Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Monday, July 25, 2011

Virus 'Kencing Tikus' Di Hulu Selangor?

Sorry lee.. teman tertampal gambo ni pulakk!! Sorry Ustad kamal!


Huihhh!
Sama je bahayanya kena kencing tikus dan kena kencing dengan UMNO-BN..

Satu bawak mati..
satu lagi buatkan hati dan jiwa manusia mati..

kepada MDHS..
Tahniah atas tindakan segera..

kepada keluarga mangsa..
Takziah dan semoga bersabar..

budakbalun 25072011


Tiga lokasi resort diarah tutup


KALUMPANG – Sebuah resort, di sini diarah tutup berikutan penemuan virus Leptospirosis atau kencing tikus yang mengakibatkan kematian seorang remaja, Jun lalu.

Pegawai Daerah, Norhisham Ahmad Dahlan (gambar) berkata, penutupan itu dilakukan secara berperingkat sebelum ditutup sepenuhnya sepanjang bulan Ramadan nanti.

“Tindakan ini diambil bagi mengelak lebih ramai pengunjung terkena jangkitan virus, langkah ini juga bagi memastikan rawatan ke beberapa kawasan berisiko dapat dilakukan dengan lancar,” katanya selepas melawat resort berkenaan, di sini, semalam.

Lawatan itu turut disertai beberapa pegawai Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Selangor dan Penguat kuasa Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) serta Penguat kuasa Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Selangor (PDHS).

Sehingga kini, tiga lokasi di kawasan resort itu telah ditutup, iaitu kolam mandi (tempat penemuan awal virus), kafeteria dan tapak perkhemahan sejak 22 Julai lalu bagi mengelak pengunjung ke kawasan itu.

Norhisham yang juga Pengerusi Wabak Penyakit Daerah Hulu Selangor memaklumkan, kes berkenaan mula dikesan sejak sebulan lalu, hasil keputusan positif daripada dua sampel air yang diambil di resort itu.

Menurutnya, keputusan dikeluarkan hasil siasatan Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan.

“Dua sampel air yang diperoleh daripada Pegawai Kesihatan Daerah Hulu Selangor dibawa ke makmal didapati positif virus Leptospirosis.

Berita Penuh

0 comments: