Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Tuesday, November 9, 2010

Pemilihan PKR - Apakah Maksudmu Duhai Zaid?

Zaid.. Sila Belajar Dengan Tian Chua.. Apa Erti Perjuangan???


Sekali lagi teman ingin menyibuk tepi kain PKR hari ni..
Kali ni khas untuk Dato' Zaid..

Teman masih ingat kata-katamu untuk tidak mahu bertanding..
Tugasan selaku penyelaras Pakatan Rakyat adalah sangat sesuai dengan ilmu yang kamu ada..
Dan selayaknya kamu melaksanakan sebaiknya tugasan itu sebagai lambang keikhlasan dalam menyertai perjuangan rakyat ini..

Malangnya..
Akhirnya kamu bertanding juga..
Menentang 2 manusia yang terlebih dahulu bergelumang dengan jerih perih kepayahan zaman reformasi dan kezaliman UMNO-BN!

Dan kini..
Kamu menarik diri daripada pertandingan..
Satu tindakan yang sangat wajar!
Malangnya.. mengapa kamu menarik sekali dengan jawatan-jawatan kamu didalam PKR?
Seolah-olah kamu merajuk dengan parti ini!!!

Pada teman..
Menarik diri daripada pertandingan ini sangat bagus dan sangat dituntut..
tetapi menarik diri daripada semua jawatan parti?
Ini merajuk!

Tahukah kamu erti perjuangan reformasi?
Mampukah kamu merajuk setelah diterajang oleh FRU di tepi Dataran Merdeka suatu ketika dahulu...
Mampukah kamu merajuk setelah dilibas dengan cota di hadapan masjid Negara dalam demo Black 14?
Mampukah kamu merajuk setelah diseret dengan 5 ekor FRU dari hadapan bangunan KWSP Jalan Laut hingga ke Hadapan Bangunan Sultan Abdul Samad?

Kerana kamu tidak melaluinya..
Kamu mampu merajuk seperti ini?

Mengertilah duhai Zaid..
Perjuangan bukan sekadar kata-kata...
Perjuangan bukan sekadar di bibir..

Tak percaya apa yang teman kata diatas?
Sila tanya Tian Chua!

sunsnake 09112010

Withdrawal from Deputy President contest
Nov 8, 2010

I wish to announce my withdrawal as a candidate from the contest of Deputy President of Parti Keadilan Rakyat and my resignation from all posts held in the party.

I was offered to join this party under the belief that I could promote enlightened and progressive politics; nurture and develop principled political values and culture that I consider indispensable to the development of democracy and good governance in this country. I was mistaken.

Over the course of the party elections, events have shown that the leadership actively condones malpractices and electoral fraud to achieve its designed objectives. I am certain that any political party with such hypocritical and false values will not be able to offer meaningful reforms to the people of this country.

Berita Penuh

UMNO Anjur Karaoke? Tu biasa tu...


Senyum sinis teman malam ni bila terbaca berita ni..
Apa nak heran beb?
Memang hiburan jenis karaoke,joget lambak ni dah semacam darah daging pada UMNO nih!
Teman tau laa...
Kg teman Kg UMNO terhebat wehhh!!

Teringat teman masa kempen PRK Hulu Selangor..
Di sebuah petempatan orang asal di dalam Dun Ulu Bernam..
Seminggu berlangsung joget lambak nih!
Siap siang-siang buta ada band..
buktinya? tanya la pekebun-pekebun sawit di sekitar petempatan tu..
Siang-siang pun terdengar-dengar bunyi band dok layan lagu-lagu joget!
hmmm... siapalah agaknya penaungnya ye?
Takkan MIC kot? wakakakaka!

Dengar-dengar pulak.. berlori-lori todi dibawak masuk ke petempatan tuh!!
Hmmmmm...
Harap-harap itu semua takde kaitanlah dengan orang melayu apatahlagi Islam!
harap-haraplahhhhh...
sunsnake 09112010

Umno anjur karaoke di penempatan Orang Asal
Wartawan Kita

KOTA BHARU, 8 Nov: Persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan hari ini diberitahu Umno didakwa menganjur program tidak sihat di penempatan Orang Asal semasa kempen pilihan raya kecil Dun Galas baru-baru ini.

Wakil kerajaan negeri mendedahkan program terbabit iaitu disko dan karaoke yang diadakan di penempatan terbabit.

Sedangkan kata anggota Exco, Abdul Fattah Mahmood kerajaan negeri melalui Jabatan Hal Ehwal Agama Islam cuba mendekatkan penduduk di penempatan terbabit dengan kefahaman agama.

Malah satu sumber lain pula memberitahu ada pihak dipercayai didalangi Umno membawa minuman arak dan disaji kepada penduduk Orang Asal.

“Kita membawa ustaz untuk mengajar mengenai agama kepada Orang Asal di penempatan mereka. Namun dalam masa yang sama Umno menganjurkan karaoke dan disko.

”Ini menggambarkan di satu ketika kerajaan bimbang gejala sosial begitu parah sekarang, dan dalam masa yang sama menganjur pula program menjurus kepada keruntuhan akhlak,” katanya menjawab soalan tambahan Wan Ahmad Lutfi Wan Sulaiman (PAS-Kemuning).


Berita Penuh