Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Wednesday, June 16, 2010

UMNO..UMNO.. cakap Munafik marah!



Tajuk : Ciri-ciri Orang Munafik
Hadith : Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya:
“Ada empat perkara, sesiapa yang melakukannya maka ia adalah seorang munafik tulen. Sesiapa yang melakukan satu daripada empat perkara itu, maka ia mempunyai salah satu daripada sifat munafik, hingga dia meninggalkannya . (Empat sifat itu ialah) apabila dipercayai ia khianat, apabila bercakap ia berdusta, apabila berjanji ia mungkir dan apabila bertengkar ia mengenepikan kebenaran. (Menegakkan benang basah ) “.
Riwayat Ahmad (sumber- JAKIM)

itulah UMNO yang rakyat Malaysia kenali..

Dulu masa nak lepas pelumba basikal lebih kurang macam tu laa..

Memang WAJIB Kerajaan Kelantan pulaukan majlis tu jauh-jauh..

Ni kira macam pencuri yang dah sah mencuri kat rumah seseorang.. lepas tu masuk balik rumah tu dan menipu pulak tuan rumah tuh!
Dah lah rembat hasil minyak Kelantan, lepas tu slumber rosmah dia masuk balik ke Kelantan dan siap menipu pulak dengan Tuan rumah!

hmmm.. apsal la makcik-pakcik felda yang totok UMNO tak insaf-insaf lagi??

sunsnake 16062010

Dakwa mungkir janji, Nik Aziz pulau Fiesta Kelantan malam ini

June 16, 2010

KOTA BARU, 16 Jun – Kerajaan Kelantan akan memulau majlis perasmian Fiesta Kelantan 2010 yang sepatutnya dirasmikan oleh Pemangku Raja Kelantan dan dihadiri Datuk Seri Najib Razak di perkarangan Stadium Sultan Mohammed Ke-IV di sini malam ini dengan alasan penganjur mungkir janji dengan tidak membenarkan Menteri Besar Datuk Nik Aziz Nik Mat berucap.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri, Datuk Takiyuddin Hassan berkata penganjur bersama majlis itu, Red Carpet World Wide Sdn Bhd, telah melanggar syarat-syarat perjanjiannya dengan kerajaan negeri.

Beliau berkata mengikut perjanjian asal, Pemangku Raja Kelantan Tengku Muhammad Faris Petra dijadual merasmikan fiesta itu dan Nik Aziz turut berucap tetapi mengikut keputusan terbaru, Nik Aziz tidak dibenarkan berucap manakala majlis itu tidak dirasmikan oleh Pemangku Raja Kelantan.

Bercakap kepada pemberita selepas mesyuarat mingguan Exco Kerajaan Negeri di sini hari ini, Takiyuddin berkata, tindakan penganjur itu menyinggung perasaan kerajaan negeri yang diketepikan dalam banyak perkara.

Berita penuh

0 comments: