Senyum sinis teman malam ni bila terbaca berita ni..
Apa nak heran beb?
Memang hiburan jenis karaoke,joget lambak ni dah semacam darah daging pada UMNO nih!
Teman tau laa...
Kg teman Kg UMNO terhebat wehhh!!
Teringat teman masa kempen PRK Hulu Selangor..
Di sebuah petempatan orang asal di dalam Dun Ulu Bernam..
Seminggu berlangsung joget lambak nih!
Siap siang-siang buta ada band..
buktinya? tanya la pekebun-pekebun sawit di sekitar petempatan tu..
Siang-siang pun terdengar-dengar bunyi band dok layan lagu-lagu joget!
hmmm... siapalah agaknya penaungnya ye?
Takkan MIC kot? wakakakaka!
Dengar-dengar pulak.. berlori-lori todi dibawak masuk ke petempatan tuh!!
Hmmmmm...
Harap-harap itu semua takde kaitanlah dengan orang melayu apatahlagi Islam!
harap-haraplahhhhh...
sunsnake 09112010
Umno anjur karaoke di penempatan Orang Asal
Wartawan Kita |
KOTA BHARU, 8 Nov: Persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan hari ini diberitahu Umno didakwa menganjur program tidak sihat di penempatan Orang Asal semasa kempen pilihan raya kecil Dun Galas baru-baru ini. Wakil kerajaan negeri mendedahkan program terbabit iaitu disko dan karaoke yang diadakan di penempatan terbabit. Sedangkan kata anggota Exco, Abdul Fattah Mahmood kerajaan negeri melalui Jabatan Hal Ehwal Agama Islam cuba mendekatkan penduduk di penempatan terbabit dengan kefahaman agama. Malah satu sumber lain pula memberitahu ada pihak dipercayai didalangi Umno membawa minuman arak dan disaji kepada penduduk Orang Asal. “Kita membawa ustaz untuk mengajar mengenai agama kepada Orang Asal di penempatan mereka. Namun dalam masa yang sama Umno menganjurkan karaoke dan disko. ”Ini menggambarkan di satu ketika kerajaan bimbang gejala sosial begitu parah sekarang, dan dalam masa yang sama menganjur pula program menjurus kepada keruntuhan akhlak,” katanya menjawab soalan tambahan Wan Ahmad Lutfi Wan Sulaiman (PAS-Kemuning). |
Berita Penuh
0 comments:
Post a Comment