Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Tuesday, May 31, 2011

BERSIH 2 - Buat Tarik Semangat!

Apabila UMNO dah tiada hujah...

UMNO.. sesama dia pun bergaduh!! Bangang sungguh!! wakakaka!


Standard UMNO ni..
Bila dia dah habis idea nak berhujah..
Bila dia dah tumpul semua fakta..
Bila dia dah kering idea...

Satu perkara yang dia akan buat..
Gunakan kekerasan..
ataupun gunakan kuasa yang ada..

kes di kuantan ni..
MB Pahang dah kering idea..
nak hujah atas dasar sains.. tak reti..
nak hujah atas dasar ekonomi..
pun tak reti..

sudahnya..
hantar la mangkuk-mangkuk melayu bangang 2-3 kumpulan..
jerit-jerit hidup melayu skit..
ajak bertumbuk skit..
itulah melayu UMNO..

bangang tak sudah-sudah!

weiiii!! ini bukan zaman hang Tuah.. sikit-sikit nak bersilat...
adehhhh!!

Takkan melayu hilang didunia!
Hang Tuah pun hilang tak berkubur wehhhh!!
wakakakaka!
budakbalun 31052011

Demo Lynas hampir undang pergaduhan


Perhimpunan membantah pembinaan kilang memproses nadir bumi di Gebeng, Kuantan oleh kumpulan “Selamatkan Malaysia” hampir bertukar menjadi pergaduhan apabila diganggu oleh kumpulan yang tidak dikenali.

Tindakan kira-kira 120 orang yang menyertai kumpulan itu tidak disenangi kira-kira 20 lagi yang berkelah di pantai itu. Mereka, yang mengaku penduduk tempatan, meminta aktivis Save Malaysia beredar kerana didakwa mencemarkan pantai. 'Selamatkan Malaysia' mengadakan bantahan pagi ini di pantai peranginan Teluk Cempaka, lokasi di mana sembilan anggota panel IAEA yang mengkaji kesesuaian pembinaan kilang itu menginap.

Ia juga lokasi rundingan awam dijalankan. Kumpulan 20 orang itu kemudiannya dilihat mahu menyuraikan Save Malaysia dengan kasar tetapi dihalang pihak polis. -Malaysiakini

Friday, May 27, 2011

Berjanjilah Kamu Akan Menjahanamkan UMNO-BN di PRU13!!




Alhamdulillah....
Melayu semakin berkuasa di Malaysia, 8 orang terkaya di Malaysia Melayu..
Ketua Hakim negara masih melayu..
Perdana Menteri melayu.. 70% menteri2 melayu..
70% menteri besar dan ketua2 menteri melayu..
60% ahli parlimen melayu..
Hanya UMNO sahaja yang mampu membela melayu!
Hidup UMNO! Khakkk! Tuihhhhh!

budakbalun 270052011


K'jaan luluskan kenaikan tarif elektrik

Majlis Ekonomi Negara (NEC) hari ini meluluskan kenaikan dalam tarif elektrik tetapi butirannya hanya akan diumumkan Isnin depan.

electric bill 130608NEC yang bermesyuarat di Putrajaya hari ini dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan dihadiri oleh beberapa anggota jemaah menteri.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Peter Chin dijadualkan mengadakan sidang media pada jam 4 petang Isnin bagi membuat pengumuman rasmi.

Sejak beberapa minggu lalu, anggota jemaah menteri berulang-kali mengingatkan rakyat supaya bersedia menghadapi kenaikan tarif elektrik dalam usaha kerajaan mengurangkan subsidi negara.

Pada Rabu lalu, kabinet menangguhkan keputusan untuk menaikkan harga bahan api kerana bimbang tindakan itu akan menimbulkan kemarahan rakyat.

Sepanjang 18 bulan lalu, kerajaan telah meningkatkan harga gula lebih 58 peratus dan membenarkan harga petrol RON97 mencatatkan paras tertingginya pada RM2.90 seliter.

Wednesday, May 25, 2011

Porno... Dulu,Kini,Selamanya?

Porno pun Porno lahh!! Janji kami dapat air botol ni haaaa!!

UMNO..UMNO..
Suatu masa dahulu..
Melayu bangga dengan namamu..

Suatu masa dahulu..
Melayu sanggup mati membela organisasimu..

Suatu masa dahulu..
Melayu bergolok bergadai mahu berjuang atas namamu..

Hari ini..
UMNO bergolok bergadai memperjuangkan lubang tahi Saiful..

UMNO sanggup mati mempertahankan Utusan yang siar porno di muka hadapan...

UMNO bangga mengaku mengetahui kebenaran video Dato' T..

Dulu..Kini..Selamanya.. porno!

budakbalun 25052011

Pengedaran video seks semakin meluas

Semakin ramai pemimpin masyarakat mendakwa menerima video seks yang dikaitkan dengan seorang pemimpin pembangkang.

Terbaru, menurut Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) DUN Hulu Bernam Mohamad Salleh Ri, seramai sepuluh ketua kampung baru dalam DUN Kuala Kubu Bharu membuat laporan polis berasingan berhubung penyebaran video seks itu. Katanya, sepuluh ketua kampung berkenaan membuat aduan itu selepas menerima video seks yang dikaitkan dengan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang diposkan ke rumah mereka.

Laporan polis itu dibuat di ibu pejabat polis daerah Kuala Kubu Bharu kira-kira jam 4 petang semalam. - malaysiakini

UMNO dengan "Mimpi Basah"nya!


Hmmm..
Tak habis-habis UMNO dengan impian klimaks mereka..
Mahu berpadu dengan PAS!Link
Sejak pasca kekalahan parti-parti komponen mereka didalam BN iaitu MCA,MIC dan Gerakan, UMNO seperti gila meghoyan mahu berpadu dengan PAS.
Malangnya didalam satu masa mereka menceritakan akan kelebihan kepada orang melayu jika UMNO dan PAS berpadu, tetapi dalam masa yang sama UMNO meneruskan kezaliman terhadap orang melayu di Kelantan iaitu dengan menidakkan hak royalti petroleum.

PAS dah beribu kali menyatakan melalui ahli-ahli biasa hinggalah ke tahap Tuan Guru Presiden dan Mursyidul Am bahawa tidak akan sekali-kali mengkhianati amanah rakyat dengan memperkukuhkan lagi ikatan bersama PKR dan DAP didalam Pakatan Rakyat!

Kenyataan Majlis MUBARAK ini adalah yang terbaru usaha UMNO mahu menangguk di air yang keruh dan cuba menjadikan suasana semasa pemilihan Agung PAS sebagai peluang untuk bernafas.. Ibarat orang lemas di air laut dalam, berusaha mencari ruang dan peluang untuk bernafas sebelum tenggelam buat selama-lamanya!
budakbalun 25052011

Pemilihan PAS akan tentukan ‘nasib’ kerjasama Umno-PAS, kata Mubarak

KUALA LUMPUR, 25 Mei — Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak), yang dianggotai pemimpin pro-BN, percaya keputusan pemilihan PAS bulan depan akan mempengaruhi dan menentukan masa depan idea kerjasama antara Umno dan PAS.

Walaupun tidak mengatakan siapa yang boleh membawa ke arah kerjasama itu, namun Presiden Mubarak Datuk Seri Abdul Aziz Rahman berkata peluang kerjasama itu akan lebih cerah jika jawatan timbalan presiden dimenangi penyandangnya Nasharudin Mat Isa atau Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang turut mengesahkan turun gelanggang.

Selain Nasharudin dan Tuan Ibrahim, ahli jawatankuasa kerja PAS pusat Mohamad Sabu juga akan bertanding jawatan nombor dua itu.

“Nasharudin OK, Tuan Ibrahim OK... perspektif berbeza tapi ada kekuatan masing-masing.

“Tetapi saya rasa jauh di lubuk hati kerjasama itu wujud,” kata Abdul Aziz pada sidang media di sini. - MalaysianInsider

Friday, May 20, 2011

Muhyiddin Tak Suka Tau! Agresif Sangat!


Hmmm..
Nak gelak pun ada..
Muhyiddin sifatkan PR 'sangat agresif'!

Wah!
So, Muhyiddin nak PR buat macam mana?
Lembut macam mama juwie?

Adehhh!!

Dia juga sifatkan pembangkang tak seperti biasa..

Adehh lagi sekali..

kalau 'seperti biasa' macam mana pulak?

hmmm..
budakbalun 20052011

PRU-13 sangat perit jika BN gagal kuasai dua pertiga, kata Muhyiddin

May 20, 2011

BALING, 20 Mei — Pilihan raya umum ke-13, yang disebut-sebut akan diadakan waktu terdekat, dijangka paling sengit bakal dihadapi Barisan Nasional (BN) kerana parti-parti pembangkang sangat agresif, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin (gambar) hari ini.

“Dalam 16 pilihan raya kecil lepas, saya memimpin lebih daripada separuh (dan mendapati) ia sangat pahit dan getir akibat permainan politik pembangkang yang tidak lagi seperti biasa. - malaysianinsider

FRU Berdemo?

Ini contoh demo yang Polis "tak perasan"!


Tak patut la AMK buat macam ni..
nak demo.. demo la teruss..
Jangan tangguh-tangguh...

Disebabkan demo tak jadi..
kesian abang-abang FRU kita...
Penat wooo..
kena berdiri tengah panas tuh..
pakai uniform complete dengan helmet dan cota..
dalam hati dah berangan nak belasah orang dah..
last-lat kempunan!

So, next time.. pastikan demo tu betul-betul jadi tau!

wakakakakaka!
budakbalun 20052011

Demo PKR: Polis dikerah kawal Utusan


Meskipun Pemuda PKR (AMK) hari ini menunda cadangan mereka untuk berhimpun di hadapan ibu pejabat Utusan Malaysia di Cheras, dekat Kuala Lumpur, namun kerajaan tetap mengambil langkah berjaga-jaga dengan mengerahkan sekumpulan anggota polis berkawal di sana.

Selain polis, turut hadir hari ini adalah ahli-ahli Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) yang merancang untuk berkumpul bagi mempertahankan Utusan Malaysia sekiranya bangunan itu diserang. Bagaimanapun keadaan di sekitar pejabat akhbar milik Umno itu dilaporkan tenang tanpa sebarang kejadian tidak diingini.

Perhimpunan AMK itu bertujuan "menolak fitnah politik" oleh akhbar milik Umno itu sepatutnya diadakan selepas solat Jumaat bagaimanapun ditunda ke tarikh baru. - malaysiakini

Anwar 'backing' Ibrahim Ali? Why??

Pilihlah kawe wehhh!! PRU tigo belah nihhh kawe nok bertanding guano????

iskkk..
kalau teman jadi Ibrahim Ali..
dah lama teman isytihar 'Perang Salib' pada Anwar ni..
wakakakak!

Apa la nak jadi dengan Braheng ni..
Dengan Tok Guru Nik Aziz dia perang...
Dengan Anwar dia perang..
Dengan DAP bukan takat perang.. siap Salib lagi!
Dengan Mahathir??

haaaa.. dulu dia perang..
la ni dia sayang!

Nak buat macam mana..
Nak masuk UMNO..
siap buat-buat trick mengendeng kat UMNO..
UMNO tak layan pulok!

Terpaksa la buat macam ni..
Idak karang orang lupa pulak ada manusia nama Ibrahim Ali..
Lagipun.. penggal ni aje la nak merasa jadi MP..
PRU13.. tinggal sejarah aje lahhhh!!
Kesian Braheng...
Mati Ibrahim Ali la kalau siapa yang follow dia gi Perang Salib!
wakakakaka!

budakbalun 20052011

Anwar: Tak perlu 'ISA' Ibrahim Ali

Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Datuk Ibrahim Ali tidak perlu ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) mahupun didakwa di bawah Akta Hasutan berhubung kenyataan gempar yang dibuat oleh presiden PERKASA itu berhubung 'perang salib' ke atas penganut Kristian.

Sebaliknya, isu sebenar berhubung kenyataan berkenaan adalah sikap yang ditunjukkan Umno serta perdana menteri Datuk Seri Najib Razak, yang menurut Anwar, hanya membiarkan tindakan sedemikian berterusan. Ucapan Ibrahim dalam satu program ceramah pada 14 Mei itu mencetus kontroversi dan meraih kritikan pelbagai pihak termasuk para pemimpin gereja, kumpulan ulama dan NGO.-Malaysiakini

Thursday, May 19, 2011

Berita Sedih Buat Ketua Bahagian@Kontraktor UMNO!

Pergh!!! Lagi tinggi songkok.. lagi tinggi nilai projek nehh! wakakaka!


huhhuhuhuh!
Kemana nak dibawak perut yang perlu diisi..
Kemana nak dibawak poket yang perlu diisi..
kemana nak dibawak penyokong-penyokong yang perlu disuap!

Nak harap projek...
Lambat lagi..
Jadi harapan hanyalah apabila ada pilihanraya kecil..
Kompom projek segera bertimbun-timbun datang..
Kompom Santa-santa Claus dari Putrajaya berebut-rebut nak umumkan projek-projek baru..

La ni semuanya musnah!!
Semuanya hancur!!
Tiada lagi projek segera sempena PRK..
setidak-tidaknya projek turap jalan..
ataupun supply nasi bungkus setiap malam di ceramah-ceramah UMNO..
huhuhu..
sayunya hati ini!!!

Ikhlas
"Wakil Persatuan Kontraktor-kontraktor melayu (baca- Ketua UMNO Cawangan dan bahagian)"

wakakakaka!
budakbalun 19052011

SPR: Tiada lagi pilihan raya kecil mulai esok

Tiada lagi pilihan raya kecil peringkat kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di seluruh negara selepas tarikh 20 Mei, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof. NONEBeliau berkata ia berikutan semua negeri sudah mencapai mandat selama tiga tahun bergantung kepada tarikh kali pertama DUN berkenaan bersidang selepas pilihan raya umum lalu, dengan Pahang adalah negeri yang paling lambat bersidang iaitu pada 20 Mei 2008. "Ini bermakna semua negeri tidak perlu mengadakan pilihan raya kecil lagi. Ada laporan yang menyatakan terdapat negeri mengadakan sidang DUN pada Julai 2008 sebelum ini dan ini tidak benar sama sekali," katanya di Kuala Lumpur hari ini. Abdul Aziz berkata sekiranya berlaku kekosongan kerusi yang disebabkan oleh kematian atau penyandangnya hilang kelayakan, maka PRK (pilihan raya kecil) tidak perlu diadakan. Beliau berkata perkara itu adalah sejajar dengan Artikel 54(1) Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan bahawa suatu PRK hanya perlu diadakan dalam tempoh tiga tahun. - Malaysiakini


Mahasiswa Pengkhianat Agama, Bangsa dan Negara!


Pelik betul dengan mahasiswa nih!
Sepatutnya mereka menyokong tindakan Kerajaan UMNO Pahang ni..
Mengadakan loji radioaktif untuk kesejahteraan rakyat Pahang!
Kena ingat kata-kata keramat pemimpin UMNO..
"Hanya UMNO mampu memerintah"!

Ditolak jatuh UMNO ini maknanya jatuhlah melayu.. jatuhlah agama.. jatuhlah bangsa! jatuhlah negara!!

Sebab tu di Selangor melayu makin mundur!
Melayu di Selangor dah ramai yang kena duduk dalam hutan!
duduk atas pokok!
Sebab UMNO Selangor kalah lah puncanya!

jadi..
Mahasiswa kena kenang balik jasa-jasa UMNO nih!
Jasa-jasa UMNO membawa kemajuan kepada rakyat!

Mengadakan loji radioaktif di Kuantan ini adalah bukti..
betapa prihatinnya UMNO Pahang nak bawak sumber pekerjaan kepada rakyat..
Hidup Melayu! Hidup UMNO!
Hidup Adnan Yaakob!!
errr.. Dato' Seri.. Tender untuk buat jalan ke loji ni dah approve ke belum untuk company I?

Yang benar
Ketua UMNO Bahagian
(Suatu bahagian di Pahang)...

wakakakakak! adehhh!

budakbalun 19052011

Mahasiswa bersama rakyat bantah Lynas esok

Satu perarakan bagi membantah projek Lynas Advanced Materials Plant yang sedang membina kilang pemprosesan nadir bumi di Geneng, Kuantan akan diadakan esok pada jam 2 petang. NONE

Peserta dijadualkan berkumpul di KLCC dan kemudiannya berarak ke Pejabat Suruhanjaya Australia bagi menyerahkan memorandum bantahan kepada pesuruhjaya tinggi negara berkenaan. Ketua Penerangan Gamis, Mohd Yusof Hadhari di laman facebook menulis selepas tsunami di Fukushima, Jepun, bulan lalu, rakyat kini lebih menyedari bahayanya bahan radioaktif. “Kita perlu buat desakan supaya projek loji nadir bumi yang dibina di Gebeng, Kuantan, dihentikan segera,” katanya.
- Malaysiakini

Boikot Sampai Bangkrap!


Kepada Rakyat Malaysia yang bencikan fitnah dan porno..
teruskan boikot media UMNO ini!!!

budakbalun 19052011

Utusan Rugi RM6.893 Juta


SHAH ALAM 18 MEI : Ketika akhbar lain mencatat keuntunganm Utusan Melayu (M) Bhd mengalami kerugian sebelum cukai RM6.893 juta bagi suku pertama berakhir 31 Mac, 2011, berbanding RM6.524 juta pada suku yang sama pada 2010.

Dalam maklumannya kepada Bursa Malaysia hari ini, Utusan mendakwa kerugian itu disebabkan peningkatan bahan mentah sebanyak 30 peratus.

Ia berkata perolehan bagaimanapun meningkat kepada RM85.828 juta berbanding RM74.830 juta sebelumnya.

Utusan berkata peningkatan saingan untuk penguasaan pasaran perbelanjaan pengiklanan dijangkakan berterusan tahun ini.

"Bagaimanapun unjuran pertumbuhan positif dalam keluaran dalam negara kasar dan perbelanjaan pengiklanan bagi 2011 akan menyediakan peluang untuk kumpulan itu meningkatkan perolehan pengiklanan," katanya. - Kembara Jr

DAP Simbah Petrol Ke Api!


Iskk!!
DAP ni betul-betul mencurah minyak petrol ke dalam api yang bersemarak di hati UMNO!
Tak tahu ke petrol dah mahal la neh!
Ada ke patut disaat UMNO seronok memfitnah DS Anwar ni.. DAP nyatakan sokongan tak berbelah bagi pada Anwar?
Chiss!! memang pengkhianat sungguh!
Sepatutnya.. masa inilah DAP isytihar tak nak DS Anwar sebagai Ketua Pembangkang!
Da terus menyatakan menyokong sepenuhnya kepimpinan DS Najib!

Wakakakaka!
Kompom hilang terus gelaran 'chauvinist cina' yang UMNO gelarkan pada DAP..
Kompommmmm!

budakbalun 19052011

DAP sokong Anwar kekal ketua pembangkang


DAP hari ini mengesahkan bahawa ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim akan tetap kekal sebagai ketua pembangkang meskipun telah diarahkan untuk membela dirinya dalam perbicaraan liwat II. “Kami tidak akan menggantikan ketua pembangkang selagi beliau tetap adalah MP,” kata setiausaha agung DAP Lim Guan Eng, selepas merasmikan Festival Georgetown di Kuala Lumpur hari ini. Lim berkata demikian ketika ditanya wartawan sama ada keputusan mahkamah yang mendapati kes prima facie ke atas Anwar yang didakwa meliwat pembantunya, Saiful Bukhari Azlan akan menjejaskan Pakatan Rakyat. "Kita masih kuat dan akan meneruskan agenda pembaharuan,” katanya. - Malaysiakini

Wednesday, May 18, 2011

Penjelasan Isu 60 Pemuda 'PAS' Sertai UMNO



Kenyataan Media

Merujuk kepada kenyataan yang bertajuk ’60 orang permuda PAS sertai UMNO’ yang disiarkan Sinar Harian pada hari ini (17 Mei 2011), Dewan Pemuda PAS Kawasan Hulu Selangor (DPPKHS) melihat ianya hanyalah merupakan propaganda UMNO.

Untuk makluman para pembaca, saudara Azhar yang menyerahkan kepada Dato’ Idris hanyalah bekas ketua pemuda ketika PAS Sungai Tengi masih dalam peringkat penaja. Beliau telah meninggalkan PAS cawangan tersebut sejak slebih setahun lalu. Namun PAS cawangan langsung tidak merasakan kehilangan beliau kerana sebelum itu pun beliau tidak aktif menggerakkan PAS cawangan tersebut.

Selain itu, kenyataan bahawa beliau menyertai UMNO bersama 59 orang yang lain adalah meragukan. Ini kerana semasa beliau meyertai PAS dahulu juga beliau menyatakan terdapat jumlah pemuda yang sama akan turut menyertai PAS. Namun apabila diminta menyenaraikan nama-nama pemuda yang dimaksudkan ternyata beliau gagal.

Di samping itu, sebelum beliau mengumumkan menyertai UMNO, jumlah ahli pemuda PAS cawangan Sungai Tengi hanyalah 45 orang. Bagaimana beliau boleh mengisytiharkan seramai 60 orang pemuda PAS menyertai UMNO?

Hasil siasatan, DPPKHS juga berpendapat Saudara Azhar menyertai UMNO bukanlah dengan alasan sebagaimana yang dinyatakan. Sebaliknyadisebabkan beberapa perkara yang ingin beliau perolehi melalui PAS cawangan Sungai Tengi tetapi tidak dapat dipenuhi kerana ianya adalah untuk kepentingan peribadi beliau.

Ini juga membuktikan kelemahan pimpinan UMNO bahagian Hulu Selangor yang begitu terdesak untuk menunjukkan kekuatan mereka kepada pimpinan tertinggi mereka.Kesimpulannya DPPKHS ingin menyatakan bahawa kami sedikit pun tidak merasa tergugat dengan apa yang disiarkan.

Sekian Terima Kasih,

“MEMPERSADA PERJUANGAN”

Yang Menjalankan Amanah,

Mohd Nizam Mat Rahim

Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Hulu Selangor

17 hb Mei 2011 / 13 Jamadilakhir 1432H

s.k

Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat

Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor

YDP PAS Kawasan Hulu Selangor

Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor

budakbalun 17052011


60 Pemuda Pas sertai UMNO

SUNGAI TENGI - Menyedari hanya dengan penyatuan Pas dan UMNO dapat memperjuangkan bangsa Melayu dan Islam, 60 orang Pemuda Pas cawangan Ranting Sungai Tengi keluar parti menyertai UMNO.

Bekas Ketua Pemudanya, Azhar Shamsuddin berkata, kemasukan mereka ke dalam UMNO dianggap penggerak ke arah merealisasikan usaha menyatukan dua parti yang memperjuangkan Melayu dan agama Islam.

“Saya telah berfikir panjang dan memikirkan kata-kata serta cadangan Perdana Menteri supaya Pas dan UMNO bersatu untuk menegakkan kebenaran dan keadilan.

“Kerana sekiranya kita tidak bersatu, bagaimana usaha memperjuangkan bangsa dan agama ini akan terlaksana," katanya kepada Sinar Harian selepas menyerahkan borang keahlian UMNO kepada Ketua UMNO Bahagian Hulu Selangor, Datuk Mohamed Idris Abu Bakar dalam program Komuniti Bestari 1 Malaysia.

Penyerahan borang keahlian UMNO itu disaksikan Pengurus Felda Sungai Tengi, Alias Husin dan Pegawai Jasa, Riduan Daud dan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP), Sungai Tengi, Saad Latip dan wakil Jabatan Penerangan Daerah Hulu Selangor, Khairil Anuar Ahmad.

Azhar berkata, beliau bimbang sekiranya DAP yang memperjuangkan sentimen perkauman terus menghimpit Pas sehingga parti berkenaan gagal dalam memperjuangkan agenda untuk bangsa Melayu.

Menurutnya, kaum Cina dalam DAP terus bertepuk tangan melihat gelagat Pas yang gagal dalam membawa membela bangsa malah sering bercakaran dengan UMNO.

“Bila Pemuda Pas ini masuk UMNO, sedikit sebanyak menggerakkan usaha dalam menyatukan dua kuasa politik Melayu dan Islam, malah kemasukan saya atas rela hati dan sedar dengan apa berlaku kini," katanya.


Monday, May 16, 2011

UMNO Si Gembala Kambing!

Kamilah Wira Melayu!!! Ke Wira Aeroback!!


Wakakakak!
Tergelak besor teman baca berita ni..

Pemuda UMNO desak Kerajaan Malaysia jangan naikkan harga barang??
memang 'pandy kutty' laaaa..
Sejak bila Pemuda UMNO ni ada taring?

Yang bestu tuh!
Kenyataan ini pun tak petik langsung nama- nama pemimpin pemuda UMNO..
macam secara tiba-tiba sahaja difax ke meja wartawan..
hahahaha!!
Safe play ke bro?
Sok kalau tetiba ada isu.. leh kata ini bukan kenyataan pemuda UMNO!
Ini dibuat sendiri oleh pihak-pihak tertentu!!

Wakakakaka!!

Sudah-sudahlah berlakon..
Konon tak setuju.. konon membangkang..
walhal.. kerosakan sudah pun berlaku..
Dan agak mustahil dengan bangkangan ini..
harga barangan akan turun..
yillek!! poccik! pandy kutty!

wakakakaka!
budakbalun 16052011

Pemuda Umno desak k'jaan jangan naik harga RON95


Pergerakan Pemuda Umno Malaysia gusar dengan kenyataan Menteri Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang menggesa rakyat bersiap sedia menghadapi kemungkinan kenaikan harga minyak RON95. "Ini kerana usaha-usaha ke arah penjimatan kos pengurusan dan peningkatan produktiviti serta kecekapan kerajaan haruslah mendahului sebarang langkah pengurangan perbelanjaan fiskal berupa pengurangan subsidi minyak," kata kenyataan pergerakan itu hari ini. Sebagai contoh, katanya, menurut Perbadanan Produktiviti Negara, kos tanggungan bagi memenuhi pelbagai peraturan kerajaan dalam memulakan sebarang aktiviti ekonomi adalah sebanyak RM17.0 bilion atau 2.5 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar. - Malaysiakini

"Nasib Baik UMNO memerintah" kata makcik Felda..


Semalam teman balik kampung bini teman..
Ada kenduri kawin jiran di kampung iaitu felda..
Memang best la kendurinya..
teman pun dah lama tak jumpa kawan-kawan di kampung..
Sesambil menyembang.. sempat selit-selit 'pencerahan' politik sikit..

Ntah cemane masa menyembang dengan 2-3 orang makcik..
Mak mentua teman sempat perli pasal gula mahal la ni..
Tetiba je sorang makcik ni menyampuk..
"Nasib baik kerajaan Malaysia tolong bagi subsidi.. idak lagi la mahalnya gula tuh!"
teman terus nak bukak mulut tapi mak mentua teman sempat jeling..
ye la.. mak mentua teman dah tau dah..
tak best le bertengkar dengan makcik-makcik nih..
so, teman batalkan niat teman nak menyampuk..

makcik tu sambung lagi..
"Tu dalam TV dah kata.. Muhyiddin Yaasin kabo.. harga gula di Thailand(siam),di Singapura, di Filipina lagi mahal dari malaysia.. Nasib baik laaaa.."

adessss!!! mulut teman ni dah merenyam macam kena lumur dengan miang buluh wehhh!!!

wakakakaka!

apa nak kata?

budakbalun 16052011

Saiful Bukhari - 'Super' wibawa pada Hakim?


skripnya mudah..
"Selagi susuk tubuh Anwar Ibrahim ini tidak dihantar ke penjara.. PRU 13 tidak akan diadakan!"..
So hakim nak tak nak kena follow objektif skrip ini..

perkataan 'Prima Facie' ni dah diluahkan sejak zaman Mendiang Augustine Paul lagi..
Sejak Allahyarham Mokhtar Abdullah lagi...
Sejak Allahyarham Aris Rizal Christoper Fernando lagi...

Dan Malaysia sekali lagi diperingatkan dengan perkataan yang sama hari ni..

Ayuh rakyat Malaysia!
Buktikan 'prima facie' untuk kita nyahkan UMNO-BN jauh-jauh di PRU13 nanti!
budakbalun 16052011

Hakim: Saiful Bukhari saksi benar, berwibawa

Mohd Saiful Bukhari Azlan, yang mendakwa beliau diliwat oleh bekas majikannya Datuk Seri Anwar Ibrahim telah disifatkan sebagai “saksi yang benar dan berwibawa”. Pengakuan itu dibuat oleh Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah ketika memerintahkan Anwar supaya membela dirinya. Ketika membacakan penghakimannya selama dua jam itu, beliau berkata terdapat kes prima facie ke atas Anwar. Menurutnya bukti-bukti yang dikemukakan oleh saksi pakar seperti doktor-doktor dan ahli kimia mentahkikkannya dengan kenyataan Saiful. - Malaysiakini

Braheng oi.. Mengigau ko?


Adehhh..
Teman dok muyskil betul dengan hamba Allah yang seorang ni..
Ni la agaknya kesan dok hina ulama'..
Mengigau-ngigau..
Dia rasa macam rakyat Malaysia pandang dia sebagai ikon Islam kot?
tetiba mengamuk-ngamuk.. meracau-racau..
Jihad la.. perang salib laa..

Wehhh!!
Sedor la sikit..
Tak payah Kristian sibuk nak jadi agama rasmi Malaysia neh..
La ni pun makin ramai melayu yang ngaku Islam tapi hidup macam kristian!

Solat langsung diabaikan secara total..
Hiburan dan jadi kewajipan dalam hidup..
aurat dah jadi macam takde dah..
Hukum hakam Islam dilanggar sesedap hati dan nafsu..

Di televisyen..
Dari umur budak kecik..
sampai la tahap umur tua nak mampos..
semua nak disesatkan dengan pertandingan nyanyian yang langsung takde kena mengena dengan Islam!

Itu jauhhhh lagi bahaya daripada yang dikecoh-kecoh dek Braheng neh!!
adehhh!!
budakbalun 16052011

Ibrahim: 'Kalau nak perang salib boleh'


Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali berkata beliau bersedia melancarkan perang salib terhadap orang Kristian jika mereka didakwa terus mencabar kedudukan Islam di negara ini. “Kalau nak perang salib boleh. Kalau kata keamanan yang kita ada tak memadai dan kemahuan tak mencukupi, kita akan sambut…Jangan ingat orang Melayu Islam diam kerana takut. “Sebelum pengikut tewas di medan peperangan, ketua (PERKASA) dulu akan mati di hadapan bergelimpangan dengan darah,” katanya disambut tepukan kira-kira 150 hadirin. - Malaysiakini

Thursday, May 12, 2011

Undi Pos Dihapuskan? Terbaekkk!


Hmmmm..
Member teman sms bagitau berita ni..
Macam tak caya!

Usha-usha website sinar harian..
ye laaaa..
tapi ada musykil skit...
tetap dibuat 2-3 hari lebih awal?
apsal tak buat sekali aje dengan rakyat lain?
bukan 24 jam pun polis berkawal..
bukan 3 jam pun nak buang undi.. silap-silap tak sampai 20 minit pun!

lagi satu..
adakah kiraan undi 'awal' ni dikira pada hari pengundian tersebut atau kena tunggu hari penjumlahan undi?

adehhh!!

minta pencerahan skit pada yang tau?


silap-silap, last-last minit SPR adakan balik..
alasan ada maklumat undi 'awal' ini akan disabotaj!

macam guna dakwat dulu!

budakbalun 12052011

Tiada undi pos

PUTRAJAYA – Undi pos pada pilihan raya umum (PRU) akan datang hanya akan diguna pakai untuk anggota keselamatan yang bertugas di luar negara dan di perbatasan.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, bagi anggota keselamatan yang tidak terlibat, undi mereka adalah seperti undi awam, di mana penggunaan borang khas untuk undi pos tidak perlu digunakan lagi.

Katanya, undi anggota keselamatan ini akan dikenali sebagai ‘undi awal’ kerana mereka tetap akan menunaikan tanggungjawab dua atau tiga hari lebih awal seperti undi pos sebelum ini.
“Mereka datang ke pusat pengundian yang ditentukan dan kita hanya serahkan kertas undi untuk dipangkah. Tidak ada lagi borang dua.

“Kita akan laksanakan pada pilihan raya umum akan datang,” katanya dalam temu bual dengan Sinar Harian semalam.

Isu undi pos sering menjadi bahan kempen utama pihak tertentu yang menyifatkan undi tersebut sebagai penyelamat kepada calon-calon tertentu.-sinar harian

Cantek! Harga Petroleum,Gula,Tepung akan diturunkan!


Wah!
Hebat giler!
Kalau dah banyak macam tuh!
Bolehlah turunkan harga segala mak nenek barang dan kegunaan rakyat marhaen neh!

rakyat dah tak sanggup nak tanggung diri dan keluarga neh!
Nak pergi pasar malam pun jadi takut..
nak bawak anak bini jalan-jalan lagi takut!

Kalau dah sampai banyak ni boleh jimat..
Memang setel lah segala tanggungan subsidi yang DS Najib dah selaraskan..
Bolehlah Gula kembali ke harga RM1.20 sekilo..
RON 97 turun ke RM1.70 seliter..

perghh!!!

Terima Kasih UMNO! Terima kasih BN!!
Khakkk.. Tuihhh!

budakbalun 12052011

Jimat kos RM4.25 bilion

PETALING JAYA 11 Mei - Kerajaan dijangka mampu menjimatkan kos sehingga RM4.25 bilion berikutan pemansuhan beberapa peraturan kerajaan mulai tahun 2015. Jumlah penjimatan itu berdasarkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi 2010.

Menurut Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC), kos tanggungan bagi memenuhi pelbagai peraturan dalam memulakan sebarang aktiviti ekonomi adalah RM17 bilion atau 2.5 peratus daripada KDNK. ''Ini bermakna anggaran penjimatan sebanyak 25 peratus (daripada RM17 bilion),'' kata Ketua Pengarah MPC, Mohd. Razali Hussain di sini hari ini. - utusan

Permit Ceramah? Selalu ke Polis bagi?


Teman bila Polis persoalkan bab permit ceramah ni..
Memang hawau la...
Ikut pengalaman teman dalam application permit nie..
Memang setiap kali nak buat ceramah, PAS tak pernah miss nak apply permit daripada Polis..
Tapi setiap kali apply.. setiap kali itulah payah giler Polis nak luluskan!

Contohnya di Bukit Sentosa ni..
PR nak apply permit ceramah bukan main payah..
Macam-macam alasan diberi dek pihak polis..
Antara alasan yang paling famous..
"menggangu lalu lintas".. adehhh!!

Ironinya..
Hari tu UMNO Batang Kali buat ceramah di dalam bandar Bukit Sentosa..
betul-betul pacak khemah tengah jalan!
Eh? Boleh pulak?
Tak ganggu lalu lintas ke?
Eh? sampai tutup terus jalan tu beb!
Terpaksa pulak pengguna konar ikut lain..
Dan yang paling best.. sorang polis pun teman tak nampak malam tu..
setakat jangkawaktu teman dok dalam ceramah tu laaa..

Ada permit ke ceramah UMNO tu?
Kalau ada.. macam mana boleh lulus walhal obvious giler stopkan lalu-lintas!
Kalau tak ada permit..
Macam mana Polis boleh tak halang?

Dekat-dekat nak PRK Hulu Selangor dulu..
Pemuda PAS Hulu Selangor buat ceramah atas lori..
Area tapak Pasar Malam Bukit Sentosa..
Memang lapang giler tempat tu..
siap ada ruang parking untuk beratus biji kereta!
Apply permit.. Polis tak bagi.. alasan.. belum boleh keluar permit sebab belum penamaan??

PAS buat jugak..
Alasan.. apsal pulak tak boleh??
Bukan ganggu lalu lintas pun..

Akhirnya..
Ceramah malam tu selain daripada dihadiri oleh ratusan rakyat..
Turut hadir berpuluh-puluh pegawai Polis termasuk SB yang berselerakan!
Siap ugut nak tangkap Ketua Pemuda laaa..
Nak rampas mikrofon laaa..

Last-lastnya..
Polis arahkan(baca ugut) tokey kedai makan tepi tu supaya cabut plug power supply mikrofon..
Teman selaku Unit Amal malam tu menyaksikan sendiri..
pekerja-pekerja kedai makan tu dengan muka pucat berkata
"dio(polis) tu suruh cabut plug..." adehhh!!!

Teman mohon sangat pada Pegawai-pegawai atasan PDRM..
Sebab selalunya ayat pegawai Polis yang datang untuk halang ni..
ayat standard dia "kami dapat arahan dari pihak atasan"..

Bertugaslah mengikut undang-undang..
kalau Undang-undang kata tak boleh..
biarlah semua pihak tak boleh..
Ini pada UMNO semua boleh!

adehhhh!
budakbalun 12052011

PAS: Rakyat hitung hari tunggu tindakan polis

Polis dinasihatkan agar tidak menambah kekecewaan rakyat dengan kegagalan demi kegagalan dalam mengambil tindakan dalam kes jenayah dan perkara-perkara yang boleh mengancam keselamatan dan keharmonian negara. pas seminar 071109 tuan ibrahimNaib presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang dipetik Harakahdaily berkata sikap polis dilihat bersifat dwi-standard dalam melaksanakan tugas menjamin keselamatan negara dan menegakkan keadilan undang-undang. “Tindakan mereka dilihat jauh lebih cekap dan segera bilamana sesuatu yang boleh mengugat Umno BN timbul. Pihak polis harus beringat-ingat untuk melakukan pembetulan segera kerana kewibawaan polis dan juga Kementerian Dalam Negeri, di mana ia bernaung sentiasa dinilai rakyat,” kata Tuan Ibrahim dalam satu kenyataan.
-Malaysiakini

Wednesday, May 11, 2011

UMNO.. Agak-agak la Nak Tawan Selangor pun...


Teman betul punya seriau dengan cara UMNO Selangor la neh!
Dan teman setuju benor dengan kenyataan Ustaz Idris Ahmad dalam Harakah terbaru..
UMNO nak sangat Selangor ni bukan apa..
Kontraktor-kontraktor UMNO dah makin makan megi la ni..
Especially kontraktor-kontraktor UMNO Selangor laaa..
Dok harap kontrak-kontrak JKR aje leeee..

Kot ye pun jangan la sampai nampak sangat..
SPR kena lacur..
JPN kena lacur..
KDN? hmmmm... no komen!
Polis? laaaagi no komen!

Beb.. nak lawan.. lawan cara gentle laa..
PR dapat Selangor ni pun bukan cara pondan laa..
Lawan ikut saluranyang betul..
Takde SPR yang nak tolong jadi kuda..
Takde JPN nak tolong pindah-pindah..
Takde Polis nak.... no komen!

Kepada pimpinan PR..
Hadapilah dengan penuh semangat dan hati-hati..
Tingkatkan kebergantungan kepada Allah SWT..
Bila hubungan dengan Allah SWT kuat..
InsyaAllah... akan ada bantuan dariNya..

Jika itu yang terbaik... Allah akan pilih kita untuk mengekalkan kemenangan di negeri Selangor yang tercinta ini...

InsyaAllah...
budakbalun 11052011


Pengundi: Pemuda PAS Selangor mahu mengadap Sultan
Hazayani Zakaria

GOMBAK, 11 Mei: Dewan Pemuda PAS Selangor sedang merancang untuk menyerahkan satu memorandum kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bagi membantah kewujudan senarai pengundi-pengundi tukar alamat yang luar biasa di kebanyakan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (Dun) Selangor.

Menurut ketuanya, Hasbullah Mohd Ridzwan kewujudan itu dikesan melalui senarai pengundi-pengundi dalam Rang Daftar Pemilih Tambahan (RDPT) bagi suku 1/2011 yang dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan raya (SPR) Selangor baru-baru ini.

Ianya dikeluarkan bermula 28 April sehingga 4 Mei bagi tujuan semakan tuntutan dan bantahan kepada awam.

Hasbullah berkata, timbul keraguan apabila kebanyakan pengundi yang bertukar alamat ke Parlimen dan Dun ini ialah penduduk Sabah yang mempunyai kod kad pengenalan 12 yang kebanyakannya ditukarkan ke Parlimen Kota Raja yang dimenangi PAS dalam Pilihan Raya Umum (PRU) lalu.-Harakahdaily

Tuesday, May 10, 2011

UMNO bekalkan Gula Percuma! hebat!

Gula-gula Pilihanraya ni ajelah yang free! wakakakak!


Suatu petang yang damai nun jauh di pelusuk Bukit Beruntung....

Akak Kantin : wehh.. betui la kot si Anwar dalam video tu??

budakbalun : Aikk?? apsal lak kak?

Akak Kantin : Tadi si Dato' tu dah bersumpah... dalam masjid pulak tuh!

budakbalun : Hmmm.. kereta akak ke tu? (Sambil tunjuk Naza Citra di tepi kantin)

Akak kantin : ha ah!.. nape?

budakbalun : (Sambil jerit sikit dan mengangkat tangan kanan) Wallahi..Wabillahi..Watallahi.. Saya bersumpah Naza Citra tu kereta saya! Kak.. bak mai kunci?

Akak Kantin : (Terkejut).. ehh.. apsal lak?? nak buat apa kunci kereta?

budakbalun : Ehh!! kan saya dah bersumpah tadi? So, kalau ikut pemahaman akak pasal sumpah laknat Dato' tu.. Sah lah kete tu kete saya.. betul?

Akak Kantin : err...err...er... macam tu ye?

budakbalun : haaa.... tulah hakikatnya kak.. Dalam Islam sendiri mana ada sumpah oleh si penuduh? Yang ada si penuduh WAJIB bawak bukti iaitu 4 orang saksi yang tidak fasiq sebab tuduhan dia tu melibatkan zina.. mana ada sumpah-sumpah laknat di dalam Islam kecuali antara laki bini.. itu nama dia li'an..

Akak kantin : ooooo.... (sambil melopong dengar teman bersyarah)

budakbalun : Sekarang akak dah clear mengapa Anwar tak nak layan puak-puak sumpah neh?
Kalau dah tuduhan pun tak ikut Islam, awat Anwar nak kena layan depa dalam bentuk Islam? sepatutnya.. mahkamah Syariah kena dakwa balik puak-puak neh!

Akak Kantin : Hmmm.. depa ni duk suka kelirukan orang!

budakbalun : hmm.. untunglah akak dok tanya saya pasal hal ni.. makcik pakcik kat felda-felda nuh?? sapa la nak bagi pencerahan kat depa? hari-hari dok ngadap RTM,Tv3,Utusan,Berita harian.. suku ilmu pun takdak kat dalam media tuh!

Akak kantin : fuhhhh... (gamaknya lega kereta tak kena ambik!)


hari ini 10.5.2011...
Harga gula naik 2 kupang! wakakakaka!!
Sibuk-sibuk hal video..
sibuk-sibuk hal sumpah..
sibuk-sibuk hal kristian..
akhirnya rakyat Malaysia yang kena 'liwat' dengan UMNO!

wakakakakaka!! Padan muka hangpa! dengan aku-aku sekali!!!

budakbalun 10052011

Harga gula naik 20 sen lagi

Harga gula akan naik 20 sen kepada RM2.30 sekilogram berkuatkuasa esok (10 Mei). Penyelarasan subsidi itu akan membolehkan kerajaan berjimat sebanyak RM116.6juta.

Menurut Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Mohd Zain Mohd Dom, kenaikan itu selaras dengan keputusan Mesyuarat Majlis Ekonomi pada hari ini. azlan"Langkah ini adalah selari dengan strategi jangka panjang kerajaan untuk merasionalisasikan subsidi secara berperingkat-peringkat," kata Mohd Zain. Jelasnya, walaupun perubahan harga runcit dibuat, ia adalah lebih rendah berbanding negara serantau, termasuk Indonesia, Singapura, Thailand dan Filipina.
-Malaysia

Monday, May 9, 2011

Bukti UMNO-BN Amanah Dengan Duit Rakyat!

Mahal giler Bus Stop nih! RM20,000!!! Perghh!!

Perghhh!!
Memang tak ingat punya mark-up...
Kalau teman dengan RM20,000..
Boleh renovate rumah tak henggat!
Boleh mosaickan garaj..
Siap pasang awning mahal..
Silap-silap leh sambung umah belakang tuhh!!

Tapi di Port Dickson..
RM20,000 hanya mampu buat bus stop ghope ini!!
Adehhh!!
Agak-agak la jang oiiiii!!!
Ingek rakyat ni buto ko?
Ingek rakyat ni bangang sangat ko???

budakbalun 09052011

Probe RM20,000 bus stops

May 9, 2011

A DAP man says the bus stops should have only cost RM5,000 each. He wants the MACC to probe why the local council spent RM40,000 instead.

LUKUT: A DAP leader urged the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) to investigate the high cost involved in the construction of two bus stops here.

According to Lukut assemblyman Ean Yong Ting Sin, the Port Dickson Municipal Council’s (PDMC) decision to fork out RM20,000 for each bus stop was illogical.

The two bus stops are located opposite the Lukut government clinic.

“When I checked with several senior contractors, I was told that the cost to build a bus stop just like what was built by PDMC is merely RM5,000. - FreeMalaysia

Hidup Pemuda UMNO-Melayu Penang!

Musykil gak dengan status Ketua Pemuda UMNO Penang ni.. melayu ke mamak? adehh!


Serbu KM: Umno bertindak ala samseng

BUTTERWORTH, 9 Mei: Tindakan ala samseng yang dipamerkan oleh pemuda Umno Pulau Pinang sepertimana yang dizahirkan selepas majlis perasmian Projek Pembinaan Jalan Penghubung di Jalan Bagan 29 - Jalan Siram oleh Ketua Menteri, Lim Guan Eng memperlihatkan wajah sebenar pimpinan mereka yang ingin wujudkan.

Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Ustaz Mohd Salleh Man (gambar), ketika mengulas insiden yang mencemarkan imej Umno Pulau Pinang itu, menyatakan apa yang dipertontonkan oleh Pemuda Umno yang diterajui oleh ketuanya, Shaik Hussein Mydin, mencalarkan wajah Umno sendiri.

Dalam insiden semalam, selepas majlis perasmian bertempat di pasar awam Taman Bagan, sekumpulan pemuda Umno telah menyerbu Lim Guan Eng ketika bersama dif kehormat untuk menyatakan kekesalan mereka mengenai isu 'Kristian agama rasmi negara' sepertimana yang disiarkan oleh akhbar arus perdana milik Umno.

"Apakah ini barisan pemimpin yang mahu diwujudkan oleh Umno tanpa menghormati seorang ketua kerajaan negeri yang dipilih oleh majoriti rakyat sebagai pemerintah.

“Jika tindakan tidak bermoral dan ala samseng ini jelas dipertontonkan di khalayak ramai, apakah kita yakin mereka ini dapat membela nasib rakyat dan golongan muda sekiranya ini akhlak yang ada,” kata Salleh yang juga Adun Permatang Pasir. - Harakahdaily

Che Det Hina Nik Aziz? Rasulullah SAW pun dia pernah hina!


Sejak Bila UMNO 'Concern' Perjuangan Islam PAS?

Semenjak dua menjak ni..
Semakin banyak kenyataan daripada pemimpin-pemimpin UMNO
yang menjurus kepada mengambil berat akan 'perubahan' perjuangan PAS kononnya..
Bukan sahaja pemimpin UMNO.. malahan pencacai UMNO di alam cyber ini pun..

Ayat-ayat yang menyatakan kesedihan kononnya PAS telah kehilangan perjuangan lahh..
PAS semakin melupakan perjuangan Islam lahh..

ehhh?? Sejak bila UMNO mengaku PAS memperjuangkan Islam?
Bukan sejak dulu UMNO tak mengakui akan Islam yang PAS perjuangkan?
Bukan itulah 'ratib' UMNO sejak dulu?

Kini bukan takat DS Najib yang 'bimbang' dengan kononnya perubahan PAS,
Dr Mahathir yang bukan main 'berbulu' dengan PAS pun kini membuat kenyataan yang dia bimbangkan perubahan PAS!

Adehhh!!
Sejak bila PAS berubah?
Teman yang dok dalam PAS sekian lama langsung tak nampak pun apa-apa perubahan prinsip didalam perjuangan?
Berubah tang mana?
Yang pasti, PAS semakin berubah daripada tidak ada apa-apa kepada menjadi tonggak pemerintahan 2 buah negeri disamping menjadi rakan pemerintahan kepada PAS dan DAP di beberapa buah negeri yang lain..

Contoh di Selangor, daripada sering dihalau oleh orang-orang UMNO daripada cuba memberi pendapat dalam organisasi masjid..
Kini boleh kata 90% Nazir dan AJK masjid di Selangor dan Pulau Pinang adalah ahli-ahli dan penyokong PAS!
Di Kedah dan Kelantan jangan cerita laa..
Dan bukan suatu rahsia akan betapa masjid-masjid ini mengalami perubahan yang sangat ketara dari segi pengisian roh dan aktivitinya!
Walhal zaman UMNO dulu.. Khir Toyo siap keluarkan fatwa "haram"kan segala jenis tazkirah dan kuliah beb!

Sudah-sudahlah Dr M..
Rakyat tahu siapa kamu..
Rakyat tahu latarbelakang kamu..
Rakyat tahu siapa anak-anak kamu..
Rakyat tahu macam mana rupa kehidupan anak-anak kamu..

Sudah-sudahlah kamu memperlekehkan Ulama' seperti Tuan Guru Nik Aziz ni..
Dulu masa kamu memerintah.. kamu hina Ulama' Dr Haron Din..
Kamu kata dia penjual air jampi la..
hatta hinggakan tergamak kamu menghina Rasulullah SAW dengan sunnahnya menyimpang janggut!
So, kalau Rasulullah SAW pun dihina dek Manusia Dr.M ini.. apa sangat la bila dia hina Nik Aziz!

budakbalun 09052011

Dr M: Nik Aziz gemar putar belit ayat al-Quran

PAS kini tidak lagi fokus memperjuangkan Islam sebaliknya lebih kepada berjuang mempertahankan DAP, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Katanya, pemikiran orang Melayu dalam parti itu telah jauh berubah berbanding semasa PAS di bawah kepimpinan bekas Yang Dipertuanya Allahyarham Prof Burhanuddin Al Helmi dan bekas Presiden Allahyarham Datuk Asri Muda.

Beliau berkata, ketika ini pemimpin dan anggota PAS sanggup bermati-matian mempertahankan DAP walaupun sebelum ini Pengerusi DAP Karpal Singh menyanggah gagasan penubuhan negara Islam seperti yang dikehendaki parti itu.

"Sampaikan Nik Aziz (Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) sekarang bukan main lagi pertahankan DAP, dulu tengok DAP pun tak boleh bila DAP kata langkah mayat kami dulu kalau hendak tubuh negara Islam. - Malaysiakini

Friday, May 6, 2011

Jamil Khir yang Akhir..



harap-harap..
Inilah golongan agamawan terakhir dalam UMNO..
Yang rela diperbodohkan oleh Presiden UMNO dan juak-juaknya..

Kenyataan Jamil Khir ni benar-benar membuka pekung sebenar fungsinya sebagai Menteri yang sepatutnya jaga hal Ehwal Islam.. bukan hal ehwal UMNO!

Yang si Eskay khurafat tu bersumpah dalam masjid hari tu..
Senyap la pulak... rasanya siap sokong lagik!!

Yang nie.. ehh??
Pandai pulak nasihat orang ye??

Ada jugak geng-geng Syeikh Azmi TERAS ni buat di luar masjid..
Yang Trio dato khurafat tu betul-betul depan mimbar!

Adehhh!!

budakbalun 06052011

Masjid bukan tempat luah rasa marah, kata Jamil Khir

May 06, 2011
Jamil Khir berkata ada etika dan peraturan yang perlu dihormati dan dipatuhi ketika berada di masjid. — Foto Choo Choy May
SEPANG, 6 Mei — Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata perbuatan menjadikan masjid sebagai tempat berhimpun untuk meluahkan rasa marah bagi tujuan politik adalah tidak wajar.

Tegas Jamil Khir, ada etika dan peraturan yang perlu dihormati dan dipatuhi ketika berada di masjid.

“Apa-apa perhimpunan pun janganlah berbau politik (kerana) dalam masjid, sebab kalau menggunakan nama pelbagai tetapi atas sifat bagi tujuan berbau politik, sama jugalah kan,” katanya mengulas mengenai Himpunan Amarah Rakyat di pekarangan Masjid Negara hari ini, yang dikatakan menjadi medan untuk rakyat meluahkan rasa marah dan tidak puas hati dalam banyak perkara. - Malaysian Insider

Thursday, May 5, 2011

Nyata Najib Jauhhh Lebih Bijak Daripada Pak Lah!

Aku jauhhhh lebih bijak daripada Pak Lah bro!!



Teman ingat lagi..
Berpuluh ribu rakyat yang tak puas hati minyak RON97 naik sampai RM2.70 masa zaman Pak Lah memerintah..
Punyalah rakyat marah sampai Carburetor Dunk jadi mangsa kena sepak!
Tapi itu zaman Pak Lah punya cerita..

La ni..
Pak Jib ternyata membuat tindakan 'bijak' dengan mengupah APCO Worldwide sebagai penasihat..
Ideanya? Cipta satu RON95.. dan naikkan harga RON97 sesuka hati!
Simple tapi sangat berkesan!
Mungkin ramai yang tak sedar harga RON97 dah melebihi harga yang pernah diamukkan dahulu!
Zaman Pak Lah RM2.70=mengamuk!
Zaman Pak Jib RM2.90=slumberrrr..

hahahah!
1Malaysia kena kencing dengan budakbalun pun kena kencing!! wakakakak!
budakbalun 04052011

Petrol RON 97 naik 20 sen lagi menjadi RM2.90

Bermula tengah malam ini, petrol RON 97 akan dijual pada harga baru, iaitu RM2.90 seliter. Kenaikan itu bagaimanapun tidak melibatkan RON 95 dan bahan api lain di negara ini.

RON 95 kekal pada harga RM1.90 seliter.

Kenaikkan RON 97 ini adalah yang tertinggi dalam sejarah negara dan dipercayai berikutan kenaikan harga minyak mentah di pasaran dunia. Bulan lalu, harga petrol RON 97 dinaikkan 20 sen kepada RM2.70 seliter.-Malaysiakini

Wednesday, May 4, 2011

Kalaulah Ianya Dibuat Di Sebelah Rumah Adnan Yaakub..


Kalaulah loji Lynas ni dibuat disebelah Mahligai Adnan MB Pahang..
Kompom Jaminan Selamat oleh beliau ditukar 180 darjah menjadi tidak selamat!

Ataupun kalau benar selamat..
Mahukah MB Pahang ini membuat rumah di sebelah loji ini dan meletakkan setidak-tidaknya salah seorang anaknya duduk secara tetap di rumah itu?

hehehehe.. piiirraaaa!!!

Jangan risau.. ada berjuta ahli-ahli UMNO yang tetap akan mampus hidup balik memangkah UMNO-BN di PRU akan datang!
Tuihhh!!
budakbalun 04052011

Bukit Merah: Kering sudah air mata

Sudah 30 tahun berlalu selepas Lai Kwan kali pertama menjejakkan kaki di kilang nadir bumi Asian Rare Earth (ARE) di Bukit Merah, Perak. Wanita itu sedar dia sedang mengandung anak keenam, sekali gus yang bongsu.

Tetapi kemiskinan tidak memberikannya peluang dan beliau terpaksa menjadi buruh dengan kontraktor tempatan yang dibayar untuk membina struktur tambahan di tempat itu. Tanpa diketahuinya, keputusan untuk mencari sesuap nasi itu akhirnya berkesudahan dengan sungguh menyedihkan.

Beberapa bulan bertugas di ARE, anak lelakinya, yang hanya diperkenalkannya sebagai Kok Leong dilahirkan cacat. Budak itu mengalami beberapa masalah pada matanya dan hilang penglihatan di sebelah kiri ketika berumur lima tahun. Anak kecil itu juga menderita penyakit jantung berlubang.

Tetapi yang paling menyentap perasaannya apabila Kok Leong juga mengalami masalah mental. Kok Leong kini sudah dewasa dan sudah 29 tahun. Tetapi mindanya tidak banyak berkembang dan hanya seperti budak yang baru bertatih. -Malaysiakini

Najib Kena Lempang!


Perghh!!
Kalau teman yang kena ayat macam ni...
Mau 34 hari tak keluar rumah!
Kalau Najib ni ada deria rasa malu.
Sepatutnya 34 hari Najib dok bawah ketiak bik mama..
Maunye tidak?

Dia siap suka Osama mati dibunuh Amerika!
Walhal dia lupa akan konsep persaudaraan Islam..
Kena kilas dengan ayat golongan ulama' ni..
Bersepah!

Duhai Umat Islam Malaysia..
Especially yang dok berkarat UMNOnya tu..
Marilah sesekali menggunakan otak...
Jangan biarkan TV3 dan RTM tolong fikirkan untuk kamu!
budakbalun 04052011

Nik Aziz doakan rahmat, keampunan pada Osama


Datuk Nik Aziz Nik Mat menganggap pihak yang menyifatkan dunia lebih selamat dengan kematian Osama Laden sebagai tidak cermat dan "bertujuan menampakkan diri sebagai penyokong Amerika". "Jika dunia lebih selamat dengan kematian Osama, adakah dunia juga lebih selamat dengan kewujudan Amerika?" soal menteri besar Kelantan itu.

Kenyataan Nik Aziz (kiri, berserban) itu dipercayai cuba 'menyiku' Najib yang semalam dilaporkan berkata dunia akan lebih selamat dan aman dengan kamatian pemimpin al-Qaeda itu. Perdana menteri juga dilaporkan berkata kematian Osama adalah juga satu pengajaran bahawa keganasan tidak membuahkan sesuatu kebaikan sebaliknya membawa kemudaratan kepada semua pihak. Nik Aziz bekata, jika benar Osama dibunuh oleh Amerika Syarikat semalam, sebagai seorang Islam beliau perlu mendoakan rahmat dan keampunan saudara seagamanya itu.-Malaysiakini

Najib: Dunia lebih selamat dengan kematian Osama

Datuk Seri Najib Razak berkata dunia akan lebih selamat dan aman berikutan kematian pemimpin pengganas Al-Qaeda, Osman bin Laden, dalam satu operasi oleh pihak keselamatan Amerika Syarikat bersama Pakistan di luar Islamabad hari ini.

Perdana Menteri berkata kematian Osama adalah juga satu pengajaran bahawa keganasan tidak membuahkan sesuatu kebaikan sebaliknya membawa kemudaratan kepada semua pihak. "Saya berharap bahawa pada masa akan datang, dunia akan lebih sedar bahawa keganasan bukanlah satu pendekatan yang patut dilakukan untuk mencapai apa juga tujuan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Rumah Terbuka Hari Vaisakhi 1Malaysia di Dataran Merdeka, di Kuala Lumpur.-Malaysiakini

Tuesday, May 3, 2011

Mana Ada Harga Barang Naik? Jangan Menipu!


Hishhh..
Apa la asyik nak menipu aje depa ni..
Sana sini dok jaja..
Barang Naik.. Minyak Naik.. Gula Naik.. Beras naik..
Minyak Masak naik..

Mana ada??

Tengok orang-orang UMNO..
Rilek je..
Naik la harga minyak sampai RM10 per liter pun..
Mati hidup balik tetap depa cium gak gambor Rosmah..
Tetap depa cium gak gambo Najib!
Apatah lagi gambo Zambry Abdul Kader!

Apa laaa korang nih...

wakakakakak!

budakbalun 03052011

'Rakyat terbeban, harga barang terus naik'

Kedudukan ringgit yang semakin kukuh dan pelaburan asing yang meningkat seperti yang didakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak memberi manfaat kepada masyarakat umum jika Bank Negara tidak memberikan tanda aras kesan kenaikan ringgit kepada kehidupan seharian rakyat, kata Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam, Dr Jacob George. Katanya, rakyat tidak merasakan sebarang penurunan pada harga barangan sebaliknya merasakan beban tanggungan semakin meningkat. “Bila kita nak terjemahkan kenaikan harga atau kekuatan harga kita, Bank Negara dan agensi-agensi kerajaan perlulah mengadakan satu penanda aras di mana mereka boleh menukarkan kenaikan itu kepada belanja kehidupan sehari-harian kita. Baru ia membawa manfaat kepada pengguna dan tidak bebankan pengguna, lagi" katanya dalam wawancara dengan TV Selangor. Menurut Dr Jacob, Malaysia merupakan sebuah negara 'unik' yang sering menaikkan harga barangan tertentu apabila pasaran dunia menaikkanya, namun apabila harga diturunkan, negara tidak berhasrat untuk menurunkannya. - Malaysiakini

Banyak Faedahnya PAS Keluar PR? Tuihh!

Zaman UMNO memerintah Selangor,
1 rakaat pun Solat jemaah tak pernah dibuat di Stadium Melawati ni!
Siap ada Konsert Akademi Fantasia laaagi! Cheitt!



Cadangan DS Najib agar PAS keluar daripada Pakatan Rakyat ni..
Kalau ditanya pendapat orang-orang PAS Selangor..
Kalau ahli-ahli PAS yang gedebe macam teman ni..
Akan dijawab dengan ludah ke longkang aje!

Dulu waktu UMNO memerintah Selangor..
Bukan main berlagak lagi ahli-ahli UMNO..
Tak boleh langsung ahli-ahli PAS nak bagi cadangan pada AJK Masjid..
Tak boleh langsung PAS nak sewa dewan orang ramai untuk mesyuarat..
Tak boleh langsung PAS nak sewa harta-benda Kerajaan negeri untuk aktiviti masyarakat mahupun parti..
Nak masuk bangunan SUK Shah Alam? lagi jauhhh laa..
Silap-silap.. Ahli PAS nak bersembang di beranda Masjid pun tak boleh!
Mau kena halau dengan nazir masjid yang rata-ratanya ketua-ketua UMNO ataupun proksinya!
Walaupun nazir-nazir lantikan UMNO tu jarang-jarang turun ke masjid! adehh!

La ni..
Boleh kata 90% Nazir masjid-masjid di seluruh Selangor adalah dikalangan ahli-ahli PAS..
La ni..
Sesiapa sahaja boleh gunakan Dewan orang Ramai untuk mesyuarat termasuk UMNO!
La ni...
Sesiapa sahaja leh sewa harta benda kerajaan negeri termasuk UMNO!
La ni..
Sesiapa sahaja leh buat perjumpaan perihal Islam di Masjid termasuk UMNO!
PAS ada Exco didalam Kerajaan negeri..
Dengan adanya Exco PAS didalam Kerajaan Negeri..
Sedikit sebanyak PAS dapat laksanakan gerakan Islam menggunakan peruntukan dan peralatan milik Kerajaan negeri..
Sedikit sebanyak PAS dapat menggerakkan agensi-agensi Kerajaan negeri ke arah amal makruf nahi mungkar sebaik mungkin..
Walaupun tidak 100%.. tetapi jauh lebih baik daripada sewaktu UMNO berkuasa..
Jauh lebih baik daripada semasa Khir Toyo mengharamkan Tazkirah Jumaat dan Tazkirah Ramadhan!

Woit DS Najib!
Jangan mimpi laaaaaa...

budakbalun 03052011

Najib ibarat ketam minta PAS berpisah dengan DAP

PAS menganggap cadangan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak supaya PAS berpisah dengan DAP seperti ketam mengajar anaknya berjalan betul kerana parti-parti komponen BN yang diterajuinya sendiri tidak sehaluan.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Idris Ahmad berkata, selaku pengerusi BN, Najib perlu menyelesaikan masalah dalaman di kalangan komponen BN dahulu. “Jangan cuba mengalih isu yang sedang melanda BN dengan rakan komponen BN mengenai isu 1Melayu 1Bumi telah menimbulkan kemarahan MCA. “Apa sudah jadi slogan 1Malaysia tiba-tiba lahir pula gagasan 1Melayu 1Bumi, seolah-olah Umno menduakan suami,” katanya dalam satu kenyataan.-Malaysiakini

Apabila Najib Bercakap pasal Islam..


Wah! Lunaknya DS Najib bercakap pasal keganasan..
Dan sangat jelas komennya cukup berat sebelah!

Seolah-olah dia bercakap mewakili Obama dan Amerika..
Seolah-olah dia bercakap mewakili Bush dan Amerika..
Seolah-olah dia bercakap mewakili Presiden Amerika dan Dewan Senatnya yang dipenuhi oleh Yahudi itu!

Opsss.. Mungkin APCO dah siapkan teks untuk DS Najib baca..
Mungkin.... Segalanya mungkin..

Mengapa DS Najib tak selitkan sekali perihal Amerika yang suka-suka hati serang negara Islam atas nama memerangi keganasan?
istilah 'keganasan' itupun adalah ciptaan Amerika kepada negara-negara Islam yang diserangnya..

Iraq..Afghan..Pakistan..
Sekadar menyebut 2-3 negara Islam yang telah dijadikan lokasi untuk Amerika dan sekutu kuatnya Israel mencuba senjata-senjata terbaru mereka!
Malahan ada senjata yang mereka cuba tidak diluluskan oleh PBB!

Adakah ini bukan keganasan di hati DS Najib?
Tidakkah dia terfikir..
Akan ada tokoh-tokoh perjuangan menentang keganasan Amerika yang akan dinamakan oleh Amerika sendiri untuk menghalalkan serangan-serangan mereka terhadap umat Islam?

Tidak sedarkah DS Najib..
Dunia akan lebih aman tanpa Amerika?
Dunia akan lebih aman tanpa Israel?

hmm..
Makin jelas peranan APCO yang serampang dua mata..
budakbalun 03052011

Najib: Dunia lebih selamat dengan kematian Osama


Datuk Seri Najib Razak berkata dunia akan lebih selamat dan aman berikutan kematian pemimpin pengganas Al-Qaeda, Osman bin Laden, dalam satu operasi oleh pihak keselamatan Amerika Syarikat bersama Pakistan di luar Islamabad hari ini. Perdana Menteri berkata kematian Osama adalah juga satu pengajaran bahawa keganasan tidak membuahkan sesuatu kebaikan sebaliknya membawa kemudaratan kepada semua pihak. "Saya berharap bahawa pada masa akan datang, dunia akan lebih sedar bahawa keganasan bukanlah satu pendekatan yang patut dilakukan untuk mencapai apa juga tujuan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Rumah Terbuka Hari Vaisakhi 1Malaysia di Dataran Merdeka, di Kuala Lumpur.