Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Wednesday, December 21, 2011

PERKASA Takut UMNO Kalah?


KENYATAAN MEDIA

DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA

PERKASA TAKUT UMNO KALAH?

25 Muharram bersamaan 21 Disember 2011

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPP Malaysia) membidas kenyataan Setiausaha Agung Perkasa, Syed Hassan Syed Ali yang mendakwa penggunaan dakwat kekal akan membawa negara ke belakang. Bagi DPP Malaysia, kenyataan seperti ini seolah-olah tidak mahu negara ini berganjak ke arah sistem pilihanraya di Malaysia yang lebih adil, telus dan penuh dengan amalan demokrasi yang tinggi.

DPP Malaysia merasa hairan bagaimana Perkasa boleh mempertahankan agar dakwat kekal tidak digunakan dalam keadaan semua pihak bersetuju supaya ianya digunakan. Alasan bahawa Malaysia adalah negara maju dan canggih sehingga tidak memerlukan dakwat kekal adalah alasan yang yang amat dangkal. Ini kerana selama ini dalam keadaan negara tidak meggunakan dakwat kekal, selama itulah berlakunya pelbagai penipuan dan penyelewengan hasil dari daftar pemilih.

Persoalannya, apa yang Perkasa khuatirkan dengan penggunaan dakwat kekal? Mengapakah Perkasa gusar sangat terhadap kebenaran yang akan disingkapkan hasil dari penggunaan dakwat kekal dan apakah kerana ada kuasa yang bakal tergugat dalam PRU ke 13 nanti sehingga boleh menjejaskan masa depan Perkasa?

Selain itu, DPP Malaysia merasa pelik kerana Perkasa mendakwa ramai pengundi Melayu tidak keluar mengundi jika dakwat kekal digunakan. Atas dasar apakah dakwaan Perkasa ini? Mengapa pula orang Melayu tidak mahu turun mengundi hanya kerana ada dakwat kekal digunakan. Jika alasan syarak digunakan, Majlis Fatwa Kebangsaan telah meluluskan dan tiada apa-apa masalah dalam menggunakan dakwat kekal.

Orang Melayu hanya tidak turun mengundi jika ada ancaman atau ugutan terhadap mereka daripada turun mengundi. Dalam keadaan negara aman seperti Malaysia, orang Melayu tidak perlu risau untuk turun mengundi kerana tiada siapa berhak mengugut orang Melayu daripada menunaikan hak dan kewajipan mereka. Mengundi dalam pilihanraya adalah suatu kewajipan kerana ia berkaitan memilih pemimpin yang akan memimpin negara dan masa depan rakyat.

Oleh itu, Perkasa tidak perlu mengeluarkan kenyataan yang tidak berasas seperti ini. Perkasa sepatutnya mengalu-alukan usaha SPR yang mahu mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap sistem pilihanraya di Malaysia yang telah lama diperkatakan orang. Lebih dari itu, Perkasa perlu memujuk orang Melayu turun mengundi bagi membuat perubahan di dalam negara ini.

Disediakan oleh;

RIDUAN MOHD NOR

Ketua Penerangan

Dewan Pemuda PAS Malaysia

Dunia Ini Akhirnya Milik Anak Muda!!!

KENYATAAN MEDIA

DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA

BIARKAN MAHASISWA DENGAN IDEALISME MEREKA

25 Muharram 1433 bersamaan 21 Disember 2011


Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPP Malaysia) merasa kesal kerana ada pihak yang mengugut dan mengancam Adam Adli, antara mahasiswa yang bertindak menurunkan bendera Datuk Seri Najib Tun Razak dan menaikkan bendera mahasiswa dengan pelbagai ugutan seperti SMS, video dan telefon serta mengancam keluarga beliau. Bagi DPP Malaysia, kes beliau seharusnya diserahkan kepada pihak polis bagi membuat siasatan serta mengambil tindakan lanjut dan tidak perlulah ada pihak lain mendahului polis dalam menjalankan siasatannya.

Dalam hal ini, DPP Malaysia merasa kecewa kerana ugutan dan ancaman ‘ala mafia’ seperti yang dilakukan ke atas Adam Adli sudah menjadi budaya dalam masyarakat. Seolah-olah golongan kuat dan mempunyai pengaruh boleh bertindak sesuka hati ke atas mereka yang lemah. Budaya ini boleh menyebabkan kebenaran tidak mampu terungkap kerana dilindungi kebatilan yang di kuasai oleh mereka yang kuat dan berkuasa.

DPP Malaysia melihat usaha mengugut dengan menakut-nakutkan mahasiswa adalah tindakan tidak wajar dan tidak matang. Ugutan ini seperti mahu mematikan idealisme mahasiswa yang sedia membara. Ibarat anak muda yang baru mengenal kehidupan, mahasiswa boleh ditegur dan dilentur, tetapi kegiatan mereka tidak perlu disekat kerana ia adalah sebahagian adaripada eksperimen kehidupan mereka. Jika mereka bersalah, tindakan lanjut boleh dibuat kerana banyak tapisan undang-undang yang ada di negara ini. Mengugut dan mengancam beliau merupakan suatu hukuman yang telah dijatuhkan ke atasnya sedangkan beliau belum didapati bersalah.

Perhimpunan aman yang dianjurkan oleh mahasiswa tempohari adalah proses biasa menguji kematangan mahasiswa. Seharusnya demokrasi di negara ini dijunjung tinggi dengan memberikan kebebasan kepada rakyat terutama mahasiswa melahirkan suara hati mereka melalui perhimpunan aman. Lebih dari itu, memorandum telah pun diterima baik oleh Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, YB Datuk Saifuddin Abdullah.

DPP Malaysia menegaskan bahawa mahasiswa adalah aset rakyat hari ini dan masa depan negara. Banyak peristiwa besar dunia di mana-mana negara dicorakkan oleh kebangkitan mahasiswa. Mereka lah pembawa obor perubahan masyarakat dan ditangan mereka penentu kejatuhan dan kebangkitan rakyat di sesebuah negara. Menyekat idealisme mahasiswa akan menyemarakkan lagi api perjuangan mereka dan jangan terkejut rakyat akan turut sama bangkit bersama perjuangan mahasiswa.

Disediakan oleh;

RIDUAN MOHD NOR

Ketua Penerangan

Dewan Pemuda PAS Malaysia

Awang Adek! Guna Akaun Aku Boleh?


Apa punya alasan laaa..
Bendahari PAS cawangan pun tak berani nak simpan duit sumbangan untuk PAS dalam akaun sendiri!

Inikan pula Ahli parlimen!
inikan pula Menteri!

aduhhh!!

RM100 untuk 4000 keluarga!
Wow!! 'pemurah'nya penderma tuh??
Dermawan sungguh!!!

banyak cara lain nak simpan..
Takkan takde akaun kumpulan?
Takkan takde Tabung Amanah atau apa jua yang berkonsepkan ramai-ramai..

Ini akaun individu??

Dah submit ke SPRM?
haaaa.. eloklah...
Berani sangatlah SPRM nak tuduh kamu..
Polis trafik kutip RM20 tepi jalan berani la depa dakwa!

wakakakaka!

Kalau penyokong UMNO tak nampak lagi tak tau laaa..
Korang duk bawah tak dapat apa pun...
Yang dok atas ni 7 keturunan makan tak abis!!

Ada yang anak beranak leh lepak kondo kat Singapore lagii!
Perghhh!

Pencacai lagi laa..
memekak dalam blog teman ni boleh laa..
nak perkenal diri?
takotttt!! chaitt!

budakbalun 21122011

Awang Adek akui terima deposit, tapi...


Timbalan menteri kewangan Datuk Dr Awang Adek hari ini menjelaskan bahawa deposit wang ke dalam akaun peribadinya, seperti didakwa satu blog, merupakan sumbangan untuk program sosial.

Ketua bahagian Umno Bachok itu mengakui telah menerima sumbangan yang dipertikaikan itu melalui salah satu daripada tiga akaun peribadinya.

Akaun peribadi itu dibuka pada 2004 untuk membiayai program di kawasan Bachok, katanya.

Bercakap dalam sidang media di bangunan parlimen hari ini, Awang berkata beliau mempunyai semua rekod transaksi daripada sumbangan berkenaan yang dikendalikan oleh seorang pegawai khas.

"Banyak syarikat dan individu derma untuk jalankan kegiatan dan program untuk rakyat Bachok, bahagian saya. Semua diuruskan melalui akaun saya.

"Rekod ada. Siapa bagi, ada. Perbelanjaan pun ada," katanya lagi yang menambah, rekod berkenaan akan diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Awang berkata, sumbangan dalam bentuk cek dan tunai itu digunakan untuk program seperti bantuan Hari Raya RM100 untuk seramai 4,000 keluarga dan juga kelas tuisyen pelajar di 33 sekolah rendah.-Mkini

Bendera Najib Lebih Mulia Dari Hukum Allah?

KENYATAAN AKHBAR DEWAN PEMUDA PAS NEGERI SELANGOR

BENDERA NAJIB LEBIH MULIA DARIPADA HUKUM ALLAH?

DEWAN PEMUDA PAS NEGERI SELANGOR berasa lucu dengan tindakan ‘kebudak-budakan’ dan tidak bertamadun puak-puak Umno dan rakan sekutu mereka seperti Perkasa, GPMS, Majlis Belia dan lain-lain yang berterusan mengecam dan mengancam Adam Adli kerana menurunkan bendera bergambar Najib baru-baru ini.

Umno kini sudah kehilangan arah perjuangan yang sebenar sehingga terlalu memuliakan pemimpin mereka sehingga ke tahap yang tidak sepatutnya. Adalah bendera bergambar Najib lebih mulia dan perlu diagungkan daripada menegakkan hukum Allah Taala? Apakah tindakan mengecam dan mengancam Adam Adli secara berterusan lebih mulia daripada kenyataan biadap pemimpin Umno yang secara jelas menghina hukum Allah Taala? Adakah tindakan meminta permohonan maaf Adam Adli lebih diutamakan atau penipuan dan kezaliman Umno terhadap rakyat yang perlu dihentikan? Apakah tindakan Adam Adli menurunkan gambar Najib terlalu ekstrem sehingga boleh merosakkan aqidah orang-orang Umno?

Dewan Pemuda Pas Negeri Selangor merasakan Umno kini semakin pelik dan perjuangan parti itu kini hanya untuk mempertahankan individu tertentu sahaja dan bukan untuk rakyat jelata. Jelaslah Umno dan Barisan Nasional kini sudah tidak boleh diharapkan untuk menjaga agama, bangsa dan negara ini apabila rakyat di semua peringkat semakin menolak pendekatan politik dan dasar perjuangan mereka.

Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor mengucapkan tahniah kepada adik-adik mahasiswa dan mahasiswi dalam negara ini yang telah bangkit untuk menuntut penghapusan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) serta mempertahankan hak mereka selaku rakyat di dalam negara ini.

Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor juga berharap pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengambil tindakan tegas terhadap pihak UMNO dan rakan sekutu mereka yang terus-terusan memberi tekanan dan ancaman secara terbuka kepada Adam Adli dan para mahasiswa. Adakah mereka ini ‘kebal’ daripada undang-undang Malaysia sehingga boleh menumbuk dan member ancaman kepada orang lain secara terbuka?

USTAZ HASBULLAH MOHD RIDZWAN

KETUA PEMUDA

DEWAN PEMUDA PAS NEGERI SELANGOR

21 Disember 2011

Fenomena Dr Hasan Ali?


Dr Hasan Ali Yang Ku Kenali

Teman antara yang sangat meminati Dr Hasan Ali ni terutama pidatonya yang sangat berkesan,ilmiah dan menarik!
Pertama kali dia berceramah di Pentas PAS yang teman ikuti ialah di Dataran Kg Berop, Tg Malim rasanya 12 tahun lalu.. Sangat bersemangat!

Dan dia tetap teman hormati dan sanjungi atas keberanian dia menolak pelawaan UMNO dan memilih untuk bersusah payah menyertai PAS yang dia tahu penuh dengan 1001 risiko!

Bukan sedikit dia 'kerugian' apabila menyertai PAS..
Dia 'kehilangan' pelbagai jenis peluang sesuai dengan tarafnya selaku pakar motivasi dan personaliti yang sangat dikenali.

Ramai yang mengenali beliau melalui rancangan Forum Perdana di RTM suatu ketika dahulu..
Nama-nama seperti Dr. Haron Din, Ustaz Ismail Kamus, Ustaz Ishak Baharom sinonim sangat dengan rancangan tersebut!

Teman juga pernah ikut rakaman forum berkenaan di padang UPSI suatu ketika dahulu!
Subhanallah! ramainya umat yang hadir macam ada ceramah PAS!

Teman melihat beberapa kelemahan yang berlaku didalam isu ini dimana pimpinan seperti Saari Sungib tidak sewajarnya membuka mulut menceritakan perihal ketidakcukupan pecalonan untuk Dr Hasan menjadi calon. Senarai pencalonan masih terlalu luas! Belum ada sesiapa pun pasti, dan tidak semestinya untuk menjadi calon, memerlukan pencalonan yang cukup! PAS mempunyai tapisan yang paling terbaik setakat ini iaitu Majlis Syura' Ulama yang pastinya mempunyai cara untuk memilih dan menilai seseorang calon tersebut.

Dalam masa yang sama, tindakan Dr Hasan Ali mengasingkan diri semenjak tidak menjadi Pesuruhjaya PAS Selangor juga adalah sangat menghairankan? Apa perlunya beliau menyepikan diri dengan tidak menghadiri sekian banyak aktiviti-aktiviti parti? Apakah uslub (cara) beliau yang sebenarnya mahu ditunjukkan?

Isu yang melanda batang tubuh beliau dan beberapa orang pimpinan ini sangat-sangat menyedihkan disaat Pakatan Rakyat berada di selekoh akhir sebelum membuat pecutan ke garisan penamat!

Teman yakin dengan kemampuan pimpinan PAS untuk menangani polemik ini. Dengan dasar Islam yang dipegang selama ini dan ketabahan disamping pengalaman berhadapan dengan masalah sebegini InsyaAllah, segalanya akan kembali tenang.

Cadangan Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) melalui Ketuanya Ustaz Nasruddin agar diadakan Majlis Mahabbah sangat menarik dan sesuai dengan situasi. Itulah jalan yang terbaik kerana apabila mata bertentang mata, InsyaAllah disitu ada hidayah dan kasih sayang Allah SWT untuk dinikmati bersama!

Kocak-kocak air didalam gelas janganlah tumpah hingga mengotorkan alas meja. Sebaiknya kocakan itu ditenangkan segera untuk rakyat menikmati air keadilan dan kesaksamaan selepas berjaya menumbangkan UMNO dan Barisan Nasional kelak!
BudakBalun 21122011

Muslimat PAS turut selar Hasan Ali


Dewan Muslimat menyelar tindakan bekas naib presiden PAS, Datuk Dr Hasan Ali ekoran tindakannya mempersoalkan ”Negara Berkebajikan” PAS serta menuduh parti itu terkeluar daripada landasan perjuangannya.

"Pendirian sebegini sesungguhnya adalah pendirian Umno yang senantiasa mahu memburukkan dan melemahkan PAS khususnya di mata orang Melayu," kata ketua penerangannya, Aiman Athirah Al Jundi.

"Persoalan kami, apakah nawaitu Datuk Dr Hasan Ali ketika bercakap mengikut rentak musuh-musuh politik PAS?

"Begitu juga bila beliau ”memainkan” isu 3R – Religion, Race and Royal (Agama, Bangsa Dan Raja) yang umum juga tahu ini adalah strategi dan senjata Umno untuk terus mendapatkan ”sokongan hayat” dari para simpatisan dan chauvanis Melayu?" katanya dalam satu kenyataan.
-Mkini

Hasan: Mana bukti saya masuk jerat Umno?

Exco Selangor Hasan Ali hari ini mencabar setiausaha agung PAS agar mendedahkan sebarang bukti yang mengaitkannya dengan usaha melemahkan parti itu dan kini termasuk dalam "perangkap Umno."

Menyifatkan kenyataan Mustafa Ali minggu lalu itu sebagai "sombong", bekas pesuruhjaya PAS Selangor itu berkata tokoh kanan PAS itu menggunakan kuasanya sebagai setiausaha agung untuk mengeluarkan kenyataan yang bukan-bukan dan tidak tentu arah.

Dalam sidang media di kediamannya di Kuala Lumpur, Hasan juga menggesa PAS agar mengenakan tindakan disiplin terhadap ketua penerangan PAS Selangor, Saari Sungib, yang mendedahkan beliau (Hasan) tidak cukup pencalonan untuk mempertahankan kerusinya, Gombak Setia.