Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Friday, March 19, 2010

Kalaulah mereka tahu ..-Tribute to Demo Orang Asal-


Kalaulah Tunku Rahman masih hidup..
MUSTI dia terkejut bila dapat tahu ada beribu orang asli telah datang berdemo di Putrajaya!

Kalau Tun Razak masih hidup..
Yakinlah dia terkejut beruk bila dapat tahu ada beribu orang asli telah datang berdemo di Putrajaya!

Kalaulah Tun Hussein OnnMasih hidup..
Tentu dia melompat bila dapat tahu ada beribu orang asli telah datang berdemo di Putrajaya!

Kalaulah Mahathir tahu ada beribu orang asli telah datang berdemo di Putrajaya!
Dia mesti senyum dan berkata.. as a plan...

Kalaulah Pak Lah tak tido dan dapat tahu ada beribu orang asli telah datang berdemo di Putrajaya!
Dia mesti menyambung tidonya.. "Lagi bagusss!!!" katanya dalam hati..

Dan Kalaulah Najib....
Najib? Siapa Najib?

Dan semua nama-nama diatas ni.. bertanggungjawab sepenuhnya!

sunsnake 19032010

Demo: PAS ucap tahniah kepada Orang Asli
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 18 Mac: Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad mengucapkan tahniah kepada Orang Asli yang mengadakan tunjuk perasaan di Putrajaya semalam kerana menuntut hak mereka yang dicabul.

Katanya, penghormatan patut diberikan kepada mereka kerana keberanian dan boleh mengumpulkan seramai 2,000 orang adalah merupakan suatu perkara yang menakjubkan semua pihak.

Perhimpunan semalam dianjurkan bersama Persatuan Orang Asli Semenanjung Malaysia (POASM) dan juga Jaringan Kampung Orang Asli Perak untuk menghantar memorandum kepada Perdana Menteri.


berita penuh

0 comments: