Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Tuesday, June 29, 2010

Satu jaga Negeri, Satu jaga parti! Menarik!



Rasanya secara tidak langsung.. PAS dah praktikkan cara ni..
Sewaktu DS Nizar jadi MB Perak..
Pesuruhjaya PAS Perak Ustaz Ahmad Awang..
Walaupun ada suara-suara cadangkan Ustaz Ahmad Awang digantikan dengan DS Nizar..
Tapi PAS tetap mengekalkan cara ini...

Apabila Presiden PAS umumkan Ustaz Abu Bakar sebagai pengganti Ustaz Ahmad Awang sebagai Pesuruhjaya PAS Perak, teman antara orang yang terkejut!
Ehhh!! Apsal tak lantik Nizar?? Bukankah dia sanat layak?
Sedangkan teman sendiri jarang dengar nama Ustaz Abu Bakar sebelum ni..
Mungkin dia terkenal di Perak.. tetapi umumnya dia tidak dikenali..
Alasan bagi memberikan DS Nizar ruang untuk mentadbir Perak sangat baik pada pemikiran teman waktu itu walaupun pada mulanya ada semacam 'tak puas hati'.

Terbukti cara berkenaan agak sesuai dipraktikkan walaupun agak janggal. Selalunya Ketua Eksekutif negeri itulah yang juga akan mengetuai parti politiknya tetapi ini tidak dan tidak semestinya.

UMNO menggunakan kaedah meletakkan pimpinan pusat mereka sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO negeri kerana negeri-negeri tersebut mempunyai masalah dalaman yang sangat serius! Sila kaji balik masalah dalaman UMNO di Terengganu, Kedah, Perlis, Perak dan Selangor! Sedangkan di Perak pada waktu itu, PAS tidak mengalami apa-apa masalah pun? Dan kini jelas Selangor seolah-olah 'meniru' apa yang berlaku di Perak.

pada teman, mari kita sama-sama saksikan adakah perubahan struktur kepimpinan antara parti dan kerajaan negeri oleh PKR ini mampu membuahkan sesuatu yang sangat terbaik dan sesungguhnya itulah harapan kita bersama. InsyaAllah...
sunsnake@budakbalun 29062010

Khalid Ibrahim bercuti ke luar negara mulai esok

Jun 29, 10 7:25pm

Tan Sri Khalid Ibrahim yang akan bercuti selama lima mulai esok, berkata kedudukan beliau sebagai menteri besar Selangor tanpa berkuasa dalam parti di peringkat negeri, merupakan satu "cara pentadbiran baru."

Bermula esok, Khalid akan ke Singapura bagi menghadiri Persidangan Bandar Sedunia esok dan seterusnya ke Brisbane, Australia untuk menghadiri satu sesi perbincangan dengan para graduan terpilih University of Queensland. Katanya, penyusunan kuasa seperti ini juga bagi memastikan tiada konflik kepentingan di kalangan pentadbir kerajaan dan juga pemimpin parti.

"Ini satu pembaharuan, satu inovasi. Satu isu lagi ialah untuk mengelakkan konflik kepentingan. Seorang jaga negeri, seorang lagi jaga parti," katanya. Ditanya lanjut, beliau berkata, perubahan seperti itu juga perlu bagi memastikan Pakatan Rakyat akan kekal memerintah Selangor. "Pakatan akan membuat beberapa perubahan dari masa ke semasa tapi mensesuaikannya dengan keadaan.
Berita Penuh

OrphanCare - Bukti Islam ala UMNO!

Cuba teka, yang mana satu anak haram yang kendong? wakakakak!


Banyak sangat yang teman nak ulaskan dengan tajuk berita kat bawah ni!
minta sahabat lain bagi pendapat la dulu!

Banyak kebaikan.. tapi terlebih banyak kegagalan yang teman nampak!

Kalaulah yang menghantar anak tu melayu Islam.. takkan nak terima saja?
Takkan takde hukuman?
macam hantar anak kucing ke pasar basah pulak!!!


sunsnake@budakbalun 29062010


Bayi pertama OrphanCare


KUALA LUMPUR: Pusat pelindung bayi OrphanCare yang ditubuhkan bagi menempatkan bayi terbuang untuk diserahkan kepada keluarga angkat menerima bayi pertamanya 26 Jun lalu. Presidennya, Datuk Adnan Mohd Tahir, berkata bayi berusia lima hari itu diserahkan ke pusat berkenaan oleh ibu bapanya berusia 20-an yang belum bernikah.

“Pasangan itu menyembunyikan kehamilan daripada keluarga masing-masing dan menempatkan sementara bayi mereka di sini sementara membuat keputusan sama ada hendak menjaga atau menyerahkan terus bayi mereka di sini,” katanya dalam kenyataan media di sini, semalam.
Adnan berkata, hingga kini terdapat lebih 300 pasangan mendaftar dengan OrphanCare bagi proses pengambilan anak angkat dan pihaknya yakin tiada masalah untuk memilih ibu bapa angkat sesuai untuk bayi berkenaan.


Justeru, katanya, pasangan yang berdepan masalah sama diseru untuk menghubungi OrphanCare bagi mendapatkan bantuan atau khidmat kaunseling.


Pusat berkenaan di Kampung Tunku, Petaling Jaya dibuka 24 jam hanya bertindak sebagai transit saja dan bayi terbabit akan dijaga dan ditempatkan di pusat ini tidak lebih daripada seminggu sebelum diserahkan kepada keluarga angkat untuk dibesarkan dengan sempurna.


“Kami juga akan mengadakan kempen kesedaran untuk menggalakkan pengambilan anak angkat kanak-kanak selain bayi kerana kami percaya mereka lebih sesuai berada di rumah berbanding pusat jagaan,” katanya.-metro

Israel memamg suka Arsenic! Ce tanya APCO?


Baca berita dibawah macam mengingatkan teman beberapa tahun dahulu..
Disaat DSAI masih didalam penjara!
Hmm.. macam dah memang ada link pulak dua-dua pihak APNO & APCO nih!!

wakakakakak!

Sejak dari zaman mahafiraun rupanyaaaaaa... baru kami tau!
sunsnake@budakbalun 29062010

Sukarelawan ke Gaza dakwa diracun arsenik oleh tentera Zionis

29/06/2010 7:00pm

PUTRAJAYA 29 Jun – Sukarelawan Malaysia yang ditahan oleh tentera Zionis setelah flotila bantuan kemanusiaan ke Gaza diserang 31 Mei lalu mendakwa sukarelawan misi itu diracun dengan arsenik, yang dimasukkan dalam makanan diberikan kepada mereka sepanjang penahanan itu.

Ketua Misi Lifeline for Gaza Malaysia, Noorazman Mohd. Samsuddin berkata dakwaan itu terbukti benar apabila tiga sukarelawan dari Indonesia disahkan mempunyai kandungan arsenik yang tinggi dalam badan, sekembalinya mereka dari misi itu.

"Bagi sukarelawan dari Malaysia, setakat ini lima hingga enam sukarelawan sudah buat pemeriksaan kesihatan termasuk termasuk petugas media dari Astro Awani dan keputusan mendapati ia negatif.

Berita Penuh

Kes ‘arsenik Anwar’ ditutup

KUALA LUMPUR, 11 Feb: Hakim Mahkamah Majistret, Hafizah Saun tengah hari ini memutuskan bahawa kes ‘arsenik Anwar’ yang membabitkan 30 orang kena tuduh (OKT) pada 11 tahun lalu ditutup.

Menurutnya, mahkamah menganggap sedemikian kerana pasukan pendakwaraya gagal mengemukakan saksi utama, Pengarah Siasatan Jenayah Polis Bukit Aman, Datuk Bakri Zenin di kandang pedakwaan.

Pun begitu, Hafizah menganggap kes itu tiada prima facie selepas mendengar kesaksian daripada 19 saksi yang lain.

Mereka yang memberi keterangan tersebut terdiri daripada jurukamera, pegawai polis yang melakukan penangkapan serta orang awam yang menyaksikan penangkapan kesemua OKT tersebut.

Dr Mohd Hatta Md Ramli, salah seorang OKT merakamkan syukur kepada Allah kerana membebaskan beliau bersama-sama 26 yang lain daripada perdakwaan tersebut.

Ketika menghubungi Harakahdaily tengah hari tadi, beliau mengganggap pembebasan kesemua OKT daripada dakwaan menyertai perhimpunan haram 'arsenik Anwar' itu sebagai suatu kemenangan buat rakyat, termasuk dua orang tertuduh, Omar Tan dan Mohamad Zaidi Mat Amin yang telah pun meninggal dunia beberapa tahun lalu.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Krai turut merakamkan penghargaan kepada kesemua anggota pasukan peguambela kerana bersabar dan tekun untuk menyelesaikan kes tersebut sejak 11 tahun lalu. - Harakahdaily

Bila rakyat suruh pinda ISA?



Rakyat nak ISA ni dimansuhkan! Bukan dipinda..
Apeke sengal benor Menteri "Takut debat" ni?

Hapuskan ISA bukan pinda ISA! Pinda pun kezaliman tetap sama..
mana ada zalim sikit dengan zalim banyak!

Aduyaiiii... Nak kena ajak demo Anti-ISA 2 nih!
sunsnake@budakbalun 29062010

Pindaan ISA dilulus Jabatan Peguam Negara – Hishammuddin

29/06/2010 7:05pm

KUALA LUMPUR 29 Jun – Pindaan kepada Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960 dan enam undang-undang pencegahan yang lain telah diluluskan oleh Jabatan Peguam Negara dan akan dibawa ke Kabinet dalam masa terdekat, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Beliau berkata, kesemua pindaan itu diharap dapat dibentangkan di Parlimen pada sesi ini, tetapi masih ada beberapa perkara yang perlu diperkemaskan.

"Pindaan kepada ISA dan akta-akta pencegahan telah siap dibincangkan antara pihak kementerian, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Peguam Negara.

“Bagaimanapun ada beberapa perkara lagi yang kita perlu perhalusi berkaitan akta-akta berkenaan sebelum dibawa kepada Kabinet,” katanya kepada pemberita selepas sesi taklimat antara kementerian, PDRM dan wakil Peguam Negara, Datuk Idrus Harun di Parlimen hari ini.

Selain ISA, undang-undang yang akan dipinda adalah Ordinan Darurat (Ketenteraman Awam dan Mencegah Jenayah) 1969, Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985, Akta Kediaman Terhad 1933, Akta Buang Negeri 1959, Akta Pencegahan Jenayah 1959 dan Seksyen 27 Akta Polis 1967 berkaitan perhimpunan.

Pada Mac lepas, Kabinet memutuskan pindaan ISA harus dibentang pada persidangan Parlimen bersama-sama enam lagi akta berkaitan pencegahan yang juga perlu dipinda. – Bernama

Muhyiddin - Masalah apanya Selangor?


Kalau riak-riak Di Selangor ini dikatakan harus membuka mata rakyat Selangor,
bagaimana pula riak-riak yang sama seperti ini di Terengganu? Di Perlis?
Haruskan rakyat Terengganu dan Perlis juga membuka mata?
Wajibkah rakyat kedua-dua negeri ini menolak Kerajaan negeri masing-masing?

Azmin menggantikan Khalid Ibrahim sebagai Ketua PKR negeri. Apa masalahnya?
Di Perak dahulu, YB Nizar sebagai Menter Besar, bukan dia Pesuruhjaya PAS Perak!
Tiada masalah pun? Malahan, Nizar mempunyai lebihan masa untuk menumpukan perhatiannya kepada pentadbiran negeri. Nizar mentadbir dengan baik sehinggalah rampasan 'kudeta' Najib dan konco-konconya. Najib sendiri merupakan Ketua Perhubungan UMNO Perak ketika itu! Dimana Zambry sebelumnya?

Teman yakin selepas ini, Khalid Ibrahim akan lebih menumpukan perhatiannya kepada pentadbiran negeri dan ini adalah berita baik untuk rakyat Selangor!

Jangan samakan UMNO dengan parti-parti Pakatan Rakyat!
Menteri Besar UMNO memang tak perlu sibuk buat kerja kerana mempuyai kuasa media.
MB UMNO tidak perlu turun berceramah selalu kerana dia boleh guna radio, tv dan segala macam media utama negara!

Contohnya Khalid Ibrahim, lebih 2 tahun menjadi MB, Selangor FM ada bagi peluang kah kepadanya untuk bercakap di corong radio? Malahan studio Selangor FM sendiri berpindah ke Angkasapuri!

Tuan Guru Nik Aziz sendiri yang lebih 20 tahun menjadi MB Kelantan, dinafikan haknya untuk bercakap kepada rakyat Kelantan melalui radio Kelantan.

Kalau itulah yang dimaksudkan oleh Muhyiddin, maka perlulah dia semak balik negeri-negeri pemerintahan UMNO yang masih lagi berpengerusikan orang luar!

sunsnake 29062010

Krisis PKR harus buka mata rakyat Selangor

JAKARTA 28 Jun - Krisis kepimpinan dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) kebelakangan ini menjejaskan keberkesanan pentadbiran negeri Selangor yang akhirnya merugikan rakyat negeri itu, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin

Timbalan Perdana Menteri berkata, krisis berkenaan seharusnya membuka mata rakyat Selangor kerana ia jelas menunjukkan kepimpinan PKR bukan sahaja tidak dapat diterima rakyat, tetapi juga ahli-ahli parti pembangkang itu sendiri.

"Perkara ini seharusnya membuka mata seluruh rakyat Selangor, apa yang berlaku nampak jelas kepimpinan PKR bukan sahaja tidak dapat diterima rakyat, tetapi juga ahli-ahli mereka.

"Sejak beberapa bulan ini banyak isu yang jelas timbul, maknanya kepimpinan PKR tidak ada kesepakatan sehingga ganggu-gugat pentadbiran negeri dan rakyat akan rugi.

''Ia harus dijadikan satu iktibar, saya pasti rakyat Selangor mahu pembangunan dan pentadbiran lancar. Negeri termaju merosot hanya kerana parti tidak ada kemampuan mentadbir dan menjadi beban merugikan," katanya pada sidang akhbar semasa mengadakan lawatan kerja tiga hari di sini sejak semalam.

Berita Penuh

HUKUM FACEBOOK


Facebook adalah sebuah web sosial di dunia maya yang membolehkan para penggunanya untuk saling berinteraksi dalam berbagai bentuknya. Misalnya, melakukan chatting, mencari teman, berkirim e-mail, bertukar foto, menyebarkan undangan kegiatan, mengiklankan suatu produk bisnis, dan sebagainya. Inilah sekilas fakta facebook. (Lihat www.facebook.com). Bagaimanakah hukum facebook ini menurut fiqih Islam?

Facebook hukum asalnya adalah mubah (boleh). Ini adalah hukum asal untuk berbagai sarana moden dalam berkomunikasi, sama halnya dengan pensel, faksimili, dan sebagainya. Dasar kemubahannya adalah hadis Nabi SAW,”Kamu lebih mengetahui urusan dunia kamu.” (antum a’lamu bi-amri dun-yakum). (HR Muslim, no 4358). Latar belakang hadis ini adalah Nabi SAW suatu saat pernah melarang menyerbukkan kurma (ta`bir an-nakhiil). Ternyata kurmanya tidak berbuah. Nabi SAW pun kemudian mengucapkan sabdanya tersebut. Hadis ini menerangkan bahwa “urusan dunia”, yaitu apa saja yang tidak terdapat ketentuan hukumnya dari wahyu, maka hal itu diserahkan kepada pendapat manusia. (Lihat Imam Nawawi, Syarah Muslim, 8/85). Jadi hadis ini adalah dalil bahwa secara umum syara’ membolehkan segala produk sains dan teknologi, selama tidak bertentangan dengan Aqidah dan Syariah Islam. (Abdul Qadim Zallum, Ad-Dimuqrathiyyah Nizham Kufur, hal. 12).

Selain berdasarkan hadis itu, kemubahan facebook juga dapat didasarkan pada kaidah fiqih : al-ashlu fi al-asy-syaa` al-ibahah hatta yadulla ad-dalilu ‘ala at-tahrim. Artinya, hukum asal sesuatu (benda/barang) adalah boleh, hingga terdapat dalil yang mengharamkannya. (Imam Suyuthi, Al-Asybah wa al-Nazha`ir fi Al-Furu’, hal. 108; Imam Syaukani, Nailul Authar, 12/443).

Yang dimaksud dengan al-asy-yaa’ (jamak dari asy-syai`) dalam kaidah ini adalah segala materi (zat) yang digunakan manusia dalam perbuatannya (al-mawaad allaty yatasharrafu fiiha al-insaanu bi-af’alihi). (M. Muhammad Ismail, Al-Fikr Al-Islami, hal. 41). Berdasarkan kaidah ini, maka facebook hukum asalnya adalah boleh, kerana termasuk dalam materi (zat) yang dimanfaatkan manusia dalam perbuatannya.

Namun hukum asal untuk facebook ini dapat berubah menjadi haram, jika facebook digunakan untuk melakukan segala perbuatan yang diharamkan. Dasar keharamannya adalah kaidah fiqih : al-wasilah ila al-haram haram. Ertinya, segala perantaraan yang membawa kepada yang haram, hukumnya haram. (Al-Kasani, Bada`iu Ash-Shana`i’, 10/478; Izzuddin bin Abdis Salam, Qawa’id al-Ahkam fi Mashalih al-Anam, 2/402; Ibnul Qayyim Al-Jauziyyah, I’lamul Muwaqqi’in, 3/345). Kaidah fiqih ini berarti bahwa segala sesuatu baik berupa perbuatan manusia (al-af’aal) maupun berupa materi (zat) (asy-syai`), yang diduga kuat dapat mengantarkan kepada yang haram, hukumnya menjadi haram walau hukum asalnya mubah.

Maka dari itu, facebook hukumnya menjadi haram, jika digunakan untuk segala sesuatu yang menjurus kepada yang haram. Misalnya, mengucapkan kata-kata yang membangkitkan syahwat lawan jenis, melakukan perselingkuhan, melakukan pendekatan kepada lawan jenis untuk bersenang-senang semata (bukan dalam rangka khitbah atau nikah), dan sebagainya. Diharamkan pula menggunakan facebook untuk melakukan transaksi haram, seperti bisnis narkoba atau prostitusi, atau untuk menyebarkan ide-ide kufur, seperti sekularisme, pluralisme, liberalisme, demokrasi, nasionalisme, marxisme, dan sebagainya.

Kesimpulannya, facebook hukum asalnya mubah. Namun hukumnya menjadi haram jika digunakan untuk segala sesuatu yang telah diharamkan syariah Islam. Wallahu a’lam. [ ]
--
*** diterjemahkan dari bahasa Indonesia ke bahasa Malaysia ***

UMNO Perak Menolak Judi Kerana Hukum Syara’ Atau Kerana Suara Akar Umbi?

UMNO Perak tegas tak setuju lesen judi sukan

KUALA LUMPUR: UMNO Perak tidak bersetuju dengan pengeluaran lesen judi sukan kepada syarikat tertentu seperti yang dicadangkan Kerajaan Pusat sebelum ini.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, berkata kerajaan disaran supaya mengkaji dengan teliti mengenai cadangan itu sebelum membuat sebarang keputusan. “UMNO Perak membuat keputusan dan meminta kerajaan supaya tidak meluluskan lesen judi sukan. Ini pandangan dan suara akar umbi UMNO negeri itu.

“Kerajaan bukan saja perlu mengkaji kesannya dari segi ekonomi, malah perlu lebih komprehensif lagi melihat kesannya dari aspek tuntutan agama,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Isu judi sukan timbul apabila Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin, menyatakan terdapat cadangan daripada pihak kerajaan untuk meluluskan lesen judi sukan ketika menjawab soalan di Dewan Rakyat bulan lalu.

Zambry berkata, walaupun kerajaan belum lagi membuat sebarang keputusan sama ada mahu meluluskan pemberian lesen judi atau tidak, pelbagai tanggapan negatif kini muncul dan ia perlu dihentikan segera.

Beliau berkata, walaupun pandangan UMNO Perak itu dilihat bercanggah dengan dasar kerajaan, ia bukan alasan untuk menyatakan pandangan ataupun pendapat apatah lagi membabitkan suara akar umbi. Katanya, dalam membuat keputusan itu UMNO tidak bersendirian, sebaliknya ia juga sudah dipersetujui serta disokong rakan komponen Barisan Nasional (BN) di negeri itu.

“Taklimat yang diberikan kepada kita bahawa kerajaan masih belum lagi meluluskan lesen judi ini...kami di Perak memahami dan keputusan yang dibuat tidak hanya satu pihak saja.

“Isu judi bola ini bukannya isu politik dan kami di Perak mendengar pandangan rakyat berhubung isu ini dari peringkat atasan sehingga bawahan,” katanya.

Katanya, isu judi berkenaan dimanipulasi sepenuhnya oleh pembangkang bagi meraih sokongan politik untuk menutup kegagalan mereka memansuhkan judi di negeri yang ditadbir pakatan pembangkang.

Sumber : Berita Harian, 24/06/2010

UMNO Perak Menolak Judi Kerana Hukum Syara’ Atau Kerana Suara Akar Umbi?

Suatu kesalahan dan kebatilan yang amat nyata apabila menolak judi kerana kehendak manusia. Inilah akibatnya apabila perasaan dan manfaat dijadikan asas untuk melakukan atau menilai sesuatu. Dalam kes judi ini kita melihat bagaimana UMNO Perak yang rata-ratanya dianggotai oleh orang Islam melalui Pengerusi Badan Perhubungannya, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir meminta pihak kerajaan persekutuan sekular yang mereka sendiri dokong selama ini agar tidak mengeluarkan lesen judi sukan dengan alasan ini adalah pandangan dan suara akar umbi UMNO negeri itu. Sedangkan dalam pandangan Islam, kita menolak atau menerima sesuatu kerana hukum syara’dan bukannya kerana kehendak manusia. Jika syara’ mengatakan sesuatu adalah haram maka wajib bagi seseorang Muslim itu tunduk dan patuh kepada hukum tersebut walaupun majoriti manusia tidak menerimanya. Untuk itu tidak layak bagi UMNO Perak yang anggotanya adalah orang Islam menunggu lampu hijau dari ahlinya untuk menolak judi sukan tersebut kerana Allah SWT, pencipta manusia, alam dan kehidupan telah secara jelas dan nyata mengharamkan segala bentuk judi yang dikatakan sebagai salah satu dari perbuatan syaitan. Firman Allah SWT:

”Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya”
. [TMQ Al-Maaidah (5) : 90].

Bagi seorang Muslim adalah menjadi kewajiban baginya untuk memastikan dirinya, sama ada pemikiran mahupun perasaannya tunduk kepada hukum syara’. Dari Abdullah ibn Amru ibn Al-Ash ra berkata bahawa telah bersabda Rasulullah SAW,

“ Tidaklah beriman seseorang kamu sehinggalah hawa nafsunya mengikuti apa yang dibawa olehku (Islam)”
[hadith hasan sahih lihat dalam hadith 40 Imam Nawawi].

Firman Allah SWT:

”Dan tidaklah harus bagi orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan - apabila Allah dan RasulNya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara - (tidaklah harus mereka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. Dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allah dan RasulNya maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang jelas nyata”. [TMQ Al-Ahzaab (33) : 36].