Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Saturday, January 1, 2011

Faizal Yusof meninggal Dunia! Al Fatihah




Terkejut gak teman baca entry tajuk ni di blog member tadi..
Mau tak terkejut..
Meninggal tu memang dah fitrah kehidupan laaa..
Tapi umur 32 sebab sakit jantung?
Perghhh!! Lemahnya manusia..

Pada kita yang tinggal..
Masih nak tunggu umur 55 tahun baru nak solat ke?
baru nak gi masjid?
baru nak baca quran?
adehhh!!!
Banyaknya dosa teman!
sunsnake 01012011

Pelakon Faizal Yusof meninggal dunia

01/01/2011 5:58pm

KUALA LUMPUR 1 Jan (Bernama) — Pelakon, Faizal Yusof meninggal dunia kira-kira 1.45 tengah hari ini di Pusat Rawatan Islam (Pusrawi), Jalan Tun Razak di sini akibat serangan jantung.

Faizal, 32, dikatakan pengsan di rumahnya di Anjung Villa Bandar Baru Sentul di sini kira-kira 9 pagi akibat serangan jantung sebelum dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Faizal dikenali kerana lakonannya dalam beberapa drama bersiri di televisyen seperti Tiramisu dan Manjalara.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Rosmunira Rashid, 27, yang sedang mengandung lima bulan.

Allahyarham pernah berkahwin sebelum bercerai dengan penyanyi Siti Nordiana dan dikurniakan seorang anak lelaki, Mohd Rayyan Nakhaie, 2 tahun sembilan bulan. — Bernama

Lagi Fitnah Ke Atas UMNO! Jahat!


Iskk!!
Malaysiakini nie,,
Tergamak memfitnah UMNO... Memfitnah Kerajaan Malaysia..
Memfitnah Kerajaan Perlis!

Mamat-mamat ni kena tamat kontrak bukan salah Kerajaan Malaysia..
Bukan salah Kerajaan Perlis...
Jauh sekali salah Najib sebagai PM..

Ini salah mereka sendiri..
Siapa suruh kerja kontrak berpuluh tahun?
Kenapa tak confirm-confirm?
Siapa suruh curi tulang balik tengok mak yang sakit?
Siapa suruh banyak hutang kereta dan sebagainya?

Tak 1Malaysia la macam nie..!!!
Kalau geng yang kena tamat kontrak ni puak UMNO tegar selama ni..
Padan muka laaaaaa.....
Kalau idak.... Moga Allah bantu.....

Wakakakaka!
Hanya UMNO sahaja yang mampu memerintah!!!!
wakakakak!
Khurafat!!!!

sunsnake 01012011

77 k'tangan kontrak sambut 2011 sebagai penganggur

Ketika kebanyakan rakyat Malaysia mengisi pelbagai azam baru sempena ketibaan tahun 2011, seramai 77 bekas pekerja rendah awam (PRA) di Kangar berharap kontrak perkhidmatan mereka yang berakhir semalam, disambung semula.

Jurucakap kumpulan itu, Jamaludin Husin, 49, merayu Kementerian Pelajaran menimbang semula nasib mereka yang kebanyakannya telah bertugas selama 15 tahun. "Kami tidak sangka apabila menerima surat penamatan kontrak kerja daripada Jabatan Pelajaran Perlis kerana kebiasaannya kami akan terima surat untuk sambung kontrak dua tahun sekali," katanya ketika ditemui hari ini.

Berita Penuh

Aurat - Nik Aziz Khianat Melayu!

Dalam masjid... nampak rambut? biasa...


Wanita UMNO? Puteri UMNO? Buka aurat dalam masjid? biasa..
Yang kena tuttup aurat orang kafir bukan Islam UMNO! wakakaka!



Ehhh!!! Kat Masjidilharam pandai lak tutup abis???
errr.. Malaikat tak sampai Malaysia kot?


wakakakakak!
Aduhhh!!
Hari ni ntah berapa kali Tuk Nik ni lukakan hati pejuang-pejuang melayu!

Najib Razak itu adalah ibarat Pahlawan dalam bangsa melayu Malaysia nih!
Maka tidak boleh isterinya dihina!
Malahan apa sahaja yang dibuat oleh isterinya adalah mulia!
Derhaka pada sesiapa yang menghina dan mengutuk malahan menegur isteri Panglima melayu itu!
Tambahan pula dia adalah 1st Lady of Malaysia!
Tuanku Permaisuri Agung pun dah jatuh no.2!

So, buat Tuk Nik Aziz,
Benarlah kata UMNO itu...

Cina kafir Ahli Parlimen Serdang tu WAJIB tutup aurat bila masuk masjid..

Tapi...

Bini Najib ni usahkan masuk masjid, silap-silap tengah sembahyang pun boleh bukak aurat!

Tak tau la pulak kalau dalam Islam Hadhari, rambut wanita bukan aurat..
Hmmmm...
sunsnake 01012011

Melayu pun kena tutup aurat

KOTA BHARU, 31 Dis: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, orang Melayu juga mesti menutup aurat di dalam kawasan surau atau masjid.

Beliau menyatakan demikian ekoran isu yang ditimbulkan media mutakhir ini berhubung senamrobik yang dilakukan masyarakat bukan Melayu di kawasan berkenaan.

“Usahkan di dalam kawasan masjid, di dalam masjid pun tidak apa, termasuklah juga pembelajaran dan persoalan perlantikan ketua negara dan ketua perang serta urusan sakit demam. Semuanya dilaksanakan dalam masjid seperti yang berlaku pada zaman Nabi Muhammad s.a.w.

“Namun dari segi aurat, mestilah dijaga. Usahkan orang Cina, orang Melayu sendiri mesti menutup aurat. Tinggal lagi hendaklah ditegur orang yang tidak menutup aurat dengan sempurna itu,” katanya kepada media pada kuliah mingguan di sini, hari ini.

Berita Penuh

Nasrudin sokong Teo, tegur isteri pemimpin negara

KUALA LUMPUR, 31 Dis: Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat Nasrudin Hassan menyokong pendirian Ahli Parlimen DAP Serdang, Teo Nie Ching yang mahu meneruskan amalan melawat masjid biarpun dikritik hebat media Umno BN.

Dalam satu kenyataan hari ini, Nasrudin memberitahu bahawa beliau yakin, pendirian Teo itu dibuat kerana telah mula tertambat hati dengan rumah Allah di kala sebahagian umat Islam sendiri ada yang tidak lagi berminat ke masjid atau surau.

"Saya mengalu-alukan ikrar sedemikian...Mudah-mudahan ikrar itu sebagai permulaan untuk beliau melihat dari dekat bagaimana akhlak dan cara hidup Islam yang murni serta menghakis saki baki rasa keliru terhadap agama Islam.

"Wajarlah kita bersyukur kepada Allah SWT. Saya mengucapkan selamat datang kepada beliau," katanya.

Ikrar sedemikian dinyatakan Teo ekoran kntroversi kedua menimpanya ekoran didakwa masuk ke perkarangan Masjid Taman Cheras Jaya, Balakong dengan memakai baju ketat dan melakukan senamrobik bersama-sama jemaah masjid.

Nik Aziz Langgar Budaya Melayu!!! Lagi?


Haduhhh!!
Apa La Nik Aziz nih!
Asyik langgar budaya melayu aje!
Tu sebab pencacai bloggers UMNO suka maki dan hina Nik Aziz nih!

Dia tau kan..
Kita semua tau kan..
Letak hantaran main puluh ribu dah jadi budaya melayu Malaysia la nih!
So, jangan dilanggar budaya melayu nih!
Sesuai dengan Ketuanan Melayu yang UMNO perjuangkan!
Maklumlah.. anak-anak orang UMNO mana ada hantaran murah!
Paling kokak RM10 ribu!!

Kalau murah itu dah melanggar budaya melayu!
Itu derhaka kepada agama,bangsa dan negara!
Pengkhianat Bangsa namanya kalau letak hantaran anak dara kita murah!

Ish.. kalau macam ni gaya Nik Aziz.. Bila la orang UMNO nak suka ke dia?
wakakakakak!

Berapa agaknya hantaran anak dara Najib Rosmah ye?
RM999.99 kot??
wakakakaka!

sunsnake 01012011


Laksana hanya setelah PR berkuasa: Nik Aziz

KOTA BHARU - Resolusi 100 hari yang dikemukakan pembangkang pada konvensyen mereka pada Ahad lalu hanya akan dilaksanakan setelah pakatan pembangkang mengambil alih pentadbiran negara, kata Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, Pakatan Rakyat (PR) tidak akan melaksanakan janji tersebut dalam waktu terdekat melainkan setelah memenangi Pilihan Raya Umum ke-13 kelak.
Mengenai perkahwinan, beliau menasihatkan pihak keluarga wanita mengenakan hantaran atau mas kahwin yang rendah serta berpatutan kepada pihak lelaki dan bukan membebankan mereka.

"Saya kahwin dulu hantaran RM100 sahaja untuk isteri saya. Malahan siapa nak kahwin anak saya, saya minta RM1,000 saja,” katanya.

Beliau berkata, perkahwinan penting bagi mengelakkan gejala sosial buang anak dan zina di dalam masyarakat.

Berita Penuh

Pemuda UMNO - Dulu Kini Selamanya Lembab!

Ini Wali Band..


Ini Adam Lambert! Yang Pemuda UMNO puja-puja tuh!
Sendiri beza la makcik pakcik Felda oiii!!



Hek elehhh!!
Konsert Wali Band yang dikecohnya!
Masa Adam Lambert dulu mana pi pemuda umno ni?
Senyap!!!
Silap-silap puak-puak depa yang penuh kat Bukit Jalil tuh!!

Sudah-sudahlah jadi munafik!
1Malaysia tahu beza konsert Wali Band dan Adam Lambert tuh!

UMNO Kelantan ni sebab tu tak menang-menang lawan PAS Kelantan..
Idea macam budak baru abis PSRA!
Lembab dan kering idea!
wakakakaka!
sunsnake 01012011

Dulu haram, sekarang anjur konsert Wali Band

Pergerakan Pemuda Umno Kelantan hari ini mempersoalkan kewajaran kerajaan negeri itu membenarkan sebuah kumpulan popular dari Indonesia, Wali Band mengadakan persembahannya di Kota Bharu malam ini yang semata-mata bermotifkan politik.

Ketuanya Anuar Safian berkata memang menghairankan Kelantan yang dahulunya langsung tidak membenarkan konsert seumpama itu diadakan di negeri itu tetapi kini demi mendapat sokongan golongan muda, parti itu sanggup melakukan apa sahaja.

"Dahulu persembahan seperti ini dianggap haram kerana terdapat percampuran lelaki dan perempuan tetapi apa kewajaran sehingga membenarkan kumpulan luar negara pula mengadakan persembahan.
Berita Penuh

Meh bezakan lagi!

Ini persembahan oleh Wali Band yang Pemuda UMNO Benci!



Ini pulak persembahan Adam Lambert yang Pemuda UMNO respect dan puja!