Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Thursday, June 17, 2010

'Italian Job' di Malaysia?


Perghh!! Memang teman 'suspect' la kat penyamun-penyamun nih!
Mesin ATM hilang tanpa jejak beb!

Yang lagi heran.. Sistem Alarm 'kong' sebab penyamun tu potong wire dan Polis terus kat ini kerja Pro!
beb! Mat rempit rembat motor pun terror tau bab-bab potong wire nih!

Teringat teman ada satu kes dulu, nak rembat mesin ATM guna forklift!
Ada jugak yang main letup-letup mesin ATM kat Shah Alam..
Haduhh!! Makin terdesak hidup rakyat Malaysia nih!
sunsnake 17062010

ATM ‘withdrawal’ stumps cops

June 17, 2010

KUALA LUMPUR, June 17 — Police are puzzled by a missing ATM at a supermarket in Taman Dagang, Ampang as the door and wall were not damaged.

Ampang Jaya deputy police chief Supt Amiruddin Jamaluddin said the only sign of the ATM theft was the cracked flooring.

He believed that the ATM theft occurred between 10pm Tuesday night and 7am yesterday.

“The alarm system was also deactivated after the wire was cut. It was a professional job,” he told reporters at the scene last night.

Amiruddin believed it was committed by several people and that the closed circuit television (CCTV) camera was also not working. — Bernama

Kambing Hitam tak mampu bayar ikat jamin?


Huihh!! Kalau betul mamat ni curi enjin jet.. Takkan RM150K pun takleh bayar?
Takkan dia jual enjin jet tu 5kupang sekilo?

Teman ada member dulu yang sering smuggle barang kilang keluar.. Sekali dia bawak keluar barang spare part kereta boleh dapat sampai RM16K tuh! Itu spare part kereta.. dan dia pun dah kena dakwa!

Ini rembat enjin jet bro! Takkan sengkek kot! Mahkamah letak nilai tu pun sebab memandangkan kes ni kompom main juta-juta punya!!

Aduyaiii!!

kesian la kalau betul mamat ni jadi kambing hitam..
Persoalannya? macam mana dalam banyak-banyak askar, dia yang kena jadi kambing hitam?
sunsnake 17062010

KUALA LUMPUR, 17 Jun — Peguam keluarga Sarjan N. Tharmendran, yang kini menghadapi tuduhan mencuri dua enjin jet milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), mahu mendedahkan semua dengan membuat laporan polis berhubung layanan buruk diterimanya ketika dalam reman.

Lawyer N. Surendran memberitahu The Malaysian Insider bahawa anak guamnya dijadikan “kambing hitam” apabila dikenakan tuduhan bersubahat dan mencuri enjin-enjin pesawat jet F5 TUDM dan ditahan reman di Penjara Sungai Buloh.

“Dia hanya seorang staf berpangkat rendah dan kami percaya tuduhan ke atas dia hanya bertujuan melindungi pihak tertentu,” kata Surendran.

Mahkamah turut mendengar permohonan peguam Rakhbir Singh yang mewakili Tharmendran agar ikat jamin anak guamnya dikurangkan kepada RM10,000 daripada RM150,000 dengan seorang penjamin atas alasan tidak berkemampuan.

Selain tidak mempunyai rekod kesalahan lampau, hujahnya wang jaminan yang dikenakan terhadap Thamendran terlalu tinggi jika dibandingkan dengan nilai enjin yang didakwa dicuri itu.

Berita Penuh

Dapat RM2juta.. Kena Saman RM5 juta! rugi-rugi...



Hah ambik!
Walaupun teman dapat rasakan mahkamah takkan jadi lurus kat Perak nie..
Tapi tindakan DAP Perak ni sangat-sangat baik dan bermotivasi!

Tapi kesian la dengan Adun-Adun katak tu.. baru nak berangan pegang duit juta-juta!

aduhhhh!!
Bak kata Mahmud June "Baru nak beli peti televisen!"
sunsnake 17062010

DAP Perak Kuatkuasa Kontrak RM5 Juta Terhadap ADUN Melompat

Oleh Fazli Othman

KUALA LUMPUR 16 Jun - DAP Perak mengambil keputusan untuk menguatkuasakan kontrak RM5 juta dan tindakan undang-undang terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri Malim Nawar, Keshvinder Singh dan ADUN Jelapang, Datuk Hee Yit Foong yang ditandatangani oleh mereka semasa dipilih sebagai calon Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum 2008 lalu.

ADUN Sitiawan, Datuk Ngeh Khoo Ham berkata keputusan untuk menguatkuasakan kontrak itu diambil setelah kedua-dua ADUN tersebut melompat parti.

"Sebelum ini kita tidak menguatkuasakan undang-undang ini kerana takut rakyat beranggapan DAP cuba mendenda dan mengumpul dana tetapi keputusan ini dibuat untuk menghukum mereka yang membelot kepada rakyat yang telah memilih mereka.

"Tetapi sekarang rakyat sekarang berpendapat, ADUN yang melompat ini tidak sepatutnya mendapat laba dan menjadi jutawan segera hasil daripada pembelotan tersebut.

"Tindakan undang-undang akan diambil terhadap mereka dan wang hasil daripada denda tersebut akan diberikan semula kepada rakyat melalui program-program yang dijalan DAP," kata Koo Ham pada sidang media di parlimen tengahari tadi.

Berita Penuh

Fiesta Kelantan - Kemurkaan dari Langit?



Teman dah ulas isu Kemunafikan UMNO disini..
Akhirnya apa yang berlaku? Fiesta jadi fiery!

Sedari awal lagi puak-puak UMNO Kelantan ni dah menipu-nipu semahu-mahunya..

Dengan menipu dan menghina Tuan Guru Nik Aziz selaku Ketua Eksekutif Kerajaan Kelantan..
Dengan menghina Pemangku Sultan Kelantan apabila banner fiesta ini hanya ditayang muka Najib.. fuh!! jangan main-main wooo..
mungkir janji ni bukan hal kecik..

mungkin pada UMNO mungkir janji ni macam dosa terlihat rambut Rosmah barangkali...
apa-apa pun.. Allah SWT memperlihatkan se'kuman' kuasanya malam tadi...
Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar!


sunsnake 17062010

Hujan Iringi PM Terbang Awal

Malam ini asalnya dijangka mencatat sejarah tertentu bagi Kelantan. PM akan sepentas dengan Mursyidul Am PAS yang juga MB Kelantan, menyaksikan perasmian Kelantan Fiesta oleh Baginda Pemangku Raja Kelantan.

Malam ini, sejarah masih tercatat tetapi dengan cara yang sama sekali tidak dijangka.

Bukan sahaja Pemangku Raja tidak berangkat atas apa jua sebab, PM yang dalam rangka lawatan rasmi sehari ke Kelantan dan kemuncaknya akan merasmikan sendiri event Kerajaan Pusat yang dinamakan Kelantan Fiesta itu di Stadium Sultan Muhammad, pulang awal tanpa sempat menjejakkan kaki ke situ.

MB dan Kerajaan Negeri memutuskan tidak bersama, antara lain kerana pertukaran dari 'agenda bersama' kepada 'hanya agenda Pusat'. Poster One Malaysia menunjukkan PM akan merasmikan acara itu tergantung di sana sini.

Kemuncaknya malam ini, hujan ribut 'menyerang' semua persiapan di Stadium bersejarah itu. Hujan bermula sejak 8.30 malam. Sehingga jam sebelas setengah, ia masih turun renyai-renyai selepas turun dengan lebat sebelumnya.

Berita Penuh