Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Saturday, March 6, 2010

Ada bran? Buat la Pilihanraya wehh!!


Teman pun ada gak rasa macam tak konfiden kalau betul-betul ada Pilihanraya Negeri Perak!
uissshhh!!! macam nak menolak bukit wehhh!
sunsnake 06032010

Muhyiddin nafi khabar angin pilihan raya Perak
Mac 6, 10 5:25pm
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menafikan khabar angin kononnya pilihan raya negeri Perak akan diadakan serentak dengan pilihan raya negeri Sarawak. Katanya, perkara tersebut tidak seharusnya berbangkit lagi kerana isu di Perak telah pun selesai.
"Masih ada lagi tiga tahun sebelum sampai tempoh hayat Dewan Undangan Negeri (Perak) dan Parlimen, jadi yang penting sekarang bila mandat telah disahkan, kesahihan sudah tidak dipersoalkan, kita bekerjalah," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Program Juara Rakyat peringkat negeri Perak dan kempen Jom Sokong BN di Taman Tasek YDP di Slim River. Muhyiddin yang juga Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata keutamaan kerajaan negeri sekarang adalah untuk membangunkan ekonomi dan rakyat kerana itu yang ditunggu oleh mereka.

sumber - malaysiakini

Sah! Harussani Mufti UMNO! Toitt!


Aduhhh!!
Makin SAH yang Harussani ni mufti UMNO..
Kalau tak takkan sanggup menambah-nambah cerita..

Agak-agaknya inilah ulama' jenis "al-fulus tupin dunnya,wal mampos tufil akhiroh!"

sunsnake 06032010

Ahmad Awang dakwa mufti Perak 'tokok tambah cerita'
Mac 5, 10
8:09pm
Ahli Majlis Syura Ulama PAS, Ahmad Awang mendakwa Tan Sri Harussani Zakaria telah menokok tambah perbualan mereka ketika mufti Perak itu menghubunginya bagi memujuk PAS untuk bersama Umno menubuhkan kerajaan perpaduan di Perak selepas pilihan raya umum 2008.
Ahmad (kiri) mengulas kenyataan Harussani, dalam program dialog Zaaba di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) semalam, yang mendakwa PAS Perak dengan angkuh menolak cadangan tersebut walaupun pada dasarnya mendapat perkenan Sultan Perak Sultan Azlan Shah dan dipersetujui kepimpinan parti itu. "Apa yang beliau cakap dalam dialog itu adalah tambahan kemudian. (Perkara) Itu tidak betul," katanya sambil menambah, dalam perbualan tersebut, mufti Perak itu tidak memberitahunya yang cadangan itu mendapat perkenan baginda. "Perbualan tentang ayat al-Quran dan hadis itu tidak ada. Ia direka-reka kemudiannya," katanya ketika dihubungi Malaysiakini petang ini. Sebagai pesuruhjaya PAS negeri ketika itu, Ahmad mengakui - dalam perbualan telefon dengan Harussani - mufti Perak itu telah memujuknya parti itu bersama-sama Umno membentuk kerajaan perpaduan. Bagaimanapun, katanya, beliau berkeras tidak mahu bekerjasama dengan Umno kerana mendakwa Umno adalah "zalim" termasuk memberi contoh pengalaman PAS bersama dengan Umno satu ketika dahulu.
Ahmad juga mengakui dalam perbualan dengan Harussani (kanan) - lebih kurang 10 minit itu - beliau membuat ketetapan untuk bersama-sama dengan DAP menubuhkan kerajaan Pakatan Rakyat di Perak.

berita penuh

MP tak keluar parti, tapi parti dah nak terbarai!


Pelik..
Takde dengar cerita langsung ada Ahli PArlimen @ Adun MCA keluar parti..
Tapi mai buat Mesyuarat Agung Pemuda.. Tak cukup korum!!

Seteruk-teruk PKR lahh.. takde la sampai tak cukup korum!
Malahan sekarang ni.. kalau ada aktiviti PKR peringkat negeri @ pusat..
bukan main bersemangat lagi diaorang!

hmmm.. nyatalah..
tinggal UMNO sahaja yang masih bernafas serak-serak basah dalam BN nie..
yang lain dah ghuyyuuupppp!!

Wallahua'lam
sunsnake 06032010

Kehadiran lesu, AGM Pemuda MCA ditangguhkan
Mac 6, 10
10:34am
Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Pemuda MCA kali ke-46 ditangguhkan sebentar tadi berikutan jumlah perwakilan yang hadir tidak mencukupi untuk membolehkan perhimpunan dijalankan.
Timbalan Ketua Pemuda, Datuk Dr Mah Hang Soon mengumumkan keputusa itu jam 10.45 pagi ini, iaitu 15 minit selepas pendaftaran delegasi ditutup.

“Saya sedih (dengan ketidakhadiran ini) kerana selepas semua persiapan, kita gagal bermesyuarat yang merupakan gelanggang terbaik bagi delegasi membincangkan perkara penting yang melanda negara."

Mah yang tiba pada jam 10 pagi bersama timbalan setiausaha agung, Loh Chew June cuba menyelamatkan AGM itu dengan mengumpulkan perwakilan tetapi hanya berjaya mendapatkan 87 orang.

berita penuh

Akhirnya.. ter'pecat' juaaa Zul Nordin


Akhirnya...
Setelah berusaha untuk memastikan dirinya dipecat..
Zul Nordin dipecat jua..

Selamat jalan YB..
Selamat Jalan Rambo!
sunsnake 06032010

PKR pecat Zulklifi Noordin

Mac 6, 10
5:08pm
Ahli parlimen Kulim-Bandar Baharu Zulkifli Noordin dipecat daripada PKR hari ini. Perkara tersebut diumumkan Setiausaha Agungnya Saifuddi Nasution Ismail pada sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya petang ini. Timbalan Presiden PKR Syed Husin Ali, Naib Presiden Mustaffa Kamil Ayub, Ketua Penerangan Latheefa Koya dan Pengarah Strategik Tian Cua turut hadir. Bagaimanapun, ketua umummnya Datuk Seri Anwar Ibrahim dan presiden parti Datuk Seri Wan Azizah Ismail tidak turut serta dalam sidang media tersebut. Sehubungan itu, Zulklifi juga diminta mengosongkan kerusi parlimen Kulim-Bandar Bharu yang dimenanginya pada pilihan raya umum 2008. Bagaimanpun Zulklifi dibenarkan membuat rayuan dalam tempoh 14 hari berhubung pemecatan itu. Dua hari lalu, Zulkifli dihadapkan ke lembaga jawatankuasa dispilin PKR tetapi bertindak keluar selang sejam kemudian. 'Kesalahan berulang-ulang' Beliau dihadapkan ke jawatankuasa itu bagi memberi penjelasan berhubung bidasannya terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan membuat laporan polis ke atas ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad. Zulklifi mendakwa panel yang sepatut menentukan masa depannya hari ini sepatutnya dianggotai oleh orang Islam kerana ia membabitkan penggunaan isu kalimah Allah dan agama Islam. Dakwaannya itu bagaimanapun ditolak dan menurut setiausaha agung PKR, Saifuddin Nasution, kes Zulklifi tidak kena mengena dengan isu kalimah Allah. Dalam sidang media selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat PKR selama kira-kira 3 jam setengah, Saifudin menjelaskan, keputusan terhadap Zulkifli dibuat secara sebulat suara selepas mempertimbangkan pelbagai aspek, termasuk kesan "kesalahan yang berulang-ulang" yang dilakukannya dan kesannya terhadap parti. Saifuddin berkata, surat bagi memaklumkan keputusan tersebut akan dimaklum kepada Zulkifli pada Isnin ini melalui pelbagai surat, faks dan e-mel. Menurut Saifuddin, Zulkifli disabitkan bersalah kerana membuat laporan polis terhadap wakil rakyat PAS Khalid Samad dan ekoran kenyataannya yang dibuat dalam sebuah wawancara di TV3 sebelum ini, antarnaya berbentuk serangan terhadap dasar dan pendirian parti serta kemampuan Pakatan Rakyat. Kulim diselia Gobalakhrisnan Saifuddin berkata, selepas tempoh rayuan tamat, sekiranya rayuannya ditolak, PKR akan mendesak ahli parlimen kontroversi itu mengosongkan kerusi parlimen kawasan tersebut kerana kemenangannya sebelum ini diperoleh atas tiket PKR. Ditanya tindakan PKR sekiranya Zulkifli enggan berbuat demikian, Saifuddin hanya berkata, beliau yakin, sebagai ahli parlimen yang bertanggungjawab dan faham nilai integriti dan kewibawaan, beliau akan akur pada desakan tersebut. Sementara itu, katanya, PKR juga menugaskan pemimpinanya menjaga kebajikan kawasan di mana wakil rakyat mereka berpaling tadah. Beliau menambah, wakil rakyat Padang Serai N Gobalakhrisnan selepas ini akan ditugaskan menjaga kawasan Kulim-Bandar Baharu. Awar di Nibong Tebal, Yusmadi Yusoff (Balik Pulau) ditugaskan di Bayan Baru dan Dr Lee Boon Chye (Gopeng) di Bagan Serai. Sementara Zulkifli ketika dihubungi Malaysiakini sejurus selepas keputusan tersebut diumumkan enggan mengulas lanjut kerana bercadang mengadakan sidang media khas mengenai perkara itu lewat petang ini.