Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Monday, November 8, 2010

Sorry PKR! Teman Tak Faham!

Rakyat Rindukan Kegemilangan Dulu!

Aduhh!!
Kepada semua ahli-ahli PKR baik penyokong mahupun pemimpin..
Sorry Bro.. Teman betul-betul lost!
Betul-betul tak faham!

Canangnya dulu..
Nak jadikan pemilihan PKR yang pertama ini sebagai suatu sejarah..
Nak jadikan pemilihan PKR yang pertama ini sebagai suatu contoh demokratik!

Tapi..
Dari pandangan teman yang naif nie..
Teman tak nampak tang mana kelebihannya pemilihan sebegini diadakan!

Dan sebagai parti yang masih terlalu muda..
Baik dari segi umurnya..
Baik dari segi pengalamannya..
Baik dari segi pimpinannya..
Baik dari segi ahlinya!

Impian dan 'over confident' itu banyak perbezaanya..

Contohnya tanpa menafikan kredibiliti DS Anwar Ibrahim sebagai pemimpin ulung..
Tapi didalam 'mode' pembangkang, beliau tidak berpengalaman luas sebagai pembangkang sepertimana Tuan Guru Nik Abdul Aziz,
sepertimana Tuan Guru Hadi Awang,
sepertimana Mat Sabu,
sepertimana Ustaz Idris Ahmad,
sepertimana Lim Kit Siang,
sepertimana Karpal Singh..

Mereka-mereka ini tidak pernah merasai 'nikmat' sebegai pemerintah Malaysia!
Sebagaimana DS Anwar Ibrahim..
Malahan, DS Anwar Ibrahim sendiri adalah sebahagian daripada mereka yang pernah menghinjak-hinjak nama-nama diatas tadi sebelum ini!
kadang-kadang teman sangat kasihan melihat DS Anwar terkial-kial terpaksa melayan karenah para penyokong dan pendokong PKR dan dalam masa yang sama menahan asakan UMNO-BN yang senantiasa menghunjam batang tubuhnya!

Seperti yang pernah teman suarakan lama dahulu..
Dan kini teman suarakan kembali...

PKR perlu sangat-sangat muhasabah diri..
PKR perlu sangat-sangat menjadikan parti-parti 'abang long' nya didalam PR
sebagai suri teladan sebelum membuat sesuatu gerakan..
PKR perlu sangat merendahkan dirinya agar boleh melompat dengan lebih tinggi selepas ini..
Tidak salah menjadi seperti seekor kucing yang mahu melompat tinggi kan?
Bukankah kucing itu akan merendahkan dirinya sebelum melompat?

Pengamatan teman yang sering berhubung dengan akar umbi PKR..
Akar umbi parti kalian sangat lemah dan lembut..
Malah tidak keterlaluan kalau teman katakan terlalu lemah!
Diperingkat ranting(cawangan) sendiri teman dapat rasakan seolah-olah hanya nama!
Di peringkat cabang(Bahagian) pun teman lihat sangat lembut dan tidak stabil langsung!

Manakan mungkin kekuatan parti mampu dijana sekiranya yang asas iaitu cawangan masih tidak betul?
Manakan mungkin kekuatan parti mampu digerak sekiranya yang asas iaiatu bahagian masih berkecamuk?

Jadikan gerakan cawangan dan kawasan PAS sebagai contoh..
Jadikan gerakan bahagian DAP sebagai panduan...

Diulangi...
Tidak salah merendahkan diri sebelum melompat lebih tinggi.......
Itupun kalau tidak dihenyak oleh rakyat dengan penyapu!
sunsnake 08112010

Zaid undur timbalan, letak semua jawatan PKR

Calon timbalan presiden PKR, Datuk Zaid Ibrahim membuat pengumuman mengejut untuk menarik diri daripada bertanding jawatan berkenaan. Selain itu, Zaid yang juga pengerusi perhubungan PKR Wilayah Persekutuan juga mengumumkan beliau meletakkan semua jawatannya dalam PKR. Berita Penuh

Pemilihan PKR: Mustaffa Kamil juga tarik diri?

Seorang lagi calon timbalan presiden PKR Mustaffa Kamil Ayub masih mempertimbangkan sama ada untuk menarik diri jika parti itu gagal menagani dakwaan “kelemahan dan penyelewengan” dalam pemilihan langsung PKR. "Saya tidak tolak kemungkinan menarik diri. Ia bergantung kepada jawapan terhadap memo saya berhubung rungutan akar umbi yang melihat sendiri kelemahan dan penyelewengan dalam pemilihan parti,” katanya kepada Malaysiakini ketika dihubungi hari ini.
Berita Penuh

9 comments:

pakwe keazamanmalaysia.blogspot said...

ko rasa2 sapa punya angkara ah balun wei??

teman rasa sbb zaid le...

ahahahahaha

skang ada pro dan con ngn zaid..sama gak ngn azmin...

mcm2 le...

stones said...

Teman lagi tak paham..bior lantak demer,pasai teman bukan ahlinya,
kita tengok je dari jauh pasal tak paham....

budakbalun said...

zaid ni satu hal laa..
dia yang banyak kondem otai-otai reformasi..
pada teman otai-otai reformasi ni yang perlu dijadikan selayaknya sebagai otai! hahahaha!

stones..
sebab kita sama2 tak faham..
sama2 la kita layannnnn!!
jangan melampau udddaaahhhh!!

Anak Sungai Derhaka said...

So.. you are lost?

OK.. kalau hang nak tunggu Anwar Ibrahim jawab.. dia tak larat nak jawab dah..

Aku jawab 2 benda ni..
1)Nak jadikan pemilihan PKR yang pertama ini sebagai suatu sejarah..

Jawapannya.. Ya, kami telah menjadikan pemilihan ini satu sejarah, kerana kami yang pertama melaksanakannya di Malaysia.. dan kami juga telah mencipta sejarah kerana berjaya meletakkan JPP kami setaraf SPR.. yang kerjanya menipu untuk UMNO.. JPP ni menipu untuk individu tertentu..

2)Nak jadikan pemilihan PKR yang pertama ini sebagai suatu contoh demokratik!

Jawapannya juga ialah Ya.. kami telah menunjukkan contoh Demokratik yang ulung di Malaysia ini.. kami telah menunjukkan kepada rakyat Malaysia bagaimana Demokrasi yang dipimpin.. maksud aku dipimpin oleh tangan ghaib.. he..he..

Aku tulis kami pasal aku sendiri AJK PKR Permatang Pauh..

psstt! HIPOKRIT tak aku?

Anonymous said...

SALAM
Kalau diperhatikan dari awal penubuhan PKR , kebanyakan pemimpin dan ahlinya adalah individu yang pernah merasa tindakan pihak berkuasa.
Semuanya adalah individu yang berputus asa pada zaman Mahathir.

Lantak depa le...
Teman tak gemor PKR dari dulu lagi.Pasai depalah Melayu Bergaduh.

PAS lebih baik.....
cuma sejak berkawan dengan DAP,ramai sudah terpinga2.......

Ini pekara benar !

Anonymous said...

Salam saudara2ku..
Apakah yg menyebabkan amalan kita diterima oleh Allah dan dosa2 org lain tidak akan terpikul dibahu kita?
Ikhlas,taqwa,mengharapkan keredhaan Allah dan memakmurkan manusia..
Apakah hak org2 bukan Islam dlm sebuah negara yg majoriti penduduknya Islam?
Bagaimanakah pula dgn menyampaikan Dakwah pd yg bukan Islam?
Jika kita benar2 memahami isi2 Al-Quran,maka tidak wujud persoalan pemuafakatan PAS dgn DAP itu kecuali jika hanya sedikit sahaja dari kamu yg mengambil peringatan terhadap ayat2 Allah..
Bila pula antara kita ini sudah menyampaikan ayat2 Allah kpd sahabat2 dan jiran kita yg bukan Islam?
Sudahkah kita melakukannya atau kita sudah hukumkan neraka sebagai tempat mereka tanpa kita menyampaikan sepatah pun ayat2 Allah kpd mereka?
Dimana kita simpan ayat2 Allah ini sehingga jiran2 kita yg bukan Islam langsung tidak pernah mendengarnya,atau yg hanya mereka dengar suara kuat kita menengking marahkan anak2 yg masih belum faham peraturan org dewasa?
Apakah Islam mengajar kita membenci sesama manusia dan membiarkan kesesatan dan ketidaktahuan mereka tentang agama yg benar ini sehingga tercabut nyawa mereka yg juga merupakan anak2 Adam,bapa kita semua?
Bagaimana Islam dapat memakmurkan alam jika penganut2nya tidak melaksanakan Hak2 Allah iaitu menyampaikan ayat2nya kpd mereka yg belum mengetahui dan mendengar ayat2nya?
Rasulullah pernah mendoakan Saidina Umar dan Abu Jahal supaya dikurniakan Hidayah utk menerima Islam sebagai Ad-Din sebelum Keislaman Saidina Umar..
Khalid Ibnu Walid sebelum mendapat Hidayah Allah pernah terlibat dgn perang Uhud dipihak tentera musyrikin yg menyebabkan kekalahan tentera Islam..
Apakah kisah2 Ini hanya untuk diceritakan kpd generasi muda sahaja tanpa mengambil manfaat dan iktibar utk kita umat baginda dizaman ini?
Inilah persoalan mengapa kamu terpinga-pinga dgn kerjasama PAS dan DAP itu..
Jika kayu ukur kita adalah kebencian dan kesangsian,maka sampai bilapun Islam tidak akan tertegak sebagai perlembagaan tertinggi dibumi Malaysia ini kerana kita tidak berserah kpd Allah dan melaksanakan Hak2 Allah itu sendiri..
Mana rasa kasih kamu pd sesama manusia jika DAP itu pun menjadi masalah yg membingungkan kamu..

budakbalun said...

Anak Sungai Derhaka..
Teman tahu kamu orang kuat PKR..
dan teman ucapkan syabas buat kamu..
sekurang2nya kita tidak mahu bersekongkol dengan kezaliman UMNO-BN..

Sesuatu perlu dilakukan dengan PKR..
bukanlah bermaksud meruntuhkannya kerana jasad PKR ini sangat penting dalam merencana agenda Malaysia baru yang lebih baik..

Teman mengharapkan PKR dirawat dengan segera sepertimana rawatan kanser..
kimoterapi memang sakit tetapi untuk membunuh kanser.. sel2 lain juga terpaksa dihukum!

anon 2:21am
kamu lebih kepada iri hati dengan penerimaan rakyat bukan melayu kepada PAS selepas PAS berbaik dengan DAP!
Kenapa kamu tak cerita hubungan baik UMNO dan MCA? MIC?

anon 6:29am
Permasalahannya..
UMNO ini mengganggap Islam hanya untuk melayu!
sebab tu golongan mualaf seringkali dipinggirkan!
ini benar!

cekli@abg chor said...

ASD......
SOALAN PERTAMA: SEJARAH!
pkr telah hampir dan boleh dikatakan berjaya juga 'memperlihatkan gambar sebenar juak-juak dalam pkr'.

itulah sejarah yang bersejarah dalam pkr.

budakbalun said...

tazalli..
jauh disudut hati teman..
setidak-tidaknya.. PKR secara tak langsung sedang mengalami proses kondensasi!
Hanya yang tabah tidak akan terpeluwap!

Yang hampeh.. fussss!!!