Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Tuesday, December 21, 2010

Khairy J - Pemuda BN Tak tenang di Tenang!

Puak-puak PEKIDA ni kompom ramai nanti nehh!! Cari makan siottt!!

Haaaa..
kan teman kabo?? (kat sini)
Awas kepada Pemuda Pakatan Rakyat especially Pemuda PAS..
Pastikan kawalan keselamatan di Markaz-markaz diperkuatkan..
Sebab sejak merdeka lagi belum pernah dengar Pemuda PAS serang Pemuda UMNO..
Tapi kalau nak kira Pemuda UMNO serang pemuda PAS..
tak cukup buku nak menulihnya!

Hatta seperti Bagan Pinang..
Markaz Induk Pemuda PAS Pusat pun pemuda UMNO serbu!
Siap pakai tali merah di lengan!
Siap muntah-muntah depan markaz!!! Mabuk tuuu!!
Teman dapat merasakan..
PRK Tenang ini akan jadi paling tak tenang dalam sejarah PRK!

Kepada Allah SWT kita kembalikan segala-galanya..

p/s: Indahnya PRK Penanti dulu.. Tenang je.. sebab UMNO tak bertanding!!! wakakaka!

sunsnake 21122010

DUN Tenang: Pemuda BN mula buat persiapan

21/12/2010 4:19pm

MELAKA 21 Dis. — Jentera pilihan raya Pemuda Barisan Nasional (BN) sudah mula membuat persiapan bagi menghadapi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang di Johor.

Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata, lebih 1,000 ahli Pemuda BN akan berkempen bagi memastikan calonnya menang pada pilihan raya kecil itu.

"Pemuda BN akan menyokong siapa sahaja yang dipilih sebagai calon BN oleh pucuk pimpinan parti,” katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian program Jelajah One Malaysia (JOM) anjuran Pemuda BN oleh Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam di Kampung Godek, Semabok Dalam di sini, hari ini.

Berita Penuh

Siapa alat kepada Lee Kuan Yew?


Teman dah naik menyampah dan muak apabila golongan katak dan UMNO ni menggunakan hujah DAP serpihan PAP..
Ya betul! DAP serpihan PAP!! Yang teman tahu laa..
Tapi apa yang pernah diserahkan oleh PAS dan PKR kepada DAP?
Tanah? Rumah? Syer Saham? Lot Banglo? AP?

Tapi.. Apa yang pernah UMNO Serahkan pada PAP??

Tanah? bukan setakat tanah.. Pulau Singapura terusss!!!

Lagi hampassss!!!

Jelas.. UMNO jadi alat kepada Lee Kuan Yew!
Kang sebut Tunku Abdul Rahman karang.. marah pulak!!

Sudah-sudahlah menyalahkan PAS dan PKR sebab berkawan dengan DAP...
Hakikatnya.. UMNO jauhhhhh lebih dulu menjadi pengkhianat kepada bangsa melayu!
Kalau Tahalluf PAS dan DAP ini boleh dikatakan pengkhianatan laaa..
sunsnake 21122010

DAP tiru strategi parti PAP

KUALA LUMPUR 20 Dis. - Masyarakat Islam di Malaysia perlu menolak DAP walaupun parti itu menggunakan pendekatan Islamik kerana jelas ia serupa dengan strategi PAP ketika parti utama Singapura itu mahu mendapatkan kuasa.

Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin berkata, umat Islam harus sedar dengan 'silap mata' DAP itu kerana matlamatnya hanya mahukan sokongan penduduk Islam bagi membolehkan parti tersebut berkuasa.

Beliau meminta penduduk Islam melihat apa yang berlaku di Singapura, bagaimana umat Islam di negara tersebut dipinggirkan selepas menjadi alat kepada bekas Perdana Menterinya, Lee Kuan Yew dan parti PAP untuk memperoleh kuasa.

Berita Penuh

Takutnya Teman Nak Shopping barang Dapur!


Kelantan Saja Ke Ramai Orang Miskin?

Teman faham benor dengan mainan Utusan UMNO ni..
Dan dalam isu-isu yang melibatkan kesusahan rakyat pun UMNO ni nak berpolitik!
Orang miskin ni mana-mana ada..
Di Melaka pun ramai..
Di Pahang laaagi ramai!
Di Terengganu laaaaaaaaaagi ramai!
Di Johor laaaaaaaaaagi ramai!
Yang di Kelantan pulak yang dia nak highlight!
Takpelah nak buat macam mana..
tapi teman nak quote sikit..

"menjadikan Kelantan negeri kedua tertinggi mencatatkan bilangan penerima"

uikksss.. kalau macam tu mesti ada yang pertama! Negeri mana yang pertama tu??
Kedah kot?? Tak pun Penang! Haaa.. musti Selangorrr!! wakakakaka!

satu lagi...

"Faktor utama peningkatan kadar kemiskinan kerana kenaikan harga petroleum hingga menyebabkan harga barang naik sekali gus meningkatkan perbelanjaan sara hidup keluarga," katanya"

Haaa.! kan dah kantoi diri sendiri..
Harga minyak naik lah menyebabkan segala-galanya jadi miskin!
bukan setakat di Kelantan.. 1Malaysia jadi miskin!

Teman sendiri rasa macam dah nak jadi papa kedana dah!
Dulu kalau pergi Giant beli barang dapur..
teman habiskan dalam RM400 untuk sebulan punya barang..
Pun dah rasa banyak berabih duit..
Itu asas je tu.. belum anak-anak nak makan tomyam lagi lepas shopping!

La ni dekat RM500 lebih bro!
Susu anak dah beli hat murah punya.. Dutch lady 1.2.3..
Sardin dah beli yang Giant punya.. yang kecik.. Cap Ayam pun mahal gilerr
Pampers anak dah beli hat yang brand Giant punya.. paling murah!
Beras.. dulu mampu gak la beli yang ada gambo Jalaludin Hassan tu..
La ni cap rambutan pun pilih2 gak.. kadang-kadang cap Giant jugakkkk!
Telur ayam dulu grade A.. La ni dah downgrade ke C... pun cap Giant!
Adehhh!!

Kesian pulak kat anak-anak teman..
Nak beli Telur ayam Nutrin tu perghhh!!!
Nak berjimat macam mana lagi Ismail Sabri oiiii!!!

sunsnake 21122010

Kemiskinan di Kelantan semakin tinggi

21/12/2010 10:27am

KOTA BHARU - Kelantan terus mencatatkan peningkatan kadar kemiskinan dan ibu tunggal pada setiap tahun berikutan meningkatnya jumlah penduduk serta kos sara hidup yang semakin tinggi.

Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri, Mohamed Noor Chik berkata, pada tahun ini jabatan merekodkan sebanyak 30,751 penerima bantuan berbanding 26,099 penerima tahun lepas, menjadikan Kelantan negeri kedua tertinggi mencatatkan bilangan penerima.

"Faktor utama peningkatan kadar kemiskinan kerana kenaikan harga petroleum hingga menyebabkan harga barang naik sekali gus meningkatkan perbelanjaan sara hidup keluarga," katanya.

Berita Penuh

Budakbalun Nak Berpindah! Sayonara!

Cantik emblem neh! Wakakaka!


Terkejut Bikmama teman tadi bila teman sms bagitau suh packing barang-barang..
"Nak pi mana bang?" soalnya reply sms..
"Sarawak!" ringkas teman reply balik!!

Maunye tidakkk!!
RM5000/month syeikhhh!!
Sapa nak bagi..
Selama ni dok update budakbalun pun paling banyak dapat RM500 sebab jual lembu!
wakakaka!!

Hmmm.. untunglah bloggers Sarawakian..
Untung sekaranglah..
Besok-besok jangan marah kalau anak cucu kencing atas kubur depa!

sunsnake 21122010

Bloggers Wanted
Posted by Cyber Trooper on December 16, 2010 at 17:28:32:

As part of BN Machinery to counter oppostion and pro opposition bloggers. UMNO and PBB has set up a RM10 million Cyber War Fund.

We invited Sarawakians with journalistic instinct to contact or visit any PBB, PRS and SUPP branches to register yourself as an interested party.

Qualified Candidates will be notified within 7 days.

Training will be conducted by NST, Malay Mail (Datuk Rocky Bru) and Utusan Melayu at Pusat Latihan UMNO at Janda Baik.

Every blogger will be given a granted of RM30,000 to set up their blog, whether it is free or paid hosting, besides being paid monthly allowance of RM5,000.00 per month.

We therefore call on all responsible Sarawakians to register themselves at offices of Sarawak BN Component parties.

It is your duty to defend Sarawak from the onslaught by Sarawak Report and Radio Free Sarawak.

YB Abdul Karim Hamzah
YB Fadzillah Yusof

sumber - Sarawak.Malaysiantalk.com

21Dec 2010 - Hari Membelasah DAP pulak?


Utusan dan UMNO ni ada hari-hari tertentu yang mereka khaskan untuk membelasah parti-parti Pakatan Rakyat..
Jarang-jarang mereka membelasah secara serentak!
Contoh musim pemilihan PKR dulu..
Mengalahkan Suara Keadilan, Utusan menyiarkan berita dalaman PKR.
Hinggakan pendapat Ketua-ketua Ranting pun merasa disiarkan dalam utusan!

Nampaknya hari ini...
Hari Utusan UMNO membelasah DAP...
heh heh heh..
Sebenarnya.. hari-hari depa belasahhhhh!!
wwakakakaka!

sunsnake 21122010

DAP gentar dengan 1Malaysia

KUALA LUMPUR 20 Dis. - DAP sebenarnya gentar dengan pendekatan Barisan Nasional (BN) terutamanya gagasan 1Malaysia yang kini telah berjaya mengembalikan sokongan rakyat.

Sehubungan itu, Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, beliau tidak hairan dengan kenyataan pelik oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng bahawa "BN bukan rakyat Malaysia sebenar" kerana didakwanya hanya tahu memperalatkan bangsa, agama dan raja.

Guan Eng enggan layan?

PULAU PINANG 20 Dis. - Bagai menunggu buah yang tidak gugur.Itu pengalaman yang dilalui oleh 15 ahli Forum Penyelarasan Umat (Forum) setiap kali mahu berjumpa Ketua Menteri, Lim Guan Eng bagi menyelesaikan isu tanah Lot 21 dan 22 di Jelutong di sini yang mahu dijadikan kawasan perkuburan Islam.

Kesemuanya ternyata hampa dan kecewa apabila Guan Eng masih enggan bertemu mereka.

Guan Eng perlu cermin diri

KOTA BHARU 20 Dis. - Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng diminta mencerminkan dirinya terlebih dahulu sebelum menuduh pemimpin Barisan Nasional (BN) bukan rakyat Malaysia sebenar dan melabelkan akhbar Utusan Malaysia sebagai ekstremis.

Ketua Penerangan UMNO Kelantan, Dali Hussin berkata, Ketua Menteri Pulau Pinang itu juga sepatutnya bertanya pada dirinya sejauh mana beliau telah membuktikan komitmennya sebagai seorang warga Malaysia yang tulen dalam membela nasib rakyat Pulau Mutiara itu, khususnya orang Melayu.

DAP amal politik ala aparteid - Reezal

KUALA LUMPUR 20 Dis. - DAP ialah pengamal sebenar 'politik aparteid' secara halus dan tersusun yang menyusahkan sebahagian besar rakyat di negara ini.

Ketua Penerangan Pemuda UMNO, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, pendekatan politik itu jugalah yang menjadi amalan pemerintahan cauvinis DAP di bawah Lim Guan Eng di Pulau Pinang.


Apa-apa Aje la Zaid oiii!

Hehehehe..
Cita-citanya nak jadi Presiden parti politik telah pun terlaksana!
So, apa nak lagi?

Teman ucapkan Selamat maju Jayalah kepadamu duhai Zaid..
Terima kasih atas segala usaha sepanjang kamu berada di Hulu Selangor ni dulu..
Jangan serik untukmenjengok kami disini...

sunsnake 21122010

Zaid yakin Kita mampu saingi Pakatan, BN

December 21, 2010

KUALA LUMPUR, 21 Dis — Datuk Zaid Ibrahim dengan penuh yakin memberi amaran kepada pesaing-pesaingnya — Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita) akan membawa impak signifikan dalam pilihan raya umum ke-13 meskipun ahlinya hanya sekitar 300 orang sekarang.

Bekas pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) ini berkata, walaupun parti barunya kecil dari segi keanggotaan, tetapi mampu memberi saingan kepada kedua-dua Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional (BN) dengan meletakkan calon-calon yang berkualiti. “Sudah pasti kami boleh lakukan. Ya, kami sudah ada sejumlah calon.

Saya tidak boleh mengatakan berapa ramai, tetapi ya, saya salah seorang daripada mereka. “Kami ada keanggotaan yang kecil jumlahnya, hanya kira-kira 300 orang, tetapi bukan aspek keahlian yang menentukan sokongan, tetapi kualiti pemimpin-pemimpin kami,” kata beliau kepada The Malaysian Insider dalam satu pertemuan eksklusif baru-baru ini.

Berita Penuh

PAS Selangor.. Jemaah Yang Hilang?

Kemenangan 'terkejut' Barisan Alternatif(BA) pada PRU ke 12 sememangnya sesuatu yang mengejutkan bukan sahaja kepada UMNO-BN Selangor malahan kepada PAS Selangor selaku ahli didalam BA ketika itu. (Kini dikenali dengan Pakatan Rakyat).

Pasca PRU tersebut, didalam usrah dan kuliah haraki, seringkali ditimbulkan betapa kemenangan itu lebih merupakan suatu ujian yang sangat berat kerana jika selama ini menjadi pembangkang, kini menjadi sebahagian daripada kerajaan yang memerintah negeri Selangor, negeri terkaya di Malaysia! Pastinya ujian yang lebih berat lagi kepada UMNO-BN Selangor yang sehingga kini masih berantakan akibat kekalahan mereka. Sehingga kini UMNO Selangor masih mencari-cari arah dan masih belum menampakkan jalan untuk 'bersatu' apatahlagi parti-parti komponen lain seperti MCA dan MIC. Kemenangan calon MIC di PRK Hulu Selangor juga boleh dikatakan bukan atas nama MIC itu sendiri tetapi lebih kepada sentimen UMNO.

PAS mengisi kemenangan PRU 12 itu dengan berjaya menguasai sebahagian besar jawatan-jawatan berkaitan agama Islam terutamanya dalam pengurusan masjid dan surau diseluruh Selangor. Sesuai dengan fikrah PAS yang antaranya menjadikan dakwah sebagai keutamaan, ahli-ahli PAS Selangor setakat ini kelihatan jauh lebih berjaya mengimarahkan Institusi Masjid dan Surau dengan pelbagai aktiviti Islam yang dahulunya sangat sepi dibawah pemerintahan UMNO-BN. Ahli-ahli PAS yang berkelayakan dan berbakat juga diberikan peluang memegang jawatan-jawatan yang selama ini belum pernah dirasai seperti menjadi Ahli Majlis Daerah Tempatan malahan ada ADUN PAS yang menjadi Exco kanan Kerajaan Negeri Selangor. Kepada Allah SWT kita panjatkan kesyukuran atas kurniaanNya.

Bagaimanapun, seiring dengan kesibukan ahli-ahli PAS melaksanakan tanggungjawab sebagai Kerajaan Negeri, tidak sepatutnya kerja-kerja dan perlaksanaan aktiviti parti diabaikan. Kedengaran juga masalah ke'lesu'an gerak kerja parti akibat 'kehilangan' aktivis yang sebelum ini aktif tetapi kini dibebani dengan tugasan lain. Contohnya seorang aktiviti parti yang aktif sebelum PRU 12, kini semakin jarang kelihatan di aktiviti parti kerana terlalu sibuk dengan urusan masjid setelah dilantik menjadi AJK Masjid. Jika seorang tidak menjadi hal tetapi bagaimana jika hampir keseluruhan mereka tidak dapat memberikan komitmen kepada aktiviti parti, apakah ramalan kesudahannya?

Sepatutnya, kesibukan melaksanakan tanggungjawab kepada jawatan-jawatan baru tidak menghalang aktivis PAS menyertai gerak kerja parti. Ini adalah kerana wajib difahami, gerak kerja parti adalah 'fundamental' kepada segala-galanya! Pengisian kepada kemenangan itu satu hal dan perlaksanaan gerak kerja parti itu adalah suatu sudut yang lain!.

Kemenangan yang diisi dengan kelemahan kepada gerak kerja parti adalah merupakan suatu 'bencana' dalam diam. Sepatutnya, kekalahan Kerajaan PAS Terengganu mengekalkan kemenangan pada PRU 2004 menjadi suatu pengajaran yang sangat baik kepada ahli-ahli PAS di negeri Selangor. Bagaimana pasca kemenangan PAS Terengganu pada PRU 1999 telah menyebabkan gerak kerja parti menjadi semakin perlahan dan akhirnya kemuncak kepada kelemahan itu adalah PAS kehilangan kerajaan negeri!

Kesimpulannya, ahli-ahli PAS Selangor wajar kembali menguatkan jentera parti disamping melaksanakan tugasan sebagai Kerajaan Negeri. Apalah maknanya jika kita berbangga dengan kemenangan tetapi akhirnya nanti kemenangan itulah menjadi punca kepada kelemahan aktiviti jemaah PAS. Asas kepada gerakan Islam seperti Usrah, Kuliah Haraki, Tamrin dan sebagainya wajib dilaksanakan semula dengan lebih serius dan kali ini bercirikan sebuah pemerintahan bukan lagi sebagai pembangkang! Saf-saf kepimpinan setiap kawasan wajib diperkuatkan dengan menumpukan kepada aktiviti Tarbiyah dan pengukuhan jemaah.

Terdapat juga segolongan ahli yang hanya menjadikan pembubaran Dun dan Parlimen sebagai semboyan untuk mula bekerja! Ini adalah suatu kesalahan yang sangat besar! Gerak kerja pilihanraya sepatutnya bermula sebaik sahaja PRU 2008 dulu berakhir! Mana mungkin kemenangan yang hakiki boleh dijana sekiranya kita hanya memulakan tugas 2 minggu sebelum hari pilihanraya?

Ahli-ahli PAS wajib berfikir sejenak, adakah kemenangan didalam PRU 2008 dahulu adalah kemenangan yang sebenar atau lebih merupakan ujian kepada para jemaah? Adakah dengan kemenangan itu ahli-ahli PAS akan meningkatkan lagi gerak kerja parti atau akan menjadikan alasan pengisian kemenangan untuk tidak menyertai aktiviti PAS? Dan sekiranya kita tidak memenangi pilihanraya, bolehkah kita memegang tanggungjawab sebagai kerajaan negeri lagi?

Jangan jadikan kesibukan sebagai kerajaan negeri alasan untuk meringan-ringankan segala gerak kerja parti. Kelak, rakyat akan dapat merasakan akan berkurangnya aktiviti PAS tidak seperti sebelum kemenangan 2008. Harus diingat, rakyat terdekat lebih mengetahui kita sebagai ahli PAS melebihi kita sebagai kerajaan. Gerak kerja parti itulah sebenarnya lambang kesungguhan disamping menggunakan kelebihan sebagai kerajaan negeri bagi mempermudahkan kita membuktikan segala apa yang dijanjikan! Ayuh! Mari segarkan kembali aktiviti asas Parti Islam SeMalaysia!

Harus diingat, mempertahankan sebuah kemenangan adalah jauh lebih sukar daripada memburu kemenangan!

Wallahua'lam

budakbalun 21122010