Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Monday, November 12, 2012

Pemuda UMNO Mampu Ke Buat Macam Ni?

 Isytihar harta? mamposss aku!!





KENYATAAN AKHBAR DEWAN PEMUDA PAS NEGERI SELANGOR


PEMUDA PAS SELANGOR TURUT SOKONG PENGISYTIHARAN HARTA

Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor turut menyokong penuh kenyataan Setiausaha Dewan Pemuda PAS Pusat supaya semua Exco Dewan Pemuda PAS Pusat melakukan pengisytiharan harta masing-masing di dalam Muktamar Penuh Dewan Pemuda PAS Pusat di Kelantan pada minggu ini samada mereka akan dinamakan sebagai calon pilihanraya ataupun tidak.

Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor merasakan tindakan ini adalah satu kewajaran yang boleh membentuk persepsi masyarakat bahawa pimpinan PAS terutamanya pimpinan Pemuda PAS Pusat bukanlah seperti pemimpin-pemimpin Pemuda Umno dan Barisan Nasional yang bergelumang dengan kekayaan hasil dari wang yang bukan sebenarnya milik mereka.

Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor berpendapat dengan pengisytiharan ini juga akan dapat memperlihatkan ketelusan dan kebertanggungjawaban pimpinan Pemuda PAS Pusat di dalam menjaga amanah perjuangan parti dengan tidak mengumpulkan harta dan bermewah-mewah melalui tindakan yang tidak sewajarnya. Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor cukup yakin dan percaya bahawa pimpinan Pemuda PAS Pusat mempunyai integriti yang cukup tinggi dan penuh bersedia untuk melakukan pengisytiharan harta masing-masing di dalam Muktamar Pemuda PAS Pusat nanti.

Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor turut mencabar supaya pimpinan Pemuda Umno dan Barisan Nasional supaya dapat juga melakukan pengistiharan harta masing-masing sepanjang mereka diberikan amanah memimpin parti masing-masing. Jangan hanya pandai berkokok mahukan pemimpin yang bersih dan mempunyai integriti tetapi tidak berani untuk mengisytiharkan harta sendiri untuk penilaian rakyat. Selain itu juga, Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor mengharapkan supaya pihak YAB Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, ahli jemaah menteri kabinet berserta pimpinan Umno dan Barisan Nasional di semua peringkat supaya dapat melakukan pengisytiharan harta masing-masing secara terbuka sepertimana yang telah ditunjukkan oleh kepimpinan kerajaan PAS Kelantan dan Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor. 

SAUDARA MOHD SANY BIN HAMZAN
TIMBALAN KETUA PEMUDA merangkap PENGERUSI LAJNAH POLITIK
DEWAN PEMUDA PAS NEGERI SELANGOR

12 November 2012