Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Monday, July 25, 2011

Virus 'Kencing Tikus' Di Hulu Selangor?

Sorry lee.. teman tertampal gambo ni pulakk!! Sorry Ustad kamal!


Huihhh!
Sama je bahayanya kena kencing tikus dan kena kencing dengan UMNO-BN..

Satu bawak mati..
satu lagi buatkan hati dan jiwa manusia mati..

kepada MDHS..
Tahniah atas tindakan segera..

kepada keluarga mangsa..
Takziah dan semoga bersabar..

budakbalun 25072011


Tiga lokasi resort diarah tutup


KALUMPANG – Sebuah resort, di sini diarah tutup berikutan penemuan virus Leptospirosis atau kencing tikus yang mengakibatkan kematian seorang remaja, Jun lalu.

Pegawai Daerah, Norhisham Ahmad Dahlan (gambar) berkata, penutupan itu dilakukan secara berperingkat sebelum ditutup sepenuhnya sepanjang bulan Ramadan nanti.

“Tindakan ini diambil bagi mengelak lebih ramai pengunjung terkena jangkitan virus, langkah ini juga bagi memastikan rawatan ke beberapa kawasan berisiko dapat dilakukan dengan lancar,” katanya selepas melawat resort berkenaan, di sini, semalam.

Lawatan itu turut disertai beberapa pegawai Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Selangor dan Penguat kuasa Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) serta Penguat kuasa Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Selangor (PDHS).

Sehingga kini, tiga lokasi di kawasan resort itu telah ditutup, iaitu kolam mandi (tempat penemuan awal virus), kafeteria dan tapak perkhemahan sejak 22 Julai lalu bagi mengelak pengunjung ke kawasan itu.

Norhisham yang juga Pengerusi Wabak Penyakit Daerah Hulu Selangor memaklumkan, kes berkenaan mula dikesan sejak sebulan lalu, hasil keputusan positif daripada dua sampel air yang diambil di resort itu.

Menurutnya, keputusan dikeluarkan hasil siasatan Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan.

“Dua sampel air yang diperoleh daripada Pegawai Kesihatan Daerah Hulu Selangor dibawa ke makmal didapati positif virus Leptospirosis.

Berita Penuh

Zahid Oi.. Takyah Timbanglah.. Kira Jadikk!


Malu-malu alah pulak Menteri Pertahanan ni nak confirmkan Malaysia nak beli jet pejuang baru..
Ye la.. dulu masa Najib pegang MINDEF.. 2 bijik scorpene berjaya di'sebat'..
komisen saja dah perghh!!

Ni nak beli jet pejuang baru pulak??

perghh!!! perghh!!! pergh!!!

Atas alasan keselamatan negara!
ye la..
kalau dah guna alasan tu nak buat macam mana..
Kalau tak setuju karang adalah 5-6 ekor pencacai UMNO masuk blog teman bagi komen..
"budakbalun pengkhianat negara'!!

adehhh!!

beli je la Pak Zahid.. tak payah timbang-timbang..
lewat sangat karang.. masa dah jadi pembangkang di Malaysia..
tak merasa pulak komisen ratus-ratus juta!
Kempunan meleleh air liur kroni-kroni kamu tuuuu..

huhuhuhuhu

budakbalun 25072011

Menteri: Pesawat pejuang MiG-29N perlu ditukar

Kerajaan sedang menimbang untuk menggantikan sepenuhnya pesawat MiG-29N milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dengan pesawat tempur pelbagai guna (MRCA) Eurofighter Typhoon buatan empat buah syarikat aeroangkasa Eropah.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata TUDM pada ketika ini memiliki 10 buah MiG-29N yang dibeli pada 1990-an dan khidmat jet pejuang buatan Rusia itu perlu ditukarkan. Beliau berkata kementeriannya sedang membuat uji nilai jet pejuang Eurofighter Typhoon yang mempunyai kelajuan 2 Mach, merangkumi kemampuan sistem teknikal dan persenjataannya yang canggih.

Berita Penuh

Konsert Anak Muda Hulu Selangor... Sempoiii



2 penonton dijemput untuk menyanyi bersama.. boleh tahan gak brader-brader nehh!




Pengarah Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Dun Hulu Bernam turut hadir dan menyampaikan ucapan.. ingatkan cikgu nak menyanyi tadikk!! Sempoi..


Otaimer Rosli@Blank Gamma sedang menyanyikan lagu-lagunya.. sempoii!

Antara anak-anak muda yang hadir.. yang nyorok kat luar laaagi ramai!..
Mari berhibur dengan cara Islam.. laki pompuan duduk asing haaaa..


Bergambor sebelum balik...


budakbalun24072011