Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Thursday, April 12, 2012

Laaaa.. Awat Hang Tak Jumpa Kak Ijat?

Awatnya Sobri??? Nak 8 juta?? ni nampakkk??

Wakakakaka!
Koman betoi la Adun UMNO nie..
Kalau dah tau nak bankrap..
Bawak-bawak la jumpa Kak Ijat..
Apa sangat la RM8juta banding dengan RM250juta!!
Sap sap suiii!! bak kata orang cina!

La ni kan dah susah..
Nak masuk DUN pun malu..
Walaupun MB Kedah dok ajak gak..

Mungkinkah ada peluang nak bertanding lagi di PRU13?
entahlahhh..
Baik pi jumpa Kak Ijat cepat.. kot-kot ada serdak-serdak RM tuuu
wakakakakak!!

budakbalun 12042012

Syed Sobri kecewa, kawan tidak bantu - MB

ALOR SETAR, 12 April: Adun Kuala Nerang, Datuk Syed Sobri Syed Hashim telah bertemu dengan Menteri Besar, Datuk Seri Ustaz Azizan Razak bagi memaklumkan kedudukannya yang diisy tihar muflis kerana gagal membayar hutang berjumlah RM8 juta.

Bercakap dalam sidangmedia selepas mempengerusikan mesyuarat exco di Wisma Darul Aman, 4 April lalu, Ustaz Azizan berkata, Syed Sobri meluahkan masalah yang dihadapi dan menyatakan tidak akan hadir ke Sidang Dewan Undangan Negeri yang bakal berlangsung 17 April depan.

“Saya bersimpatilah dengan keadaannya itu. Saya suruh dia datang Sidang Dun, tetapi dia enggan sebab bimbang implikasi undang-undang.

“Syed Sobri melahirkan rasa kecewanya... mungkin juga sebab tak ada kawan-kawan dia boleh bantu,” kata Datuk Seri Azizan Razak selepas pertemuan beliau dengan Syed Sobri.

Beliau memberitahu pertemuan itu bukan untuk membincangkan kemungkinan Syed Sobri menyertai PAS.-harakahdaily

Ku Li Pengkhianat Agama! Bangsa Dan Negara!

Bila mamat ni nak ludah Ku Li?

Teman dok tunggu jugak bila UMNO nak ambik tindakan kat Ku Li nie!
Yang Ku Li dok dalam UMNO sokong BERSIH..
Yang Ibrahim Ali duk luar UMNO bukan main bodek si Najib Presiden UMNO!
Wakakakkaka!
Dunia dah terbalik wehhhh!!

budakbalun 12042012

Ku Li nyata sokongan perhimpunan Bersih 3.0

KOTA BHARU, 11 April — Pengerusi Angkatan Amanah Merdeka, (Amanah) Tengku Razaleigh Hamzah menyatakan sokongan terhadap perhimpunan menuntut pilihan raya yang adil dan bersih, Bersih 3.0.

Veteran Umno itu menjelaskan, pihaknya menyerahkan kepada ahli Amanah untuk membuat penilaian dan memilih sama ada akan turut serta dalam perhimpunan yang bakal berlangsung di Dataran Merdeka 28 April depan.

“Saya serah kepada ahli-ahli Amanah untuk hadir pada perhimpunan tersebut pada 28 April ini,” kata Tengku Razaleigh, atau lebih dikenali sebagai Ku Li (gambar) ketika menjawab soalan penonton pada Bicara UT6 – PRU-13 Perjuangan dan Amanah di Kelantan Trade Centre malam tadi.

“Kita mahu peranan media lebih adil dan bebas. Begitu juga dengan penggunaan jentera dan kakitangan kerajaan ketika pilihan raya tidak boleh disalahgunakan. Kita mahu pilihan raya benar-benar adil dan bebas.

“Malah ia selaras dengan tuntutan Angkatan Amanah Merdeka,” tegasnya di petik Harakah Online. - Minsider