Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Tuesday, March 1, 2011

Alangkah Sengetnya Neraca Mereka! - Nik Aziz

“Apabila rakyat Palestin bertindak walaupun hanya dengan melontar batu, mereka sudah dianggap ganas! Alangkah sengetnya neraca yang mereka gunakan,” -Nik Aziz.

Mursyidul am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat dalam blognya, melahirkan rasa terkejutnya apabila membaca kenyataan Datuk Seri Najib Razak yang membuat tuduhan liar ke atas gerakan Ikhwan Muslimin dan ulama terkenal dunia, Syeikh Dr Yusuf Al-Qardhawi.

Sambil menyifatkan kenyataan perdana menteri itu sebagai “sangat tidak manis”, beliau menasihatkan Najib supaya beristighfar banyak-banyak.

NONE“Saya kira Perdana Menteri Malaysia sudah lupa langit tinggi rendah sewaktu mengeluarkan kenyataan tersebut. Saya khuatir, pemergian ke Turki hanya untuk berguru dengan tokoh sekular Turki yang jasadnya berkubur di situ.

“Sudahlah beberapa minggu lepas, salah seorang bekas perdana menteri Malaysia menulis menyerang saya dengan melabelkan Kamal Attarturk sebagai tokoh yang banyak berjasa kepada Islam, hari ini perdana menteri pula menziarahi pusara Kamal Attarturk dan meletakkan kalungan bunga di situ, satu amalan yang telah difatwakan haram di Malaysia.

“Barangkali itulah Islam sederhana, ajaran baru Umno,” tulis Nik Aziz.

NONEBeliau mengulas laporan berita dalam laman web National Review Online di mana Najib dilaporkan mengeluarkan kenyataan bernada kesal dengan keterlibatan Ikhwanul Muslimin dengan protes mendesak pengunduran Hosni Mubarak di Mesir yang berunsur keganasan dan melampau (violence and extremism).

Bukan Islam

Selain itu, pada ucapannya di Istanbul baru-baru, Najib juga dilaporkan menggambarkan Syeikh Dr Yusuf al-Qaradawi selaku seorang yang menyokong keganasan.

Sehubungan itu,Nik Aziz yang juga menteri besar Kelantan mengingatkan bahawa “tiada Islam sederhana, Islam melampau atau Islam kedai kopi. Semuanya Islam yang datang dari Rasulullah SAW. Setiap yang berbeza, itu bukannya Islam.”

Syeikh Dr Yusuf Al-QardhawiSecara panjang lebar, Nik Aziz kemudiannya menyoal neraca mana nama ganas itu mahu ditampal dan mempersoalkan sama ada setiap perbuatan menuntut hak setelah dinafikan itu didakwa sebagai ganas.

“Dalam Islam, neraca yang paling tepat ialah sunnah Rasulullah SAW dan bukan neraca Hillary Clinton. Baginda dan para sahabat telah berada di bumi tempat tumpah darah: Makkah al-Mukarramah selama 13 tahun, selama tempoh itulah umat Islam di Madinah dizalimi, dinafikan hak mereka bahkan pernah dipulau selama tiga tahun di Syi'ib Ali.

Bersedia jadi pengganas!

“Mereka tidak dibenarkan berjual beli dengan sesiapa, salam mereka tidak berjawab, sapa mereka tidak berbalas. Mereka ditekan dengan pelbagai tekanan namun tidak sekalipun mereka melawan kerana belum menadapat keizinan daripada Allah SWT.

NONE“Hanya di Madinah, barulah Allah SWT memerintahkan agar umat Islam berperang membela diri dan menjaga maruah.

Jelas Nik Aziz lagi, di Madinah, umat Islam akhirnya dibenarkan melawan dan mengangkat pedang memerangi kezaliman ke atas mereka.

“Tiga belas tahun mereka bersabar di Mekah, namun kesabaran manusia ada hadnya. Jika binatang sekecil kucing pun boleh melawan jika ditindas, apatah lagi makhluk yang berakal seperti manusia?

“Adakah Rasulullah SAW dan para sahabat itu ganas? Suka saya nyatakan, jika Rasulullah SAW itu disifatkan ganas, maka semua muslim seharusnya bersedia untuk menjadi pengganas!”

NONEMenurut Nik Aziz, Hosni Mubarak telah menzalimi rakyat Mesir selama 30 tahun dan bila pilihan raya diadakan pula, diktator itu akan mendapat kemenangan hampir 99.99 peratus.

“Adakah menjatuhkan pemimpin seperti ini dianggap sebagai ganas? Janganlah pula membuat tuduhan bahawa Ikhawanul Muslimin yang terlibat sedangkan apa yang jelas berlaku di Mesir ialah kebangkitan rakyat.

Palitkan getah kepada Ikhwan

“Tidakkah Perdana Menteri Malaysia mengetahui bahawa mereka yang terlibat dengan protes ini terdiri daripada segenap lapisan rakyat Mesir. Muslim, Kristian, kelas bawahan, menengah bahkan atasan sekalipun berdiri satu barisan menuntut pengunduran Mubarak. Isunya ialah penyelewengan, penindasan dan kezaliman rejim Hosni Mubarak, jangan pula getahnya dipalitkan kepada Ikhwan!”

NONEMenurut Nik Aziz, Islam tidak mengajar umatnya untuk melakukan keganasan, tetapi Islam tidak pula membenarkan umatnya menghina diri dan merelakan perlakuan zalim ke atas diri mereka.

“Peliknya, ketika Hosni Mubarak menzalimi rakyatnya sendiri, mulut-mulut ini diam seribu bahasa, apabila rakyat Mesir bertindak menuntut hak, mereka pula dilabelkan sebagai ganas.

“Demikianlah juga ketika Iraq dan Afghanistan dihancurkan oleh Amerika Syarikat, mana perginya perkataan ganas itu? Begitu juga dengan tindakan PBB membelah bahagikan bumi Palestin demi kepentingan Israel, PBB dan Israel tidak dilabelkan ganas.

Neraca senget

Syeikh Dr Yusuf Al-Qardhawi“Apabila rakyat Palestin bertindak walaupun hanya dengan melontar batu, mereka sudah dianggap ganas! Alangkah sengetnya neraca yang mereka gunakan,” kata Nik Aziz.

Menurut Nik Aziz, Al-Qaradawi adalah ulama berjasa yang pernah dipenjarakan ketika perdana menteri Malaysia hari ini belum lagi lahir ke dunia.

Katanya, beliau telah mengarang puluhan kitab dalam pelbagai disiplin ilmu dan pemikirannya dijadikan kajian oleh ratusan sarjana di seluruh dunia bahkan kerajaan Malaysia sendiri menganugerahkan Tokoh Maal Hijrah kepada beliau.

najib egypt democracy crisis“Istighfarlah banyak-banyak. Ingatlah kepada Allah SWT sebelum melabelkan ulama yang mulia dengan tuduhan seperti itu.

“Harapan saya Perdana Menteri sekarang tidak berguru dengan salah seorang bekas perdana menteri yang semakin mengarut kenyataannya. Saya simpati dengan bekas perdana menteri itu,” akhiri tulisan Nik Aziz itu.

FRU Britain Macam Kayu!

Demo kat Britain


Demo Kat Malaysia! sempoiii..

Apa laaa.. FRU Polis Britain ni..
Lembab nak mampus!!
kata Negara maju??
kata negara berpendapatan tinggi??
kata Negara kuasa besar dunia!
Antara 5 negara veto PBB?

Orang buat demo pun dibiarkan!!

Cuba contohi FRU Malaysia..
Demo yang ada takbir smeua kena belasah!!
Tambahan takbir yang ada bunyi "hancur UMNO"..
kompom FRU malaysia akan belasah semahu-mahunya pendemo yang datang tuh!
Gas canister? berpuluh-puluh butir kompom meletup!
Water canon? sampai habis air empangan batu diceduknya!

Wakakakakaka!

Tak bagus la FRU Britain nih!
Syukur la kita duk kat malaysia dan jadi orang melayu!

adehhhh!!
sunsnake 01032011

Demonstrasi di London desak beku aset Taib

Kira-kira 20 orang, termasuk rakyat Malaysia dan warga asing, menyertai demonstrasi 'Hentikan Rasuah Balak' di Kota London semalam untuk mendedahkan dakwaan salahguna kuasa terhadap Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud. Demonstrasi tersebut dianjurkan oleh NGO Bruno Manser Fund (BMF), di luar bangunan syarikat yang dikuasai oleh keluarga Taib, Ridgeford Properties Ltd, di tengah Kota London. Demonstrasi itu diketuai adik ipar bekas perdana menteri Britain, Gordon Brown - Clare Rewcastle Brown - dan rakyat asal Sarawak, Petrus John Jaban.

Berita Penuh

Murahnya Nilai Rakyat Disisi UMNO!


Banyak tu je barang yang diberi?
Udahlah murah.. guna pun paling lama 2 minggu! Idak pun sebulan lah..
habis je stok free ni macam mana?
rakyat nak makan apa?

C'mon la UMNO!
Jangan perkecilkan nilai hidup rakyat..
Ini semua boleh dicari sendiri oleh rakyat dengan mudah dengan syarat..
permudahkan kehidupan rakyat.. bukan mempermudah-mudahkan tanggungjawab membela rakyat!

Apa sangat la nilai kotak 'goodies' sebegini dibanding kesan kenaikan harga minyak yang menjadi punca tsunami harga makanan asas!

Hmmm.. tapi yang heran..
sebab benda-benda macam nilah UMNO mampu kekalkan kuasa di kawasan-kawasan melayu kampung dan felda!
Adehhhh!!!

Teman teringat di PRK Hulu Selangor..
bersepah benda macam ni bagi dek UMNO pada kawasan majoriti cina..
berebut-rebut orang cina ambil benda-benda nih!
Tapi mari hari mengundi.. PR menang besar kat peti undi tuh!!
adehhh!!
sunsnake 01032011

100 kotak 'bantuan' BN tiba ke Kerdau

BN hari ini secara senyap mengedarkan berkotak-kotak barang makanan kepada penduduk satu-satunya kampung Cina di Kerdau atas nama bantuan. Kotak yang diangkut dengan trak petang ini diedarkan oleh beberapa orang yang memakai baju merah yang pergi ke beberapa rumah bagi mengenalpasti identiti penduduk.

Berita Penuh

Lagi Kekeliruan Muhyiddin Terserlah!

Boneka Israel US = Boneka APCO Malaysia nih!


Hok Aloh!
Jelas lagi bersuloh kelembapan Muhyiddin dalam membezakan Kerajaan dan Parti Politik..
Apabila Parti politik memenangi majoriti kerusi di pilihanraya umum..
Dia akan jadi Kerajaan..
Dan apabila dia jadi Kerajaan, dia kena adil pada semua..

Di negeri-negeri PR, Ahli-ahli Parlimen ada yang dinafikan peruntukan parlimen mereka..
boleh tanya MP yang berkenaan..
Di negeri BN, ada Adun PR yang dinafikan peruntukan Dun mereka..
antara alasan mereka peruntukan dah disalurkan ke JPP.. adehh!!

Calon PAS Merlimau duduk di Quarters kerajaan (Guru) atas keistimewaan isterinya sebagai Guru.. Apa masalahnya?
Isterinya mengajar di sekolah bukan berpolitik..
Hak dialah untuk menjadi calon...

Errr.. yang Rosmah turun berkempen di Kerdau guna Helikopter kerajaan tu macam mana pulak?
Takde logo UMNO pun kat heli tu?
Muhyiddin turun Manek Urai dan Galas guna heli kerajaan malaysia macam mana pulak?
Zahid hamidi paling terbaru guna heli kementerian pertahanan turun kempen di Merlimau..
Adehhhh!!!

Mahal mana lah quarters guru tu nak dibandingkan heli-heli tuh!!

Makin terserlah kebodohan mereka!

sunsnake 01032011

Yuhaizad: Buktikan kuarters sekolah milik Umno

Calon PAS bagi DUN Merlimau, Yuhaizad Abdullah mencabar Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya membuktikan bahawa kuarters sekolah yang didiaminya bersama isterinya yang merupakan seorang guru, adalah milik Umno.

Yuhaizad membuat cabaran tersebut sebagai menjawab kenyataan Muhyiddin yang menyifatkan calon PAS itu sebagai tidak mengenang budi kerana tinggal di kuarters sekolah bersama isterinya itu, tetapi bertanding sebagai calon PAS.

Berita Penuh

250 Keluar PKR? Pilihan Bijak!


Teman respect dengan puak-puak keluar parti 250 orang ni!
Memang bijak tindakan mereka..
Alang-alang nak keluar parti, keluar masa kempen PRK..
Ini akan menaikkan nilai RM setiap seorang daripada mereka!

Jauh bezanya kalau keluar PKR masa lain..
Beza dari segi nilai RM laaa..

Buat mana-mana ahli PKR yang rasa nak keluar parti..
Inilah masanya! sebelum 6 hb ni..
Kena panggil 1001 wartawan!
Dapat muka depan Utusan lagi bagus!
lagi tebal RM yang akan masuk...
Kompommmm!!

sunsnake 01032011


250 ahli PKR umum keluar parti

KUALA LUMPUR 27 Feb. - Seramai 250 ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang rata-ratanya pengundi di kawasan Parlimen Lembah Pantai hari ini bertindak keluar parti selepas kecewa dengan kepimpinan Ahli Parlimen kawasan itu, Nurul Izzah Anwar.

Kesemua mereka berikrar memberi sokongan terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Antara yang terlibat, Naib Ketua Penerangan PKR Lembah Pantai, Raymond Suppiah yang meletakkan jawatannya berkuat kuasa hari ini.

Menurut Raymond, mereka mula hilang kepercayaan terhadap Nurul Izzah serta konco-konconya di peringkat cabang-cabang parti di Lembah Pantai.

Berita Penuh

PR Selangor Takkan Nak Tengok Saja?


SPR ni memang 1Malaysia tahu..
Fungsi utamanya adalah menjadi seperti salah-satu Biro dalam UMNO Malaysia!
Dengan dibantu oleh JPN yang menjadi kaki dan tangan UMNO maka sangat benarlah gerakan mereka akan menjadi lancar dan licin!

So, takkan disebabkan itu PR kena 'slow' kan usaha mendaftar pengundi baru?

DAP adalah parti dalam PR yang paling aktif mendaftarkan pengundi baru.. diikuti PAS dan akhirnya PKR..

Hmm... Jangan sok dah terlepas Selangor dari genggaman..
Sibuk nak mengatakan yang SPR menipu!
Dah sah-sah SPR menipu!

Kena la sama-sama cari jalan untuk mengatasi atau setidak-tidaknya berusaha sekuat-kuatnya untuk menghalang/gagalkan rancangan jahat APCO nie..
sunsnake 01032011

UMNO Selangor perhebat usaha daftar pengundi

KUALA LUMPUR 27 Feb. - UMNO Selangor memperhebatkan usaha mendaftar pengundi-pengundi baru dengan mewujudkan unit pendaftaran di setiap kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri itu.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar berkata, ia menjadikannya antara negeri yang mempunyai pengundi baru teramai seperti didedahkan pada mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) parti baru-baru ini.

Beliau berkata, ketika ini UMNO Selangor mempunyai seramai 236 orang pegawai pendaftaran selain pegawai yang dilantik di setiap DUN Barisan Nasional (BN).

"Kita tidak mahu generasi muda hanya terpengaruh dengan politik tetapi tidak menjadi pengundi. Jadi menjadi tugas kita untuk mencari seberapa ramai pengundi baru ini agar mereka dapat melaksanakan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia," katanya.

Berita Penuh

Pemilihan Olok-olok?


teman dapat SMS Notis mesyuarat Agung PAS cawangan..
Dewan Pemuda PAS Kawasan juga akan buat mesyuarat Agung..
PAS Kawasan pun akan buat mesyuarat agung tahunan..

Dan yang bestnyer, semua mesyuarat tadi ada pemilihan jawatan..
Sebab dah cukup 'haul' dah AJK lama..

Hmm..
Langsung takde kebimbangan pun ada perpecahan dalam PAS walaupun riak-riak PRU 13 dah semakin kuat..

Alhamdulillah, moga-moga PAS tidak berkecamuk disebabkan adanya pemilihan ini..
Dan setakat ini belum jadi masalah lagi...

Kesian jugak ada parti yang tak berani nak buat pemilihan..
Se'cikai' PKR pun berani ambik langkah buat pemilihan 'mikro'..
walaupun akhirnya menyaksikan ke'runtuh'an dan penapisan terbesar dalam sejarah parti mereka!

Pemilihan olok-olok?
adehhh!!

sukahati depa laaaa!!

sunsnake 01032011

Bahagian, cawangan UMNO boleh buat pemilihan olok-olok

IPOH 27 Feb. - Sebuah jawatankuasa pemantau telah ditubuhkan bagi memantau pemilihan olok-olok yang akan diadakan di peringkat bahagian dan cawangan UMNO tahun ini.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, penubuhan jawatankuasa yang mendapat restu Majlis Tertinggi (MT) parti itu baru-baru ini dijangka dapat mengelakkan suasana yang boleh menjejaskan keharmonian parti.

Beliau berkata, pemilihan tersebut juga dapat menjimatkan kos, lokasi dan perjalanan dalam mengadakan mesyuarat di setiap bahagian.

Menurut Menteri Dalam Negeri itu, ia juga bertujuan memastikan persiapan pemilihan dalam parti nanti akan berjalan dengan lancar.

Berita Penuh