Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Friday, March 19, 2010

Ku Li pun dia nak jual!!







Lagi hal si Katak Zahrain ni..

Tak cukup dia jual maruah dia kat UMNO..
Dia jual nilai keahlian PKR dia kat UMNO..
Dia jual nilai permuafakatan PR dia kat UMNO..

Last-last dah takde point.. Ku Li pun dia nak jual!!
Padahal bukan level dia pun!!
Bukan gerombolan dia pun!
Lain la kalau dia nak jual maruah Ibrahim Ali yang dari dulu takde maruah tuh!

sunsnake 19032010


Ku Li: Saya bukan boleh dijual beli
Mac 19, 10 4:46pm
Aggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah menafikan beliau antara lapan pemimpin Barisan Nasional (BN) yang akan menyertai pakatan pembangkang untuk menubuhkan kerajaan pintu belakang pada 16 September 2008.

"Saya tak mahu komen pasal ini, 48 tahun saya bersama Umno.
Apa yang didakwa itu sebagai satu cerita dongeng," katanya kepada pemberita di Kota Bharu hari ini.

Anggota Parlimen Bebas bagi Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim telah menamakan lapan Anggota Parlimen BN di Dewan Rakyat semalam,
dengan mendakwa mereka bersedia menyertai pakatan.

Tengku Razaleigh (kanan) berkata, jika dakwaan itu benar, beliau kini pasti sudah memegang satu jawatan besar dalam Parti Pakatan Rakyat (PKR) yang dipimpin Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

berita penuh

Razaleigh Sifatkan Dakwaan Zahrain Cerita Dongeng

KOTA BAHARU: Anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah menafikan beliau antara lapan pemimpin Barisan Nasional (BN) yang akan menyertai pakatan pembangkang untuk menubuhkan kerajaan pintu belakang pada 16 September 2008.

"Saya tak mahu komen pasal ini, 48 tahun saya bersama Umno. Apa yang didakwa itu sebagai satu cerita dongeng," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Anggota Parlimen Bebas bagi Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim telah menamakan lapan Anggota Parlimen BN di Dewan Rakyat semalam, dengan mendakwa mereka bersedia menyertai pakatan.

berita penuh

0 comments: