Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Tuesday, October 12, 2010

Tahniah Penerjun Wanita Malaysia! heh heh heh


Pagi tadi teman terlihat (baca tertengok) rangkuman Sukan Komanwel di Astro di kantin tempat keje. wah! Malaysia menang pingat emas cara terjun wehh!!

Errr.. tahniah la buat atlit Malaysia yang berjaya memenangi pingat terutamanya emas..
tahniah juga buat atlet yang tidak berjaya tetapi layak beraksi di SUKOM ni pun dah kira hebat dahhh..

Teman yakin.. kalau takde campur tangan politik dalam pengurusan badan-badan sukan di Malaysia ni lagi boleh pergi jauh..

errr.. takleh ke acara terjun ni pakai sopan skit.. huhuhuhu!
sunsnake 12102010

Sukan Komanwel: Pandelela raih emas 10m Platform Wanita

October 11, 2010

NEW DELHI, 11 Okt – Pandelela Rinong menggondol emas dalam acara 10m Platform Wanita di Kompleks Akuatik Dr S.P. Mukherjee di sini hari ini.

Penerjun berumur 17 tahun dari Sarawak ini yang memungut perak dalam acara 10m Platform dan 3m Springboard Wanita di kejohanan Olimpik Belia 2010 di Singapura bulan lalu, mengumpul 371.05 mata.

Namun rakannya dari Sarawak Traisy Vivien Tukiet yang menggondol emas dalam acara 10m Platform Wanita di Sukma Melaka bulan lalu, hanya menduduki tempat kesembilan dengan 310.55 mata.

Berita Penuh

Pemuda PAS Pengkhianat Negara!!! - Armand PERKASA?


Teman quote kenyataan Ustaz Azman Shapawi, Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat..
""Fakta dan nasihat yang bagaimana lagi mahu diberikan kepada pihak kerajaan agar menginsafi bahawa program seperti inilah yang akhirnya merosakkan akhlak generasi kita sekali gus membawa budaya dan cara hidup yang bertentangan dengan fitrah?"..

Hmmm..

Bahaya nih!!
Kalau dengor dek Armand PERKASA.. mau beratus orang pemuda PERKASA dikerah ke depan Bangunan PAS Jalan Raja Laut berdemo!
mau naik banner bertulis..

"Pemuda PAS Pengkhianat Negara!"

"Malaysia Aman Tanpa Pemuda PAS!!"

"Pu*imak Pemuda PAS"

"Pemuda PAS Sila Keluar Dari Malaysia!!!"

Maklumlah..konsert ini diluluskan oleh Agensi Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (Puspal) yang ketuanya melayu.. pada puak-puak macam PERKASA ni.. janji melayu.. halal ke haram ke pi la mampus!! Janji Melayu semua bolehhh!!
Islam? itu nombor 2.. nombor 1 nya mesti melayu!!

Yang pelik.. Konsert Maher Zain yang lirik lagu-lagunya mengEsakan Allah tak lulus pulak?
hmm.. mengapa la makcik pakcik felda masih tak nampak benda-benda nih!

Makin jahanam budak2 melayu nih!

sunsnake 12102010

Konsert artis 'gay': Pemuda PAS hantar memo bantah


Pemuda PAS hari ini menghantar memorandum bantahan terhadap Agensi Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (PUSPAL) kerana meluluskan konsert artis 'gay' Adam Lambert.

Menurut memorandum dua halaman yang ditandatangani oleh timbalan ketuanya Azman Shapawi Abd Rani itu, kerana ia bakal membawa "keruntuhan akhlak masyarakat", khasnya di kalngan anak muda."Adam Lambert adalah seorang artis yang secara terbuka, bukan sahaja mengaku sebagai gay dan pengamal homoseksual tetapi beliau turut mempamerkan aksi gaynya dengan seringkali mencium dan mengucup penari lelaki serta menggayakan tarian serta aksi lucah bersama kumpulannya," memorandum itu dipetik.

Konsert sulung Lamber berjudul 'Adam Lambert Glam Nation Tour Live in Malaysia 2010' dijadual berlangsung 14 Oktober (Khamis) di Stadium Putra Bukit Jalil. Menurut Azman Shapawi seharusnya peka dengan perkembangan budaya songsang itu kerana di msyarakat Barat sendiri didakwa menolak artis pop Amerika Syarikat itu. Beliau juga menyatakan kekesalannya kerana pada hari yang sama seorang artis 'nasyid' popular Sweeden Maher Zain mengadakan persembagan di Shah Alam tidak diberikan tempat.

Berita Penuh