Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Friday, May 21, 2010

Bantulah Adik Muhammad Danial Hakimi sebelum 9 Jun 2010




Kepada yang sudi menghulurkan bantuan.. boleh hubungi ibu bayi comel ini
Puan Mas Inzati -
017 372 9230

atau hubungi pengirim email dibawah...

Teman betul-betul tak tahan melihat anak ini.. sebaya dengan anak teman pulak!
Allahuakbar! Moga ALlah berikan kekuatan buat keluarga ini!
Pastinya mereka ini adalah keluarga yang hebat disisi Allah SWT kerana Dia tidak akan memberikan ujian kecuali kepada yang sesuai dengan ketabahannya..

Wallahua'lam..


sunsnake 21052010


Assalamualaikum wrt wbt.
Sabtu baru2 ni rumah kami dikunjungi seorang ibu muda (Mas Inzati namanya)
bersama2 anaknya (Muhammad Danial Hakimi) yg kurang upaya. Beliau datang dengan hajat ingin memohon derma untuk anak sulungnya itu menjalani pembedahan jantung yg dijadualkan pada tanggal 9 Jun 2010 yang menelan kos perbelanjaan berjumlah RM28,000. Beliau sudah merayu pada hospital yang merawat dan berjaya mendapat bantuan drpd hospital sebanyak RM10,000 dan telah berusaha meminta derma di banyak tempat dan setakat ini masih kekurangan beberapa ribu lagi untuk pembedahan tersebut.

Beliau datang ke rumah kami dengan mengendong anaknya yg sakit itu di bawah terik matahari tengah hari berjalan dari rumah ke rumah ingin memohon bantuan kewangan demi mempastikan pembedahan tersebut dpt dilaksanakan untuk anak yg dikasihi. Pilu hati kami melihatkan keadaan anak nye yg tidak sihat, berpeluh2 dan merengek2 kerana tidak selesa malah kelaparan dan kehausan dek panas yg menyengat tetapi terpaksa berpanas terik demi memohon bantuan. Ibunya berkata terpaksa berbuat demikian kerana pernah sekali beliau datang seorang diri ke taman perumahan kami untuk memohon derma tetapi dimarahi dan dihalau seorang hamba Allah kerana mengatakan beliau menipu yg kanak2 itu adalah anaknya dan cuba mendapatkan 'easy money' dgn penipuan itu walaupun telah ditunjuk surat beranak, gambar, kad OKU, dan kad appointment doktor milik anaknya.

Lalu beliau tekad membawa anaknya sekali walaupun doktor sudah berpesan agar anaknya tidak dibawa keluar rumah berdasarkan keadaan kesihatannya itu kerana merasakan mungkin dgn cara itu org ramai akan mempercayainya.
Bertambah sayu hati kami mendengar penjelasan itu, kasihan melihatkan anak kecil yang tidak bermaya itu dan hati sedikit kesal dan malu mendengarkan peristiwa tersebut. Malangnya usahanya kali ini hampir sia2 kerana tiada satu rumah pun yg membuka pintu ketika beliau datang membunyikan loceng pagar mereka kecuali rumah kami, barangkali kebetulan semua org tiada di rumah masing2 ketika itu.

Melihatkan anaknya yg keletihan dan lemah tidak bermaya itu, tidak tergamak bila mendengar beliau ingin pulang sendiri dgn kenderaan awam, tak dapat dibayangkan dengan keadaan kesihatan anaknya yg tidak seberapa itu terpaksa menunggu dan menahan kenderaan awam di bawah kepanasan sang mentari. Lalu kami tekad menghantarnya pulang kerana rumahnya terletak di Kg Bukit Lanchong bersebelahan Putra Heights dan tidakla jauh mana drpd rumah kami di Puchong. Gambar attached diambil ketika di dalam kereta dalam perjalanan menghantar mereka pulang ke rumah. Anak comel tersebut berumur 2 tahun tetapi tampak lebih kurus dan kecil berbanding kanak2 seusianya.

Sempat berbual panjang di dalam kereta, menurut Mas, tempurung kepala serta otak anaknya yg semakin membesar dan membenjol itu turut memerlukan pembedahan major namun tidak diberikan lagi kos perbelanjaan untuk itu oleh doktor di hospital yg merawatnya. Setakat ini, doktor menasihatkan agar diutamakan dahulu masalah jantung anak beliau yang semakin lemah. Suami beliau bekerja di kedai basikal di kampungnya dan bergaji hanya RM700 dan terpaksa menyara beliau anak beranak termasuk ayahnya yg berpenyakit usus yg kronik, ibu, adik serta 2 org anaknya. Manakan cukup RM700 untuk perbelanjaan sebulan di ibu kota yang kos hidup serba tinggi ini. Beliau cuba juga mendapatkan bantuan Baitulmal tetapi ditolak kerana, syarat bantuan Baitulmal ialah hanya seorang sahaja di dalam sebuah rumah yg layak untuk mendapatkan bantuan, dan di dalam kes Mas Inzati, bapanya yang juga berpenyakit kronik itu telah diberikan hak tersebut terlebih dahulu.

Agak jauh ke dalam dari simpang untuk ke kampung tersebut. Menurut Mas Inzati, beliau terpaksa berjalan kaki keluar ke bus stop kerana bas awam tidak masuk ke dalam kampungnya. Tidak dapat digambarkan kesusahan yang dilalui anak kecil itu. Adik Muhammad sering terpaksa ke hospital untuk menjalani pemeriksaan dan ujian rutinnya dan kebiasaan dibawa oleh ibubapanya menaiki hanya motosikal. Mas Inzati tidak mempunyai lesen motor.
Kadangkala keadaan yang mana suami sedang sibuk, memaksa beliau membawa sendiri motosikal demi menghantar anaknya ke hospital yang merawat dengan ibunya memegang anaknya di belakang. Pernah ditahan Polis dan JPJ dalam perjalanan beberapa kali, mujur mereka memahami kesusahannya dan melepaskan beliau tanpa syarat setelah mendengar penjelasan beliau. Rumahnya kecil dan daif sahaja tanpa perabot dan kemewahan, mungkin hanya sebesar bilik tidur standard sebuah rumah teres. Sukarnya hidup mereka, sebak dan malu kerana terasa diri kurang bersyukur dengan rezeki Allah swt telah kurniakan kepada diri dan keluarga.

Saya cuba mendapatkan no akaun banknya agar dapat saya sebarkan kisah sedihnya ini kepada org ramai untuk memohon bantuan kewangan malangnya beliau tidak mempunyai sebarang akaun bank. Tidak ada wang untuk disimpan maka merasakan tidak perlu mempunyai akaun bank, menurut Mas Inzati. Saya fikirkan, begitu perih dan susah payah cara beliau ingin mencari wang pembedahan anaknya sehingga terpaksa mengheret anaknya ke sana ke mari walhal anaknye sepatutnya dibiarkan rehat di rumah, mungkin saya dpt membantu dgn mengutip derma dan menyerahkan kepada beliau 'by hand'.

Kepada orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan dan dapat mempercayai saya dengan wang derma anda, boleh la maybank2u kepada akaun saya seperti maklumat tertera di bawah dan saya akan mengunjungi beliau di rumahnya untuk menghulurkan bantuan tersebut 'by hand' memandangkan tidak ada cara lain untuk berbuat demikian. Memandangkan ini adalah akaun peribadi saya, please email me the transaction slip stating the amount transferred and describe the payment as "Derma Mohd Danial Hakimi" as soon as you've transferred wang derma tersebut agar saya tahu wang tersebut adalah untuk Puan Mas Inzati dan saya tidak akan termakan wang haram dan disoal di akhirat kelak, nauzubillahiminzalik..

Nama: AISHAH BINTI ABDUL RAZAK
Maybank A/C No: 164490157567
Email: aishah.ar@gmail.com

Saya telah mendapatkan no telefon suami Mas Inzati oleh itu kepada yg ingin menghulurkan bantuan sendiri by hand, boleh la menghubungi Puan Mas Inzati di no. ini: 017 372 9230 dan terus ke Kg Bukit Lanchong untuk berjumpa sendiri dengan Puan Mas Inzati.

Sekian, terima kasih. Wassalam.

Maklumat Sampingan: Kg Bukit Lanchong yg terletak bersebelahan Putra Heights adalah merupakan penempatan khas yg disediakan kerajaan untuk golongan OKU dan yg kurang berkemampuan. Oleh itu, kepada orang ramai yg berhajat untuk bersedekah amal jariah atau menunaikan zakat pada bila2 masa bolehlah mengunjungi kampung tersebut kerana ramai golongan yang memerlukan boleh dibantu di situ.


Kind Regards,
Aishah Abdul Razak
Project Engineer
Ultimate Engineering Solutions (M) S/B
012-3125820

Apabila Lanun membuat sedekah jariah...


Prolintas tawar tol percuma 2 bulan

SHAH ALAM 18 Mei - Pembukaan Lebuh Raya Kemuning-Shah Alam (LKSA) bukan sahaja menggembirakan penduduk di sini malah syarikat pengendalinya, Projek Lintasan Kota Holdings Sdn. Bhd., (Prolintas) bermurah hati tidak mengenakan tol untuk tempoh dua bulan bermula hari ini. Tempoh tol percuma itu merupakan paling panjang pernah ditawarkan oleh syarikat konsesi lebuh raya kerana lazimnya pengguna hanya diberi tempoh sebulan untuk melalui lebuh raya yang baru secara percuma, sebelum tol dikenakan mengikut jenis kenderaan dan jarak perjalanan.

Kemudahan untuk pengguna itu diumumkan oleh Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor selepas merasmikan LKSA di Plaza Tol Alam Impian di sini hari ini. Shaziman berkata, pembinaan lebuh raya sepanjang 14.7 kilometer itu ternyata memberi kemudahan dan keselesaan kepada pengguna yang berulang alik dari Pelabuhan Klang, bandar Klang, Shah Alam, Kemuning dan Subang Jaya dalam urusan seharian.

Malah tempoh perjalanan juga, tambahnya, dari Lebuhraya Persekutuan ke Lebuhraya Shah Alam sebelum ini antara 30 minit hingga 45 minit dapat dipendekkan kepada 10 minit sahaja melalui LKSA. ''Faktor ini sudah tentu memberikan kelegaan kepada pengguna kerana bukan sahaja masa perjalanan dapat disingkat malah penggunaan petrol atau diesel serta kos penyenggaraan kenderaan juga dikurangkan. ''Saya difahamkan bayaran tol yang akan diumum selepas ini lebih murah berbanding kadar yang dikenakan oleh Projek Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS)," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian tersebut. Hadir sama ialah Pengerusi Kumpulan Prolintas, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman dan Pengerusi Lembaga Lebuh Raya Malaysia, Datuk Syed Jamal Syed Jaafar. Hamad Kama pula dalam ucapannya berkata, majlis perasmian hari ini menjadi kebanggaan kepada Prolintas kerana ia bukan sahaja telah siap dibina tetapi LKSA dibuka kepada pengguna dua setengah bulan lebih awal daripada jangkaan asal. Katanya, projek bernilai RM750 juta itu mula dibina pada Ogos 2007 dan kini ia menghubungkan Lebuh Raya Persekutuan dan Kesas serta mempunyai enam persimpangan bertingkat dengan dua plaza tol iaitu Plaza Tol Sri Muda dan Plaza Tol Alam Impian. ''Bagi keselesaan dan kemudahan orang ramai, enam akses laluan meliputi Persimpangan Kota Kemuning, Persimpangan Jalan Bukit Kemuning, Persimpangan Alam Impian, Persimpangan Bulatan Jubli Perak, Persimpangan Bulatan Selangor dan Persimpangan Lebuh Raya Persekutuan disediakan di sepanjang LKSA. ''Selain itu lebuh raya ini dilengkapi dengan teknologi terkini merangkumi sistem telefon kecemasan, sistem pengesan kenderaan, paparan mesej dan rakaman kamera litar tertutup (CCTV)," katanya. Hamad Kama berkata, LKSA juga menyediakan perkhidmatan rondaan trafik selama 24 jam dan semua lorong tol dilengkapi sistem kutipan elektronik untuk kad Touch & Go. Tambahnya, pada peringkat permulaan sebanyak 25,000 kenderaan dijangka menggunakan LKSA setiap hari dan jumlah itu akan terus bertambah selari dengan kemajuan pesat di kawasan Shah Alam dan Klang.

Sumber: Utusan Malaysia 19/05/10

Perompak Hanya Beri Tol Percuma Selama 2 Bulan Sahaja?

Nampaknya kerajaan sekular Kapitalisme bermurah hati kepada rakyatnya hanya selama 2 bulan sahaja. Selepas dari itu sekumpulan perompak berlesen ini akan diberikan lampu hijau oleh pihak kerajaan untuk merompak wang rakyat tanpa mengira waktu, masa dan lebih teruk lagi tanpa mengira apakah rakyat itu miskin ataupun kaya. Begitu kejam dan ganas perompak di zaman pengswastaan ini. Apa lagi deskripsi yang lebih tepat kecuali menggelarkan kerajaan hari ini sebagai kerajaan yang merompak rakyatnya sendiri? Dalam dunia Kapitalisme keuntungan dan manfaat adalah piawai bagi setiap tindakan. Pihak kerajaan akan melakukan dan melaksanakan setiap tindakan itu jika ianya menguntungkan mereka!!

Wahai umat Islam! Inilah dasar Kapitalisme. Asas yang melahirkan tindakan ini adalah sekularisme - pemisahan agama dari kehidupan. Justeru itu sewajarnya umat Islam sedar bahawa mereka wajib mengubah keadaan ini dengan memperjuangkan Islam agar dapat diterapkan secara syumul atas kehidupan individu, masyarakat dan negara. Selagi sistem sekular Kapitalisme ini masih diterapkan maka selama itulah rakyat akan terus ditindas. Hanya segelintir golongan sahaja yang akan merasa manis ‘gula’ Kapitalisme ini. Majoriti rakyat akan hanya merasa kepahitannya. Penderitaan, kesempitan dan bebanan kehidupan adalah lumrah dalam sistem kehidupan Kapitalisme. Inilah fakta dan realiti kesan dari penerapan sistem Kapitalisme. Oleh itu, sewajarnya seorang muslim itu bangkit untuk mengubah sistem kehidupan kufur ini dengan bergerak mengembalikan kehidupan Islam. Sudah saatnya Islam itu memimpin kehidupan manusia.

sumber - jebbat.blogspot

Syukur.. Najib dah pandai petik ayat Quran!!


Persoalannya? Dia tak jumpa ke ayat larang judi?? aduhhh!!
Inilah akibatnya ambik Quran mana yang ada untung sahaja!!
Inilah Islam ala-UMNO!
sunsnake 21052010



Gagasan 1Malaysia selari dengan prinsip Islam

PUTRAJAYA 18 Mei - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, gagasan 1Malaysia yang diperkenalkan di bawah pentadbirannya selari dengan prinsip-prinsip Islam. Perdana Menteri berkata, ini termasuk prinsip toleransi dan keadilan sosial serta penerimaan kepada kewujudan pelbagai kaum di negara ini. Beliau yang mengikuti Syarahan Perdana Putrajaya bertajuk Abad Islam: Mitos atau Realiti yang disampaikan oleh Prof. Dr. Ali Al'Amin Mazrui berkata, pembentangan oleh intelektual Islam tentang prinsip-prinsip Islam ternyata selari dengan gagasan 1Malaysia. ''Saya amat tertarik dengan syarahan Dr. Ali Al'Amin Mazrui. ''Beliau juga memetik sepotong ayat al-Quran (maksudnya) Allah menjadikan manusia dalam kelompok, kabilah dan negara supaya kita mengenali antara satu sama lain, bezanya cuma dari segi ketakwaan kepada Allah," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mengikuti syarahan berkenaan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini. Syarahan yang julung kali diadakan itu merupakan cetusan idea Perdana Menteri sendiri. Dr. Ali Al'Amin,77, berasal dari Kenya merupakan Pengarah Institut Kajian Kebudayaan Global dan Profesor Albert Schweitzer dalam Kemanusiaan, Universiti Binghamton, Amerika Syarikat (AS). Hadir sama Pengerusi Media Prima, Datuk Johan Jaaffar. Perdana Menteri berkata, petikan ayat al-Quran dari Surah al-Hujurat ayat 13 itu menuntut supaya manusia mengamalkan kepimpinan dan cara hidup yang menghargai setiap yang dijadikan Allah iaitu kewujudan kepelbagaian budaya dan kaum. Dalam hal ini beliau berkata, sebenarnya Islam dan tamadunnya telah memberi banyak sumbangan kepada dunia malah mendahului negara-negara Barat dalam beberapa aspek. Katanya, perkembangan yang dilakukan oleh negara Barat antaranya keadilan sosial telah diamalkan lebih dahulu oleh Islam. ''Begitu juga dalam soal pemisahan sosial di AS termasuk melibatkan gereja-gereja mereka (sedangkan) dalam Islam sejak zaman Rasulullah tidak ada perbezaan dari segi kaum dan kabilah. ''Dari segi kedudukan wanita dan beberapa aspek lain telah mendahului negara-negara Barat," katanya.

Sumber: Utusan Malaysia 19/05/10

Najib Ditipu Dengan Bayang-bayang Sendiri?

Hanya dengan satu ayat al-Quran nampaknya Najib cuba untuk “mempergula-gulakan” umat Islam apabila dengan begitu mudah mengatakan bahawa gagasan 1Malaysia yang diperkenalkan di bawah pentadbirannya adalah selari dengan prinsip-prinsip Islam!! Apakah Najib telah ditipu dengan bayang-bayang sendiri atau sengaja menipu rakyat dengan kejahilan? Tidakkah Najib menyedari bahawa umat Islam hari ini adalah umat Islam yang sudah mula celik dengan Islam. Pemahaman Islam yang dimiliki oleh umat Islam hari ini sudah banyak meningkat dan umat telah mula mengenali yang manakah kaca dan yang manakah permata. Kerana itulah kita melihat tindakan Najib ”mempergunakan” Dr. Ali Al'Amin Marzui, selaku Pengarah Institut Kajian Kebudayaan Global, untuk membenarkan slogan sihir 1Malaysianya, merupakan suatu tindakan terdesak untuk meyakinkan umat Islam hari ini bahawa apa yang dilakukan oleh beliau itu adalah sesuatu yang benar di sisi Islam.

Hakikatnya konsep 1Malaysia adalah sama sekali tidak selari dengan tuntutan ayat dalam Surah al-Hujurat ayat 13 tersebut. Ianya Jika kita perhatikan firman Allah SWT berkenaan ayat tersebut: Wahai manusia, sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari laki-laki dan perempuan serta menjadikan kalian berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kamu saling mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu adalah orang yang paling bertakwa di sisi Allah [TMQ al-Hujurat [49]:13]. Ayat ini menjelaskan keberagaman (pluraliti) suku dan bangsa dan bukannya pembenaran terhadap semua budaya dan agama (pluralisme). Benar, syara’ menghendaki kaum Muslimin berlaku adil dan memberikan hak sewajarnya bagi rakyat bukan Islam. Namun begitu, semua ini harus berada dalam batas lingkungan syara’, bukannya tunduk kepada ’aspirasi’ 1Malaysia yang jelas tersasar jauh dari syara’ dalam pemahaman aspek ’toleransi dan keadilan sosial’nya.

Ada baiknya kita melihat kembali penjelasan para mufassir yang memiliki kredibiliti ilmu dan ketakwaan dalam masalah ini. Dalam kitab Shafwât at-Tafâsir, Ali ash-Shabuni menyatakan, “Pada dasarnya, umat manusia diciptakan Allah SWT dengan asal-usul yang sama, iaitu keturunan Nabi Adam AS. Keutamaannya adalah, agar manusia tidak membangga-banggakan nenek moyang mereka. Kemudian Allah SWT menjadikan mereka bersuku-suku dan berbangsa-bangsa, agar mereka saling mengenal dan bersatu, bukan untuk bermusuhan dan berselisih”. Mujahid berkata, “Agar manusia mengetahui nasabnya; sehingga dapat dikatakan bahwa si fulan bin fulan dari kabilah anu”. Syaikh Zadah pula berkata, “Hikmah dijadikannya kalian bersuku-suku dan berbangsa-bangsa agar satu dengan yang lain mengetahui nasabnya. Dengan begitu, mereka tidak menasabkan pada yang lain….Namun, dengan semua itu tidak ada yang lebih agung dan mulia, kecuali kerana keimanan dan ketakwaannya”. Jelas dari penjelasan di atas, ayat ini terkait dengan keberagaman suku dan keturunan, bukannya penerimaan dan pembenaran bagi semua budaya, cara hidup dan agama sebagai manifestasi ’toleransi dan keadilan sosial’. Lantas bagaimana Najib boleh menggunakan ayat di atas sebagai hujah untuk membenarkan idea 1Malaysianya??

sumber - jebbat.blogspot

Makna Bacaan Dalam Solat


Takbiratul-Ihram & Takbir
Allah Maha Besar.

Doa Iftitah

Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya.
Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang.
Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi,
dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik.
Sesungguhnya solatku,
ibadatku,
hidupku,
matiku
adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam.
Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak
menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.


Al-Fatihah

Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani.
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
Yang maha pemurah lagi maha mengasihani.
Yang menguasai hari pembalasan.
Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan.
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.


Bacaan ketika rukuk

Maha Suci TuhanKu Yang Maha Mulia dan dengan segala puji-pujiannya.


Bacaan ketika bangun dari rukuk

Allah mendengar pujian orang yang memujinya.


Bacaan ketika iktidal

Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.


Bacaan ketika sujud

Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.


Bacaan ketika duduk di antara dua sujud

Ya Allah, ampunilah daku,
Rahmatilah daku,
kayakan daku,
angkatlah darjatku,
rezekikan daku,
berilah aku hidayah,
sihatkanlah daku dan
maafkanlah akan daku.


Bacaan ketika Tahiyat Awal

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta
keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.


Bacaan ketika Tahiyat Akhir

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya.
Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim.
Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini.
Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.


Doa Qunut

Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki.
Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan.
Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin.
Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku.
Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan.
Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau.
Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu.
Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi.
Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau.
Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan.
Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau.
Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.

Prof. Aziz - Malaysia Maju ke Belakang!


Dua minggu lalu kita menyaksikan pilihan raya umum Britain yang berakhir dengan kemenangan tipis Parti Konservatif. Kegagalan mendapat majoriti jelas itu memaksa parti berkenaan menubuhkan kerajaan campuran dengan Parti Liberal Demokrat. Dan ini berlaku setelah Parti Buruh yang dipimpin oleh Perdana Menteri, Gordon Brown mengaku kalah dan memberi laluan kepada kedua-dua parti berkenaan membentuk kerajaan.

Apa yang berlaku pada hari Selasa itu tidak berbeza dengan apa yang berlaku pada 1997 apabila John Major yang memimpin Parti Konservatif ketika itu terus mengosongkan kediaman dan pejabat Perdana Menteri di No.10 Downing Street setelah Parti Buruh, yang ketika itu dipimpin oleh Tony Blair, menang besar dalam pilihan raya umum.

Apa yang penting di sini ialah betapa ahli-ahli politik Britain begitu patuh dan komited dengan etika perlembagaan mereka. Tiada yang cuba mengelat. Atau menyeret istana dan mahkamah – yang kelihatannya dua kali lima – sebagaimana ahli-ahli politik di negara-negara yang satu ketika dahulu mereka perintah.

Saya sengaja menyinggung apa yang berlaku di United Kingdom itu kerana ia adalah negara asal dan masih merupakan model sistem Westminster yang kita amalkan. Mengapa perubahan kuasa yang licin dan beradab itu tidak berlaku di negara kita? Kita akan berasa lebih takjub lagi jika kita ambil kira bahawa Britain tidak mempunyai perlembagaan bertulis sebagaimana kita di sini. Sebenarnya 14 perlembagaan – yakni Perlembagaan Persekutuan dan 13 perlembagaan negeri yang lain – yang kita ada ini adalah pengkanunan prinsip-prinsip yang dipanggil sebagai amalan atau konvensyen di United Kingdom.

Sebagaimana yang dikatakan tadi sesuatu yang hanya bersifat amalan dan konvensyen begitu dipegang dan dipatuhi di Britain sedangkan di Malaysia sesuatu yang kita akui sebagai undang-undang dilanggar dan diputarbelitkan. Perlembagaan kita itu adalah undang-undang yang tertinggi dan bukan undang-undang biasa. Perlembagaan adalah penanda aras bagi pentadbiran negara.

Kita juga terkebelakang jika kita lihat pilihan raya memilih presiden dan senator di Filipina minggu lalu. Senator Benigno Noynoy Aquino – yang merupakan anak lelaki Senator Benigno dan Cory Aquino – menang besar. Tokoh itu mewarisi perjuangan ibu bapanya yang dianggap ikon demokrasi di Filipina, khususnya dalam menjatuhkan pemerintahan diktator Ferdinand Marcos pada 1983.

Memang benar pilihan raya yang baru berakhir di Britain dan Filipina tidak sunyi dari kelemahan. Ini termasuk dakwaan tidak dapat mengundi dan penipuan, khususnya di Filipina. Tetapi ini semua tidak berlaku dalam skala yang ada di Malaysia. Dan saya rasa kelemahan mereka itu adalah perkara biasa kerana tidak ada sistem yang sempurna. Apa yang penting ialah pihak berkuasa yang berkenaan – tidak seperti SPR di negara kita – jujur dan tidak mengalami masalah kredibiliti yang teruk.

Meskipun sistem di Britian sudah bagus tetapi mereka masih terus memperbaikinya. Sebab itu mereka adakan debat terbuka sebagaimana dalam pilihan raya presiden di Amerika Syarikat walaupun pada hakikatnya pilihan raya di Britain – sebagaimana di negara-negara demokrasi berparlimen lainnya juga – memilih ahli parlimen dan tidak memilih kerajaan. Jelas mereka ada komitmen dan kesungguhan untuk mewujudkan proses pemilihan yang adil dan bermaklumat.

Saya rasa selagi Barisan Nasional berkuasa proses itu tidak akan berlaku di sini. Kita lihat bagaimana Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak enggan menyahut cabaran Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk berdebat dalam pilihan raya kecil Hulu Selangor bulan lalu. Kita juga masih ingat bagaimana Najib mencari jalan untuk mengelak dari berbahas dengan Anwar di Dewan Rakyat.

Selagi sikap seperti itu kita biarkan selagi itulah Malaysia akan terus ketinggalan di dalam dunia yang semakin global dan terbuka. Di negara-negara seperti Britain sikap seperti itu bukan sahaja akan membawa kepada kekalahan tetapi akan menyebabkan pemain itu tidak dibenarkan bermain!

Dalam soal ini hanya rakyat sahaja yang boleh membuat perubahan. Ini kerana institusi-institusi berkenaan jelas enggan untuk memainkan peranan: mereka lebih selesa untuk menjadi perkakas kepada pentadbiran yang ada. Inilah sebenarnya yang menyebabkan perlembagaan yang ada ini tidak bermakna.

Bandingkan dengan apa yang Baginda Ratu Elizabeth II buat ketika rundingan pembentukan kerajaan empat atau lima hari selepas keputusan pilihan raya diketahui Jumaat lalu. Dan itu bukan kali yang pertama kerana baginda juga tidak masuk campur tatkala senario yang sama berlaku pada 1974. Apa yang menarik ialah baginda tidak pernah belajar undang-undang. Dan setahu saya baginda juga tidak pernah masuk universiti, apalagi menjadi peguam atau hakim. Tapi cara baginda memainkan peranan dan kuasa di sisi perlembagaan begitu sempurna.

Ketiadaan institusi seperti itulah yang dikatakan menjadi punca mengapa sistem Westminster gagal di Afrika dan akhirnya digantikan oleh sistem berpresiden. Pada satu ketika saya tidak fikir itu akan berlaku di Malaysia. Ini kerana di Afrika ketua negara adalah orang suruhan perdana menteri. Saya masih yakin apabila Sabah dilanda krisis politik selepas pilihan raya negeri 1985. Struktur Sabah sama dengan apa yang ada di Afrika. Bagaimanapun pemecatan Datuk Seri Mohamed Nizar Jamaluddin pada Februari 2009 menyebabkan saya berfikir dan menyemak kembali teori yang saya yakini bertahun-tahun itu.

* Profesor Dr Abdul Aziz Bari telah mengajar undang-undang lebih 20 tahun