iaitu Betty Chew Gek Cheng adalah Naib Pengerusi Wanita DAP dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Laksamana di Melaka.
Pengerusi DAP ketika ini ialah Karpal Singh dan dua anaknya, Gobind Singh Deo ialah Ahli Jawatankuasa Pusat DAP yang juga Ahli Parlimen Puchong manakala Jagdeep Singh Deo pula Naib Pengerusi DAP Pulau Pinang dan ADUN Datuk Keramat.
Perdana Menteri menjelaskan penduduk Sibu tidak harus mendengar dakyah DAP yang kini membawa pelbagai isu di rumah-rumah panjang di kawasan Parlimen ini untuk berkempen dalam pilihan raya.
"Dalam pilihan raya, kita harus memilih siapa yang boleh diletakkan harapan dan dapat mengubah nasib kita di masa depan, dan bukannya mendengar isu-isu yang tiada kaitan dengan kehidupan kita," kata Perdana Menteri.
Sumber: Utusan Malaysia 14/05/10
Ada apa dengan parti demokratik?
Kenyataan Perdana Menteri Malaysia bahawa sebahagian daripada parti pembangkang yang menjadikan jawatan-jawatan tinggi parti mereka dianggotai oleh ahli politik yang mempunyai pertalian kekeluargaan dengan ahli politik veteran di dalam parti tersebut ada kebenarannya. Tetapi lupakah Najib, bahawa dia adalah anak kepada Perdana Menteri Malaysia kedua selepas Tunku Abdul Rahman? Dan lupakah Najib, bahawa Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein Onn juga merupakan anak kepada Perdana Menteri Malaysia ketiga dan merupakan sepupu kepadanya?
Kini isu ini dikaitkan pula dengan tolok ukur demokratik atau tidaknya sesebuah parti politik. Tolok ukur ‘demokratik’ atau tidak menjadi ukuran dalam menentukan samada sesuatu parti politik itu baik atau tidak baik, di mana parti yang kurang ‘demokratik’ dianggap kurang baik berbanding parti yang lebih ‘demokratik’. Hakikatnya, tidak ada kelebihan kepada parti kerajaan yang lebih ‘demokratik’ berbanding parti pembangkang yang kurang ‘demokratik’, sebab masing-masing menjadikan sekularisme sebagai asas. Sistem demokrasi yang terus-menerus dilaksanakan telah mewujudkan bermacam-macam masalah dan kepelikan di dalam parti-parti pemerintah dan pembangkang. Lupakah Najib bahawa sistem ini, sistem yang begitu dibanggakan oleh para pendokongnya, telah memberikan laluan untuk seorang ahli politik yang bersalah melakukan hubungan seks luar nikah (yang diberikan jolokan pelakun video lucah) menjadi Presiden MCA sekarang?
Dan di luar negara pula, seperti di Amerika Syarikat, seorang pelakon filem lucah seperti Mary Carey masih boleh diberikan laluan untuk bertanding merebut jawatan Govenor wilayah California bersaing dengan pelakon Hollywood, Arnold Schwartzenegger! Lebih buruk lagi, parti-parti demokratik adalah tidak ubah seperti parti Sosialis dan Fasis, dalam ertikata ia telah banyak melahirkan penjenayah perang seperti Bush dan Blair serta para pemimpin rejim Israel, yang melakukan jenayah perang pada skala yang hampir sama seperti yang dilakukan oleh Stalin, Mao, Hitler dan Saddam. Lebih buruk lagi, para penjenayah perang ini, yang dilahirkan melalui sistem demokrasi, hanya setakat diberikan label sebagai penjenayah perang, tetapi tidak ada mekanisma untuk menjatuhkan hukuman ke atas mereka.
sumber - jebbat.blogspot
Apabila cina bukan Islam pun bantah judi!
Membunuh pun depa sanggup!
Tapi itulah hakikatnya..
UMNO luluskan lesen judi!
sunsnake 19052010
Lesen judi bola kerja kerajaan Bodoh dan Nyanyuk
Li Fook Gao |
kepada Kumpulan BERJAYA meskipun mendapat bantahan daripada pelbagai pihak. |
Apa munasabahnya Demo 3 Julai aduhai Pemuda PAS?
Tapi buat masa ini, teman heran..
'Apa munasabahnya demo anti-judi bola 3 Julai?"
Piala Dunia start 11 Jun hingga 11 Julai..
3 Julai tu bermakna game peringkat Suku akhir dah habis..
Tengah tunggu Semi final pada 6 Julai..
Apa munasabahnya demo bagai nak rak pada 3 Julai??
Apa hujah pemuda PAS pusat?
Nak demo tarik lesen judi bola piala dunia ke lesen judi yang dah sedia ada?
Pendapat teman, apa jenis demo pun kenalah tepat pada masanya..
Piala Dunia bermula 11 Jun.. so, apa-apa demo pun sepatutnya bermula sebelum 11 Jun..
Sekarang ni pun Bejaya Group dah start keluar iklan-iklan Bett World Cup Games dia!
Tarikh paling baik dalam bulan Mei ni...
Bukan apa.. kita bagai nak rak berdemo pada 3 Julai,
Najib jawab macam ni je..
"Piala Dunia pun dah nak berakhir, kita akan pastikan kelulusan sebegini akan dipertimbangkan di masa hadapan"... setel!
aduhhh!!! Jangan la slow sangatttttt!!
sunsnake 19052010
Himpuan besar-besaran bantah lesen judi 3 Julai
Nazri Abdullah |
KUALA LUMPUR, 18 Mei: Dewan Pemuda PAS Pusat akan mengadakan himpunan besar-besaran 3 Julai depan bagi membantan tindakan kerajaan meluluskan lesen judi bolasepak Piala Dunia bermula Jun ini. |
berita penuh
Jangan tinggalkan adinda, Bung!
Simpati teman buat YB Bung Radin..
Bini baru wehh!!! kena tido dalam jail la pulakk!!
Persoalannya, mau ke YB UMNO ni menyerah kalah!!
Macam kompom menang rayuan nih!!
sunsnake 19052010
Poligami: Bung Moktar dipenjara, Zizie didenda | |
|
berita penuh