Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Sunday, April 11, 2010

PRK Hulu Selangor (43) Jadual Ceramah DS Anwar Ibrahim


12 April - Isnin
9.00mlm - Dewan Serbaguna Sg. Selisek (Kubu Kuat UMNO)

13 April - Selasa
Maghrib - Masjid Jamek Kuala Kubu Bharu
9.00mlm - Dewan Komuniti Serendah (Pengumuman Calon)

14 April - Rabu
Maghrib - Masjid Hulu Bernam
10.00mlm - Taman Sg Buaya
11.00mlm - Dewan Dato' Abdul Hamid, Batang Kali

15 April - Khamis
Maghrib - Masjid Soeharto, (Kubu Kuat UMNO)
10.00mlm - Dewan Komuniti Bukit Sentosa
11.00mlm - Dewan Cina Kuala Kubu Bharu

16 April - Jumaat
Jumaat - Masjid Hulu Yam Bharu
Maghrib - Masjid Pasir Putih, Kalumpang
10.00mlm - Kg Sg. Dusun,Soeharto (Kubu Kuat UMNO)

17 April - Sabtu
8.00pagi - Penamaan Calon
Maghrib - Masjid As-Salam, Bukit Sentosa
10.00mlm - Kg Air Jernih Kuala Kubu Bharu
11.00mlm - Taman Desa Kelisa, Ulu Yam Bharu

19 April - Isnin
Maghrib - Masjid Serendah
10.00mlm - Ampang Pecah
11.00mlm - Dewan Orang Ramai Kalumpang

20 April - Selasa
Maghrib - Surau Kg Kelapa, Kuala Kubu Bahru
10.00mlm - Bukit Sentosa
11.00mlm - Kg. Soeharto

21 April - Rabu
Maghrib - Masjid Kg Sentosa Batang Kali
10.00 mlm - Taman Bukit Teratai(100% India)
11.00 mlm - Padang Majlis Daerah, Batang Kali

22 April - Khamis
Maghrib - Masjid Hulu Yam Lama
10.00mlm - Taman Bunga Raya, Bukit Beruntung
11.00mlm - Felda Gedangsa, Hulu Bernam

23 April - Jumaat
Jumaat - Masjid LigaMas, Batang Kali
Maghrib - Masjid Kg. Rasa
10.00mlm - Changkat Asa (Pentas AMK)
11.00mlm - Kg. Sungai Buaya (Kubu Kuat UMNO)

24 April - Sabtu
10.00mlm - Taman Bukit Teratai(Grand Finale)
11.00mlm - Stadium Kuala Kubu Bharu (Grand Finale)

Maklumat setakat 11 April 2010 - 5.00 petang

sunsnake 11042010

PRK Hulu Selangor (42) Khemah BN diserang!! gempar!



Pehh!! baru je teman kabo pasal khemah BN kat tepi umah teman nih!
last2 sahabat blogger PAS lain yang dapat detect!

khemah UMNO-BN masuk dek ayor!! aduhh!!
Masyukkk la sapa yang dapat supply pasir nak tambak dan tinggikan tanah lepas nih!!

Hahahaha.. berkat doa kariah masjid sebelah tu kot?
kan selalu kita doa minta jauhkan daripada kejahatan?
Makbul la tuhh!!
Hujan pun 2-3 menjak sejak ada khemah tu memang kasor-kasor lebatnya!
Teman pun naik heran?? hehehe

So, apa lagi puak-puak UMNO kat khemah tu.. syohhh!! syoh!!
orang tempatan tak suka kome laaa!!

sunsnake 11042010

Kawasan markas BN sudah dilimpahi air

HULU SELANGOR, 11 April: Apa sudah jadi dengan kawasan markas dan bilik gerakan Barisan Nasional (BN) di Bukit Sentosa, Rawang yang mula dilimpahi air.

Belum pun dibuka secara rasmi dan hanya menunggu masa untuk menjadi markas bagi ‘memperbodohkan’ para pengundi di kawasan Parlimen Hulu Selangor, hujan yang tidaklah selebat mana pun malam semalam telah menjadikan kawasan binaan yang menelan belanja ratusan ribu ringgit itu ditenggelami air.


Markas di atas tanah tinggi di depan masjid baru Bukit Sentosa itu tentunya akan menjadi markas untuk para pemimpin BN berkumpul, bermesyuarat dan berbincang bagaimana untuk terus menipu rakyat dengan slogan-slogan hipokrit dan adu domba.


Dalam sehari dua ini juga akan dapat menyaksikan kawasan Bukit Sentosa dipenuhi pemimpin yang datang dengan kereta besar, gah dan mewah menjelang hari penamaan calon bagi pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor pada 17 April sehingga pembuangan undi pada 25 April ini.Hrkh


sumber teman - Tinta Hijau

PRK Hulu Selangor (41) Lagi kisah Noh Omar si Ampunnn!



Ye la tu Noh Omar oii!
Dosa-dosa yang ko minta ampun kat MCA dan MIC tu dah diampunkan lom?
Gi la tanya Soi Lek dan Samy Vellu..
Hahahaha! Pejuang Melayu konon!!
Ampunnn ya Soi Lek! Ampuuunnn ya Samy!!!
bangang punya Menteri UMNO!

opsss!! ni pasal FAMA punya aktiviti ni..
Kalau tak kerana PRK, apsal ramai sangat Puteri UMNO yang datang joint ye?
Teman terserempak masa nak cari pisang di karnival tuh!
Mahal nak mampos! last2 teman gi beli gerai tepi jalan jee..
jauh lebih murahhh!

hmmm... lagi penipuan UMNO di Hulu Selangor!
sunsnake 11042010

Pameran Mini Maha Bukan Gimik Politik - Noh

HULU SELANGOR: Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar menafikan dakwaan pihak pembangkang bahawa Mini Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Partanian (Mini Maha) yang diadakan di sini mempunyai kaitan dengan pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor pada 25 April ini.


Beliau berkata program tersebut telah dirancang lebih awal dan diadakan bagi mendekatkan rakyat dengan pegawai di kementeriannya di samping memberi pendedahan kepada pengusaha baru untuk memulakan kegiatan pertanian.

"Program Mini Maha ini telah dirancang lebih awal untuk diadakan dan Hulu Selangor dipilih sebagai tuan rumah kali ini," katanya pada sidang media selepas perasmian Mini Maha, di sini semalam.

Beliau berkata satu pameran Maha peringkat antarabangsa juga akan diadakan pada November ini dan antara negara yang dijangka menyertainya ialah Australia dan New Zealand serta negara Eropah.


"Kami mensasarkan 2 juta pengunjung pada pameran itu nanti," katanya.


Pada majlis malam ini, Noh turut mengagihkan RM6.4 juta yang diperuntukkan kerajaan bagi membantu sektor pertanian, penternakan dan penanaman di daerah Hulu Selangor. - BERNAMA




PRK Hulu Selangor (40) Sekali UMNO buat Kem tepi rumah teman daaa!


Aduhh!!!
Kita sibuk-sibuk nak skodeng tempat dia..
last2 dia boleh bukak Bilik Gerakan tepi rumah aku!!

Hahahaha!!..
Ini adalah Bilik Gerakan (Khemah Gerakan kot?) UMNO-BN untuk area Bukit Beruntung/Bukit Sentosa!
Sejak hari Khamis lagi dah ada belon besar 1Malaysia..
Petang semalam dah ada stu lagi belon besar logo dacing senget tu pulak!

Rata-rata masa solat Jumaat lepas semua jemaah yang terlihat belon tersebut hanya tersenyum sinis..
Nasib ko la UMNO-BN...
rakyat dah makin meluat dengan karektor kaya korang tuh!
Tapi jang buat sampai tahap menghina pekebun macam Si Maslan buat kat Manek Urai tuh! Siap buat-buat menoreh getah lakk!! tak ikhlas langsung!
sunsnake 11042010

PRK Hulu Selangor (39) Tanda-tanda BN makin cuak!

Sekadar gambar hiasan je tau!


Tak cukup lagi ke TV,Radio, surat khabar?

Ini antara bukti betapa dalam culaan BN, mereka jauh ketinggalan di belakang!
Rakyat Hulu Selangor masih lagi memilih PR sebagai Ahli Parlimen dan kerana itulah aktiviti-aktiviti seperti "Program Anak Angkat" ini terpaksa dilakukan!

Bayangkan..
Dengan Suratkhabar harian dicontrol sepenuhnya oleh UMNO-BN..
Dengan media elektronik yang dah macam mak bapak UMNO-BN punya terutama RTM
Dengan Radio yang Menteri Besar Kerajaan Pakatan Rakyat sendiri tak boleh 'berdehem' pun didalamnya!

Terpaksa juga hantar 'pencacai' ke rumah-rumah.. siap nak jadi anak angkat pulak tuh!
Berapa la masyukkk!! mak pak angkat ni nanti!
kena lak anak angkat nye amoiiiiiii cun! hahahaha

jangan terangkat dek bapak angkat suddaaahhhh!!!
sunsnake 11042010

MCA anjur program anak angkat di Hulu Selangor

11/04/2010 2:33pm

MELAKA 11 April — MCA akan menganjurkan program anak angkat di kampung baru masyarakat Cina di kawasan Parlimen Hulu Selangor bagi mendekatkan lagi hubungan dengan pengundi yang akan mengundi pada pilihan raya kecil kawasan itu pada 25 April ini. Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata melalui program itu, anggota MCA terlibat akan turut menyampaikan maklumat tepat mengenai dasar kerajaan dan maklumat lain yang berkaitan kepada pengundi.

"Kita sudah membuat persiapan rapi, kita mengadakan kempen setiap hari sekarang untuk dekatkan lagi dengan pengundi,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu, Liow yang juga Menteri Kesihatan menghadiri majlis perasmian Hari Kesihatan Sedunia Peringkat Kebangsaan yang dirasmikan oleh Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Khalil Yaakob di Dataran Pahlawan Melaka Megamall, di Bandar Hilir di sini.

Turut hadir Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

Pilihan raya kecil kerusi parlimen itu diadakan berikutan kematian penyandangnya daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad akibat barah otak pada 25 Mac lepas.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan penamaan calon pada 17 April ini.

Liow berkata MCA akan bekerjasama dengan parti komponen lain dalam Barisan Nasional berkempen bagi memastikan calon BN menang pada pilihan raya kecil itu. - Bernama

PRK Hulu Selangor (38) Lagi janji Pilihanraya UMNO!


Pehhh!!
Tadi teman ke restoran di Bukit Sentosa..
Setelah sepanjang pagi berguling menahan pedih gastrik!
Tiba-tiba rasa lega dan kelaparan yang menusuk kalbu!

Punya la ramai kakitangan kerajaan makan kat restoran tuh!
Selalunya staf2 Perodua dan vendor je yang makan disitu..
Semua dressing ala-ala UMNO wehh!!

Oleh kerana teman takde kamera, handset pun cuma ada flash takde kamera..
Tak dapat la nak ngambik gambo2 deme..

Tapi ye la bak kata Menteri kat bawah ni..
Sekarang la baru nampak ramai 'penanam anggur' kat Hulu Selangor ni..

Pada yang jenuh mengisi borang minta kerja pagi tadi..
Lepas je 25 April ni... jadi tukun la borang korang tuh!
Kompommmmm!
sunsnake 11042010


Kerajaan sedia tangani aduan kurang peluang pekerjaan di Hulu Selangor

11/04/2010 3:10pm

HULU SELANGOR 11 April — Kerajaan sedia menangani aduan penduduk di Hulu Selangor yang mendakwa berlaku kekurangan pekerjaan di kawasan itu sehingga memaksa penduduk tempatan berhijrah.

Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Maznah Mazlan berkata masih wujud peluang pekerjaan di kawasan itu dengan adanya sektor perusahaan kecil dan sederhana (SME) serta lima kawasan perindustrian dan 17 ladang di sekitar daerah Hulu Selangor.

"Rasanya ia tak jadi isu, di sini ada kawasan SME, ladang dan kawasan industri, majikan juga mengambil pekerja mengikut kesesuaian, serta menjaga kebajikan pekerja,” katanya kepada pemberita selepas melawat Program Penempatan Pekerjaan (3P) anjuran Jabatan Tenaga Kerja (JTK) di Batang Kali di sini hari ini.

Maznah berkata di Selangor sahaja terdapat 37,321 peluang pekerjaan dari sektor swasta dan awam.

Beliau berkata sehingga kini terdapat 300,000 pendaftar dalam portal www.jobsmalaysia.com yang sedang mencari pekerjaan dan lebih 79,000 majikan di seluruh negara dari sektor awam dan swasta yang menggunakan portal tersebut untuk mendaftarkan pekerjaan kosong dalam semua kategori. - Bernama

PRK Hulu Selangor (37) Bloggers Pakatan Rakyat telah mula berkampung!

Alhamdulillah..
Geng2 Bloggerz telah mula berkampung...
ada la 2-3 orang dah sampai.. tapi still kena tido kat masjid lagi!!
Hahahaha!! Jihad syeikhhh!!

Pada yang On The Way dan bakal On The Way tuh.. Hati-hati..
InsyaAllah.. ada la tu penginapan untuk kalian..

idak pun tido dalam kete gak laaa.. macam tak biaseee!!! hahahaha

sunsnake 11042010

PRK Hulu Selangor (36) Mesyuarat Agung PAS Kawasan pagi ini!


Pagi ini akan berlangsung Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Hulu Selangor bertempat di Dewan Sultan Abdul Hamid, Batang Kali.

Pastinya kehadiran ahli-ahli PAS akan menggalakan seiring dengan suasana PRK yang akan berlangsung.

Kepada semua para muktamar Ahlan Wasahlan!
sunsnake 11042010

Maaf, teman tak dapat joint, gastrik teruk Subuh tadi.. ni baru balik klinik! Cobaan!!

Macam confirm je, Teoh Beng Hock dibunuh?

'Tekanan politik': Dr Pornthip tidak hadir inkues Teoh
Apr 11, 10 8:50am
Pakar patologi terkemuka Thailand, Dr Pornthip Rojanasunand tidak akan hadir memberi keterangan dalam inkues Teoh Beng Hock apabila ia bersambung pada 20 April ini, menurutnya, kerana 'tekanan politik' dari kerajaan Malaysia.

Dr Pornthip memberitahu Malaysiakini bahawa beliau telah "dinasihatkan" oleh pegawai-pegawai tinggi Jabatan Kehakiman Thailand - tempat beliau bertugas sebagai ketua pengarah Institut Sains Forensik Pusat - supaya jangan ke Malaysia minggu depan untuk menghadiri inkues tersebut.

Beliau berkata, kementerian kehakiman telah menerima maklumat daripada kementerian luar Thailand bahawa beliau mungkin menghadapi masalah jika ke Malaysia, termasuk kemungkinan dihalang memasuki negara ini.

Menurutnya, kementerian luar Thailand telah menarima "isyarat" dari kerajaan Malaysia melalui "saluran tidak rasmi" bahawa kehadiran beliau dalam inkues tersebut, adalah tidak disenangi.

"Ia disampaikan kepada saya oleh pegawai-pegawai kanan tertentu kerajaan Thai bahawa terdapat tekanan politik dari kalangan tertentu kerajaan Malaysia untuk menghalang kehadiran saya di mahkamah, sehingga ia mungkin mengganggu misi penting forensik semasa saya di Selatan Thai," katanya.

malaysiakini

PRK Hulu Selangor (35) Jaga-jaga, ini tanda-tanda nak naik bil air!


Rakyat Malaysia antara paling banyak guna air di Asia Tenggara

MIRI 10 April - Malaysia merupakan antara negara yang paling banyak menggunakan air di Asia Tenggara dengan purata 205 liter air sehari untuk setiap individu.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui berkata, jumlah tersebut menyamai penggunaan 400 botol air berkapasiti 500 mililiter sehari untuk seorang penduduk.

Selain itu katanya, sebagai contoh, setiap penduduk di Miri menggunakan kira-kira 280 liter air setiap hari berbanding rakyat Singapura yang menggunakan kurang daripada 200 liter.

"Kita merupakan antara pengguna air yang paling tinggi di negara-negara Asia.

"Ini bermakna, rakyat Malaysia sebenarnya boleh menjimatkan air dengan menggunakannya secara berhemah," katanya.

Beliau berkata demikian semasa sidang media selepas menyampaikan geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP) bernilai RM140,000 kepada 18 organisasi dan persatuan di ibu pejabat Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) di sini hari ini.

Fah Kui yang juga Ahli Parlimen Miri berharap rakyat negara ini lebih menghargai penggunaan sumber air untuk kepentingan sejagat.

Ujar beliau, rakyat di negara ini bertuah berbanding Singapura yang terpaksa membayar tiga kali ganda untuk mendapat bekalan air bersih.

PRK Hulu Selangor (35) UMNO menipu sebab nak komisen Kanopi!


Teman yakin sangat..
UMNO melalui Risda tak pohon pun dewan tu..
Sebab sebelum-sebelum ni pun bukan UMNO tak pernah dibenarkan guna dewan-dewan orang ramai/komuniti di Selangor nih!

Contoh macam masa Ahmad Maslan buat sidang media sebelum Karnival UMNO Juara Rakyat di Bukit Sentosa, ok je depa guna Dewan Komuniti Bukit Sentosa?
Sebab apa boleh? sebab UMNO buat permohonan ikut flow dan berlaku kekosongan.

Hmm.. betul punya jahat la UMNO ni..
Menteri macam Shafie Apdal ni pun sama berbohong!
Dah kompom dia kena bohong dengan UMNO Selangor!
UMNO Negeri dah kompom kena tipu dengan UMNO Bahagiaan Hulu Selangor!
Sebab apa? Kalau guna dewan, tak mahsyuk la duit kanopi bro!!

itu je sebenarnya..
sunsnake 11042010

Menteri kecewa tak dapat guna dewan, tandas
Apr 10, 10
1:04pm
Datuk Seri Shafie Apdal kecewa kerana tidak dapat menggunakan sebuah dewan orang ramai di Kampung Selisek, di Ulu Bernam, Selangor. Menter pembangunan luar bandar itu berkata tindakan itu menunjukkan kerajaan Pakatan Rakyat bertindak tidak adil setelah membentuk kerajaan di Selangor.
"Bila kita buat (tindakan serupa ke atas Pakatan), tidak boleh. Tapi bila dia buat tidak apa. "Kalau tidak boleh guna (dewan) pun tidak jadi masalah, cuma kita hendak tunjukkan gambaran bahawa mereka tidak adil," katanya dalam sidang media selepas majlis menyampaikan dividen berjumlah RM580,500 kepada golongan peneroka di situ.

berita penuh

Rakyat Bagan Pinang.. Tahniah la sebab bagi Isa Samad menang!


Hari tu kami datang Bagan Pinang.. ajak buat perubahan.. ajak buat pembaharuan..
tak nak!!
Haaa!! warih tu jugak la yang dipilihnyo!
padahal dah torang-torang wakil UMNO tu rasuah!

La ni dah mengeluh! padankan muko je lahh!!

Isa Samad tu bukan peduli nasib rakyat..
Ni ha tongah buat masterplan nak jatuhkan Hassan pulak..
Mano tahan!! teringat2 laie kenikmatan maso dok kerusi MB tu haa!!!
sunsnake 11042010


Marah JKR, penduduk bakar geran tanah
Apr 10, 10
3:50pm

Kecewa dengan projek pembesaran jalan yang didakwa menimbulkan banyak masalah, penduduk sebuah kampung di Port Dickson hari ini membakar geran tanah asli mereka sebagai tanda bantahan.

Dengan bantuan sebuah NGO pemantau prestasi jabatan kerajaan, mereka juga mendirikan sebuah papan tanda besar ala papan projek Jabatan Kerja Raya (JKR) bertulis "Tapak cadangan tanah perkuburan baru" dan "Homestay mencari maut".
Menurut timbalan pengerusi Gerakan Memantau Perkhidmatan Agensi Kerajaan (GEMPAK) Rahimuddin Md Harun, penduduk dan NGO terbabit hari ini mengambil tindakan tersebut kerana kecewa dengan pemantauan JKR terhadap projek tersebut.

berita penuh

PRK Hulu Selangor (34) Bodoh sorang-sorang laa.. jangan ajak orang lain sama!


Jawatan dia Ketua Penerangan UMNO...
Pangkat dia Timbalan Menteri..

Tapi malangnya masih lemah dalam menipu..
kena belajar dengan Ghani Patail dan Zambry Kadir lebih skit!

Sekolah-sekolah di Hulu Selangor dibina oleh UMNO-BN? Bukan PR?
aduhh!!! dalam banyak-banyak hujah..
itu je hujah yang mampu dibuat oleh Ketua Penerangan UMNO Malaysia?

hehehehe.. kalau Ketua Cawangan lagi tungkik la hujah yang keluar dari mulut dia!!

tuan-tuan semua pikir la sendiri ye? betapa bodohnya pimpinan UMNO ni..
Sebab tu mati idup balik depa tak berani berdebat!
Ada sorang dua yang berani macam KJ dan mulut berbuih tu..
Itupun lebam kena belasah!

Bayangkan Si Maslan ni berdebat dengan Saifuddin Nasution ataupun Mahfuz Omar?
Mau berbuih mulut kena sawan!
sunsnake 11042010


Pembangunan yang dijalankan di negeri-negeri yang kini dikuasai pakatan PAS-DAP-PKR termasuk di Selangor hanya diwarisi daripada usaha kerajaan BN, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan.

Beliau berkata pakatan pembangkang di negeri-negeri yang dikuasainya belum melaksanakan sebarang pembangunan walaupun sudah dua tahun mentadbir di Kedah, Pulau Pinang, Kedah dan Selangor khususnya di Hulu Selangor. "Semua pembangunan lama BN yang bina, sebagai contoh, kita (BN) bina 50 sekolah rendah dan 16 sekolah menengah (di Hulu Selangor)," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program motivasi keibubapaan dan anugerah kecemerlangan Sekolah Kebangsaan Kerling di Hulu Selangor hari ini.

Sehubungan itu, Ahmad yang juga Ketua Penerangan Umno meminta pengundi di kawasan Parlimen Hulu Selangor agar menolak "kumpulan penumpang" agar membolehkan kerajaan pusat pimpinan BN meneruskan pembangunan di kawasan itu.

berita penuh

PRK Hulu Selangor (33) Contoh fitnah yang nyata oleh blogger UMNO!


Usahkan beruk, teman pun terkejut!
Banyak rupanya duit Pakatan Rakyat nih! hahahah!

Nak kata bodoh.. tapi gaya pacam pandai..
Nak kata pandai.. blog dia cerita semua yang bodoh2!

Sejak bila pulak PKR ni kaya-raya?

Budak-budak motor, PKR bagi RM150 semalam!! wahh!!
mana aci wehh!! teman dok tolong geng2 PKR tiap2 malam sejak 2 minggu lepas tak dapat apa pun??

Pasang bendera dapat RM300 sehari? pehhhh!! lagi pelik!

sudah2lah.. kot ye pun tak payah lah menipu yang kamu dah samai Hulu Selangor nie..
Main tembak je konon nya kejap ada kat situ.. kejap ada kat sini..
bunyi ayat pun teman dah tau kamu takde disini..

bangang punya bloggers UMNO!
Orang lain berblog.. dia pun nak jugakkk!! tapi membohong!
chait!
sunsnake 11042010

Wang Ehsan turun di Hulu Selangor.

Semalam apabila spy jalan-jalan cari makan di sekitar kawasan Kuala Kubu Baru dan juga Bukit Sentosa, spy dikejutkan pula dengan perkhabaran ada dua pergaduhan yang membabitkan Angkatan Muda Keadilan.

Hasil siasatan spy, punca pergaduhan ini juga kerana perebutan calon. Satu pihak mengatakan Ketua AMK Pusat, si Shamsul Iskandar yang layak bertanding di situ. Satu lagi pula mengatakan Ketua AMK Negeri merupakan orang yang paling layak.

Ada pulak lagi satu puak AMK disitu yang menyokong Zaid Ibrahim. Puak-puak ni percaya bahawa Zaid mempunyai tokoh kepimpinan yang lebih hebat dari MB Selangor sekarang iaitu si Khalid Ibrahim.

Spy ingatkan, di kem BN saja yang sibuk berebut calon. Rupa-rupanya didalam kem PKR sendiri lagi meroyan sampaikan bertumbuk macam budak-budak sekolah baru habis PMR. Jadi kes polis pulak tu. Haru sungguh !

Semalam juga spy telah mendapat tahu yang Anwar Ibrahim telah memperuntukkan 21 juta ringgit bagi "menawan" hati penduduk-penduduk Hulu Selangor.

fitnah / penipuan penuh