Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Friday, March 19, 2010

Nabi pun UMNO hina! Inikan Orang Asal!



PSM berang menteri 'tak hormat' Orang Asli
Mac 19, 10
5:08pm
Parti Sosialis Malaysia (PSM) berang dengan kenyataan Datuk Seri Shafie Apdal yang menyifatkan demonstrasi Orang Asli baru-baru ini sebagai “bersiar-siar di Putrajaya”.
Setiausaha agungnya S Arutchelvan berkata kenyataan menteri pembangunan luar bandar dan wilayah itu menunjukkan sikapnya yang tidak hormat pada tuntutan masyarakat berkenaan. "Komen seperti ini menunjukkan kurangnya rasa hormat menteri dan sikapnya terhadap penderitaan masyarakat ini. "PSM mengambil pendirian solidariti bersama Orang Asli dan menuntut kerajaan supaya menunaikan tuntutan dan (menyelesaikan) masalah Orang Asli," katanya.
Rabu lalu, kira-kira dua ribu Orang Asli berdemonstasi di Putrajaya ekoran tidak puas hati dengan pengenalan dasar pemberimilikan tanah yang didakwa tidak adil bagi mereka. Mengulas perkara itu, Shafie dilaporkan berkata, golongan tersebut datang bukan untuk protes tetapi jalan berjalan-jalan di Putrajaya yang sebelum ini hanya ditonton melalui televisyen sahaja. Dalam satu kenyataan hari ini, PSM turut bimbang terhadap cadangan bagi meminda Akta Orang Asli akan “menjadi satu tindakan merampas tanah”. "Mereka ditindas oleh kerajaan dan pemaju yang mahu memperkosa dan merampas tanah mereka.
"Sangat menyedihkan, semenjak sekian lama, beribu-ribu Orang Asli berarak di Putrajaya dan menuntut apa yang sepatutnya sudah menjadi hak mereka," katanya lagi. Arutchelvan menjelaskan dasar pemberimilikan tanah - yang ditentang hebat itu - sengaja dicadangkan bagi “membuatkan masyarakat berkenaan kehilangan lebih banyak tanah”. Dasar itu mencadangkan tanah-tanah mereka akan terlibat dalam pengagihan semula di mana setiap keluarga akan diberikan antara dua hingga enam ekar tanah.
Arutchelvan berkata, hak masyarakat Orang Asli terhadap tanah mereka perlu diiktiraf dan kerajaan juga perlu mengadakan perbincangan secara terhormat dengan kumpulan minoriti tersebut. "Ianya menyedihkan bila kerajaan sering memberi reaksi mundur ke belakang sedangkan mereka sepatutnya berunding dahulu sebelum membuat sebarang keputusan," katanya lagi. Kerajaan telah meluluskan dasar pemberimilikan tanah kepada Orang Asli pada Disember tahun lalu yang dijadikan asas untuk pindaan Akta Orang Asli (Akta 134).

sumber - malaysiakini

Ku Li pun dia nak jual!!







Lagi hal si Katak Zahrain ni..

Tak cukup dia jual maruah dia kat UMNO..
Dia jual nilai keahlian PKR dia kat UMNO..
Dia jual nilai permuafakatan PR dia kat UMNO..

Last-last dah takde point.. Ku Li pun dia nak jual!!
Padahal bukan level dia pun!!
Bukan gerombolan dia pun!
Lain la kalau dia nak jual maruah Ibrahim Ali yang dari dulu takde maruah tuh!

sunsnake 19032010


Ku Li: Saya bukan boleh dijual beli
Mac 19, 10 4:46pm
Aggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah menafikan beliau antara lapan pemimpin Barisan Nasional (BN) yang akan menyertai pakatan pembangkang untuk menubuhkan kerajaan pintu belakang pada 16 September 2008.

"Saya tak mahu komen pasal ini, 48 tahun saya bersama Umno.
Apa yang didakwa itu sebagai satu cerita dongeng," katanya kepada pemberita di Kota Bharu hari ini.

Anggota Parlimen Bebas bagi Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim telah menamakan lapan Anggota Parlimen BN di Dewan Rakyat semalam,
dengan mendakwa mereka bersedia menyertai pakatan.

Tengku Razaleigh (kanan) berkata, jika dakwaan itu benar, beliau kini pasti sudah memegang satu jawatan besar dalam Parti Pakatan Rakyat (PKR) yang dipimpin Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

berita penuh

Razaleigh Sifatkan Dakwaan Zahrain Cerita Dongeng

KOTA BAHARU: Anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah menafikan beliau antara lapan pemimpin Barisan Nasional (BN) yang akan menyertai pakatan pembangkang untuk menubuhkan kerajaan pintu belakang pada 16 September 2008.

"Saya tak mahu komen pasal ini, 48 tahun saya bersama Umno. Apa yang didakwa itu sebagai satu cerita dongeng," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Anggota Parlimen Bebas bagi Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim telah menamakan lapan Anggota Parlimen BN di Dewan Rakyat semalam, dengan mendakwa mereka bersedia menyertai pakatan.

berita penuh

Lagi Fatwa Bangang dari Ketua UMNO!

Ni la dia lelaki yang mengeluarkan fatwa bangang ni!


1Malaysia sama dengan Sunnah Rasulullah SAW?
kah!kah!Kah!Kah!Kah!

Punya la banyak Sunnah Nabi.. tak terjumpa pulah perihal 1Malaysia ni Sunnah??

Nak kata bodoh.. memang bodoh YB sorang nie..
Nak kata Pandai.. nampak macam pandai..

Menegakkan Undang-undang Islam yang berdasarkan Al-Quran itulah Sunnah yang paling utama! Bangang oi!
Al-Quran itu sendiri adalah mukjizat yang Allah kurniakan buat KekasihNya tu!

UMNO...UMNO..
Sendiri keliru pasal Islam..
Orang lain pulak yang dikatanya keliru..

Dulu Kini Selamanya.. Bangang!
sunsnake 19032010

Pendekatan 1Malaysia Ikut Sunnah Rasulullah, Kata Saifuddin

KUALA LUMPUR: Pendekatan Gagasan 1Malaysia, yang diilham Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, adalah mengikut sunnah Rasulullah s.a.w yang bertindak menyatupadukan umat Islam dengan kaum-kaum lain yang terdapat di Madinah ketika berhijrah dari Mekah.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah berkata perkara itu dizahirkan dalam gagasan Piagam Madinah atau Sahifah Madihah.

"Datuk Seri Najib punya banyak pilihan untuk dijadikan kandungan utama ucapan sulungnya itu. Tetapi, beliau menggunakan pendekatan perpaduan, iaitu selaras dengan sunnah Rasulullah tersebut," katanya dalam satu kenyataan yang diedarkan kepada media di Parlimen hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan pihak pembangkang yang mempertikaikan konsep 1Malaysia pada sesi perbahasan di Dewan Rakyat semalam.

berita bodoh penuh

Nasib budak-budak kantoi SPM...






Yang Kantoi tahun2 sebelum tu macam mana Tan Sri?

Udah la SPM kantoi!
Sahsiah punya la teruk!
Kemahiran hampir takde! Merempit pandai la!!
Yang jantan 'menoron' anak betina orang pandai laa..
Yang betina 'menggeleser' dengan jantan suka laa..
Itulah budak-budak melayu!

Yang Kerajaan Malaysia..
Ilmu Islam jadi 'Melukut di Tepian Gantang' je dalam SPM..
Nak lulus pun boleh.. tak nak lulus pun bulehhhh!!

Hakikatnya..
Lagi budak-budak melayu ni melingkup!
Lagi UMNO suka!
Lagi senang nak tunjal dahi!
Lagi senang nak suruh bergaduh dengan pemuda PR..

Kalau budak-budak muda ni pandai agama..
Masuk PAS pulak budak-budak nih!
Pening UMNO!
sunsnake 19032010

Kerajaan sedia kaedah bantu pelajar SPM kurang berjaya, gagal

19/03/2010 11:11am

PUTRAJAYA 19 Mac – Kementerian Pelajaran dan Kementerian Sumber Manusia berserta agensi-agensi berkaitan akan berbincang untuk menyediakan kaedah terbaik bagi membantu para pelajar yang kurang berjaya dan gagal dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2009.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pihaknya akan memikirkan inisiatif untuk membantu pelajar-pelajar tersebut menguasai kemahiran bersesuaian supaya dapat meningkatkan pelajaran dan kerjaya mereka.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata demikian ketika berucap [ada majlis anugerah kecemerlangan SPM 2009 di sini hari ini. – Melayau

Fesyen: Khairy vs Mukhriz


hehehhe..
Kalau dah ahli politik..
Pakaian pun leh jadi isu..

Tapi kali ni bukan isu la teman rasa..
lebih kepada gurauan..

Guraun Malaysiakini kepada Khairy dan Mukhriz..
Lepas tu gurauan Khairy kepada Mukhriz
dan Mukhriz kepada Khairy..

"Gurauan" ada makna tuuuuu..

sunsnake 19.3.2010

Khairy: Tiada 'perang fesyen' saya dan Mukriz

Mac 19, 10
12:54pm
Dalam keadaan malu-malu, Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin menafikan wujudnya 'perang fesyen' antara beliau dengan anak bekas perdana menteri Mukhriz Mahathir. “Tidak, tidak (ada perang). Pakaian ini (berdasarkan) apa yang selesa dan apa yang sesuai dengan keadaan. Saya selalu tidak fikir panjang lebar tentang apa yang saya hendak dipakai pada hari itu. “Cuma saya melihat pada jadual, kalau saya hendak pergi ke sekian majlis yang memerlukan pakaian kebangsaan, batik, sut, saya akan pakai ikut kesesuaian dan keselesaan,” katanya yang berulang kali ketawa apabila mengulas perkara itu. Khairy diminta mengulas penyertaan beliau dan Mukhriz - yang pernah merebut jawatan nombor satu dalam Pemuda Umno - dalam majalah gaya hidup dan fesyen kebelakangan ini. Mukriz bulan ini tampil dengan gaya korporat - berkemeja dan bertali leher - dalam majalah remaja dan gaya hidup popular KLue.

artikel penuh

????

Pagi tadi di tempat kerja..

Teman didatangi seorang sahabat..

 

“Syeikh.. minta tolong sikit..”

 

“apahal?”

 

“tolong masukkan duit ni dalam tabung derma masjid karang” (Solat Jumaat)

 

“Ok2.. ko tak gi ke?”

 

“hehehehe..”

 

“adusss!! Macam ni pun ada!!”

 

Apa pendapat teman-teman semua?

Macam mana kes macam ni boleh berlaku agaknya????

Customer Service!

Assalamu'alaikum, Saudaraku

Pernahkah Anda bayangkan bila pada saat kita berdoa, kita mendengar ini:

Terima kasih, Anda telah menghubungi Baitullah".

Tekan 1 untuk 'meminta'.
Tekan 2 untuk 'mengucap syukur'.
Tekan 3 untuk 'mengeluh'.
Tekan 4 untuk 'permintaan lainnya'."

Atau....

Bagaimana jika Malaikat memohon maaf seperti ini:

"Saat ini semua malaikat sedang membantu pelanggan lain. Tetaplah sabar menunggu. Panggilan Anda akan dijawab berdasarkan urutannya."

Atau, pernahkah Anda bayangkan bila pada saat berdoa, Anda mendapat respons seperti ini:

"Jika Anda ingin berbicara dengan Malaikat,

Tekan 1. Dengan Malaikat Mikail,
Tekan 2. Dengan malaikat lainnya,
Tekan 3. Jika Anda ingin mendengar sari tilawah saat Anda menunggu,
Tekan 4. "Untuk jawapan pertanyaan tentang hakikat syurga & neraka,silahkan tunggu sampai Anda tiba di sini!!"

Atau mungkin juga Anda mendengar ini :

Sistem kami menunjukkan bahawa Anda telah satu kali menelefon hari ini.
Silakan cuba lagi esok."

atau...

Pejabat ini ditutup pada hujung minggu..
Sila hubungi semula pada hari Isnin selepas pukul 9 pagi."

Alhamdulillah... Allah SWT mengasihi kita, Anda dapat menelefon-Nya setiap saat!!!

Anda hanya perlu untuk memanggilnya bila-bila saja dan Dia mendengar anda.
Kerana bila memanggil Allah,tidak akan pernah mendapat talian sibuk.
Allah menerima setiap panggilan dan mengetahui siapa pemanggilnya secara pribadi.

Ketika Anda memanggil-Nya, sila gunakan nombor utama ini: 24434(bilangan rakaat solat)

2 : solat Subuh
4 : solat Zuhur
4 : solat Asar
3 : solat Maghrib
4 : solat Isya

Atau untuk lebih sempurna dan lebih banyak afdhalnya, gunakan nombor ini
: 28443483

2 : solat Subuh
8 : solat Dhuha
4 : solat Zuhur
4 : solat Asar
3 : solat Maghrib
4 : solat Isya
8 : Solat Tahajjud atau lainnya
3 : Solat Witir

Maklumat terperinci terdapat di Buku Telefon berjudul "Al Qur'anul Karim & Hadis Rasul"

Talian terus , tanpa Operator tanpa Perantara, tanpa bil.

Nombor 24434 dan 28443483 ini memiliki jumlah talian hunting yang tak terhingga dan dibuka 24 jam sehari 7 hari seminggu 365 hari setahun!!!

Sebarkan maklumat ini kepada orang-orang di sekeliling kita. Mana tahu mungkin mereka sedang memerlukannya

Sabda Rasulullah S.A.W : "Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosa- dosanya walau sebanyak buih laut"

7 Kalimah ALLAH:

1. Mengucap "Bismillah" pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.
2. Mengucap "Alhamdulillah" pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.
3. Mengucap "Astaghfirullah" jika lidah terselip perkataan yang tidak patut.
4. Mengucap "Insya-Allah" jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.
5. Mengucap "La haula wala kuwwata illa billah" jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini.
6. Mengucap "inna lillahi wa inna ilaihi rajiun" jika menghadapi dan menerima musibah.
7. Mengucap "La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah" sepanjang siang dan malam sehingga tak terpisah dari lidahnya.

Dari tafsir Hanafi, mudah-mudahan ingat, walau lambat-lambat... mudah- mudahan selalu, walau sambil lalu... mudah-mudahan jadi bisa, karena sudah biasa.

 

Sokong Khairy Jamaluddin!! urgh!!


Buat pertama kalinya teman sokong kata-kata Anak bapak nih!
Sebagai Badan yang bertanggungjawab memastikan demokrasi pilihanraya berlangsung dengan adil di Malaysia ni..
Sepatutnya jadi kewajipan la.. SPR ni nk jadikan realiti..
Bukan dia tak boleh pakai segala apa yang ada di Malaysia nih!

Kesimpulannya nak dengan tak nak aje..

nak seribu daya tak nak seribu dalih syeikh!

errr.. kot ye si KJ nih??
kalau idak dah lama dia kalah kat Rembau tuh!
heh.. Cikgu Bard la dok kat situ!!! wakakaka
sunsnake 19032010

EC should look into automatic registration, says Khairy

By Shazwan Mustafa Kamal

KUALA LUMPUR, March 18 — Umno Youth Chief Khairy Jamaluddin said today that the Election Commission (EC) should seriously consider looking into an automatic voter registration system.

His remarks come despite the fact that the government announced this morning in Parliament that it had no plans to introduce an automatic voter registration system.

“I’ve always been keen, pro-auto registration. The EC should look into this. Of course it will take some time and effort, but I feel that this is necessary,” he told The Malaysian Insider in Parliament.

Khairy, who is also Rembau MP, asserted that the issue here was how to find ways to make voting easier for future voters.

He said that he did not quite agree with the government’s stand on the matter, and would discuss it with Prime Minister Datuk Seri Najib Razak soon.

“The issue here is not whether they (voters) should be registering or not. Their choice should be whether they want to vote, or otherwise,” he added.

Earlier, Minister in the Prime Minister’s Department Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz said the government would continue with the existing procedures and policies and would not force the people to exercise their rights.

Kalaulah mereka tahu ..-Tribute to Demo Orang Asal-


Kalaulah Tunku Rahman masih hidup..
MUSTI dia terkejut bila dapat tahu ada beribu orang asli telah datang berdemo di Putrajaya!

Kalau Tun Razak masih hidup..
Yakinlah dia terkejut beruk bila dapat tahu ada beribu orang asli telah datang berdemo di Putrajaya!

Kalaulah Tun Hussein OnnMasih hidup..
Tentu dia melompat bila dapat tahu ada beribu orang asli telah datang berdemo di Putrajaya!

Kalaulah Mahathir tahu ada beribu orang asli telah datang berdemo di Putrajaya!
Dia mesti senyum dan berkata.. as a plan...

Kalaulah Pak Lah tak tido dan dapat tahu ada beribu orang asli telah datang berdemo di Putrajaya!
Dia mesti menyambung tidonya.. "Lagi bagusss!!!" katanya dalam hati..

Dan Kalaulah Najib....
Najib? Siapa Najib?

Dan semua nama-nama diatas ni.. bertanggungjawab sepenuhnya!

sunsnake 19032010

Demo: PAS ucap tahniah kepada Orang Asli
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 18 Mac: Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad mengucapkan tahniah kepada Orang Asli yang mengadakan tunjuk perasaan di Putrajaya semalam kerana menuntut hak mereka yang dicabul.

Katanya, penghormatan patut diberikan kepada mereka kerana keberanian dan boleh mengumpulkan seramai 2,000 orang adalah merupakan suatu perkara yang menakjubkan semua pihak.

Perhimpunan semalam dianjurkan bersama Persatuan Orang Asli Semenanjung Malaysia (POASM) dan juga Jaringan Kampung Orang Asli Perak untuk menghantar memorandum kepada Perdana Menteri.


berita penuh