Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Monday, January 24, 2011

Woit UMNO! Kata Daulat Tuanku?

Aikk?? Hari tu siap berdoa untuk Tuanku..
Hari ni tak setuju bagi kuasa kat Tuanku pulak? Pengkhianat!!! wakakakakaka!

Chehh!!
Daulat Tuanku sana.. Daulat Tuanku sini..
Nizar pengkhianat sana..
Khalid pengkhianat sini..

Akhirnya.. terburai jugak siapa pengkhianat pada raja-raja melayu yang sebenar..
Akhirnya.. terpecah jugak tembelang..

Quote kata-kata Chegu Bard di ceramah minggu lepas @ Hulu Bernam, Hulu Selangor..

"UMNO buat raja-raja melayu ni macam pelacur tua je, bila nak guna, UMNO belai-belai raja-raja.. UMNO tolak raja-raja melayu ke depan.. lepas tu UMNO menyorok belakang raja-raja melayu.."

Betul!!! Dan inilah yang berlaku sekarang!
Nak kembalikan kuasa kepada Sultan Selangor pun UMNO Selangor tentang!
Adehhh!!
Mana Daulat Tuanku nye wehhh?

Mana Armand?? mana PERKASA??
Ni bukan khianat kepada Agama, Bangsa dan Negara ke?

Wakakakaak!

sunsnake 24012011

BN Selangor tetap dengan pendirian tentang pindaan esok

SHAH ALAM, 23 Jan — Ketua Pembangkang Selangor Datuk Mohamad Satim Diman hari ini berkata Barisan Nasional (BN) akan menentang pindaan Perkara 52 Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959 kerana tidak mahu melihat pegawai-pegawai tinggi kerajaan negeri hanya berfungsi sebagai “Pak Turut”.

Dewan Undangan Negeri Selangor akan bersidang esok bagi meminda Perkara 52 dalam undang-undang negeri bagi memulangkan kuasa Sultan dan Menteri Besar dalam pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan dan Penasihat

Undang-undang Negeri yang terletak dibawah bidang kuasa Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).

Berita Penuh

Harussani Pengkhianat!!! Tegur Presiden MCA!

Yang teman nampak.. puak-puak ni yang hina Islam! adehh!

Cheisss!!! Buat kesekian kalinya!!

Tergamak Tok Mufti Perak ni tegur Chua Soi Lek Presiden MCA nehh!!
Bukankah MCA adalah sahabat karib UMNO dalam Barisan Nasional?
Bukankah UMNO mengaku hanya UMNO sahaja yang memperjuangkan melayu?

Jadi sesiapa yang menentang MCA juga adalah pengkhianat kepada perjuangan melayu!
Cheisss!!

Kalau ikut ayat-ayat blogger pencacai UMNO..
DAP ni kafir harbi..
Tak pernah pulak teman baca puak-puak tu maki MCA..
Maklumlah.. MCA dan Gerakan ni sokong Ketuanan Melayu dan Islam!

wakakakakaka!

Kalau makcik-pakcik Felda di Tenang tak nampak lagi..
Tak tau la teman!

Jadi umpan taut je la seumur hidup!

sunsnake 24012011

Isu bersalam: Harussani anggap Soi Lek hina Islam, perlu minta maaf

LABIS, 24 Jan — Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria menyifatkan tindakan Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, yang menyentuh soal wanita Islam bersalam — calon PAS-Pakatan kerusi DUN Tenang, sebagai satu pendirian menghina agama Islam yang merupakan agama rasmi negara ini.

Justeru, Harussani menggesa Dr Chua yang juga Presiden MCA supaya meminta maaf kepada orang Islam kerana mempertikaikan tertib bersalam seorang wanita Islam.

Kempen Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Tenang dilihat memberikan tumpuan kepada cara bersalam calon PAS-Pakatan Rakyat Normala Sudirman yang tidak bersalam dengan lelaki.

Kontroversi itu terlebih dahulu ditimbulkan Dr Chua dan ia diikuti beberapa pemimpin MCA yang turut mempertikaikan pendekatan Normala itu.

Selain itu, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin turut menyokong tindakan Dr Chua yang membangkitkan agenda PAS untuk menubuhkan sebuah negara Islam jika Pakatan Rakyat berkuasa adalah baik bagi “mengingatkan” masyarakat Cina di DUN Tenang.

Berita Penuh