Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Tuesday, December 21, 2010

Apa-apa Aje la Zaid oiii!

Hehehehe..
Cita-citanya nak jadi Presiden parti politik telah pun terlaksana!
So, apa nak lagi?

Teman ucapkan Selamat maju Jayalah kepadamu duhai Zaid..
Terima kasih atas segala usaha sepanjang kamu berada di Hulu Selangor ni dulu..
Jangan serik untukmenjengok kami disini...

sunsnake 21122010

Zaid yakin Kita mampu saingi Pakatan, BN

December 21, 2010

KUALA LUMPUR, 21 Dis — Datuk Zaid Ibrahim dengan penuh yakin memberi amaran kepada pesaing-pesaingnya — Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita) akan membawa impak signifikan dalam pilihan raya umum ke-13 meskipun ahlinya hanya sekitar 300 orang sekarang.

Bekas pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) ini berkata, walaupun parti barunya kecil dari segi keanggotaan, tetapi mampu memberi saingan kepada kedua-dua Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional (BN) dengan meletakkan calon-calon yang berkualiti. “Sudah pasti kami boleh lakukan. Ya, kami sudah ada sejumlah calon.

Saya tidak boleh mengatakan berapa ramai, tetapi ya, saya salah seorang daripada mereka. “Kami ada keanggotaan yang kecil jumlahnya, hanya kira-kira 300 orang, tetapi bukan aspek keahlian yang menentukan sokongan, tetapi kualiti pemimpin-pemimpin kami,” kata beliau kepada The Malaysian Insider dalam satu pertemuan eksklusif baru-baru ini.

Berita Penuh

3 comments:

otaklunyai said...

menyalak le ko kuat2 gunung takkan runtuh.. ko tu yang suwey.. sapa2 nak tempah bala bole le join ko...

sekarang ni dah kurang sikit kot penyakit meroyan dan sawan ko tu... dah dapat jadik kettua....

Roy said...

oitt..ramai ahli tu...ade kira2 300 ahli !!!..hmm..kat parlimen ade 222 kerusi jer..mcm mane ek..tu belum kire DUN lagi...

budakbalun said...

apa lagi.. merajuk lagi sekali... kuar parti.. cari parti lainnnn!! wakakaka!