Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Sunday, May 23, 2010

Muhyiddin - Tak sangka pulak rakyat tak nak judi ye??

"Tak sangkat pulak rakyat tak nak judi! Ingatkan nak sangat!!!"
ibarat gitu la kot?


Kalau yang bercakap tu Koh Tsu Koon.. Teman terima dengan hati terbuka diatas sifatnya sebagai bukan Islam.. dan sememangnya memerlukan nasihat dan pandangan banyak pihak..

Tapi masalahnya yang bercakap Muhyiddin Yaasin! Islam! Melayu! UMNO!

Seolah-olah dia tak sangka langsung yang Umat Islam Malaysia kecuali Islam UMNO akan bantah sekeras-kerasnya tindakan UMNO meluluskan judi bola Piala Dunia nih!!

Hmmm.. memang ahli-ahli Buta perut sungguh la kalau dok masih ragu-ragu lagi nak tolak UMNO!
sunsnake 23052010

Kerajaan teliti lesen pertaruhan Piala Dunia

KUALA LUMPUR 22 Mei – Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan akan meneliti reaksi masyarakat berhubung pemberian semula lesen menjalankan kegiatan pertaruhan pada kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 bulan depan kepada Berjaya Group baru-baru ini.

Timbalan Perdana Menteri menjelaskan, walaupun beliau belum dimaklumkan mengenai reaksi masyarakat berhubung perkara itu secara umumnya, kerajaan memberi jaminan akan sentiasa mengambil kira pandangan semua termasuk dari kalangan Islam dan bukan Islam.

‘‘Secara jujurnya saya belum lagi dimaklumkan mengenai situasi tersebut tetapi kita (kerajaan) memang mengambil kira reaksi orang awam, Islam dan bukan Islam.

Berita Penuh

Bukti berpolitik didalam Masjid!


Di dalam surah Saba' ayat 31 & 32, Allah telah membangkitkan mereka-mereka yang zalim (yakni seorang pemimpin) di hadapanNya untuk dihisab, maka berlakulah tuduh menuduh antara mereka-mereka yang bergelar pemimpin dengan rakyat.

Berkata si pemimpin, "Kami menjadi zalim bukanlah kerana salah kami, bahawa rakyatlah yang memilih kami yang meletakkan kami berdiri di sini (menjadi pemimpin).

Maka rakyat yang dituduh itu pula membalas, "Kalau tidak kerana penipuanmu, sudah tentu kami telah menjadi orang-orang yang beriman"

Dan dibalas pula si pemimpin, "Kamikah yang telah menghalang kamu daripada menerima hidayah petunjuk (Al-Quran) sesudah ia datang kepada kamu? (Bukan kami yang menghalang) bahkan kamulah yang menyebabkan diri sendiri menjadi orang-orang yang berdosa”

Begitulah bukti jelas bahawa ayat-ayat di dalam surah Saba' ini adalah ayat politik. Kalau bukan politik apa lagi perlu disebutkan? Tidakkah kamu berasa malu, terdapat juga ayat-ayat Al-Quran yang lain juga membicarakan tentang perkara-perkara yang lebih kotor dari politik. Contoh, ayat yang melarang para suami mendekati isteri yang sedang dalam keadaan tidak suci (kotoran haid), bukankah haid itu benda kotor? Ianya disebut di dalam Al-Quran dan dibaca di dalam solat kita, malah di DALAM MASJID!

Malah banyak lagi ayat-ayat seperti di atas, seperti bersetubuh, najis, dan lain-lain juga dibaca di dalam Al-Quran dan masuk di dalam MASJID!

Kalau politik itu kotor, mengapa ayat-ayat yang membicarakan perkara-perkara kotor di dalam Al-Quran tidak dilarang dari disebutkan di dalam MASJID???

Seperkara lagi, adakah kamu benar-benar beriman dengan Kitab Al-Quran??? Adakah kamu mengambil kesemua kandungannya??? Jika kamu menolak sebahagian daripadanya, TERMASUK dengan Ayat-ayat itu tadi, maka JELAS kamu adalah Al-KAFIRUN..........

Begitu juga Ayat-ayat dalam Surah al-Maidah, sebagai contoh ayat ke-44,; "Oleh itu janganlah kamu takut kepada manusia tetapi hendaklah kamu takut kepadaKu (dengan menjaga diri dari melakukan maksiat dan patuh akan perintahKu); dan janganlah kamu menjual (membelakangkan) ayat-ayatKu dengan harga yang sedikit (kerana mendapat rasuah, pangkat dan lain-lain keuntungan dunia); dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kerana mengingkarinya), maka mereka itulah orang-orang kafir.

Muhasabahlah diri, anda berada di keadaan mana sekarang???

sumber - TKO

Perasmian Dewan Himpunan Penyokong PAS (Bergambar)


Suasana di kaunter Pendaftaran (jam 8.30 pagi)


Didalam dewan.. gabuangan cina dan india... apa nama ntah! huhuhu


Banner di pentas


Pimpinan Lajnah Perpaduan Nasional PAS Hulu Selangor.. sarap dulu syeikh!!
baru jelas pandangan!


Naib Presiden PAS Pusat, YB Dato' Mahfuz Omar tiba..


Timbalan Presiden PAS Pusat, YB Ustaz Nasharudin Mat Isa juga telah tiba...


Pengarah Majlis, YB Dr. Halimah Ali sedang berbual dengan sahabat berbangsa Tionghua..


Suasana semakin meriah di Kaunter Pendaftaran! Hebat!


Ketibaan Dato' Dr Hassan Ali, Pesuruhjaya PAS Selangor


'Hardcore' PAS dari Shah Alam! Steady la maccha!!!


Ketibaan Tuan Guru Presiden dimulai dengan
Pemeriksaan Perbarisan Unit Amal Kawasan Kota Raja & Kawasan Klang


Suasana di dalam dewan, jangkaan sahabat teman paling kurang 800 memenuhi tempat duduk yang disediakan, yang berdiri tak kira sekali tuh!


Ahli Parlimen Shah Alam, YB Ir Khalid Samad turut hadir!


Al-Amalulillah fi sabiluna, Al-Amalulillah hussyiaruna!


Wakil ahli Dewan Himpunan Penyokong PAS daripada kaum Orang Asal turut hadir syeikh!!


Timbalan Presiden Kelab Penyokong PAS (KPP) dari Pahang sedang berucap...


Pengerusi KPP sedang berucap pulak..
lepas ni jadi Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS pulak la ye? Tahniah!


"Orang Kuat' Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat, YB Dr. Mujahid menyatakan kegembiaraan beliau dengan tertubuhnya DHPP ini... Allahuakbar!


Ucapan Perasmian, YB Tuan Guru Presiden Hj Abdul Hadi Awang...
"Konsep 1Malaysia telah dilaksanakan oleh PAS terlebih awal daripada BN!"

Pelancaran gilang gemilang oleh Presiden PAS!


Ukhwah antara kaum majoriti di Malaysia dimeterai hari ini!
Bersatu ke arah Malaysia yang lebih baik dan adil!


Persembahan Nasyid oleh kaum Melayu Islam..


Persembahan Gendang oleh Anak-anak muda bangsa India


Macam akrobatik tu Syeikh!! Kagum teman tengok!


Tarian Singa oleh anak-anak muda Bangsa Cina!


Sampai atas pentas 'Singa' dua ekor ni melompat!! Steadylah Ah Chai!


Persembahan daripada 3 majoriti etnik Malaysia didalam satu lagu... "Rasa Sayang"!!!


Acara paling simbolik! Anak-anak Malaysia ini menyimpan sesuatu seperti Deklarasi antara kaum yang disimpan di dalam sebuah 'Kapsul Masa' dan akan dibuka kembali pada 23 Mei 2020 dan disemak keterlaksanaannya. Moga jadi realiti!



Wakil ahli-ahli Dewan Himpunan Penyokong PAS Hulu Selangor bergambar sebelum bertolak pulang.. Moga kita jumpa lagi! Terima Kasih atas keikhlasan semua!
Tak dapat duit apa pun.. Hanya semangat yang menggerakkan mereka ini!


Geng-geng Pemuda India Shah Alam minta diambil gambar mereka!
"Abang, pastikan ini gambar masuk Berita Harian ya??"
Aduss!! Blog Budak Balun boleh la maccha!! Itu UMNO punya paper maaa!!!
sunsnake 23052010